Pengalaman Bersiaran Langsung (LIVE) Di Kelantan TV Untuk Bercerita Tentang Blogger | Bloggers Kelantan, Blogger Pantai Timur. Dan tak sangka kali ini dipelawa sebagai salah seorang ahli panel untuk mengupas tajuk Blogger Lapuk bertarikh 16 Julai 2020 secara LIVE melalui channel Kelantan TV.

Tatkala menerima undangan ini, sememangnya daku sangat bersyukur kerana masih ada pihak yang nampak 'potensi' dunia blogger meskipun hakikatnya masih ada yang bagaikan tak percaya bahawa blog ini mampu memberikan pendapatan sampingan yang lumayan.

Daku sendiri kadangkala terasa bagai mahu berteriak untuk menyedarkan ramai anak muda, belia, surirumah, penganggur, lepasan IPTA dan sebagainya untuk kenal dengan dunia blog sebagaimana mereka dapat kenal dengan platform media sosial yang lain. Tetapi siapalah aku. Daku tak boleh nak buat semua itu seorang diri melainkan jika dapat sokongan daripada pihak yang lain seperti ini.

blogger kelantan review pantai timur

Masa untuk memulakan siaran sekitar jam 11pagi maka disebabkan jarak antara rumahku dengan studio ini adalah dalam lingkungan 45 minit ke sejam, maka daku bertolak dari rumah seawal jam 9.15pagi lagi. Dalam kepala dah set untuk tiba di sana paling lewatpun jam 10.30 pagi. Daku pergi ditemani oleh anak ke dua dan sudah tentulah Kasih Sufi di bawa bersama.

Di rumah daku tinggalkan anak ke empat dan ke lima dengan dijaga oleh ibu mertuaku. Nasib baiklah my MIL seorang yang mudah bila di minta tolong apa-apa. Buktinya daku call sehari sebelumnya cakap nak jemput untuk datang tidur di rumah sebab besoknya daku perlu ke Kota Bharu, dengan mudah ibu mertuaku bersetuju untuk membantu.

Manakala anak yang ke tiga bersekolah dan akan pulang sekitar jam 1.30 petang, jadi sempatlah untuk daku selesaikan urusan pengambaran LIVE ini. Nanti siap saja semuanya daku boleh terus rushing untuk ambil anak dari sekolah sebelum terus pulang ke rumah.

Ohya, jemputan ini datangnya dari pihak Urus Setia Belia dan Sukan Kelantan (U-bes) dan apa yang paling membuatkan ku rasa terharu, ada di antara kalangan staff U-Bes ini yang mengenali nama blog Sis Hawa Dot Com. Tak sangka, betul-betul tak sangka.

blog yang best untuk di baca

Salah seorang daripadanya adalah Jib (nama manja beliau) dan ini adalah kali yang ke dua daku bertemu dengannya.

Selain diri ini, Tuan Khairi juga turut di jemput. Tuan Khairi ini merupakan salah seorang blogger yang aktif di Kelantan dan daku juga sudah pernah bertemu dengan Tuan Khairi bersama suami sebelum ini. Jadi tidaklah rasa kekok sangat.

blogger kelantan pantai timur

Tapi!!! Sebaik saja di minta masuk ke studio, hati ni terus rasa dup dap dup dap bagai nak gugur jatuh ke lantai. Dengan aircond yang sejuk di tambah pula dengan set yang cantik dan staff bertugas yang agak ramai, membuatkan hatiku mula rasa berdebar.

Lagi-lagi saat dipakaikan microphone, terus rasa ini semua nyata dan bukan lagi sekadar mimpi. Dalam hati berdoa yang amat sangat agar tidak gugup dan berjaya memberikan info tentang blogger setakat yang daku tahu berdasarkan pengalaman sendiri.

blogger kelantan review pantai timur

Di hadapan kami pula ada beberapa kamera. Sebelum start, sudah di beritahu kamera mana kena pandang semasa bercakap dan kamera mana pula patut dipandang sekali sekala jika dirasakan perlu.

blogger kelantan review pantai timur

Inilah keadaan sebenar di belakang tabir untuk siaran langsung tersebut. Inilah cara team Kelantan TV bersiaran di dalam studio mereka. Jadi kalian boleh bayangkan di sini, betapa ramai yang memandang daku dan Tuan Khairi pada ketika itu.


blogger kelantan review pantai timur

Walaubagaimanapun, hati kembali terasa tenang saat menatap wajah dua orang adik manis ni. Kedua-duanya sangat pandai mengawal keadaan dan kedua-duanya juga sangat manis tatkala tersenyum.

