Senarai 25 Mommy Blogger Malaysia Pilihan Untuk Tahun 2020 |  Bila sebut saja mommy blogger, perkara pertama yang terlintas di fikiran sudah tentulah blog daku sendiri. Ya daku adalah seorang mommy blogger sepenuh masa yang gemar menulis tentang parenting, kesihatan, keagamaan, resepi dan sebagainya.

Pada yang belum tahu, mommy blogger bukan saja merupakan seorang ibu dan juga seorang penulis blog akan tetapi turut mempunyai kisah hidup masing-masing yang berbeza. Kerana itulah daku sendiri suka follow mommy-mommy blogger yang lain kerana tiap satunya mempunyai gaya penceritaan dan kisah yang berlainan.

Ada mommy blogger yang suka masak dengan perkongsian resepi yang best-best. Ada yang kaki jalan ke sana sini dengan suami dan anak-anak dengan perkongsian tempat menarik yang cantik-cantik. Malah ada juga yang gemar mengamalkan gaya hidup sihat dengan tips untuk kekal cantik langsing dan lain-lain lagi.

Yang pasti mommy blogger semuanya mengutamakan perkongsian tentang parenting (keibubapaan) sesuai dengan status sebagai seorang ibu dan juga isteri.



Terdapat ramai mommy blogger di luar sana dan antara mommy blogger yang menjadi pilihan buat kali ini adalah :

#1 - Nor Azlina Mohd Ali 

Blog Azlina membawakan kisah beliau sebagai seorang ibu dan juga isteri yang berada di rumah sepenuh masa di sisi anak-anak. Blog ini juga turut menyelitkan tips penjagaan kesihatan yang berkaitan wanita seperti penjagaan dalam pantang dan sebagainya.

Link blog : http://www.ehbelogaku.com/


#2 - Khalisah Hazrina 

Khalisah Hazrina seorang ibu kepada dua orang cahayamata (buat masa ini) yang berasal dari Malaysia (of course) tetapi kini sedang menetap di Dubai. Lisa berada di Dubai kerana mengikut suaminya yang berkhidmat di sana.

Dengan follow blog ini, dapatlah tahu tentang tempat menarik di Dubai, gaya kehidupan masyarakat kat sana dan dalam masa yang sama dapat juga tahu cara Lisa mendidik dan menjaga anak-anak di rantau orang.

Link blog : https://www.khalisahazrina.com/


#3 - Mimi Azirah 

Daku panggil dia dengan panggilan 'dak mimi', ntah dari mana terlekat panggilan camni haha.. dia seorang yg sangat sukakan warna pink. Mimi ni kat blognya ada macam-macam perkongsian seperti kisah semasa, parenting, resepi dan bermacam lagi.

Mimi berkerja di dalam bidang perakaunan dan merupakan ibu kepada 4 orang cahayamata. Antara supermom ni sebab boleh bahagikan masa antara kerjaya, kepentingan suami dan anak-anak.

Link blog : https://www.mimiazirah.com/


#4 - Fadzi Razak 

Fadzi seorang ibu yang sering berkongsi pengalaman dan kisah hariannya sebagai seorang ibu. Beliau juga seorang yang rajin mencari peluang dalam menjana income dari rumah. Beliau juga seorang yang meminati dunia fotografi.

Link blog : https://www.fadzirazak.com/

#5 - Azlinda Alin 



Kak Alin boleh dikatakan salah seorang mommy blogger yg agak senior dalam dunia blogging. Kak Alin menulis dah lama (sejak tahun 2012) dan merupakan seorang ibu yang agak sibuk tapi tetap pentingkan familinya. Kat blog beliau ada dikongsikan kisah-kisah personal berkaitan kehidupannya dan dalam masa yang sama ada juga perkongsian-perkongsian lain yang bermanfaat.

Link blog : https://www.azlindaalin.com/


#6 - Maria Fridz

Ini seorang lagi blogger yang agak senior dalam dunia blogging. Mula-mula kenal blog beliau dulu sekadar menjadi seorang pembaca. Lama kelamaan kenal di facebook dan sejak itu mula berbalas komen di dada facebook.

Beliau juga merupakan seorang pendidik yang suka berkongsi tentang topik agama, parenting, petua dan sebagainya melalui blog beliau.

Link blog : https://www.mariafirdz.com/


#7 - Fiza Izawa

Mommy blogger seterusnya yang bernama Fiza ini merupakan seorang ibu kepada dua orang cahayamata. Beliau ni seorang yang sangat suka bergambar dan gemar menulis tentang topik parenting, kecantikan dan ada juga terselit tentang kesihatan serta travel.

