Bah Kut Teh, Kai fan, Dim Sum, Tai Chow - Antara Makanan Chinese Yang Popular Di Malaysia | Hampir satu dunia tahu yang Malaysia ini penduduknya terdiri dari pelbagai kaum. Kaum yang paling utama adalah kaum Melayu, kaum Cina dan juga kaum India. 

Kehidupan dengan pelbagai kaum di dalam sebuah negara yang tidak sebesar mana ini, sememangnya ada muncul pelbagai kisah dan cerita (suka mahupun duka), namun yang paling penting kita perlu sentiasa berbangga kerana masih boleh hidup sejak dulu hingga kini dikelilingi oleh pelbagai adat, bahasa dan budaya. 

Antara perkara best bila hidup dengan pelbagai rumpun bangsa ini adalah pada jenis pemakanan. Maksud yang lebih jelas, di Malaysia ini ada pelbagai jenis makanan yang boleh dinikmati. Dan setiap makanan itu juga mempunyai keunikannya yang tersendiri. 

chinese food


Sebagai contoh dari Melayu ada makanan tradisional seperti nasi kerabu, nasi ulam, kuih muih dan sebagainya. Manakala dari kaum India pula terkenal dengan menu asli mereka seperti roti canai, nasi kandar, teh tarik, tosai dan lain-lain lagi. Terakhir sekali untuk kaum Cina turut terkenal dengan menu popular mereka seperti nasi ayam hainan, kuih bulan dan sebagainya.

Walaubagaimanapun suka untuk dikatakan yang menu makanan itu semua terlalu banyak sebenarnya hinggakan masih ada menu yang tidak pernah dirasai. Sebagai contoh untuk menu masakan ala chinese, ada lagi makanan popular mereka yang lain seperti Bah Kut Teh, Kai fan, Dim Sum dan Tai Chow. Terdetik juga di fikiran, apakah menu-menu ini sebenarnya? Yelah, bukannya biasa sangat dengan nama panggilan makanan dalam bahasa yang lain ni. 

#1 - Bah Kut Teh

chinese food


Untuk pengetahuan, Bah Kut Teh merupakan sejenis hidangan sup berserta daging rusuk yang dimasak dalam herba tradisi Cina seperti ginseng dan sebagainya. Herba-herba ini dicampur bukan sahaja sebagai perasa tetapi juga untuk menambah khasiat bagi meningkatkan lagi kesihatan. 

Pelbagai jenis cendawan juga sering kali ditambah kepada hidangan ini dan biasanya ia dihidangkan dalam mangkuk tembikar Cina. Pada masa kini terdapat karung Teh Bah Kut, yang mengandungi semua ramuan yang diperlukan. Ini memudahkan penyediaan Bah Kut Teh. Bah Kut Teh seringkali dijadikan hidangan sarapan, atau makan tengahari. 

chinese food
credits khairunnisahamdan.com


AWAS! 

Tidak semua menu dengan nama Bah Kut Teh ini halal untuk di makan. Sebagai masyarakat muslim kena ambil tahu betul-betul dulu apakah daging yang digunakan untuk masak menu ini. Memang sudah ada restoran Chinese Muslim yang menyediakan menu ini dengan menggunakan daging lembu, kambing dan sebagai pelanggan hendaklah pastikan betul-betul dulu akan status restoran terbabit. 

#2 - Kai Fan

chinese food
sumber youtube


Apa itu Kai Fan? Mula-mula tertanya-tanya juga, rupanya Kai Fan ini adalah 'Nasi Ayam Hainan'. Laa nasi ayam rupanya. Specialnya nasi ayam begini, ayam akan diperap secara keseluruhannya dengan pelbagai jenis rempah dan perasa.

Kemudian, ayam akan dipanggang di dalam ketuhar hingga berwarna keperang-perangan. Nasi pula akan di masak bersama dengan stok ayam dan mentega untuk memberikan rasa dan aroma yang lebih menyelerakan. Pelengkap menu nasi ayam ini sudah semestinya adalah sup dan juga timun.

#3 - Dim Sum 

chinese food


Dim sum merupakan sejenis masakan Cina yang berbentuk seperti hidangan ringan. Hidangan ini biasanya dihidang dalam bakul pengukus kecil atau di atas pinggan kecil. Ianya sering dinikmati bersama dengan teh. Dan dim sum ini mempunyai pelbagai inti yang sedap dinikmati bersama keluarga dan teman-teman. 

Jika dulu mungkin Dim Sum ini agak kurang dikenali namun sekarang menu dim sum sudah ada dijual di mana-mana malah sudah ada juga para peniaga yang menjual dim sum halal untuk para pelanggan muslim. Daku sendiri suka makan dim sum!


#4 - Tai Chow

chinese food

Jika menurut pembacaanku, Tai Chow ini bukanlah nama sejenis hidangan tetapi ianya hanya merujuk kepada pelbagai jenis makanan yang dimasak dengan segera. Pelanggan membuat pilihan mereka dari menu dan kemudian si peniaga akan memasaknya di atas kuali dengan api yang marak menyala bagi menghidangkannya secara segar dan panas-panas. Antara menu untuk Tai Chow ini adalah seperti nasi goreng, mi, ikan kukus dengan halia dan sebagainya. 

Bagi kalian yang gemar dengan menu makanan cina, nak makan tak salah tetapi pastikan kalian memilih hidangan yang benar-benar sahih akan status halalnya. Malah, nama makanan itu sendiri perlu diketahui. Jangan nanti tahu masuk mana-mana kedai makan dan main order je. 

Dan jika takut tersalah, boleh je buat pesanan dari aplikasi Foodpanda. Haa kat website Foodpanda tu dah memang ada tertulis mana satu menu Halal dan mana satu menu Non Halal, so mudahlah nak buat pesanan dengan mengikut segala panduan yang diberikan tu. 

foodpanda


Tak kisahlah duduk kat area KL, Penang, Melaka, Pantai Timur dan sebagainya. Foodpanda ada di mana-mana untuk memberikan servis penghantaran makanan yang di pesan. Lepas ni jika terasa nak makan menu chinese food, haa tak payah dah nak pening kepala susah payah bersesak beratur dan sebagainya. 

Sebagai seorang warganegara Malaysia, memang rasa happy sangat sebab ada banyak jenis makanan. Lagi-lagi bila ada servis penghantaran makanan seperti Foodpanda ini di sisi.










Terima kasih kerana membaca. Apa pendapat anda tentang artikel ini? Jemput komen di bawah.