Himpunan 30 Resepi Lauk Masak Lemak Selera Kampung Yang Bikin Kecur Air Liur  | Bila bercerita tentang menu masak lemak, kalau nak tahu, inilah antara masakan yang sangat mudah nak di buat. Cara memasak masak lemak ni sangat simple hingga boleh jimatkan masa yang banyak di dapur. Dan bahan asas untuk resepi masak lemak ni lebih kurang sama saja sebenarnya. 

Ada banyak jenis masakan masak lemak selera kampung yang sedap sedap. Antaranya masak lemak putih, masak lemak kuning kunyit hidup dan masak lemak cili api. Yang paling upmh sekali mestilah resepi masak lemak cili api. Makin pedas makin kick!

Kat sini, akan dikongsikan 20 resepi masak lemak cili padi dan masak lemak putih yang simple dan mudah untuk disediakan. Sesuai di cuba untuk anak bujang dan sesuai juga untuk santapan di hari biasa dan di bulan puasa. 




Nampak gambar pun dah boleh bikin kecur air liur kan? Bayangkan bila dapat makan dengan nasi putih yang panas-panas. Sebut sahaja resepi masak lemak dan masak lemak cili api memang boleh gugat iman mereka yang sangat sukakan menu-menu masakan kampung. 

#1 - Resepi Udang Masak Lemak Cili Api


Bahan Kisar

15 ulas cili padi
6 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inc kunyit hidup

2 batang serai ~ dititik
1/2 kg udang ~ di bersihkan
2 biji santan
2 keping Asam keping
garam secukup rasa
4 pokok Akar ketumbar ~ bersihkan
2 biji tomato ~ potong 4



Cara-caranya :

Campurkan santan, cili padi, bawang merah, bawang putih, kunyit, serai  dan batang ketumbar dalam periuk , Hidupkan api dan masak sambil di kacau supaya tak pecah minyak

Setelah didih masukkan asam keping, udang, tomato dan biar udang masak


Perasakan dengan garam secukup rasa


Angkat dan hidangkan setelah udang masak





#2 - Resepi Gulai Lemak Kulat Sisir






Bahan-bahan:
200gm kulat sisir
1 ikat pucuk paku | dipetik-petik
20 biji cili api (merah dan hijau)
½ inci kunyit hidup
10 ekor ikan bilis | dikopek
2 batang serai | dititik
250ml santan
250ml air
Garam secukup rasa
.
Cara Membuat:
Masukkan kulat sisir, pucuk paku, bahan kisar, ikan bilis, serai dan air ke dalam periuk. Didihkan.

Kemudian masukkan santan dan kacau sehingga masak. Perasakan.
Sedia untuk dinikmati.



#3 - Resepi Masak Lemak Rebung Perut






Bahan:
1 kg rebung - direbus
500 gm perut - direbus
40 gm cili padi
100 gm bawang merah - dikisar
50 gm kunyit basah - dikisar
1 batang serai - dititik
2 helai daun kunyit
750 ml santan
garam secukup rasa

Cara:
Masukkan rebung, perut dan bahan dikisar, serai, daun kunyit dan santan ke dalam periuk. Masak sehingga mendidih dan kacau selalu supaya tidka pecah minyak. 


Kemudian masukkan garam secukup rasa sebelum dihidangkan.


#4 - Resepi Masak Lemak Labu 






BAHAN-BAHAN :
500 grm labu
4 cawan santan
1 genggam ikan bilis-rendam sekejap
1 batang serai
1 helai daun kunyit-disiat
Garam secukup rasa
* Boleh ditambah sedikit air jika kuah terlalu pekat

BAHAN DITUMBUK LUMAT :
4 cm kunyit hidup

CARA MEMASAK :
1. Bersihkan labu dan buang kulit kemudian dipotong kecil-kecil . 


2.Masukkan bahan ditumbuk ke dalam periuk bersama santan pekat , ikan bilis, daun kunyit dan garam . Gaul semua bahan dan masak kuah santan sampai mendidih .

3. Masukkan semua labu tadi dan kacau sekejap . Biarkan labu masak dan menjadi empuk . Bila dah masak boleh la ditutup api dapur.



