Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

10 Resepi Udang Goreng Mudah Yang Mabeles

10 Resepi Udang Goreng Mudah Yang Mabeles | Untuk pelbagai resepi udang goreng ni, rasanya boleh dikatakan ia seperti resepi yang boleh dicampak campak jer, sebabnya udang tu sendiri sememangnya dah ada rasa manis yang sedap. Tapi awas! Kena tahu apakah kombinasi terbaik bagi udang bersama bahan yang lain. Barulah tak terjadi kemunculan rasa yang pelik-pelik. 

Dalam banyk-banyak resepi udang goreng yang ada di carian internet tu, di bawah ini adalah sebahagian daripada resepi yang berjaya menarik minat. 

resepi udang goreng

Antara resepi-resepi tersebut adalah :

#1- Udang Goreng Kunyit Serai

resepi udang goreng

Menu paling sedap mudah ringkas seperti udang goreng kunyit ini memang sangat mudah untuk di buat. Resepi udang goreng kunyit begini yang paling simple dan pasti dapat membuka selera jika dimakan dengan nasi panas. Bahan-bahannya ialah:


1kg udang. Suka hati udang macam mana.

2 inci kunyit hidup, 5 biji bawang merah India, 3 ulas bawang putih, 1/2cm halia, 1 batang serai muda – kasi kisar halus dengan 1/4 cawan minyak masak.

2 batang kacang panjang,

1 biji cili merah,
1 biji bawang Holland jika suka,
1 biji perahan limau nipis,
1 sudu kecil garam,
Sedikit gula.

Cara-caranya : 

1. Masukkan sedikit minyak ke kuali, buka api. Cewah

2. Masukkan semua bahan kisar tadi. Kacau rata.

3. Dah pecah minyak, Terus masukkan udang yang dah dibersihkan. Suka hati nak yang macam mana. Saya suka buang kepala terus.

4. Masukkan kacang panjang, cili merah dan perahan limau nipis. Kacau rata, masukkan garam dan gula.

5. Apabila dah mula berair, udang pun dah masak, lekas tutup api. Kalau udang masak terlalu lama, nanti liat. Tak syok. Kalau suka nak letak bawang Holland, letaklah. Tak suka tak apa.

Credits : Khairul Hakinim


#2 - Resepi Udang Goreng Kari

resepi udang goreng mabeles


Bahan-bahan :
bahan A :
  • 10 ekor udang XL (dibersihkan)
  • sedikit serbuk kunyit
  • garam

bahan B : 
  • 1 labu bawang besar (dimayang)
  • 3 ulas bawang putih (dicincang)
  • 1 inci halia (dicincang)
  • 2 sudu besar serbuk kari ikan (dibancuh dengan sedikit air)
  • 1 sudu kecil biji sawi
  • sedikit serbuk cili - optional
  • garam 
  • 1 tangkai daun kari
  • 1 sudu kecil gula perang atau gula pasir
Cara-cara :
  1. Gaul-gaulkan bahan A. Goreng hingga masak. Ketepikan.
  2. Untuk bahan B : tumis bawang besar, bawang putih, halia dan biji sawi hingga naik bau. Kemudian masukkan daun kari, bancuhan serbuk kari dan serbuk cili. Tumis lagi hingga pecah minyak.
  3. Tambahkan sedikit air jika perlu. Kemudian perasakan dengan garam dan gula. 
  4. Akhir sekali barulah dimasukkan udang goreng tadi. Gaul-gaulkan sebati. Tutupkan api. Angkat dan hidangkan
Credits : Nieda Blog


#3 - Resepi Udang Goreng Butter

resepi udang goreng

Bahan untuk sarang:
4 biji kuning telur gred AA
1 cawan minyak
4 sudu besar mentega


Cara:
1. Pukul ringan kuning telur.
2. Panaskan minyak bersama mentega di dalam kuali.
3. Gunakan senduk bulat untuk membuat pusingan sehala di dalam kuali.
4. Setelah minyak benar-benar panas, teruskan memusing minyak menggunakan tangan kanan, tangan kiri pula angkat kuning telur agak tinggi dan tuangkan ke dalam minyak gorengan. Teruskan memusing sehala dengan laju sehinggalah habis kuning telur yang dituang tadi.
5. Bila sarang telur kelihatan kuning keemasan, bolehlah angkat dan toskan minyaknya.


