Aneka Resepi Bubur & Pengat (Serawa) Yang Mudah Buat Sedap Makan | Ada yang panggil bubur, ada yang panggil pengat dan ada juga yang panggil sebagai serawa. Tak kisahlah panggil dengan nama yang mana satu asalkan semua ini adalah menu yang sama.

Bila teringat akan bubur atau pengat serawa ini, terus mulut terasa nak makan. Mana tahan, sedap kot! Malah resepinya juga ada pelbagai jenis yang membuatkan diri ni rasa tak pernah jemu. Hari ni mungkin boleh makan bubur pengat pisang, esok tukar ke bubur kacang, lusa mungkin pula bubur butir nangka yang terkenal di Pantai Timur. Pendek kata, semuanya sedap-sedap belaka.


Bagi para penggemar menu bubur pengat atau serawa ini, bolehlah cuba-cuba buat sendiri kat rumah. Kat sini turut dikongsikan aneka resepi bubur & pengat yang mudah di buat dan sedap di makan.

#1 - Resepi Pengat Nangka Sagu




Bahan-bahannya:
Lebih kurang 20 ulas isi nangka yang di siat siat nipis
2 cawan gula melaka
1 cawan gula pasir
1 cawan sagu di rendam sehingga lembut dan di toskan
2 helai daun pandan
Santan pekat dari 1 biji kelapa
1 liter air
Secubit garam

Cara-carannya:
Masukkan gula melaka dan juga gula pasir ke dalam periuk yang berisi.
Masukkan juga daun pandan yang di simpul ke dalam periuk.
Masakkan sehingga air mendidih dan gula hancur.
Bila gula telah hancur dan air telah mendidih, masukkan sagu dan masak sehingga kembang.
Kemudian masukkan santan pekat dan juga isi nangka yang telah disiat2 nipis.
Masukkan secubit garam untuk lemak kan sedikit pengat.
Gaul rata dan perasakan. Kalau kurang manis tambahkan sedikit lagi gula.
Masak sehingga agak2 nangka lembut boleh di matikan apinya.




#2 - Kuih Butir Nangka Berinti Pisang




Bahan untuk kuah
2 cawan santan pekat
2 helai daun pandan - disimpul
Gula dan garam – secukup rasa
1/2 sudu kecil Halba
1 sudu kecil tepung beras

Cara-cara:
- Satukan semua bahan dalam periuk, masak dengan menggunakan api yang sederhana...

- Sentiasa kacau supaya tidak berketul...

- Rasakan garam dan gula... Kacau sampai menggelegak...Tutup api…

Bahan untuk biji nangka:

1 cawan tepung pulut
2 sudu besar tepung gandum
1 sudu kecil pandan paste (clear paste) - optional
Pewarna purple
Garam
Pisang dipotong kecil-sbg inti
Air secukupnya utk menguli

Cara:

- Sebelum menguli, sediakan air utk merebus panaskan air di dalam periuk (air 3/4 penuh)

- Masukkan semua bahan2 ke dalam bekas, bersama air yg dibubuh sedikit demi sedikit dan uli sampai sebati dan doh tak lekat ditangan

- Kemudian ambil sedikit doh.. leperkan di telapak tangan, bubuh pisang dan tutup doh..gelek2kan di telapak tangan, bentukkan seperti biji nangka.. Terus masukkan doh itu ke dalam periuk ketika air sedang menggelegak...

- Apabila biji nangka masak, ia akan timbul di permukaan air. Bolehlah angkat dan masukkannya kedalam kuah santan. kalau kuah santan belum siap masukkan dahulu ke dalam bekas yang berisi air masak.




#3 - RESEPI MUDAH PENGAT UBI KAYU



Bahan-Bahan:400 gm ubi kayu yang direbus empuk1 cawan santan pekat¾ air gula melaka1 helai daun pandanGula pasir

Cara:

1-Masukkan air dalm periuk

2-Rebuskan ubi kayu di dalam periuk dengan air tadi.taruh sedikit garam

3-Biarkan mendidih hingga empuk.toskan ubi kayu telah empuk.

4-Masukkan santan, gula melaka, daun pandan,ubi kayu yang telah di rebuskan tadi dan gula.kedalam periuk

5-Kacau perlahan-lahan sehingga sedikit mendidih.

6.Siap dan hidangkan.Lagi sedap tambh sedkit pulut dalm hidangan,untuk penambah selera.


#4 - Resepi Bubur Pulut Hitam


Bahan-Bahan:
1 1/2 cawan pulut hitam
6 cawan air, untuk merebus pulut
1/2 biji kelapa (anggaran 2 cawan santan pekat dan 2 cawan santan cair)
2 helai daun pandan, carikkan dan simpul
3/4 cawan gula putih
1/2 ketul gula melaka
garam secukup rasa
1 sudu besar tepung jagung


Cara untuk masak bubur pulut hitam:

Rebus pulut hitam dengan air dan daun pandan sehingga lembut. Pulut hitam akan pecah kembang apabila lembut. Biarkan pulut masak dan kuah menjadi pekat.

