Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Tolong Beli : Servis Istimewa Untuk Urusan Belian Barang Online Antara Indonesia Dan Malaysia

Tolong Beli : Servis Istimewa Untuk Urusan Belian Barang Online Antara Indonesia Dan Malaysia   | Sebagai salah seorang warganegara yang menetap di Malaysia, tak ku nafikan di Malaysia ni ada pelbagai jenis servis! Dari servis penghantaran makanan, servis penghantaran anak pulang dari sekolah ke rumah, servis beli barang dapur guna runner dan bermacam jenis lagi. Mudah cakap, di Malaysia ni memang ada banyak servis untuk bantu meringankan urusan ramai orang. 

Secara tak langsung ia membuktikan yang orang Malaysia ni kebanyakannya memang sangat-sangat kreatif! Kreatif dalam berbisnes dan juga kreatif dalam mewujudkan pelbagai jenis servis yang bagus untuk kegunaan orang ramai. 

Bercakap tentang servis belian barang, daku agak terkejut saat mengetahui yang di Malaysia ini turut ada servis tolong beli barang dari Indonesia ke Malaysia. Dalam erti kata lain, jika ada sebarang jenis barangan di Indonesia yang rasa teringin nak beli, boleh gunakan servis dari pihak TOLONG BELI ini.


tolong beli barang indonesia malaysia

Sedikit Pengenalan Mengenai TolongBeli.com.my

Tolong Beli merupakan sekumpulan individu yang menyelesaikan pembelian dan pos dari Indonesia ke Malaysia dan juga dari Malaysia ke Indonesia dengan kadar upah berpatutan. Mereka telah memulakan perkhidmatan kirim barang antara Malaysia dengan Indonesia sejak dari 2018 lagi dan tetap komited untuk mengembangkan lagi service di dalam dunia internet!

Syarikat Tolong Beli ini juga turut berdaftar dengan SSM (Suruhanjaya Syarikat Malaysia) JR0104965-A 201903228700 (JR0104965-A) / FATIN DOORGIFT & RETAILS. Untuk bukti yang lebih jelas kalian boleh terus semak di lamanweb utama SSM

Tujuan utama Tolong Beli ini ditubuhkan adalah untuk memberi servis di antara dua buah negara jiran yakni Malaysia dan Indonesia untuk beberapa perkara seperti memudahkan urus cara beli barang dari Malaysia ke Indonesia dan juga dari Indonesia ke Malaysia. 

Selain itu ianya juga bertujuan untuk memudahkan urusan beli barang online Indonesia dari urusan tempahan secara atas talian sehinggalah kepada urusan alamat untuk pos secara terus pada pembeli asal yang berada di Malaysia. 

5 Perkara Utama Lain Yang Daku Suka Tentang Servis Tolong Beli 

Jujur cakap, daku agak tertarik dengan servis Tolong Beli ini. Dengan adanya pihak Tolong Beli, sesiapa saja boleh merasai pengalaman membeli-belah merentas benua yang semestinya mengujakan!
Antara lima sebab utama kenapa daku boleh jatuh cinta dengan servis Tolong Beli ini adalah kerana :

#1 - Memudahkan Urusan Beli Barang Online Indonesia 

Dari dulu hingga kini, hubungan antara Malaysia dan Indonesia boleh dikatakan seperti dua beradik yang adakalanya bercanggah pendapat dan adakalanya seia dan sekata. Ada kalanya pula boleh bergaduh untuk tentukan pendapat masing-masing. 

Walaubagaimanapun,  hubungan Malaysia Indonesia memang sudah lama terjalin dan semoga ikatan ini akan semakin utuh dan tidak terlerai.

Dek kerana itu, adalah tidak mustahil untuk mana-mana penduduk dalam Malaysia ini untuk membuat pembelian secara atas talian bagi membeli mana-mana produk yang sah dari Indonesia. Jasa atau bantuan pembelian ini merangkumi banyak tempat seperti Tokopedia, Bukalapak, Shopee Indonesia dan lain-lain lagi. 

Tolong Beli pula boleh menjadi pembantu khas untuk kalian dengan kadar upah terendah sekali dalam menyelesaikan masalah pembayaran dan penghantaran yang merentas negara ini.

tolong beli barang indonesia malaysia


#2 - Boleh Tolong Beli Barang Dari Website Indonesia Mengikut Kehendak Pelanggan Secara Dua Hala 

Di Malaysia memang sudah terkenal dengan Shopee Malaysia, Lazada, PG Mall dan lain-lain, manakala untuk Indonesia pula agak terkenal dengan Tokopedia, Bukalapak dan juga Shopee Indonesia. 

