GoFrozz - Pengedar Ayam Segar Dan Frozen Dengan Servis Yang Super Pantas Di Parit Sulong Dan Batu Pahat Johor | Masyarakat kita ni, boleh dikatakan hari-hari mesti menu ayam sering terhidang di atas meja kan? Lagi-lagi bila tiba hujung minggu dan berkumpul dengan keluarga, teringin nak makan ayam goleklah, teringin nak makan kari ayam dan sebagainya.

Bila bercakap tentang ayam ini juga, tidak dinafikan yang bukan semua orang suka untuk ke pasar demi mendapatkan stok ayam mentah ini. Lagi-lagi jika hari tersebut berasa kurang sihat, penat dan sebagainya. Eh nak menghadap jem di atas jalan dengan orang ramai yang bersesak di pasar tu, ish mikir beratus kali jugalah. Diriku sendiri juga tak terkecuali.

Namun, masalah malas ke pasar ini tidak boleh dijadikan alasan untuk tidak memasak menu berasaskan ayam yang sedap untuk family. Ini kerana para wanita sudah dapat tersenyum lebar dengan adanya servis penghantaran ayam mentah sehingga ke depan pintu rumah.

Salah satu daripada pihak yang boleh dipercayai untuk mendapatkan stok ayam mentah ini adalah GoFrozz

Ayam Bismi, GoFrozz

Sedikit Pengenalan Mengenai GoFrozz

GoFrozz yang juga dikenali sebagai 'Pejuang Ayam Halal' merupakan sebuah perniagaan dalam bentuk servis perkhidmatan yang diusahakan oleh Tuan Fahruz. Team GoFrozz aktif di sekitar kawasan Parit Sulong dan Batu Pahat Johor serta sekitar dengannya dalam usaha untuk mengedar dan menghantar ayam mentah Halal dalam bentuk segar dan sejuk beku (ayam Bsimi) untuk para penduduk sekitar. 

GoFrozz juga sangat menitikberatkan sumber ayam itu sendiri. Bagi GoFrozz setiap ekor ayam itu hendaklah halal, tanpa suntik dan bebas hormon. 


GoFrozz tidak hanya mementingkan kualiti ayam yang dihantar malah mereka turut mementingkan mutu servis yang di beri supaya sentiasa mesra pelanggan sehingga semua pesanan yang dibuat dapat tiba tepat pada masa yang dijanjikan. 

Secara tak langsung para pelanggan tak perlu lagi nak susah payah untuk habiskan masa dengan memandu dan beratur di mana-mana tempat penjualan ayam mentah, lagi-lagi dalam keadaan virus Covid19 yang masih belum hilang sepenuhnya ini.

Mengapa Go Frozz Memilih Ayam Bismi Untuk Diedar Pada Pelanggan?

Pernah dengar nama Ayam Bismi? Untuk pengetahuan, Ayam Bismi diusahakan oleh syarikat Bismi Empire Sdn Bhd, sebuah syarikat milikan Bumiputera Muslim yang terletak di Kedah dengan menekankan konsep  Halal 100% kepada ternakan, sembelihan dan mengedarkan produk. 

Produk-produk utama syarikat ialah ayam daging hidup, ayam segar beku (whole chicken) dan ayam segar beku (siap potong dan cuci). Selain itu, syarikat juga menyediakan produk sampingan seperti isi ayam dan chicken chop. 

Ayam Bismi, GoFrozz


Bismi Empire Sdn Bhd memiliki dua buah anak syarikat di bawah seliaannya iaitu Bismi Cergas Sdn Bhd dan Ayam Bismi Sdn Bhd. Bismi Cergas Sdn Bhd menjalankan aktiviti menternak ayam, manakala Ayam Bismi Sdn Bhd menjadi agen pemasar, yang menjalankan aktiviti memproses dan memasarkan ayam.

Kini, Bismi Cergas Sdn. Bhd. telah memiliki 18 buah ladang dimana kapasitinya telah mencecah 1.8 juta ekor ayam. ​ Pada awalnya, pembinaan reban ayam berkonsepkan sistem terbuka namun telah dinaiktarafkan kepada sistem tertutup dan lebih moden bagi menjamin keselesaan dan mengelakkan sebarang ancaman penyakit. 