#5 - Resepi Ketam Masak Lemak 






Bahan-Bahan:

1. 3 ekor ketam dibersihkan dan dipotong ikut suka
2. 2 keping asam gelugor
3. 1 helai daun kunyit
4. 1 batang serai diketuk
5. 250ml santan pekat
6. Air secukupnya
7. Garam secukup rasa
8. Minyak untuk menumis

Bahan Tumbuk:

1. 6 tangkai cili padi
2. 4 biji bawang merah
3. 2 ulas bawang putih
4. 1cm halia
5. 1cm kunyit hidup

Cara Memasak:

1. Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk sehingga naik bau dan garing.


2. Kemudian masukkan serai dan santan. Kacau rata.


3. Setelah santan mendidih, masukkan sedikit air dan ketam.


4. Akhir sekali, masukkan daun kunyit, asam gelugor dan perasakan secukupnya.


5. Biarkan seketika sehingga ketam masak sempurna.


6. Sedia dihidangkan



#6 - Resepi Siput Sedut Masak Lemak Pucuk Ubi 






1 kg siput sedut
2 ikat pucuk ubi
5 ulas bawang merah ~ kisar halus
3 ulas bawang putih ~ kisar halus
2 inc kunyit hidup ~ kisar halus
2 inc halia ~ kisar halus
15 tangkai cipi padi ~ kisar halus
2 batang serai ~ di titik
500 ml santan

Siput sedut di berus hingga bersih
Rendam sebentar dalam air garam untuk membuang kotoran seperti pasir dan lumpur
Potong bahagian ekornya
Cuci bersih dan toskan

Pucuk ubi ambil bahagian pucuk daun yang lembut
Rebus hingga empuk, angkat dan toskan

Panaskan minyak, tumis bahan yang di kisar hingga harum
Masukkan santan, serai dan siput
Kacau perlahan atas api sederhana hingga masak
Masukkan pucuk ubi
Perasakan dengan garam
Masak hingga kuah sedikit pekat
Sedia di hidangkan


credits : Azlita Masam Manis 


#7 - Masak Lemak Pucuk Paku Dengan Udang 






Bahan-bahannya :
1 mangkuk besar pucuk paku yang telah di bersihkan
10 ekor udang sederhana besar
2 pokok daun ketumbar bersama akarnya~ akarnya bersihkan hiris2 sikit puang kotor tanahnya
2 batang serai ~ di titik

Bahan Kisar
15 tangkai cili padi ~ kalau tak suka pedas boleh kurangkan
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
2 inc kunyit hidup
2 keping asam keping
garam dan secukup rasa
1 mangkuk santan


Cara-caranya : 

Kisar semua bahan kisar dalam mesin pengisar. Masukkan bahan kisar dalam periuk dan masukkan serai serta daun ketumbar.

masak hingga harum kemudian masukkan udang (tambahkan air jika kuah kering)


Masukkan asam keping dan garam secukup rasa

masukkan santan dan bila kuah dah didih, masukkan pucuk paku


Masak kejap je.. sampai sayur lecur sikit kemudian tutup api dan hidangkan

credits : Azlita Masam Manis 


#8 - Masak Lemak Daging Salai






Bahan-bahannya : 
Daging (dipotong mengikut urat dengan ketebalan 1 inci) - 1 kg
Bawang Kuning (dikisar) - 1 biji
Bawang Merah (dikisar) - 4 biji
Bawang Putih (dikisar) - 6 ulas
Cili Padi (dikisar) - 18 biji
Kunyit Hidup (dikisar) - 1 inci
Daun Ketumbar dan akarnya
Asam Keping - 3 keping
Daun Kunyit - 1 helai
Daun Limau Purut - 4 helai
Serai (dititik) - 4 batang
Lengkuas (dititik) - 3 inci
Santan - 500 ml
Air
Garam dan Gula
Serbuk Kunyit (untuk memerap daging)
Hiasan: Cili Merah, Cili Hijau, Daun Kunyit, Serai


Cara-caranya :


Rendamkan tempurung dan serpihan kayu didalam air untuk seketika dan masukkan ke dalam dulang ketuhar (deep oven tray).


Panaskan seketika didalam ketuhar sehingga menghasilkan asap. Keluarkan dulang tersebut, dan letakkan ‘wire rack’ diatas nya.