Walaupun Shopee masing-masing ada di Malaysia dan di Indonesia tetapi barangan yang di jual semestinya sangat berbeza kerana platfrom Shopee ini bergantung pada barangan yang ditawarkan oleh peniaga online bagi sesebuah negara itu sendiri. 

Menyedari akan hal inilah maka pihak Tolong Beli menawarkan khidmat sebagai si tukang beli bagi pihak kalian bagi memudahkan urusan dari awal hingga akhir. 

Inilah yang dimaksudkan dengan Tolong Beli Barang Dari Website Indonesia yang cuba disampaikan pada semua. Ternyata Tolong Beli ini menyediakan pembelian dua hala antara negara dan Tolong Beli juga boleh menerima pelanggan dari dalam Malaysia mahupun dari Indonesia 

#3 - Pelbagai Jenis Barangan Boleh Dibeli Secara Terus Dari Indonesia Dengan Penghantaran Udara

Daku sempat juga singgah ke laman web tempat jual beli barangan online melalui platform Bukalapak dari Indonesia. Naik buntang biji mata ni, banyak betul barangan yang best-best! Aduhai.. geram pula rasanya nak beli itu dan ini.

Tambahan pula pihak Tolong Beli menggunakan khidmat pos udara yang sangat cepat dan terjamin seperti Pos Laju dan hampir kesemua barang dapat di pos / kirim menggunakan kaedah ini.

#4 - Pos Barang Dari Indonesia Ke Malaysia Kini Boleh Menjadi Nyata

Itu baru berkunjung ke satu platform tempat buat belian online saja, belum lagi berkunjung ke platform beli belah di Indonesia yang lain. Hmmm seronok juga boleh lihat barangan yang ada di sana dengan mind set yang daku benar-benar boleh beli jika betul-betul daku mahukan barangan tersebut.

#5 - Boleh Pilih Dan Biar Pihak 'Tolong Beli' Uruskan Langkah Berikutnya

Untuk mudah faham, servis dari pihak 'Tolong Beli' ini mudah saja. Kita boleh pilih mana-mana barangan yang ingin di beli dari mana-mana lamanweb tempat jualan barang Indonesia secara atas talian tersebut, kemudian pihak Tolong Beli akan bantu uruskan segalanya hingga berjaya memperolehi barangan yang di beli itu dengan selamat. Jika difikirkan balik, Tolong Beli ni tak ubah seperti sebuah syarikat pemesanan dan penghantaran barang dari Indonesia ke Malaysia

Cara Membeli Di Shopee Indonesia Dari Malaysia

"Jelajahi pusat perbelanjaan mobile, Shopee! Jual Beli dalam 30 detik. Gampang!" Eh tetiba pula jadi pandai cakap Indonesia. 

Beli barang kat Shopee ni memang seronok dan berbaloi sebab barangan di Shopee tu memang banyak
dengan tawaran harga yang sangat berpatutan. Baik Shopee di Malaysia mahupun Shopee di Indonesia, kedua-duanya best! Dan sesekali shopping di Shoppe Indonesia, best juga kan!

Macamana cara beli di Shopee Indonesia? Dan boleh ke beli di Shopee Indonesia untuk hantar ke Malaysia? Kalau dulu mungkin daku jawab tak boleh dan of course ada rasa leceh, tapi sekarang dengan adanya Tolong Beli, terus jawapan jadi bertukar. Sekarang tanpa ragu-ragu, ya memang boleh beli di Shopee Indonesia untuk pos ke Malaysia dan cara untuk beli di Shopee Indonesia ni pun sebenarnya mudah saja!

Bagaimana cara nak beli barang di Shopee Indonesia sehingga boleh di hantar terus ke alamat penerima di Malaysia? Meh ikut langkah ini step by step. 

tolong beli barang malaysia indonesia

Selain dari beli di platform Shopee Indonesia, boleh juga beli dari platform lain. Dan cara bagaimana untuk membuat belian barang dari Indonesia ke Malaysia melalui platform Tolong Beli sama saja dengan cara beli di Shopee Indonesia tadi iaitu : 

LANGKAH #1 BELI BARANG

Beritahu item apa yang hendak dibeli, sebaiknya sertakan link item tersebut kemudian whatsapp ke
nombor 01163592011.

