12 Resepi Rendang Ayam Dan Daging Yang Sedap Bersama Cara Memasaknya | Selalu kalau teringin mahu makan rendang, mesti akan request pada emak kan? Masakan emak memang antara yang tersedap! Tapi bila dah kahwin dan duduk berjauhan ni, kenalah cari ikhtiar untuk masak sendiri buat santapan anak dan suami.

Belum lagi memasak, baru terbayang-bayang rupa dan aroma, terus rasa terliur. Beginilah hebatnya penangan masakan rendang yang famous di kalangan masyarakat kita. Resepi Rendang Ayam dan daging ni memang sangat sedap, kuahnya sangat wangi kerana menggunakan bahan-bahan rempah ratus yang segar.



Bagaimana nak masak rendang ayam mudah dan sedap? Bagi yang sedang mencari resepi untuk masak rendang ayam untuk santapan di pagi Raya dan sebagainya, di sini ada 12 resepi rendang ayam dan daging bersama cara memasaknya sekali. Antaranya resepi rendang ayam padang, resepi rendang ayam Kedah (utara), resipi rendang ayam Kelantan (Pantai Timur) dan lain-lain lagi.


#1 - Resepi Rendang Padang (Daging atau Ayam)



Bahan-bahan
1 kg daging Potong-potong sesuai selera. Jika potongan daging besar dan tebal sebaiknya daging tersebut diketuk ketuk dahulu sedikit dengan hulu lesung sambal supaya tidak liat.

1 liter santan pekat
1 liter santan cair
(Dari 3-4 biji kelapa)

Bahan yg dimesin:

15 ulas bawang merah
6 Ulas bawang putih
1 inci halia
1 inci lengkuas
15 biji cili kering
1 biji buah pala( jika ada)
1 sudu kecil lada hitam
6 biji buah keras
1 sudu kecil jintan manis disangrai dan dihaluskan
2 sudu kecil ketumbar disangrai dan haluskan
¼ biji kelapa kecil parut, sangrai dan haluskan
Garam secukupnya

Bahan untuk sedapkan lg rendang padang
4 batang serai diketuk
3 lembar daun kunyit, koyakkan dan ikat
4 lembar daun limau purut
2 keping asam gelugur

Caranya:

Masak santan cair, masukkan bahan bahan yg dimesin tadi sambil diaduk. Masukkan juga bahan bahan penyedap' seperti daun kunyit, daun jeruk dan batang serai yang telah diketuk, dan parutan kelapa sangrai yang telah dihaluskan kacau perlahan tanpa berhenti.


Setelah santan cair mendidih, masukkan daging yang telah dipotong-potong. Kali ini jangan dikacau terus agar daging tidak hancur, sesekali saja.


Masak hingga agak kering, masukkan santan pekat.


Kacau sesekali secara naik turun untuk menjaga agar daging tidak hancur.


Masaklah dengan api kecil hingga santan pekat seperti tidak berkuah, dan minyak keluar dari masakan.




#2 - Resepi Rendang Ayam Minang


Bahan-bahan utama:
2 ekor Ayam - potong, basuh dan toskan
.
Bahan-bahan untuk dikisar:
6 biji bawang besar
1 inci kunyit hidup
3 inci halia
3 inci lengkuas
40 tangkai cili kering- rebus dan tapis airnya
*blend semua bahan kat atas.
.
3 helai daun limau purut
2 helai daun kunyit
3 batang serai - diketuk2 saje
1 keping asam keping
1 1/2 kilo santan bersamaan dengan 6 biji kelapa parut
.
Cara-Cara Penyediaan:
bila dah blend, masukkan semua bahan tu ke dalam kuali, masukkan 2 helai daun kunyit yang di simpul, 3 batang serai yang telah diketuk dan 3 helai daun limau purut serta 1 1/2 kilo santan.


masak hingga kuah pekat dan baru masukkan ayam.. jangan masukkan ayam dulu sebab ayam akan hancur sementara nak tunggu kuah rendang kering.


pastu dah nak kering tu, masukkan garam secukupnya.


