Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Resepi Burnt Cheesecake Mudah Guna Blender, Hanya Dengan 5 Bahan

Resepi Burnt Cheesecake Mudah Guna Blender, Hanya Dengan 5 Bahan | Makin hari makin ramai up status bikin burnt cheesecake yang super sedap! Daku ni pula memang hantu cheese so mulalah rasa teringin nak buat sekali. Godek punya godek terjumpalah beberapa resepi untuk buat burnt cheesecake ni, ada yang share resepi burnt cheesecake guna oven, airfryer, mixer dan yang paling daku tertarik adalah resepi burnt cheesecake viral mudah guna blender.

Yes! Guna blender pun boleh buat. Tak payah lagi nak susah payah pakai mixer ke apa. Yang makin bestnya, resepi yang ku jumpa ni hanya menggunakan 5 bahan saja. Maksudnya bukan saja mudah sebab boleh buat guna blender malah jimat juga. Ohsem betul....

Bila di lihat pada resepi dan cara untuk burnt cheesecake guna blender ni, nak siapkan bahan memang mudah dan hanya mengambil masa dalam 5 minit dah boleh siap. Dah namapun tanpa menggunakan mixer kan, maunya tak cepat. Hehe..



Resipi ini cukup mudah hanya menggunakan sukatan cawan jadi tak payah nak pening-pening kepala. Kalau rasa tak nak guna blender sebaliknya nak juga guna mixer, tak delah. Boleh jer putar gunakan mixer tapi sebentar sahaja okay.


Bahan-bahan :

250 gram cream cheese tatura
150 ml whipping cream
1/2 cawan gula
3 biji telur gred c
2 sudu besar tepung gandum


Cara Membuatnya :


1. Sediakan blender yang bersih dan semua bahan di atas

2. Masuk kan semua nya (cream cheese, gula, telur, whipping cream, dan tepung gandum)

3. Blender hingga hancur dan kembang

4. Sediakan bekas untuk letak adunan, bagi yang tak ada loyang boleh pakai jer bekas steel yang ada dekat rumah. Kalau tak ada kertas minyak.boleh letak minyak pada bekas dan gunakan kertas A4 biasa

5. Tuang adunan. Bakar pada suhu 180, api atas bawah. Letak air pada tray. Masa 60 minit. Habis masa tmbh lagi 10 minit api atas sahaja utk effect hangus. Klu xpuashati kaler dia. Tambah lagi masa


6. Siap! Dah masak biarkan sejuk dlm 4-5jam sebelum boleh ptg. Memang menjadi dan cantik



Itulah dia resepi untuk buat Burnt Cheesecake sedap guna 5 bahan je. Patutlah dapat 5k shares! Memang senang amat untuk hasilkan kek keju bakar macam cara yang Puan Huda ni kongsikan. 

Ohya, daku ada juga terbaca perkongsian resepi buat burnt cheesecake ni guna susu, guna yogurt,
guna periuk nasi dan juga noxxa bagi mengantikan oven. Pendek kata, mudah sangat cara untuk buat resepi burnt cheesecake ni, atas diri sendiri je sama ada rajin untuk membuatnya ataupun malas. Hehe.. 

Selamat mencuba!


Credits : Puan Nurhuda Kasim

Post a Comment for "Resepi Burnt Cheesecake Mudah Guna Blender, Hanya Dengan 5 Bahan"