Jelaskan apa yang hendak dibeli dan terangkan serba sedikit informasi item yang dikehendaki seperti kuantiti item,berat dan sebagainya. Setelah jelas apa yang hendak dibeli pihak Tolong Beli  akan totalkan jumlah item (peringatan sebarang kupon(free shipping, cashback, ect)  tidak termasuk dalam pengiraan) 

Upah 10% keatas setiap pembelian akan dikenakan sebagaimana contoh di bawah ini.

tolong beli barang indonesia malaysia

LANGKAH #2 KOS POS UKUR DAN TIMBANG

Berapakah kos shipping untuk servis Tolong Beli Ini? Atau dengan lebih jelas lagi, berapakah caj pos barang Indonesia ke Malaysia? Jawapannya ada di dalam penerangan ini.

Setelah barang yang dibeli telah tiba di warehouse, pihak Tolong Beli akan timbang dan ukur untuk barangan yang di beli itu. Kadar pos ke Indonesia adalah RM45/KG , dan kadar caj kos pos dari Indonesia ke Malaysia pula bermula dari RM40/KG. Kadar pos bagi Semenanjung dan Sabah Sarawak adalah berbeza. Dan jenis item juga mempengaruhi kadar pos.

Minimum :  1kg = RM45 (actual weight atau Volumetric Weight) kos pos akan dipilih pada nilai berat yang paling tinggi sama ada actual weight atau Volumetric. Jika rasa kurang jelas, jangan risau kerana kalian boleh tanya dengan lebih detail berkaitan caj untuk urusan kos ukur dan timbang ini pada pihak Tolong Beli sebelum mula melakukan sebarang urusan pembelian nanti. 

LANGKAH #3 PEMBAYARAN

Cara Pembayaran untuk pelanggan Malaysia 

1- Pembayaran boleh di buat melalui online bank transfer dan mesin CDM ATM 
2- Masukan nilai bayaran seperti nilai yang dipersetujui.
3- Selepas bayaran di buat sila whatsapp kan resit pembayaran

Cara pembayaran untuk pelanggan dari Indonesia 

Pembayaran boleh di buat melalui aplikasi TransferWise

Buat akaun anda di transferwise dan pilih mata wang. di indonesia mungkin tiada indonesia rupiah, jadi anda pilih USD dan bayaran melalui debit card 

Contoh Urusan Pembelian Antara Pelanggan Dan Tolong Beli

Jika tadi daku dah storykan tentang cara beli barang di Shopee Indonesia dengan servis Tolong Beli. Ini pula adalah contoh urusan yang berlaku di antara pembeli (seperti kita) dengan pihak Tolong Beli. 

Jelas dan nyata, pihak Tolong Beli akan bantu dari langkah pertama awal pembelian di mana-mana website beli belah Indonesia seperti Shopee sehinggalah kepada urusan penghantaran. Malah pihak Tolong Beli akan tolong trace lokasi barangan dari masa ke semasa selagi mana belum sampai ke tangan pembeli sebenar.

tolong beli barang indonesia malaysia

tolong beli barang indonesia malaysia

tolong beli barang indonesia malaysia

Sebahagian Testimoni Daripada Pelanggan 'Tolong Beli' Yang Lain 

"Sayang, barang dapur dah makin habis ni, tolong pergi kedai boleh?" Jika dulu ayat minta beli barang dapur yang keluar dari mulut seorang isteri, tak mustahil jika lepas ni ayat minta tolong beli barang dari Indonesia pula yang keluar dari mulut isteri.


Di sini daku kongsikan sekali sebahagian daripada testimoni dari kalangan mereka yang pernah menggunakan servis dari pihak Tolong Beli ini. 


tolong beli barang indonesia malaysia

tolong beli barang indonesia malaysia


tolong beli barang indonesia malaysia

tolong beli barang indonesia malaysia

tolong beli barang indonesia malaysia

tolong beli barang indonesia malaysia


Nampaknya, biar tak ada pembantu rumah mahupun orang gaji dan driver, yang penting sudah ada servis tolong beli itu dan ini dalam Malaysia dan Indonesia untuk kita semua. Lepas ni bukan saja dapat guna servis tolong beli barang dapur tetapi boleh terus beli barang secara online secara terus dari Indonesia dengan lancar dan mudah.