Credit : FB Resepi Ummi 


#3 - Resepi Rendang Ayam


Bahan-bahan:
1 ekor ayam
1 labu bawang besar (dikisar)
5 ulas bawang putih (dikisar)
2 batang serai dititik
1 sudu makan serbuk jintan putih
1 sudu makan serbuk jintan manis
1 biji santan
2 asam keping
Kerisik
Gula melaka
Garam
2 helai daun kunyit(hiris halus)
Bahan-bahan blended:
30 tangkai cili kering(rebus dulu)
3 inci kunyit hidup
3 inci halia
3 inci lengkuas

Cara-cara masak:

1. Panaskan minyak.tumis bawang blended & serai hingga naik bau.masukkan serbuk jintan putih & jintan manis.kacau rata.

2. Masukkan bahan-bahan blended(cili kering,kunyit hidup,halia & lengkuas).
Biar sampai pecah minyak.

4. Masukkan ayam dan gaul rata.

5. Masukkan santan dan kecilkan api. 
Masak hingga ayam masak.

6. Masukkan kerisik,asam keping,gula melaka dan garam.masak hingga rendang pekat/sedikit kering.

7. Tabur daun kunyit dan tutup api.


#4 - Resepi Rendang Ayam Tok

Inspirasi: Kak Noor @ Sajian Dapur Bonda



Bahan-bahan A:
Seekor ayam segar (anggaran 2 kg) – dipotong 12
2 cawan santan sawit KHALIS + 1 cawan air = 3 cawan santan 
(kalau guna santan kelapa, gunakan tiga cawan pati santan)
6 sudu besar kerisik
5 keping asam gelugor
4 keping daun kunyit – dihiris halus
5 – 6 helai daun limau purut
1 batang serai – dititik
3 sudu besar gula perang
1 sudu besar gula putih
Garam secukup rasa
Minyak secukupnya untuk menumis
Minyak secukupnya untuk menggoreng ayam

Bahan-bahan B (dikisar basah):
8 sudu besar cili kering kisar
4 biji bawang besar – dipotong kecil terlebih dahulu
4 ulas bawang putih
6 batang serai – dipotong serong
2 inci halia
1 inci lengkuas
1 inci kunyit hidup
Air secukupnya

Bahan-bahan C (rempah):
1 sudu kecil serbuk ketumbar
1 sudu kecil serbuk jintan manis
1 sudu kecil serbuk jintan putih
1 sudu keci serbuk lada hitam
1 sudu kecil serbuk cili
1 sudu besar serbuk garam masala
1 sudu kecil serbuk rempah masak hitam – Kak Noor guna jenama Az-Zain
Air secukupnya

Persediaan Sebelum Memasak:
1. Ayam dipotong 12 dan dibuang semua kulit. Kemudian lumurkan ayam dengan 3 sudu besar tepung gandum dan 2 sudu cuka. Biarkan 2 minit. Kemudian basuh bersih dan toskan (Kaedah ini selalu digunakan oleh Kak Noor untuk menghilangkan bau hanyir ayam dan isinya kembali pejal setelah dibasuh – petua daripada bonda).

2. Perap ayam bersama 3 sudu besar rempah daging dan 1 sudu besar serbuk kunyit selama lebih kurang 20 minit.

3. Panaskan minyak dan goreng ayam ½ masak. Angkat dan toskan.

4. Masukkan kesemua Bahan B di dalam blender basah dan kisar sehingga semua bahan lumat.

5. Satukan kesemua Bahan C dan bancuh dengan sedikit air sehingga menjadi pes.

Cara-cara Memasak:

Panaskan minyak secukupnya di dalam kuali. Tumis serai sehingga layu sedikit.

Kemudian masukkan bahan kisar B, kacau rata. Diikuti dengan bahan C (pes rempah). Kacau dan masak sehingga terbit minyak. Gunakan api sederhana.

Selepas itu tuang santan dan kacau. Masak sehingga mendidih.

Kemudian masukkan ayam, diikuti dengan asam keping, daun limau purut, kerisik, gula perang, gula putih, dan garam. Kacau rata sehinga semuanya rasa sebati.

Bila ayam telah masak dan kuah agak pekat, masukkan hirisan daun kunyit ke dalam rendang. Kacau sehingga sebati dan biarkan mereneh 1 minit di atas dapur sebelum tutup api.