AYAM BISMI, GOFROZZ


Antara kelebihan utama untuk Ayam Bismi ini adalah : 
  • Tanpa Suntikan
  • Bebas Hormon
  • Bebas Sisa Khinzir
  • Pemilik dan pekerja 100% muslim
  • Mempunyai sijil Halal dari Jakim
  • Ayam seekor sudah siap potong 9 dan basuh
  • Cuma defrost bilas dan terus masak

Ayam Bismi, GoFrozz

Bismi Cergas Sdn. Bhd turut melantik para pengedar (ejen) di seluruh Malaysia dalam proses untuk memenuhi kehendak pelanggan dan GoFrozz adalah salah satu daripadanya.

Antara 7 Kelebihan Utama Apabila Menggunakan Servis GoFrozz 

#1 - Kualiti Ayam Segar Sentiasa Dijaga 

Terang lagi bersuluh, GoFrozz sangat mementingkan soal kualiti setiap produk yang ada. Tidak kira sama ada ayam mentah segar mahupun ayam frozen Bismi, GoFrozz sangat menitikberatkan soal kualiti bagi menjamin konsep Halal yang di bawa oleh mereka. 

Lepas ni tak perlu lagi pening kepala dok termenung belek ayam itu dan belek ayam ini, demi nak mencari ayam mana agaknya paling segar untuk di beli. Dengan GoFrozz hanya perlu contact untuk buat pesanan dan tunggu ayam segar tiba hanya dengan duduk depan TV bersama anak-anak. 

Buat apa nak berpeluh dan berpenat jika sudah ada GoFrozz yang boleh memenuhi kehendak kalian dengan cara yang sangat awesome!

Ayam Bismi, GoFrozz

#2 - Harga Berbaloi Mengikut Pasaran Ayam Segar Semasa 

Harga ayam yang ditawarkan juga sangat berbaloi dan murah mengikut harga pasaran ayam semasa. Tidak ada istilah cekik darah di sini walaupun penghantaran di buat secara terus sehingga ke tangan pelanggan. 

AYAM BISMI, GoFrozz

#3 -  Penghantaran Akan Di Buat Mengikut Jadual Penghantaran Yang Ditetapkan

Pihak GoFrozz telah menetapkan jadual penghantaran mengikut kawasan yang ada. Jadi bagi memudahkan urusan ke dua belah pihak (antara pembeli dan penjual) maka adalah lebih baik jika anda hubungi pihak GoFrozz lebih awal. Ini untuk menjamin tahap kualiti servis penghantaran GoFrozz itu sendiri. Secara tak langsung kalian juga tidak perlu resah akibat tertunggu-tunggu dan ternanti-nanti ayam yang ingin di masak tu. 

Ikut macam cara kakak kita ni, tempah awal dan tiba masanya ayam sampai tepat sehingga ke pintu. Nanti hanya perlu ke dapur, bilas dan bolehlah start di masak. Kan senang tu!

ayam Bismi, GoFrozz


#4 - Tempat Penghantaran Boleh Ditentukan Selepas Perbincangan

Tak lupa juga untuk abang-abang ketua keluarga tu, lepas ni tak perlu lagi susah payah ke kedai jual barang basah atau ke pasar bang oi... Simpan nombor handphone team GoFrozz dan bila isteri suruh beli ayam, haaa abang contact je team GoFrozz tu. 

Lepas tu setkan tempat nak jumpa kat mana. Dah tak payah nak bermandi peluh lagi. Duduk je dalam kereta layan lagu atau radio dengan sejuk aircond. Nak lebih senang boleh beli lebih buat stok untuk menyenangkan lagi tugasan diri sendiri. Tak payah dah nak ulang alik ke kedai selalu macam dulu. Kan best tu!

Ayam Bismi, GoFrozz

#5 - Mudah Berurusan Untuk Pesanan Tempahan Dan Pembayaran

Nak order ayam mentah dengan team GoFrozz ni mudah saja. Kalian hanya perlu call ataupun whatsapp untuk sahkan tempahan mengikut alamat yang diinginkan. Seeloknya buat tempahan lebih awal bagi memudahkan terima ayam segera dengan jadual penghantaran yang ada. 

Soal pembayaran pula, kalian boleh terus membuat bayaran saat menerima ayam tersebut nanti kerana team GoFrozz menekankan kaedah COD (Cash On Delivery). 


