USM Di Fitnah Dengan Isu Nasi Bungkus? | Sedih hati ini bila tiba-tiba saja terbaca akan kenyataan seseorang yang mendakwa dirinya adalah pelajar USM. Dalam status tersebut dikatakan yang USM hanya memberikan menu nasi bungkus dengan lauk yang ala-ala 'kurang okay' dan 'tak class'.

Inilah status yang dimaksudkan tu... kalian boleh baca sendiri ayat yang di tulis tu dan rasanya tentu ramai yang melatah rasa nak marah kan? Terus terang daku sendiri rasa tak sedap hati kerana lauk rendang ayam dan sayur goreng begini sudah dikatakan tahap mewah. Lagi-lagi dalam keadaan sekarang.


Apa yang menjadi isunya sekarang adalah.... INI SEMUA FITNAH!! Ya Fitnah! Kenapa daku kata ini semua fitnah? 

#1 - USM Beri Dalam Bentuk Kupon 


Kupon ini bersamaan dengan nilai wang dan ianya boleh digunakan untuk beli makanan dari cafe yang di buka, untuk beli barangan keperluan lain dan sebagainya. Ini dikongsikan sendiri oleh student USM sendiri. 




#2 - Kupon Diberikan Secara Berperingkat 


#3 - Wifi Yang Laju Juga Diberikan Untuk Kemudahan Belajar Dan Hilangkan Stress




#4 - Kebajikan Dijaga Dalam Pelbagai Aspek Pada Para Pelajar



#5 - Gambar Tersebut Diambil Dari Sebuah Blog Bertarikh 10 Tahun Lepas

Ya, gambar ini di ambil dari sebuah blog yang telah diterbitkan bertarikh pada ISNIN, FEBRUARI 22, 2010 . Daku ulang sekali lagi, tahun 2010 ye... 10 tahun yang lalu.. inilah yang dikatakan sengaja nak menabur fitnah. 


Jangan Guna Gambar Blogger Sesuka Hati! Hentikan Penyebaran Fitnah!

Sebagai seorang blogger terus terang daku tak suka bila ada mana-mana pihak dengan senang menggunakan gambar dari blog seseorang untuk kepentingan peribadi. Lagi-lagi untuk perkara yang tidak baik seperti ini.

Untuk apa yang berlaku ini, di harap masing-masing dapat gunakan semua bukti yang ada di sini sebagai salah satu jawapan kenapa isu ini dikatakan sebagai fitnah. Dan semoga si pelaku ini juga dapat mengambil iktibar di atas kejadian ini.









Terima kasih kerana membaca. Apa pendapat anda tentang artikel ini? Jemput komen di bawah.