Untuk langkah step by step dengan gambar, boleh lihat DI SINI 


#5 - Resepi Rendang Ayam Kedah (Utara)



Bahan-bahan:
1 ekor ayam-dipotong2
santan dari 2 biji kelapa
1 cawan kerisik
2 helai daun kunyit
3 helai daun limau purut
2 sudu besar gula merah
garam dan serbuk perasa (jika suka)
2 sudu besar minyak sapi

Bahan kisar:
10 biji bawang merah
10 cm lengkuas
5 cm halia
3 cm kunyit hidup
5 batang serai
100 gm cili kering

Rempah tumis:
2 cm kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
5 biji cengkih
5 biji buah pelaga

Cara-cara membuatnya:
1)Panaskan minyak sapi. Tumis bahan kisar dan rempah tumis hingga naik bau.
2)Masukkan ayam, biar hingga airnya kering sedikit. Tuangkan santan bersama daun limau purut dan daun kunyit.
3)Bila sudah empuk, masukkan kerisik, garam dan gula merah. Masaklah hingga pekat.

Credits : my.resepi 

#6 - Resepi Rendang Ayam Kelantan



BAHAN-BAHAN

• 1 ekor ayam (lebih kurang 1½ kg)
• 15 biji bawang merah kecik atau 5 biji bawang besar
• 4 ulas bawang putih
• halia sebesar ibu jari
• 10 biji cili merah (tapi kjee tambah 5 biji cili api dan 5 biji cili kering utk pedas)
• 2 helai daun kunyit diracik cam bunga rampai.
• 3 helai daun limau purut
• 2 batang serai
• 2 cawan pati santan
• garam
• sedikit gula


CARANYA:

• Potong ayam ikut suka.
• Kisar semua bahan tumis kecuali serai, daun limau purut dan daun kunyit.
• Tumis sampai garing.
• Masukkan serai yang telah diketuk-ketuk.
• Apabila sudah terbit minyak, masukkan ayam.
• Gaul sampai sebati dengan rempah.
• Masak guna api sederhana sehingga ayam tu kecut.
• Kemudian masukkan santan, daun limau purut, garam dan sedikit gula.
• Masak lagi sehingga kauhnya pekat.
• Jika inginkan ia berkuah atau suka yang kering, adjust sendiri masa memasak.
• Apabila sudah masak, padam api dan taburkan daun kunyit.
• Walaupun resipi ori tidak letak asam keping, kadang-kadang jee letak

Credits : fauziahsamad.com

#7 - Resepi Rendang Daging Selera Tradisional Klasik




Bahan :
2-3kg daging lembu, batang pinang (tenderloin) 
285g bawang merah, dikupas 
130g bawang kecil, dikupas 
25g bawang putih, dikupas 
12g kunyit hidup 
40g halia tua 
33g lengkuas 
5g daun limau purut (kira-kira 3 daun, dikoyak sedikit) 
20g serai, akar sahaja 
115g gula Melaka 
105g cili boh 
12g serai, ditumbuk sedikit 
16g daun kunyit (kira-kira 1-2 daun) 
1kg santan 
90g kerisik 
2 sudu besar garam

Cara :

1. Potong daging lembu menjadi kiub besar kira-kira 3cm x 3cm.

2. Kisarkan bawang merah, bawang kecil, bawang putih, akar kunyit, halia, lengkuas dan akar serai sehingga halus.

3. Chiffonade (rincik halus) daun kunyit.

4. Dalam periuk besar yang berat, pasangkan api pada suhu tinggi dan terus tambahkan daging lembu, diikuti dengan campuran bawang, cili boh, separuh santan, garam, daun limau purut, serai dan gula Melaka. Kacau sehingga rata.

5. Bila campuran sudah mendidih, reneh dengan api kecil sehingga ia mula menjadi kering. Teruskan kacauan semasa masakan tengah reneh.

6. Tambahkan baki santan dan terus reneh dan kacau sehingga hampir kering. Tambah separuh daun kunyit dan kerisik.

7. Terus kacau sehingga masakan menjadi betul-betul kering. Keseluruhan proses ini akan mengambil masa kira-kira tiga hingga empat jam, jadi bersabarlah.

8. Bila masakan rendang sudah kering, hidangkan rendang daging dan hiasi dengan baki daun kunyit. Hidang dengan pulut kuning, lemang, nasi impit, nasi, atau roti putih lembut.