#6 -  Sama Sekali Tidak Ada Sebarang Caj Lain Yang Tersembunyi 

Kalian tidak perlu risau kerana team GoFrozz tidak ada sebarang caj tambahan yang tersembunyi. Bukan hanya boleh guna ayam tanpa was-was malah servis team GoFrozz ini juga boleh digunakan hampir setiap masa tanpa ada sebarang rasa curiga. 

Ayam Bismi, GoFrozz

#7  -  InshaAllah, Stok Ayam Segar Dan Beku Sentiasa Mencukupi

Soal stok, InshaAllah sentiasa mencukupi. Nak beli banyak-banyak buat stok simpan dalam peti sejuk pun boleh. Lihat macam adik kita ni haaa, sekali borong penuh sebesen. Peminat tegar Ayam Bismi la katakan. Nanti bolehlah minta ibu masak sedap-sedap ye dik! 

Ops jangan lupa, ucap terima kasih kat ibu sekali nanti sebabnya bijak buat pilihan dalam memberikan makanan yang bersih, segar dan pastinya 100% Halal untuk adik sekeluarga.

Ayam Bismi, GoFrozz


Alhamdulillah, Semakin Ramai Yang Happy Dan Puashati Selepas Menjadi Pelanggan GoFrozz 

Ini pula antara sebahagian wajah-wajah gembira para pelanggan untuk sekitar kawasan Parit Sulong dan Batu Pahat selepas menggunakan servis dari team GoFrozz. 

Ayam Bismi, GoFrozz

Ayam Bismi, GoFrozz

Orang Parit Sulong Dan Batu Pahat Johor Dan Kawasan Sekitar Sangat-Sangat Beruntung Dengan Adanya Servis Sebegini  

Ohya nak dijadikan cerita, daku turut kenal dengan Wawa yang juga tinggal di dalam kawasan Parit Sulong , jadinya daku pun kenalkan Wawa dengan GoFrozz. At least bolehlah memudahkan urusan beliau tanpa perlu keluar dari rumah. Pengalaman Wawa sebagai salah seorang pelanggan GoFrozz boleh di baca secara terus KAT SINI

Alhamdulillah ternyata servis GoFrozz ini sangat pantas dan dapat memenuhi kehendak beliau sebagai seorang surirumah yang sentiasa memerlukan stok ayam segar untuk dijadikan lauk santapan keluarga. Daku sendiri rasa seronok lihat wajah happy Wawa selepas mendapat layanan servis penghantaran yang cepat dan oleh wakil team GoFrozz yang peramah dan mesra pelanggan. 

Ayam Bismi, GoFrozz

Tak hairanlah mengapa GoFrozz ini semakin hari semakin terkenal dengan servis mereka dalam mengendalikan penghantaran ayam mentah segar dan sejuk beku untuk kawasan Parit Sulong dan Batu Pahat  Johor serta kawasan yang sekitar dengannya itu. Syabas GoFrozz!! 


Nak Dapatkan Servis Penghantaran Ayam Mentah Dengan Super Pantas Dan Mudah Sehingga Ke Depan Pintu Rumah? Jom Hubungi GoFrozz Untuk Sahkan Tempahan Sekarang!

Sebagai seorang surirumah, menu berasaskan ayam memang sudah sebati dengan rutin masak harian. Anak-anak kat rumah ni, kalau menu ayam goreng tepung hmmm makan hari-hari pun tak apa. Langsung tak jemu! Bukan setakat anak, diri sendiri pun suka kalau dapat layan menu ayam goreng tepung yang rangup yang di cicah dengan sos cili. Terangkat habis tu!

So untuk semua penduduk Parit Sulong dan Batu Pahat  Johor serta kawasan yang sekitar dengannya, jika nak dapatkan stok ayam mentah,... guna je servis GoFrozz! Gila murah! Gila jimat! Gila berbaloi! Gila segar!

Ayam Bismi, GoFrozz

GoFrozz Pejuang Ayam Halal @GoFrozz
Pengedar Ayam Segar dan Sejuk Beku Parir Sulong Johor










Terima kasih kerana membaca. Apa pendapat anda tentang artikel ini? Jemput komen di bawah.