Masukkan santan cair, garam, gula putih dan gula melaka. Masak sehingga mendidih.

Kemudian masukkan pula 1 cawan santan pekat. Pada waktu ini anda boleh sesuaikan rasa manis dan masin ikut selera sendiri.

Cara untuk kuah santan:

Masak baki 1 cawan santan tadi di atas api yang kecil sehingga mendidih. Perlu selalu kacau supaya santan tidak berketul.

Bancuh tepung jagung dengan sedikit air dan tuangkan dalam santan. Kemudian masukkan garam secukup rasa.

Tips: Rendam pulut hitam semalaman. Ini supaya dapat menjimatkan masa merebus. Kalau tak cukup masa, memadai rendam selama 3-4 jam, tetapi pulut perlu direbus agak lama untuk kembang dan lembut.


#5 - Resepi Bubur Kacang campur Jagung


BAHAN-BAHAN :

1 cawan kacang hijau
1-2 batang jagung manis
Gula melaka secukupnya
Gula pasir secukupnya - ikut citarasa masing-masing
Santan kelapa secukupnya - ikut selera masing-masing
1/4 sudu kecil garam
2 helai daun pandan

CARA MEMASAK :
Bersihkan kacang hijau dan masak kacang hijau bersama santan , biji sagu , gula melaka dan daun pandan , biar sampai kacang kembang .

Jika santan dah jadi sikit boleh ditambah lagi kemudian masukkan semua jagung yang sudah dipotong tadi , masukkan gula pasir secukupnya dan 1/4 sudu garam (ikut pada citarasa masing-masing) . Kacau semua bahan-bahan dan rasa bubur ni jika masih kurang manis boleh la ditambah gula lagi .

Biarkan bubur masak serta mendidih , sekali -sekala kacau bubur supaya semua bahan cukup mesra . Bila dah masak boleh la ditutup api dapur



#6 - Bubur Biji Nangka Dengan Keledek







BAHAN-BAHAN :

BAHAN A
2 cawan tepung pulut
1 biji keledek saiz sedang-sedang je
Air secukupnya
Pewarna makanan pilihan

BAHAN B
Gula pasir secukupnya-ikut citarasa masing-masing
3-4 cawan santan kelapa-boleh ditambah
Secubit garam
2 helai daun pandan
3 biji bunga cengkih-bagi bau harum

CARA MEMASAK :


Gaul semua bahan A dan uli menjadi doh kemudian uli menjadi bentuk biji nangka atau uli jadi bentuk bulat . 

Rebus air dalam periuk sehingga mendidih . Masukkan adunan tepung yang sudah dibentuk menjadi bentuk nangka tadi . 

Bila adunan timbul di pemukaan air bermakna dah masak so boleh diangkat dan tos sekejap .

Bersih ubi keledek dan potong menjadi ketulan kecil. Masukkan santan yang secukupnya dalam periuk bersama buah cengkih , daun pandan dan ubi keledek tadi , masak kuah sehingga ubi keledek empuk . 

Masukkan gula pasir secukupnya serta masukkan secubit-dua garam . Akhir sekali masukkan biji nangka bewarna-warni dan kacau semua bahan bagi cukup mesra . 

Rasa gula jika kurang manis boleh la ditambah lagi .Bila dah masak boleh la ditutup api dapur

#7 - Resepi Bubur Kacang Hijau


Resepi Bubur Kacang Hijau yg sangat sedap. Tak susah nk buat bubur ni, cuma rendam kacang hijau semalaman dan rebus sehingga lembut. Lagi mudah jika anda mempunyai pressure cooker. Dalam masa 10 minit kacang sudah pecah dan lembut.

Bahan-Bahan:


300 gram kacang hijau
2 cawan santan pekat
2 cawan santan cair (dari 1/2 biji kelapa parut)
3 sudu besar sagu
1 1/2 senduk gula pasir
1/2 ketul gula melaka
garam secukup rasa
2 helai daun pandan

Cara Penyediaan:

1. Rendam kacang hijau semalaman dan rebus sehingga empuk.
2. Masukkan santan cair, gula pasir, gula melaka dan daun pandan ke dalam periuk kacang hijau tadi dan masak sehingga mendidih di atas api perlahan, kemudian masukkan pula sagu.
3. Akhir sekali masukkan santan pekat dan kacau perlahan-lahan supaya santan tidak berketul.
4. Perasakan dengan sedikit garam supaya kuah dapat menyeimbangi rasa manis dan lemak masin.
5. Tambahkan air jika kuah terlalu pekat. Angkat dan hidangkan bubur kacang hijau bersama roti atau begitu sahaja.

credit : iresepi.com

#8 - Resepi Bubur Gandum




BAHAN-BAHAN:

500 gm gandum
1 liter santan
200 ml air
½ sudu teh garam
200 gm gula
2 helai daun pandan

CARA MEMASAK:
1. Masak gandum sehingga lembut. Toskan.
2. Selepas itu masukkan santan, air dan daun pandan. Masak sehingga mendidih.
3. Kemudian masukkan garam dan gula ke dalamnya. Biarkan sehingga ia larut.
4. Sedia untuk dihidangkan.