Susunkan daging yang telah diperap dengan kunyit dan garam diatas ‘wire rack’ kemudian balutkan dulang dengan pembalut aluminum dan masukkan sekali lagi ke dalam ketuhar.


Daging perlu disalai sehingga masak. Daging yang telah disalai perlu dihiris nipis (lawan urat).


Masukkan bahan-bahan yang telah dikisar didalam periuk bersama daging dan sedikit air.


Masukkan asam keping, daun limau purut, serai, lengkuas dan rebuskan sehingga mendidih.


Setelah mendidih masukkan santan, daun ketumbar, garam dan gula.


credits : Azlita Masam Manis 



#9 - Daging Masak Lemak Mempelam Muda






Bahan-bahan : 

1 kg daging - dipotong dan dicuci bersih 
2 biji manga muda belah 4
6 ulas bawang merah - dikisar
2 ulas bawang putih - dikisar
1 inc halia - dikisar
2 inc kunyit hidup - dikisar
3 batang serai - dititik
15 tangkai cili api - dikisar - ita kurangkan
2 biji bawang besar - potong baji
2 inc lengkuas - dikisar
4 biji tomato - belah 4
2 helai daun pandan
5 helai daun limau perut - disiat2 atau dihiris2
500 ml air
500 ml santan pekat
garam secukup rasa
1 kiub daging - ita tambah


Cara-caranya : 

Rebus daging dgn air dan daun pandan sehingga lembut dan empuk. Ita tak rebus sebab ita menggunakan daging batang pinang.

Keluarkan daun pandan, masukkan serai, bahan yg dikisar, kiub daging dan daun limau perut, dan masak hingga mendidih. 


Apabila telah mendidih masukkan santan, mangga dan garam secukup rasa.
Akhir sekali masukkan tomato.


credits : Azlita Masam Manis 


#10 - Ayam Masak Lemak Cili Padi







1/2 ekor ayam - dipotong dan dibasuh bersih
3 biji kentang - dipotong 4
1/2 helai daun kunyit dimayang halus
2 batang serai - dititik
1 cawan santan pekat
2 kiub ayam
garam dan serbuk perasa
2 cawan air

Bahan untuk dikisar
20 tangkai cili api - klu tak suka pedas boleh kurangkan
2 inc kunyit hidup
2 inc halia
2 batang serai
1/2 helai daun kunyit
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih


Cara-caranya :

Masukkan semua bahan yg telah dikisar ke dlm periuk. Kemudian masukkan kentang dan ayam. 

Masak semua bahan atas dapur hingga ayam dan kentang empuk.  

Setelah semua empuk masukkan kiub ayam dan santan pekat. 

Sentiasa mengacau supaya santan tidak pecah minyak. Masukkan garam dan serbuk perasa secukup rasa. Setelah masak tutup api dan taburkan daun kunyit yg telah dihiris halus.

Siap untuk dihidangkan bersama nasi panas.


#11 - Resepi Ikan Tenggiri Lemak Hijau



Bahan2
1 ekor ikan bawal - ita tukar ikan tenggiri, siang cuci bersih dantoskan
sedikit garam
sedikit kunyit
Minyak masak secukupnyer untuk mengoreng
1 cwn pati santan
1/4 biji nenas - dipotong nipis atau dadu
garam secukup rasa
2 camca teh gula pasir
sedikit hirisan daun ketumbar

Bahan dikisar
3 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 cm lengkuas
2 cm kunyit hidup
3 tangkai daun ketumbar
2 biji cili hijau
1 batang serai
6 biji cili padi hijau

Cara-caranya : 
Ikan yg telah dibersihkan dilumur dgn garam dan serbuk kunyit. Kemudian digoreng sehingga tiga suku masak. Angkat dan ketepikan

Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan kisar menggunakan api perlahan. masak sehingga wangi aromanyer.


Masukkan ikan dan kacau ikan bersama bahan tumisan sehingga rata.


Bubuh pati santan bersama nenas, garam dan gula.


Masak sehingga kuah agak pekat dan ikan lembut.


