8 Resepi Roti Sweet Bun Homemade Yang Mudah Dan Sedap | Baru-baru rasa teringin pula nak makan roti bun kaya pandan tapi bila mencari resepi roti bun kaya pandan tu, hmmm macam susah je nak buat. Jadi dari misi mencari resepi roti bun kaya pandan, daku beralih arah untuk resepi sweet bun lain yang lebih mudah dan simple. Lagi kurang guna bahan, lagi daku suka!

Alhamdulillah, banyak juga resepi sweet bun simple yang senang nak buat. Sedap-sedap pula tu. Ada yang guna telur dan ada juga resepi roti bun tanpa telur. Dalam banyak-banyak resepi daku mengambil keputusan untuk menyimpan 8 resepi ini di blog. Nanti time nak buat, mudah boleh rujuk kat sini semula. 

Resepi Roti Bun Homemade Mudah Dan Sedap

Bila lihat resepi roti bun cheese, resepi roti bun sosej dan lain-lain tu, terus rasa tak sabar nak cuba. Resipi Roti Bun Manis homemade yang sangat lembut dan sedap begini memang sangat sesuai untuk dijadikan sebagai sajian sarapan atau minum petang keluarga. 

Dan 8 Resepi roti bun yang menjadi pilihan utamaku adalah : 


#1 - Resepi Roti Bun Kismis 

resepi roti bun homemade

Bahan-Bahan:

250 ml air
80 gm majerin
kismis

Bahan A –


500 gm tepung high protien
30 gm susu tepung
80 gm gula
10 gm ibu roti
1 sudu kecil pelembut roti
1 biji telur
1/2 sudu kecil garam

Cara Membuat:

1. Masukkan dan gaulkan rata semua bahan A. Masukkan air dan gaulkan lagi sehingga sebati.

2. Masukkan majerin dan gaulkan sehingga adunan kelihatan sebati. Masukkan kismis dan gaulkan sebati.

3. Bahagikan adunan pada 100 gm setiap dan buatkan bentuk bulat atau bentukkan adunan mengikut pilihan sendiri.

4. Perapkan sehingga saiz roti naik sekali ganda. Bakar dalam suhu 180’C sehingga kelihatan masak.

5. Keluarkan dan sapukan majerin pada roti yang telah masak. Sejukkan dan hidangkan.

Credits : FB Demuara


#2 - Resepi Roti Bun Serunding Ayam

resepi roti bun homemade

Bahan-Bahan:

250 gram tepung roti/tepung berprotien tinggi – diayak
35 gram gula kaster
1/2 sudu teh) garam
1 sudu teh yis segera
1/2 biji telur, dipukul sedikit
135 ml susu segar
30 gram mentega, dilembutkan
4 sudu tangzhong(pelembut roti buatan sendiri)

Bahan Topping –

1 sudu besar mayonis
1 sudu besar susu pekat manis
Chicken Floss / serunding ayam

Cara Membuat:

1. Campurkan tepung yang telah diayak, gula kaster dan garam didalam mixer dan putar pada kelajuan perlahan selama 1 minit.
Masukkan yis, telur dan air.

2. Putar selama 1 minit pada kelajuan perlahan dan kemudian pada kelajuan sederhana selama 8 minit.

3. Masukkan butter dan gaul hingga sebati selama 5 minit pada kelajuan sederhana sehingga adunan roti menjadi lembut dan licin.

4. Bulatkan doh adunan, setiap bahagian 25 gm, dan tutup dengan tuala lembap yang bersih.


5. Biarkan selama 10 minit. Apabila sudah 10 minit, isi inti di dalam doh dengan potongan kecil butter.

6. Tutup dengan kemas supaya butter tidak terkeluar apabila membakar nanti.

7 Susun atas dulang pembakar. Biarkan seketika selama 45 minit sehingga ia naik kembang.

8. Bakar doh roti pada suhu 170 darjah celcius, selama 20 minit.

Buat Topping –

1. Apabila sudah selesai membakar, bancuhkan 1 sdm mayonis dan 1 sd makan susu pekat manis.

2. Gaul rata. Sayu mayonis dan susu itu ke atas roti, dan taburkan chicken floss.

Credits : Wan Katering


#3 - MINI TUNA CHEESE BUN 

resepi roti bun homemade

Bahan- bahan : 
400 gm tepung roti
100gm tepung gandum
70gm susu tepung full cream milk
80 gm gula
80 gm Butter / marjerin
7gm gm yis SAF
10 gm cream super
100 gm susu full cream milk sejuk (masukkan semua)
180 gm air sejuk dari peti ( isi sedikit Demi sedikit maybe terlebih Dan terkurang )
1 biji telur sejuk
7 gm garam

