Tulis Sampai Jadi Di LinkedIn : Cara Kenalkan Diri Untuk Income Sebagai Ghost Writer  | Zaman sekarang ni itu ini memerlukan duit, maaf bukan nak cakap yang duit ni segala-galanya cuma kita kena bersetuju dengan realiti yang itu ini memang memerlukan duit. Even nak masuk toilet lepaskan hajatpun perlukan duit. Disebabkan itu daku yang hanya surirumah sepenuh masa inipun turut pasang impian untuk mencari income walaupun hakikatnya hanya berada di rumah setiap hari.

Kemunculan Covid yang melanda telah menambah lagi keresahan. Tapi, urusan Allah SWT siapalah yang tahu dan buktinya dalam keadaan resah, seorang penguna LinkedIn telah menulis cetusan rasa dengan status 'Tuhan Jentik Hati Aku' di platform LinkedIn dalam menceritakan suka duka kehidupannya yang terpaksa mencari jalan jana income.



Beliau tanpa segan silu memberitahu bagaimana beliau struggle dalam mencari pendapatan hinggalah hatinya benar-benar tertarik untuk menjadi seorang penulis upahan online yang turut disebut sebagai 'Ghost Writer' dan siapa sangka status beliau hits dengan paparan sebanyak 66k hanya dalam masa seminggu. Namanya adalah Syaza Redzuu. 



Apa Itu Ghost Writer? 


Ghostwriter atau penulis hantu ini merupakan seorang penulis yang diupah untuk menulis bagi pihak orang lain. Ghost writer ini sering menggelar diri mereka sebagai penulis upahan dan nak jadi seorang ghost writer bukannya mudah ye, kena ada ilmu yang betul! Barulah ada kualiti dan dapat memenuhi kehendak pelanggan yang memberi bayaran ke atas sesebuah penulisan tersebut.

Untuk lebih mudah faham, klien yang mengupah seseorang ghost writer itu adalah seperti pengarang manakala ghostwriter ini pula adalah sebagai writer (penulis) sekaligus editor untuk menyiapkan tugasan yang di beri.

Andrew Croft, penulis buku Confessions of a Ghostwriter telah menulis lebih 80 buah buku sepanjang kariernya sebagai ghost writer dan percaya atau tidak dia berjaya memperolehi pendapatan yang sangat lumayan.


Income Ghost Writer Malaysia Tidak Kurang Hebatnya

Suka untuk diberitahu yang income ghost writer di Malaysia ini juga agak lumayan. Pernah daku terbaca sebuah perkongsian di mana seorang penulis upahan itu ada yang di bayar sehingga RM10,000 untuk satu task.

Bagi ghost writer yang baru melonjak naik pula ada yang sudah mula menjana pendapatan sehingga 4 angka sebulan walaupun baru berkecimpung di dalam dunia penulis upahan ini. Walaubagaimanapun, setiap pekerjaan pastinya ada cabaran. Dan antara cabaran terbesar untuk seseorang ghost writer ini bukan hanya terletak pada idea untuk menyiapkan sesebuah penulisan sebaliknya pada cara penjenamaan diri (personal branding) juga.

Almaklumlah, jumlah ghost writer di Malaysia ini agak ramai juga jadi nak tak nak kena berusaha untuk tonjolkan diri sendiri supaya lebih menonjol berbanding penulis artikel online yang lain.

Tulis Sampai Jadi Di LinkedIn 


Bercakap mengenai cara penjenamaan diri (personal branding), baru-baru ini Syaza Redzuu telah melancarkan sebuah ebook hasil penulisannya sendiri. Beliau yang juga merupakan seorang penulis blog sememangnya sudah tidak asing lagi di kalangan penulis online Malaysia.

Daku sendiri tidak melepaskan peluang untuk membaca perkongsian beliau mengenai LinkedIn melalui ebook ini.



Kenapa daku tertarik dengan ebook hasil penulisan beliau? Jawapannya adalah kerana ia mengandungi cara untuk membuat penjenamaan diri yang sangat bagus dan berkesan dengan menggunakan platform LinkedIn.

Seringkali kita dengar mengenai FB, Instagram, Twitter, Blog dan lain-lain saja kan? Tapi hakikatnya, LinkedIn ini terletak di tangga ke-2 terbaik dalam platform Business to Business (B2B) selepas Facebook (pada tangga pertama).

Dan di dalam ebook ini telah dikongsikan pelbagai perkara yang penting dan menarik seperti:

  • Maksud sebenar LinkedIn
  • Kelebihan LinkedIn
  • Cara setup sampai all-star!
  • Cara penggunaannya dalam membuat personal branding dan lain-lain lagi. 