Angkat dan hidangkan bersama hirisan daun ketumbar


Credit : Azlita Masam Manis 

#12 - Pucuk Paku Masak Lemak Cili Api



2 ikat pucuk paku
1 cawan santan pekat
1/2 cawan ikan bilis atau udang kering ~ rendam hingga lembut
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
6 tangkai cili api ~ kalau suka pedas boleh lebihkan
1 inc kunyit hidup
Air secukupnya
garam secukup rasa

Cara-caranya : 
Pucuk paku di bersihkan, ambil daun pucuk dan batang yang lembut sahaja. Cuci bersih dan toskan
Bawang merah, bawang putih, cili api dan kunyit di kisar atau di tumbuk halus


Panaskan sedikit minyak dan tumiskan bahan tumbuk hingga harum


Tambahkan air dan biarkan didih


Bila didih tambahkan santan dan senantiasa di kacau


Akhir sekali masukkan pucuk paku dan garam secukup rasa


Bila pucuk dan lembut angkat dan hidangkan dengan nasi, ikan dan sambal belacan.


Credit : Azlita Masam Manis 

#13 - Resepi Petola Masak Lemak



BAHAN-BAHAN :

2 biji buah petola
2 peket campuran suuhun/fucuk
1 genggam ikan bilis atau udang kering
2 biji bawang merah
1 ulas bawang putih
2 cawan santan pekat
Garam secukup rasa
Sedikit air

CARA MEMASAK :

- Bersihkan buah petola dan buang kulit yang keras , kemudian potong kecil-kecil . Rendam semua suuhun dan fucuk. Tumbuk semua bawang dengan ikan bilis .

-Masukkan semua santan dan bahan tumbuk dalam periuk dan didihkan di atas api sampai kuah masak . Kemudian masukkan sayur eptola tadi dan kacau jika kuah agak pekat bolehlah di tambah sedikit air .

-Masukkan garam kacau sampai sampai sayur petola agak layu , kemudian masukkan semua fucuk serta suuhun , kacau lagi sampai la sayur petola ini masak


#14 - Masak Lemak Pucuk Ubi Tempoyak





bahan:
2 cekak pucuk ubi.. rebus hingga lembut
3 ulas bawang merah*
10 biji cili api merah*
1/2 inci kunyit hidup*
segenggam ikan bilis*
3 sudu tempoyak
1 cawan santan
perasa- garam, gula, ajinomoto
2 batang serai dititik
2 helai daun kunyit dipotong kecil2

cara:

tumbuk bahan-bahan bertanda (*)


masukkan semua bahan didalam kuali dan masak hingga sebati.. gunakan api kecil..
rasa garam dan aji.. bila dah ok angkat..


bolehlah dihidang..


#15 - Masak Lemak Cili Api Daging Salai Bersama Petai




1/2 kg daging
serbuk kunyit dan garam halus (lumur pada daging)
5 papan petai (amik isi shj)
*santan
*kunyit hidup
*bawang besar 1 biji (saiz kecil ja)
*cili padi 5-6 biji
*cili besar 1 biji
*sedikit belacan
serai (diketuk)
asam keping
garam
buah tomato (belah 6)
cili besar hijau (belah 2)

Cara:

1)daging digaul dengan serbuk kunyit dan sedikit garam. kemudian disalai/bakar..bila dh siap salai/bakar,hiris nipis2.


2)bland bahan bertanda * dan tuangkan dalam periuk 


3)kemudian masukkan daging dan serai.

4)masak dgn api sederhana.biar mendidih.masukkan petai, asam keping dan garam.biar masak seketika...


5)sebelum padam api masukkan cili hijau dan buah tomato


6)sedia hidang..nak bg harum tmbah hirisan daun kunyit


#16 - Nangka Muda Masak Lemak Putih



1 bungkus nangka muda 
1 keping ikan kurau  masin ~ potong kecil 
5 biji bawang merah ~ di hiris 
3 ulas bawang putih ~ di hiris 
2 batang serai ~ dititik 1 sudu teh halba 
2 sudu teh lada hitam ~ ditumbuk 
1 helai daun kunyit ~ disiat-siat 
1 kiub ikan bilis / kiub ayam / kiub daging 
1 biji santan kelapa garam secukup rasa 

Nangka muda di potong kecil, cuci dan rebus dalam periuk hingga empuk 

Masukkan ikan kurau masin, daun kunyit dan serai yang dititik 

Dalam kuali kecil tumiskan halba bersama bawang merah dan bawang putih ~ ini dipanggil juga tumis darat 

Setelah bawang layur dan harum, masukkan dalam periuk yang berisi nangka tadi. Masukkan juga lada hitam dan kiub ikan bilis atau kiub ayam atau kiub daging. 