Link blog : http://www.fizaizawa.com/


#8 - Shalimar Yusof

Blog Shalimar antara mereka yang sudah lama daku follow. Dah bertahun-tahun! Malah daku juga sudah beberapa kali bertemu dengan beliau secara face to face. Shalimar merupakan seorang ibu kepada sepasang cahayamata. Beliau juga merupakan seorang pekerja sektor awam dalam agensi Anti Dadah.

Shalimar dan suaminya sama-sama kaki travel. Jadi dengan follow blog beliau kita akan dapat melihat pelbagai perkongsian tempat menarik dan juga tempat-tempat makan best yang mereka sekeluarga kunjungi. Selain itu ada juga perkongsian berkaitan penjagaan kesihatan, resepi, kisah isu semasa dan sebagainya.

Ada juga tak perkongsian tentang dadah? Of courselah ada!

Link blog : https://www.shalimaryusof.com/

#9 - Ape Kinah


Kalau tak silap, Kinah sekarang sedang mengandungkan anak yang ke 2. Seorang full time blogger dan juga fulltime housewife sama macam diri daku ini juga.

Link blog : https://www.apekinah.com/

#10 - Kisah Si Diary

Nama penuh beliau Siti Rohaida Yusof dan nama panggilannya adalah Eda. Seorang blogger based in Johor. Kalau tak silap Eda ni ada berbisnes buku pendidikan untuk kanak-kanak dan masih aktif berniaga secara online di dalam tempoh PKP ini.

Link blog : https://kisahsidairy.com/

#11 - Fiza Rahman

Kak fiza menggelarkan blognya sebagai blog supermom. Nama ini boleh dikatakan agak sesuai kerana kak Fiza mempunyai empat orang cahayamata. Beliau berkerja dan masih boleh aktif sebagai penulis blog dalam satu masa.

Link blog : http://www.fizarahman.com/

#12 - Yati Zul

Yati Zul nama di beri dan beliau merupakan blogger yang aktif dari Kedah. Yati juga merupakan ibu kepada 3 orang cahayamata yang sering berkongsi tentang ilmu parenting, kisah hidup dan lain-lain lagi.

Link blog : https://www.yatizul.com/

#13 - Shahada Fauzi 

Shahada sering mengelarkan dirinya sebagai Cik Sha dan beliau merupakan seorang anak kelahiran Utara yang kini menetap di Terengganu. Cik Sha merupakan seorang ibu sepenuh masa yang turut aktif berniaga online dari rumah demi untuk membantu suaminya. Cik Sha punya 3 anak dan beliau turut mempunyai seorang anak yang amat special dan comel bernama Iman.

Dalam blog ini Cik Sha sering menceritakan kisah kehidupannya sebagai ibu dan juga ibu. Selain dari itu blog ini turut berkongsi aktiviti Cik Sha sekeluarga seperti jalan-jalan, makan-makan dan sebagainya.

Link blog : https://www.shahadafauzi.com/

#14 - Ummi Zarra 


1st time daku nampak Ummi Zarra ni, terdetik kat fikiran... eh ni adik beradik atau sepupu sepapat pada Noraniza Idris ke? Mau taknya, muka ada iras okay! Bila dah kenal, lor takde kena mengena pun.. hehe.. kebetulan semata-mata.

Beliau juga merupakan seorang pendidik dan ibu kepada sepasang cahayamata. Comel-comel dua anaknya tu. So kalau follow beliau bolehlah baca pelbagai ilmu parenting dan dalam masa yang sama dapat tahu kehidupan seorang ibu yang juga merangkap seorang pendidik dan isteri.

Link blog : http://www.ummizarra.com/

#15 - Kak Gojes

Kak Gojes sering membiasakan dirinya dengan nama KG. Singkatan mudah nak sebut dan nak di tulis. Sesimple nama KG begitulah dengan diri beliau. Tak sombong dan sangat mudah untuk didekati. KG ni sebenarnya daku dah perasan lama cuma baru start kenal sedikit demi sedikit.

Link blog : https://www.kakgojes.com/

#16 - Eswati Azni

Kak Azni ni juga antara blogger yang sudah agak lama menulis. Blog beliau banyak berkongsi tentang travel dan tempat-tempat menarik untuk dikunjungi. Beliau juga merupakan seorang wanita yang ada kerjaya tetapi tetap meluangkan masa untuk menulis blog beliau disebalik jadual waktu kerjanya yang agak padat.

Blog kak Azni turut berkongsi tentang parenting (of course), kecantikan, tips dan lain-lain lagi. Macam-macam artikel menarik ada di blog Kak Azni untuk di baca.

Link blog : https://modernmumthingy.com/


#17 - Mrs Liez



Mrs Liez antara blog yang dah lama daku follow. Liez dulunya mempunyai karier tetapi kini dah mengambil keputusan untuk menjadi seorang isteri dan ibu sepenuh masa. Melalui blog ini dapat tahu serba sedikit tentang cara Liez penuhi masanya dengan anak dan suami.