Bahan-bahan Untuk Udang:

500 gram udang kertas saiz sederhana kecil - bersihkan
12 biji cili padi - hiris 
1/2 sudu kecil lada putih - tumbuk 
1/2 sudu kecil perencah MAGGI Cukup Rasa 
1/2 sudu kecil gula pasir 5 ulas bawang putih - cincang 
3 tangkai daun kari - lurutkan daunnya 3 sudu besar mentega 4 sudu besar susu cair


Cara:
1. Panaskan mentega dalam kuali dan tumis bawang putih hingga wangi.
2. Tambahkan hirisan cili padi dan daun kari. Gaul rata.
3. Masukkan susu cair, lada putih dan perencah Cukup Rasa.
4. Setelah bahan tumisan mulai memekat, masukkan udang.
5. Taburkan perencah MAGGI Cukup Rasa dan gula pasir. Gaul sekali dua. Padamkan api dapur.
6. Masukkan sarang telur tadi, dan gaul bersama udang.
7. Siap untuk dihidangkan.


#4 - Resepi Udang Goreng Berempah


#5 - Resepi Udang Goreng Kunyit Telur 

resepi udang goreng


Bahan-bahan : 
Udang 600gm 
Telur ayam 2 biji 
Garam 1 sudu kecil 
Kunyit 1 sudu kecil 
Gula 1 sudu besar 
Bawang besar 1 labu (dipotong bulat) 
Bawang putih 3 ulas (dipotong nipis) 
Cili merah dipotong Asam keping 2 - 3 keping 

Cara masak : 

1. Udang digaul dgn garam, kunyit & gula. Perapkan selama 30 minit. 

2. Panaskan minyak, goreng udang anggaran 5 minit untuk mengeringkan airnya. Angkat & ketepikan. 

3. Panaskan minyak yang baru,  gorengkan bawang besar, bawang putih dan cili potong hingga naik baunya. 

4. Masukkan udang tadi bersama asam keping. Pecahkan telur. Kacau rata.  Siap. 

* udang jangan dimasak melebihi 10 minit kerana,ini akan menyebabkan udang jadi keras dan hilang rasa manisnya. 

Credits : Jom Masak


#6 - Resepi Udang Goreng Nestum 

resepi udang goreng

Bahan-bahannya:

• 1 kg udang basah (saiz sederhana besar)
• 3 ulas bawang putih
• 10 tangkai cili padi
• 2 tangkai daun kari
• 1/2 cawan susu cair
• 4 sudu besar mentega
• 2 sudu besar tepung beras
• 1/2 cawan nestum
• Garam dan serbuk lada sulah
• Minyak untuk menggoreng
• 3 biji telur



Cara Penyediaannya:

1. Gaul udang dengan garam dan lada sulah. Kemudian goreng setengah masak. Angkat dan toskan minyaknya.


2. Sementara itu, pukul telur, mentega, susu cair dan tepung beras. Ketepikan.


3. Panaskan minyak dan tumiskan bawang putih bersama daun kari hingga garing. Kemudian masukkan udang. Sebatikan sehingga udang masak.


4. Tuangkan adunan yang dipukul tadi. Gaul rata. Akhir sekali taburkan nestum. Sedia untuk dihidang.

Selamat mencuba resepi udang goreng nestum ini. Sangat enak untuk dinikmati sekeluarga.


Kredit : Puan Rozana | FB Pages Sheila Rusly




#7 - Resepi Udang Goreng Telur Masin

resepi udang goreng


Bahan-bahan : 
350 gm udang
1/2 sudu kecil garam
1/2 sudu kecil serbuk kunyit
minyak

3 sudu besar butter
3 biji bwg putih - di cincang
9 - 10 bj cili padi ~ dihiris serong
2 tangkai daun kari
1 biji telur masin + 1 bj kuning telur ~ direbus hingga masak
1 sudu kecil gula
5 sudu besar susu segar


Cara:
Asingkan telur masin dari kulit dan hancurkan. Ketepikan.


Udang dibersihkan dan digaul dgn garam dan serbuk kunyit.