Untuk langkah step by step dengan gambar, boleh lihat DI SINI 


#8 - Resepi Rendang ayam Chef Wan

Sumber dari: Mini cookbooks Chef Wan



Bahannya:

4 sudu bsr minyak masak
500 g ayam
1 sudu teh lada hitam ditumbuk kasar
2 batang serai diketuk
2 keping asam keping
3 helai daun limau purut
1 cwn santan
1 cwn air
3 Sudu bsr kerisik ( uj x letak sbb malas nak buat kerisik)
1 usud besar gula melaka
sedikit garam
2~3 biji buah asam belimbing buluh (Uj x letak sebb tak ado)
1 helai daun basil ( ni pun Uj x ado)

Bahan kisar:

10 bj bwg putih
8 bji bwg kecil
15 bj cili padi ( nak pedas bole letak lebih)
6 bj cili kering
10 g halia
10 g lengkuas
10 g kunyit hidup
 
Cara: 

1  .  Satukan bahan kisar dan kisar sebati
2.    Panaskan mykgoreng bahan kisar sehinggga pecah myk
3.    Bila bahan tumisan dah pecah myk addkan ayam.Kacau rata biar mesra dengan bahan tumisan.
4.    Kemudian addkan lada hitam,serai,daun limau purut,asam keping,santan dan juga air.Kacau rata
       dan biar semua banahn mendidih dan ayam masak.
5.    Add kerisik,garam serta gula melaka.kacau rata dan biar mendidih lagi sehingga kuah memekat.
6.    Add daun basil.Biar merenh 2~ 3 minit dan tutup api serta bolelah dihidangkan bersama nasi puith.


Credits : Secuit Rasa 

#9 - RESEPI RENDANG AYAM PERAK



Resepi mcm kat bawah ni:
Setengah ekor ayam dipotong kecil
Bawang merah 5biji *
Bawang besar 4biji *
Bawang putih 8 ulas *
Lengkuas 1 inci *
Halia 1 inci *
Serai 4 batang *
Cili kering dalam 10 batang (boleh tambah lg kalau nak pedas) *
Asam keping 2-3 keping
Garam
Gula
Kerisik
Santan secukupnya
Daun kunyit hiris kasar
Blender semua bahan bertanda *

Cara memasak:
1. Tumis semua bahan yang dah diblender
2. Tumisan dah naik bau, masukkan ayam. Gaul rata. Masukkan santan, garam, asam keping, sedikit air untuk pastikan ayam masak sempurna.
3. Masukkan kerisik & rasa..kalau rasa dah ok boleh masukkan daun kunyit hiris..siap dahh boleh hidang dgn nasik atau pulut.

Kredit Resepi - Nurul Izza (FB Ketuk2 Ramadhan)


#10 - RENDANG AYAM TANPA SANTAN 

Bolehkah buat rendang ayam tanpa santan ni? Jawapannya boleh malah memang ada pun yang gemar buat rendang ayam dan rendang daging tanpa santan untuk mengelakkannya dari cepat basi. Lepas ni kalau teringin nak makan rendang tapi masalah sebab santan dah habis, haa boleh cuba masak rendang ayam tanpa santan ni. 

BAHAN-BAHANNYA 

1 kg ayam, potong ikut suka, cuci bersih dan toskan
 2 helai daun kunyit
3 helai daun purut
 1 keping asam gelugor
 500 ml air
 5 camca besar kerisik
1/2 keping gula melaka
15 belas tangkai cili kering (ikut pedas)
15 biji cili padi
garam secukup rasa 

BAHAN KISAR HALUS 
2 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
1 inci halia
1/2 inci lengkuas
1 inci kunyit hidup
3 batang serai


CARA MEMBUATNYA :
  •  Ayam garam kunyit goreng separuh masak.
  •  Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan kisar hingga harum, masukkan cili kisar dan tumis hingga cili garing.  dan tumis hingga terbit minyak, guna api kecil dan kacau selalu.
  • Masukkan air, gaul rata dan biar hingga mendidih. Tambah daun limau purut,  kerisik dan juga asam gelugor. Gaul rata2 dan masak dengan api sederhana hingga pekat. Tambah  gula melaka gula dah cair masukkan ayam goreng tadi.
  • Bila rendang hampir kering, perasakan dengan garam secukupnya. Masukkan daun limau dan kunyit yang diciat2, kacau rata dan masak sekejap. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama ketupat atau nasi...
Credits : Maszie 