Seronoknya Ebook ini, ia turut disertakan tips dan cara dalam bentuk langkah demi langkah. Panduan ini turut disertakan dengan gambar sebagai rujukan supaya semua pembaca dapat mempraktikkanya dengan mudah dan cepat. 

Syaza Redzuu sendiri berjaya menjana pendapatan sehingga beribu-ribu ringgit hanya dalam masa beberapa minggu hasil dari kerjayanya sebagai seorang ghost writer. 

Sesuai Untuk Pembacaan Semua Orang


Ebook Tulis Sampai Jadi Di LinkedIn oleh Syaza Redzuu ini bagiku bukan hanya untuk mereka yang mahu bergelar seorang ghost writer semata-mata, bahkan ia juga sesuai untuk sesiapa saja yang mahu membina personal branding melalui LinkedIn. 

Dengan membuat penjenamaan begini secara tidak langsung akan membuka pintu rezeki dengan lebih luas lagi. Bayangkan jika ada sesiapa yang sedang mencari ghost writer untuk kerja menulis seperti tulis artikel, tulis ebook dan sebagainya di dalam platform LinkedIn tersebut, secara tidak langsung profile kalian akan turut muncul untuk dipertimbangkan. 

Sebagaimana yang telah diberitahu tadi, LinkedIn ini terletak di tangga ke-2 terbaik dalam platform Business to Business (B2B) selepas Facebook (pada tangga pertama) jadi kenapa nak lepaskan peluang ni begitu saja?


Kenapa Wajib Memiliki e-Book Ini?

  • Berjaya TERJUAL tak sampai 3 JAM selepas launching e-Book dilancarkan
  • Bongkar RAHSIA bagaimana memikat bakal ‘client’ di LinkedIn
  • Setup Profil LinkedIn sampai ALL-STAR! – Ikut Cara Penulis Setup Profilnya semudah ABC


Siapa WAJIB ada e-book Ghostwriter 101 : Tulis Sampai Jadi di LinkedIn?

  • Mereka yang baru kehilangan pekerjaan/dikenakan cuti tanpa gaji
  • Mereka yang ingin menambah pendapatan tambahan
  • Ghostwriter/Blogger/Influencer
  • CEO/Founder Syarikat/Usahawan
  • Suri rumah
  • Mereka yang minat menulis
  • Mereka yang sungguh-sungguh nak jana income hingga 4 angka sebulan dengan menulis 


Sebahagian Daripada Maklumbalas Mereka Yang Telah Mendapatkan Ebook Ini







DISKAUN 60% Sempena Launching! 

Soal harga memang sangat berbaloi! Apa taknya, dari harga sebenar RM88 sekarang tinggal RM35.20 saja. 

Harga ini sangat terhad sempena pelancarannya yang pertamakali. Kalau terus tunggu dan berfikir, jangan terkejut kalau lepas ni terpaksa kena bayar ikut harga asal sebab terlambat ambil peluang. 


Pembelian Secara Online & Akan Dihantar Terus Ke Email Pembaca

Bagi yang belum biasa dengan corak pembelian Ebook, ianya boleh di beli secara online dan selepas pembayaran ebook yang di beli akan terus dihantar melalui email masing-masing untuk pembacaan. Dah baca bolehlah save sebagai salah satu buku online kesayangan yang boleh di baca berulang-ulang kali. 

Seronok beli ebook ni sebabnya tak payah nak susah payah simpan atas rak sampai penuh rumah, tak perlu juga pening kepala cari buku yang tiba-tiba tersalah letak dan semestinya ebook ini sampai bila-bila tak akan rosak macam buku fizikal biasa. 


Nak Betul-Betul Bina Kerjaya? Gunakan Peluang Yang Ada Depan Mata!

Tahu tak dengan menggunakan LinkedIn ni, kerja jadi lebih mudah dan senang? Berada di LinkedIn tak ubah seperti mempunyai profil di rangkaian sosial profesional bertaraf dunia. 

Profil yang dibuat akan menjadi storyboard peribadi di mana orang dapat melihat apakah servis yang diberikan jadi kenapa nak terus biarkan peluang ini begitu saja?

Daku kat sini dah selamat membaca keseluruhan ebook ini dari awal hingga akhir. Lepas ni nak terus set profile untuk kuatkan penjenamaan untuk diri sendiri di LinkedIn sebagaimana yang dikongsikan oleh penulis. So apa tunggu lagi tu? Cepat dapatkan ebook ini sebelum terlepas!


Tulis Sampai Jadi Di LinkedIn by Syaza Redzuu

Padat! Lengkap! Mudah Faham! Senang Hadam! Terbaik! 

Untuk urusan pembelian dan pertanyaan, boleh ke link di bawah ini :

Website Ebook.my : https://bit.ly/3fOOMcU









Terima kasih kerana membaca. Apa pendapat anda tentang artikel ini? Jemput komen di bawah.