Inti:
Tuna mayonis brand ayam atau
Inti sardin yg dimasak lebih kering sedikit

Bahan make-up:
Cheddar cheese keping (dipotong 4)
Mayonis
Italian herbs/ aregano

Cara-cara : 
1. Masukkan semua bahan kering ke dlm BM. Masukkan kesemua susu full cream. Setkan program doh.. ikut setting bm masing2

2. Masukkan air sejuk sedikit demi sedikit sambil2 uli.. dan stop bila dh dpt doh seketul besar yg lembut.. (jangan habiskan air)

3. Masukkan butter, garam dan last sekali cream super..

4. Uli hingga elastik / tgg habis timer ulian doh bm.. (dalam 30 minit). Off bm dan terus keluarkan doh.. uli tangan sekejap dlm 10 minit dengan kaedah hantam2 dan pulas doh pada meja canai...

5. Masukkan doh ke dalam bekas besar dan Perapkan doh dlm 60 minit dlm OFF OVEN bersama 1 mug air panas.. utk percepatkan proses proofing doh.

6. Selepas doh dh kembang... keluarkan doh dan tumbuk2 doh buang angin dan hempas2 doh lagi uli tangan dlm 10 minit..

7. Timbang setiap doh berat 35gm. Rounding licin dan masukkan inti tuna/ sardin. Kelim doh kembali dgn kemas dan masukkan dlm acuan cupcakes (mini bun)

8. Buat semua ulangan proses masukkan inti ini hingga habis doh.. perap sebentar pada suhu bilik hingga nampak naik double saiz.. sedia utk make-up time... semudah 1,2,3.. 

9. Letak dan tekankan sedikit kepingan cheddar cheese yg telah dipotong 4 di atas doh tadi... (saya buat bun mini so potong la kecik2).. jika doh besar.. blh gunakan 1 keping cheedar cheese 

10. Paipkan mayonis dan taburkan italian herbs/ aregano. Sedia utk dibakar..

11. Panaskan oven terlebih dahulu pd suhu 180c.. spray air ke atas doh sebelum dimasukkan ke dalam oven.. utk elak roti kering.. bakar 15-20 minit api atas bawah...

tips: jangan tinggal oven sewaktu bakar roti.. mini bun akan lebih cepat masak..

12. Bakar roti hingga nampak cheese kekuningan.. tadaaaa... dah masak.. bolehhh ngappp.. adussss konpem sedap panas2...

Credits : Sue Ismail 


#4 - Resepi Roti Sarang Lebah

resepi roti bun homemade

Bahan-bahan untuk roti : 

  • 500g tepung roti
  • 4 sudu gula
  • 3 sudu tepung gandum
  • 1 sudu kecil baking soda
  • 2 biji biji telur
  • 1 sudu marjerin
  • 200ml air
  • 11g yis

CARA MEMBUATNYA:

1. campurkan semua bahan KECUALI telur, marjerin dan air. 

2. Lepas semua bahan-bahan kering dah sebati, masukkan telur dan marjerin. Gaulkan lagi sampai sebati, kemudian baru masukkan air. 

3. Putar atau uli doh sampai lembut. Dah lembut, rehatkan selama 30minit.

4. Selepas 30 minit, tumbuk-tumbuk doh utk keluarkan angin sehingga seperti doh asal. Lepas tu boleh bulatkan menjadi doh kecil seberat 20g atau 25g. Kemudian rehatkan selama sejam sampai ia naik cantik.

5. Lepas doh kecil dah naik, sapukan kuning telur, taburkan bijan, kuaci, hirisan badam

6. masukkan dlm oven. Bakar dalam suhu 160 selama 20 minit.


SOS BUTTERSCOTCH

  • 25 g butter
  • 250g brown sugar
  • 2 cawan whipping cream
  • Esen vanilla
  • Secubit garam

Caranya:

1. Mula-mula panaskan butter sehingga larut

2. kemudian masukkan brown sugar, kacau guna senduk kayu dengan api sederhana. Kacau ni sampai mendidih dan berbuih-buih. 

3. Masukkan whipping cream, kacau sebati.

4. masukkan 1 penutup esen vanilla dan secubit garam. Gaulkan sampai pekat. Biar atas api yg kecil.