#11 - Resepi Rendang Ayam Paling Simple (Masak 1st Time Pun Boleh Jadi)


Bahan-bahan:
*1 ekor ayam
*1kg santan (kalau mahu kurang lemak, kurangkan santan)
*2 sudu besar kerisik (kalau tak ada pun tidak mengapa)
*2 helai daun kunyit (sama ada hiris atau letakkan sahaja, yang penting buat batang daun)
*Garam dan gula secukup rasa
*Asam keping (tak ada pun tidak mengapa)
Kisar:
*4 sudu cili kering kisar (bergantung pada tahap kepedasan masing-masing)
*2 biji bawang besar
*6-8 ulas bawang putih
*2 inci kunyit hidup
*4 batang serai
*3 inci halia
*3 inci lengkuas
*2 biji buah keras (kalau tak ada pun tak apa)
Cara memasak:
1. Masukkan ayam bersama bahan yang ditumis serta daun kunyit, asam keping dan kerisik. Gaul sekata di bawah api sederhana besar.
2. Setelah agak-agak ayam masak, masukkan santan, gula dan garam secukup rasa.
3. Masak sehingga kuah rendang agak kering dan pecah minyak dalam api kecil.

#12 - Resepi Rendang Daging Mudah Dan Cara Memasaknya Step By Step


Bahan :

3-4 kg daging batang pinang/daging lembut 
2 mangkuk cili kisar (jika suka pedas, boleh letak lebih ya) 
200 gram kerisik homemade 
9 ulas bawang putih 
1 sudu besar jintan manis 
1 sudu besar jintan putih 
2 inci halia 
3 ulas isi kunyit 
1 inci lengkuas 
6-7 batang serai kampung (dititik) 
Bunga lawang dan kayu manis keping 
Asam Daun limau purut 
Daun kunyit 
2 biji santan kelapa 
Air Garam dan gula secukup rasa

Cara :

1. Kisar bawang, halia, lengkuas, isi kunyit dan ketepikan. Tumbuk jintan manis dan jintan putih. Panaskan minyak. Tumis bahan kisar beserta bunga lawang, kayu manis, serai. Masak sehingga naik bau.


2. Masukkan cili kisar tumis sehingga pecah minyak


3. Masukkan daging, kacau rata dan biarkan ianya mendidih



4. Masukkan kerisik dan seterusnya tuangkan santan yang telah diperah.




5. Biarkan dia mendidih dan daging empuk.(Masa ni nak tinggalkan pi buat kerja lain pun takpe) bila dia makin kering, saya topup air sikit2. Bila dia dah semakin pekat, naik minyak dgn cantik..daging dah empuk baru masukkan daun kunyit dan daun limau.



6. Letak garam dan gula secukup rasa..masak sekejap bagi rasa dia mesra baru tutup api. Siap


Teringin Nak Makan Rendang? Jom Buat Untuk Dimakan Bersama Yang Tersayang!

Itulah dia antara 12 resepi menu popular masakan resepi rendang untuk ayam dan daging. Sebenarnya resepi rendang ini ada bermacam jenis lagi. Kalau senaraikan semuanya di sini rasa makin pening tak tahu nak masak ikut menu yang mana satu. 

Ohya, salah satu tips untuk menjadikan rendang yang dimasak bertambah enak, kit perlu mengacaunya dengan lama menggunakan api kecil sehingga rendang menjadi betul-betul empuk dan sebati dengan semua rasa rempah. Jika nak rendang tahan lama pula kena masak sampai rendang ayam dan daging tu menjadi kering. 

Semoga dengan adanya perkongsian resepi rendang ayam dan daging yang sedap begini, dapatlah kita sama-sama masak untuk nikmati menu rendang yang special ini. Makan bersama nasi putih, ketupat, nasi impit atau pulut kuning memang best ni!!

Terima kasih banyak pada semua tuan empunya resepi... 







Terima kasih kerana membaca. Apa pendapat anda tentang artikel ini? Jemput komen di bawah.