Mau taknya, barangan di Indonesia tu banyak juga yang cantik dan menarik. Lagi-lagi dengan harga yang agak murah. Tak mustahil, nak beli barangan dari Indonesia untuk berniaga di Malaysia ini juga boleh.


Pentingkan Kepercayaan Yang Diberi Pelanggan 

Proses urusan belian barang merentasi negara begini semestinya bukan satu kerja yang mudah. Menyedari akan hal itu, pihak Tolong Beli sangat mementingkan kepercayan pelanggan mereka. Jasa ataupun service yang ditawarkan adalah trusted dan aman. 

Bagi para penggemar barangan dari Indonesia, manalah tahu jika dulu pernah bercuti ke Indonesia dan tiba-tiba macam teringin nak dapatkan sesuatu dari sana, atau mungkin ada nampak iklan di mana-mana dan hati rasa berhajat untuk memilikinya, tak payah lagi nak melangkah keluar dari negara Malaysia sebaliknya boleh beli dengan mudah secara atas talian saja. 

tolong beli barang indonesia malaysia

Bagi penduduk di Malaysia yang berasal dari Indonesia pula, tak perlu lagi nak susah payah mencari lokasi di mana ada jual barang Indonesia di Malaysia dan tak perlu juga lagi untuk susah payah mencari jalan bagaimana untuk beli barang online Indonesia kerana di masa ini pihak Tolong Beli sudah ada cara terbaik bagaimana untuk beli barang dari Indonesia ke Malaysia dengan cara yang sangat mudah!

Betul-Betul Mau Beli Barang Online Dari Indonesia? Bolehlah Cuba Gunakan Servis Dari Team 'Tolong Beli' Sekarang!

Mau beli barang online dari Indonesia? Tak ada sesiapa yang boleh tolong buat tempahan (order), urusan penghantaran (pos barang dari Indonesia ke Malaysia), dan sebagainya? Kini sudah ada pihak yang boleh tolong order, tolong beli, tolong uruskan segalanya untuk kita dari awal hingga akhir! 

Jika Foodpanda di Malaysia menawarkan servis pembelian dan penghantaran makanan, pihak Tolong Beli pula menawarkan servis pembelian dan penghantaran barangan antara Malaysia dan Indonesia. Tidak kisahlah barangan apa yang ingin di beli, yang penting tidak berbahaya dan tidak melanggar undang-undang ke dua-dua negara, mudah dan selamat ketika diposkan melalui penghantaran udara dan yang paling penting setiap pembeli hendaklah bersabar. 

Bagaimana cara nak beli barangan di Shopee Indonesia untuk pos ke Malaysia dan bagaimana pula cara nak beli barangan di Shopee Malaysia untuk pos ke Indonesia? Jawapannya tak lain dan tak bukan adalah TOLONGBELI.COM.MY.

So bagi sesiapa yang berhajat untuk membeli barangan dari Indonesia ataupun mungkin ada di kalangan pembaca blog daku ini yang berada di Indonesia dan berhajat untuk beli barangan dari Malaysia, kalian bolehlah menghubungi pihak Tolong Beli melalui detail di bawah ini :


Website : https://tolongbeli.com.my/
Whatsapp : http://wasap.my/601163592011

Email : admin@tolongbeli.com.my


#belibarangonlineindonesia #tokopediaposkemalaysia #carabelidishopeeindonesia

- Jom shopping -

3 comments for "Tolong Beli : Servis Istimewa Untuk Urusan Belian Barang Online Antara Indonesia Dan Malaysia "

  1. Salam, blogwalking here. Oh, skang banyak juga platform jual beli barang. Selalunya orang Indonesia suka beli Milo Malaysia kan. Pernah dengar cerita dulu, ada rakyat Indonesia pos berkotak kotak Milo Malaysia ke Indonesia. huhu

    ReplyDelete
  2. Saya ada soalan. Saya dari Malaysia ingin membeli kado ke teman saya di Indonesia tapi saya tak dpt nk change address untuk alamat indo. Di situ dh tetapkan negeri dalam Malaysia sahaja. Macam mana saya nk tukar alamat alamat ke indo?

    ReplyDelete
  3. Saya ingin tanya boleh saya beli pistol mainan cp99 dari indonesia

    ReplyDelete