Liez juga sering berkongsi resepi yang best-best dan beliau juga seorang yang sangat menitikberatkan menu-menu sihat. Selain daripada itu, Liez turut berkongsi tempat menarik yang pernah dilawatinya dan ada juga perkongsian tentang kecantikan dan lain-lain lagi.

Link blog : https://www.mrsliez.com/

#18 - Umi Fuzy

Haaa kalau nak tahu blogger Umi Fuzy ni ada kaitan saudara dengan blogger Mrs Liez. Tak tahulah kalau ada orang lain lagi yang tahu tapi daku memang kenal mereka berdua ni sejak mula awal berblog dulu. Blog umi dan Mrs Liez memang sering juga daku singgah cuma kekadang tu tak sempat nak tinggalkan komen.

Blog umi banyak berkongsi tentang resepi, tips kesihatan, kecantikan dan seumpamanya.

Link blog : https://www.iamfuzy.com/

#19 - Aida Hanafiah 

Aida nama pangggilannya dan merupakan ibu kepada 3 orang cahaya mata. Beliau juga merupakan seorang wanita yang bekerjaya. Kalau tak silap beliau berkerja dengan agensi Kastam. Beliau dah lama menulis dan ada macam-macam perkongsian berkaitan mommy lifestyle di blognya.

Link blog : https://www.adianiez.com/


#20 - Shamiera Osment

Miera menulis dalam bahasa Inggeris. Agak berlainan dengan mommy blogger yang lain dan beliau juga merupakan ibu kepada 4 orang cahayamata. Miera sama seperti diriku yakni merupakan fulltime mommy blogger yang suka menulis itu dan ini di dalam blog masing-masing.

Link blog : http://www.shamieraosment.com/

#21 - Alia Farhan



Alia berada di Penang. Seorang mommy blogger yg sangat ghairah dengan indoor plant dan juga decor. Style citarasa si Alya ni lebih kurang sama dengan style daku sendiri sebab itu daku rajin juga singgah baca-baca di blog beliau.

Link blog : http://www.aliafarhan.com/

#22 - Zaidalifah Aisheteru

Bonde ! Antara blogger yang agak famous. Tapi, sentiasa menjaga tutur kata, penulisannya. Mummy suka dengan sifat mak-mak macam bonda. Blog beliau juga sangat berisi tau ! Info masakan, travel, tips dan banyak lagi yang Bonde suka kongsikan. Bonde juga merupakan blogger yang konsisten update blog. Haaaa..ni lah, blog yang tak rugi di follow

Link blog : https://www.bondezaidalifah.com/


#23 - Junaidah Mohit

Beliau lebih mesra dipanggil Aju dan merupakan blogger kelahiran Pahang. Seorang mommy dan juga seorang wanita yang berkerja dengan berkhidmat di PUNB

Link blog : http://www.ajumohit.com/


#24 - Mrs Pip

Untuk blogger seterusnya ini beliau dikenali sebagai Mrs Pip, seorang blogger yang menetap di negeri Sabah di bawah bayu. Mrs Pip merupakan ibu kepada 3 cahayamata (lelaki semuanya). Mrs Pip ni antara blogger yang dah lama daku follow.

Apa yang lebih menariknya lagi, beliau pernah bergelar seorang jurutera yang kemudiannya sanggup melekat jawatan dan menjadi seorang surirumah sepenuh masa untuk suami dan anak-anak tersayang. Kat blog beliau ada diceritakan segala suka dukanya sebagai seorang ibu dan juga mommy blogger sepenuh masa.

Link blog : http://www.mrspip.com/

#25 - Marshaliza 

Marsha, seorang isteri, seorang ibu dan juga seorang pendidik yang sedang menetap di Perak. Beliau satu keluarga suka jalani hidup secara sihat. Rajin mengikuti acara larian dan sering juga travel ke sana sini satu family. Marsha buat masa ini mempunyai 3 cahayamata (1 puteri + 2 putera).

Link blog : http://www.marshaliza.com/


Itulah dia senarai untuk 25 mommy blogger Malaysia pilihanku untuk tahun 2020. Kalau nak tahu ada ramai lagi mommy blogger lain yang best-best tak sempat nak senaraikan semuanya sekaligus di sini.

Pada kalian yang berminat nak follow mommy-mommy blogger, nak baca kisah hidup mereka, nak tahu tips parenting dan sebagainya, bolehlah follow blog mereka melalui link yang telah diberikan.

Happy blogging and happy reading!








Terima kasih kerana membaca. Apa pendapat anda tentang artikel ini? Jemput komen di bawah.