Reaksi mereka berdua bagaikan petunjuk sama ada apa yang daku jawab itu kena dengan soalan ataupun tidak meskipun hakikatnya daku sendiri bagai orang hilang punca. Main cakap je apa yang terasa nak keluar di mulut. Daku pasti, Tuan Khairi juga merasakan hal yang sama.

blogger kelantan review pantai timur

Akan tetapi, saat mereka berdua memperkenalkan kami sebagai dua orang blogger terkenal (famous), hatiku dah mula rasa dup dap dup dap semula. Sebabnya, daku ni tidaklah sefamous mana berbanding dengan blogger-blogger lain yang ada di Malaysia ni.

Tambahan pula, bagiku blogger popular Malaysia adalah seperti Hanis Zalikha, Cik Epal, Yuyu Zulaikha, Sabrina Tajudin dan lain-lain yang sememangnya sudah sangat popular hingga tahap masuk TV, masuk suratkhabar, masuk majalah, masuk radio dan sebagainya. Bahkan mereka ni sampai diangkat menjadi duta produk, boleh review barang mahal-mahal yang branded setahap dengan artis popular.

Sedangkan daku ni, hanyalah seorang blogger Muslimah yang sekadar ingin berdiri pada tahap yang tak sepertinya. Walaubagaimanapun, daku sangat-sangat bersyukur kerana ada di kalangan kalian yang sudi membaca blog ini dari masa ke semasa dalam mencari info dan bahan bacaan lain yang daku kongsikan.


blogger kelantan review pantai timur

Macam yang kalian tahu, blog ini lebih pada perkongsian untuk topik parenting, islamik, resepi, kehidupan harian dan seumpamanya saja. Jujur cakap, pada awal daku ingin berblog dulu terlintas juga di fikiran apakah blog daku ini akan diterima ramai kerana daku hanyalah seorang ibu kepada lima orang anak (pada ketika itu).

Tambahan pula daku berniqab jadi tak dapatlah nak berblog seperti orang lain hingga ke tahap menjadi seorang blogger popular, namun disebabkan niat untuk bantu suami mencari pendapatan sampingan maka daku nekad dan mencuba. Tak cuba tak tahu kan? Jadi cubalah dulu, jika berhasil alhamdulillah itu rezki yang Allah SWT sudi berikan dan jika tak ada rezeki semestinya Allah dah aturkan di tempat yang lain.

Hasilnya sebagaimana yang kalian lihat sekarang. Tidaklah setanding blogger popular Malaysia yang lain namun sesungguhnya daku amat amat bersyukur di atas apa yang berjaya ku perolehi sekarang. Alhamdulillah Allah SWT makbulkan doaku untuk membantu mencari pendapatan sampingan buat meringankan beban suami dengan hasil penulisanku di blog ini.

blogger kelantan review pantai timur

Sejujurnya pengalaman bersiaran langsung secara terus di dalam studio seperti ini sangat mendebarkan. Tapi, ianya juga amat menyeronokkan kerana daku boleh jadikan ini sebagai pengalaman baru dan secara tidak langsung ia juga membuatkan daku rasa lebih yakin dengan dunia penulisan blog.

Sejak awal mula berblog daku tak pernah terfikir untuk membina Bite Media Consultants, komunti blogger Biters dan bercakap secara langsung di hadapan kamera dan orang ramai seperti ini. Terasa bagaikan mimpi pula tapi sesunguhhnya ini semua benar-benar terjadi!

muslimah hijab blogger malaysia

Jika di tanya apakah harapan dan misi seterusnya selepas ini, InshaAllah daku akan cuba untuk terus memberi inspirasi pada mereka yang dapat menerimanya. Sebagai seorang blogger yang mampu menjana income melalui blog sambil memenuhi tanggungjawab sebagai seorang ibu kepada enam orang anak ini, semestinya daku sangat bersyukur dan berterima kasih dengan apa yang berlaku.

Tetapi untuk menganggap diri ini popular, tidak sama sekali! Sebagaimana yang telah daku katakan tadi, daku bukan seorang famous blogegr terkenal sebaliknya daku ini hanyalah seorang ibu dan seorang penulis blog yang ingin berkongsi ilmu, pengalaman dan inspirasi pada mereka yang memerlukan. Menjadi seorang famous blogger itu soal lain tetapi menyediakan blog yang best untuk dibaca akan diutamakan terlebih dahulu.

Pada mereka yang mahu tonton hasil rakaman tersebut, kalian boleh lihat pada video di bawah ini.


Akhir sekali, daku nak ucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga pada pihak U-Bes, Kelantan TV, Kelantan Kini dan semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung.

Untuk kalian yang sentiasa sudi datang membaca blog hasil penulisanku ini, terima kasih banyak-banyak. Hanya Allah SWT saja yang dapat membalasnya. Aamiin.








Terima kasih kerana membaca. Apa pendapat anda tentang artikel ini? Jemput komen di bawah.