Masak hingga kuah mendidih dan nangka lembut 

Tambahkan santan dan perasakan dengan garam Sedia dinikmati bersama, ikan goreng atau ikan kering, sambal belacan dan ulam ulaman.

Credits : Azlita Masam Manis 


#17 - TELUR IKAN MAYONG MASAK LEMAK CILI API



Bahan:
600gm telur ikan
500gm santan
5 ulas bawang merah*
2 ulas bawang putih*
1 inci halia
1/2 inci kunyit hidup
20 biji cili api
garam & aji
7 biji belimbing buluh dibelah 2

Cara:

tumbuk bahan bertanda (*) kemudian masukkan kedalam periuk bersama santan dan telur ikan..

didihkan diatas api perlahan.. dan masaknya agak lama jugaklah..

bila telur telah masak masukkan garam dan aji secukup rasa..

akhir sekali masukkan belimbing buluh..

tutup api.. sedia untuk dihidang.


#18 - Sayur Turi Masak Lemak Bersama Keledek



1 ikat daun turi ~ di lurut ambil daunnya sahaja cuci bersih dan toskan
1 biji keledek oren ~ di kupas kulit dan potong kecil
250 ml santan
air secukupnya
1 batang serai ~ di ketuk

Bahan Kisar
4 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
4 batang cili padi
1 inc kunyit hidup
1 sudu besar udang kering ~ rendam lembut
2 sudu besar ikan bilis ~ rendam lembut

Masukkan bahan kisar bersama santan, air, serai dan keledek ke dalam periuk dan masak hingga kuah keledek empuk. Senantiasa kacau supaya santan tak pecah


Bila keledek empuk masukkan sayur turi, perasakan dengan garam secukup rasa.


Masak hingga sayur turi lembut


Sedia di hidangkan



#19 - Resepi Udang Galah Masak Lemak




Bahan-Bahan untuk dikisar:
– Bawang putih 2 ulas
– Bawang merah 3 ulas
– Serai sebatang
– Kunyit hidup 1 inci
– Nenas sebiji
– Santan 250 ml
– Udang 800 gram
– Gula dan garam
Cara-Cara:

1. Ketuk sebatang serai dan tumiskan ke dalam kuali. 
2. Tumis bahan yg dikisar. Tunggu hingga pecah minyak dan naik bau. 
3. Masukkan secawan air dan biarkan mendidih. Lepas mendidih masukkan nenas. 
4. Mendidih lagi sekali masukkan udang dan santan. 
5. Kerapkan kacau untuk elakkan santan pecah. 
6. Masukkan garam dan gula secukup rasa. Selepas 5-8 minit dah boleh tutup api.
Credits resepi : FB Noor Farhani & Viramon


#20 - Siput Lala Masak Lemak Kuning



  1. 1 kg Siput Lala
  2. 1 kotak kecil santan
  3. 2 batang serai di ketuk
  4. 3 biji Bawang merah
  5. 2 biji Bawang Putih
  6. 1/2 inci kunyit hidup
  7. Garam

1. Tumbuk bawang Merah,bawang putih, kunyit hidup

2. Dlm periuk masukkan sedikit air dan 2 batang serai yg telah di ketuk.

3. Masukkan bahan-bahan yang di tumbuk halus tadi kacau sehingga mendidih.

4. Masukkan santan dan 1 cawan air,masak sehingga sedikit mendidih baru masukkan siput lala dan garam.


Itulah dia senarai 20 resepi masak lemak pilihan dengan selera kampung untuk di cuba. Terpulanglah nak masak menu yang mana satu. Boleh follow dengan penyediaan bahan dan cara masak yang telah dikongsikan.

Selamat mencuba...








Terima kasih kerana membaca. Apa pendapat anda tentang artikel ini? Jemput komen di bawah.