#9 - Resepi Serawa Labu Istimewa


Jumlah Hidangan : 4

Bahan-Bahan:
1/2 biji labu
2 atau 3 cawan santan pekat,
2 cawan santan cair
1 helai daun pandan, carik dan simpul
1 sudu besar gula putih
sedikit gula melaka, anggaran satu sudu besar
Cara Penyediaan:

Cara untuk memasak:
1-Kupas kulit labu dan bersihkan.

2-Masukkan labu dalam periuk bersama daun pandan, santan cair dan 1 sudu besar gula pasir dan gula melaka. Tutup periuk dan masak di atas api perlahan sehingga labu agak empuk atau lembut. Jangan terlalu lembut kerana labu akan mudah hancur.

3-Masukkan santan pekat dan garam secukup rasa. Anggarkan garam secukupnya supaya santan akan menghasilkan rasa lemak yang sedap.

4-Masak di atas api perlahan sehingga kuah mendidih, tetapi harus dikacau dengan kerap supaya kuah santan tidak berketul.

5-Apabila kuah sudah pekat sebati dan labu sudah lembut, angkat dan hidangkan

#10 - RESEPI BUBUR CHA CHA 


Bahan-Bahan;

- 3 Cawan Susu / Santan
- 1 Cawan Bubur Cha Cha
- 1/3 Cawan Sagu
- Air Sekucupnya
- Gula Secukup Rasa
- 3 Helai Daun Pandan

Cara-Cara;

1. Masukkan bubur cacar, daun pandan dan sagu bersama air ke dalam periuk. Masak sehingga mendidih, sehingga bubur cacar dan sagu kembang

2. Masukkan susu atau santan bersama gula dan kacau sebati. Masak sehingga didih. Gaul sentiasa.



#11 - Bubur caca campur Keledek 



1/2 cwn keledek didadu & rebus empuk1 cawan caca direbus empuk1/2 cawan gula pasir @ ikut manis2 daun pandan simpul2 cawan santan freshSecubit garam2 sudu sagu mata direndam ngn 3 sudu air biar kembang seketika

Cara1.Masukan keledek ke dalam caca bersama daun pandan.

2. Masukkan gula, garam dan sagu mata

3.Kemudian masukkan santan dan sentiasa di kacau supaya tak pecah minyak. Setelah siap boleh tutup api dan hidangkan 


#12 - Bubur candil @bubur tepung pulut


Bahan:
-3 cawan tepung pulut
-air secukupnya
-sdikit garam
-santan secukupnya
-1 cawan sagu biji (basuh dgn cara lalukan dibwh air paip,dan ramas sikit tuk buang kanjinye) rebus hingga jernih toskan
-1 ketul gula melaka
-gula putih secukupnya
-1 sb susu pekat (tak letak pun takpe) *boleh ikut anggaran kemanisan yg disukai

Caranya:
1. uli tepung pulut bsama sdikit garam dan air hingga lembut dan tak mlekat ditangan
2. bahagikan beberapa bahagian, letak pewarna yang disukai kemudian bulatkan dan rebus hingga timbul. Bila dah timbul bolehlah diangkat

3. sementara itu dalam periuk lain, panaskan santan dengan api kecil
4. masukkan 2 helai daun pndan dan bila dah nmpak berasap bolehlah masukkan gula melaka, gula putih serta susu pekat.
5. kacau selalu dan bile nmpak nak mndidih masukkan tepung pulut tadi dan juga sagu biji. kacau dalam 10 minit tanpa henti dan bila mula mndidih terus tutup api. Siap!



#13 - Pengat Pisang


1 sikat Pisang Kepok/Abu 
200 ML santan pekat 
1 ketul gula Melaka,dicairkan dengan 1cawan air kemudian tapis 
1 sudu teh garam 
1500 ML air 
4 sudu makan gula 
3 helai daun pandan 
5 sudu makan sagu 
3 sudu makan cha cha

Masukkan air,daun pandandan cha cha ke dalam periuk, didihkan sehingga cha cha separuh lembut 

Sagu dibasuh kemudian direndam dengan air. 

Potong pisang setebal 1 inci, jika cha cha sedikit lembut, masukkan pisang, tunggu sehingga pisang lembut. 

Kemudian masukkan,garam,gula pasir, gula melaka dan sagu, kacau sebati 5minit. 

Masukkan santan,kacau lagi, bila mendidih tutup api, dan sedia utk dihidang.

Credit: Cookpad.com

Itulah dia antara resepi bubur dan pengat yang boleh kita cuba-cuba masak sendiri di rumah. Moga perkongsikan ini dapat memberi manfaat ya. Selamat menjamu selera dan jaga diri. 







Terima kasih kerana membaca. Apa pendapat anda tentang artikel ini? Jemput komen di bawah.