Goreng sekejap sehingga udang berubah warna. Angkat dan ketepikan (buangkan semua lebihan minyak)


Panaskan butter dlm kuali kemudian tumis bawang putih, cili padi dan daun kari.


Panaskan kuali masukkan butter, tumis bawang putih,daun kari dan cili padi hingga wangi dan masukkan telur masin yg dihancurkan tadi.


Kemudian masukkan susu segar dan gula. (tak perlu letak garam sbb dah ada rasa masin dr telur masin)
Kacau rata dan masukkan udang. Kacau lagi.


Masak seketika, kemudian bolehlah dihidangkan.

Credits : Secubit Garam

#8 - Resepi Udang Goreng Buttermilk

resepi udang goreng


Bahan-bahan : 
5 ke 6 ulas bawang putih - dicincang / ditumbuk
5 biji cili padi - dihiris (boleh tambah lagi jika suka pedas)
6 tangkai daun kari 
1/4 cawan susu cair
Sedikit butter/marjerin 

Cara-caranya : 

Panaskan butter/marjerin di dalam kuali dan tumis bawang putih, cili padi dan daun kari hingga garing dan naik bau. 

Setelah itu masukkan susu cair dan masak sebentar hingga semuanya sebati. Akhir sekali masukkan udang berserta dengan sedikit garam dan serbuk lada putih (jika mahu). Akhir sekali masukkan udang ke dalamnya dan gaul sebati. 

Bila dah siap bolehlah diletakkan di atas pinggan. Jangan lupa untuk taburkan 'sarang telur' tadi di atasnya. Siap! Haa kan dah cakap, mudah je pun...


#9 - Resepi Udang Goreng Berempah


resepi udang goreng

Bahan-bahan

10 ekor udang galah
1/2 biji bawang merah/besar- di potong bulat
2 cm halia-di mayang
5 helai daun kari
1 sudu teh serbuk kunyit
1 sudu teh serbuk kari
1 sudu teh serbuk cili
1 sudu teh serbuk ketumbar
1 sudu teh jintan manis
garam secukup rasa
minyak untuk menumis


Cara memasak


Bersihkan udang,tos dan keringkan airnya.Kemudian masukkan serbuk kunyit,serbuk cili,serbuk kari,serbuk ketumbar dan serbuk jintan manis.


Setelah itu masukkan garam secukup rasa. 
Gaul sebati udang dan perap seketika.


Panaskan minyak,tumis halia mayamg sehingga naik baunya dan masukkan udang dan daun kari


Akhir sekali,masukkan bawang merah dan biarkan sehingga layu. Sedia untuk di hidangkan.


#10 - Resepi Udang Goreng Crispy Paling Mudah 



Resepi udang goreng crispy merupakan favourite satu keluarga. Bila dah jadi menu kegemaran ni, boleh dikatakan hampir saban minggi mesti akan resepi udang celup tepung ni. Bila akan rasa jemu entahlah!

Itulah sebahagian daripada 10 resepi udang goreng yang boleh kita cuba sama-sama. Moga bermanfaat, selamat mencuba dan selamat menjamu selera. 



7 comments for "10 Resepi Udang Goreng Mudah Yang Mabeles "

  1. uish sedapnya resepi udang ni. nice sharing sis :) ♕Tiara Sapphire♕

    ReplyDelete
  2. Pertama kali nampak udang goreng nestum tu.

    ReplyDelete
  3. wow..sedap2 semua! Tq sharing awa.

    ReplyDelete
  4. udang nestum tu mendatangkan kekecuran air liur ni... rindu nak makan udang...

    ReplyDelete
  5. Salam perkenalan, nama blogger baru dan nama saya Linda
    Saya ingin bertukar link dengan rakan-rakan blogger semua
    Sertai segmen saya "Jom Tukar Bloglist"
    Maaf jika ada salah susunan, orang baru…heheheh..Baru nak belajar buat segmen dan cari rakan-rakan
    JOM TUKAR BLOGLIST

    ReplyDelete
  6. ehh tiba2 macam mau makan udang haha

    ReplyDelete
  7. kat rumah saya kalau ada udang buat goreng kunyit je yang habis licin. ,

    ReplyDelete