Credits : Seharum Dapur Bonda KC 

#5 - Resepi Bun Sosej

resepi roti bun homemade

Bahan-bahan :

  • Tepung high protein 200gm
  • Tepung gandum 50gm
  • Gula 37gm
  • Yeast 5gm
  • Butter 30gm
  • Whipped cream 40gm campur air ais 110gm
  • Kuning telur 1
  • Garam 4gm
  • Bread improver 1 gm
  • 15gm susu tepung
  • Beberapa batang sosej

Campur semua dalam mixer adun hingga elastik dan bentukkan.

rest selama 1 1/2 jam.. milk wash tabur bijan

Bakar dlm suhu 170 selama 15min atau hingga brown

*Milk wash tu sapu atau spray dgn susu segar ke atas roti sebelum di bakar

Credits : Buku Resepi Cik Bunga April

#6 - Resepi Roti Kentang

Nampak sedap kan? Terliur tiba-tiba bila lihat rupa kejadian resepi roti kentang ni. Kalau beli di kedai entah berapa ringgit la gamaknya. Cara buat roti homemade kentang ni agak mudah sebab boleh di buat tanpa perlu menggunakan mesin. 

resepi roti bun homemade

Bahan-bahan : 
  • 4 cawan tepung gandum
  • 1 cawan gula-larutkan dlm 1/2 cawan air
  • 1 peket yis mauripan-larutkan dlm 1/2 cawan air suam
  • 1 sudu teh baking powder
  • 1 sudu teh bread softener
  • 1 sudu teh bread improver
  • 1 biji telur Gred C
  • 3 sudu besar marjerin
  • 1 sudu besar shortening
  • 2 sudu besar susu tepung
  • 2 biji kentang - rebus n lenyekkan
  • air suam secukupnya utk menguli
  • 1 biji kuning telur utk sapu atas roti

Cara-caranya : 

1. masukkan tepung gaul bersama marjerin,shortening, kentang, baking powder dan lain-lain. Bila dah sebati baru masukkan air gula n yis. Kemudian uli sebati sehingga tak melekat ditangan.

2. perap selama 30 minit

3. uli sekali lagi adunan dan masukkan ke dalam acuan muffin.. perap lagi hingga adunan naik sekali ganda.

4. adunan bun yg dh naik disapukan kuning telur dan paipkan kastard diatas adun sekali. 

5. bakar 160 selama 15-20 minit sehingga keperangan.

resepi kastard
=========

1 sudu besar tepung gandum
1 sudu besar tepung kastard
1 sudu besar marjerin
5 sudu besar gula
1 cawan susu cair
1 biji telur gred C
1 sudu teh esen vanilla

caranya : 

campur semua bahan-bahan dan masak secara double boling sehingga pekat dan berkilat.. sejukkan

Credits : Siti Nur Bhassah 

#7 - RESEPI BUN KEJU

resepi roti bun homemade

Bahan-bahannya :

  • 260g tepung high protein
  • 40g tepung gandum
  • 6g tepung susu
  • 5g instant yis
  • 1/4 sudu teh emplex
  • 1/2 sudu teh garam
  • 60g susu pekat manis
  • 160g air
  • 30g mentega

Bahan hiasan:
  • Sedikit gula castor
  • Keju cheddar secukupnya


Cara membuatnya :

1. Mix semua bahan (kecuali mentega) dgn speed 1 sehingga bahan bercampur... (lebih kurang 1 minit)

2. Bila dah bercampur, masukkan mentega dan tukar ke speed 2.... Mix lagi untuk 30 minit atau hingga doh jadi elastik.

3. Keluarkan doh, bulatkan dalam besen atau atas papan penguli... dan tutup dengan plastik supaya tak kena udara. Rehatkan doh untnk 10 mnt.

4. Selepas itu, bahagikan doh ke 8 hingga 10 bahagian.

5. Bentukkan bun ikut kesukaan. Nak bulat, bujur, lonjong... suka hati (saya suka buat bentuk anyam macam dalam gambar)... Susun atas dulang yang ditabur sedikit tepung. Kemudian rehatkan lagi dalam 40 - 60 minit supaya doh kembang 2 kali ganda.

6. Bila bun kita sudah mengembang, sapukan telur kuning rata-rata atas bun. Lepas tu taburkan gula castor (gula halus) dan cheddar cheese sebanyak mana yang kita suka (itulah kelebihannya kalau buat sendiri)

7. Bakar suhu 190°c selama 20 minit atau sehingga permukaan bun kita garing dan menjadi keemasan. Guna Api atas dan bawah. Jangan terlalu lama kerana cheese kita akan terlalu garing dan keras pula nanti.


#8 - Resepi Roti Bun Lembut Seperti Kapas 

Bagi penggemar roti bun kosong tanpa inti yang gebu dan lembut (dah seperti kapas rasanya), kalian boleh cuba resepi roti bun seperti di bawah ini.

resepi roti bun homemade

Cara Buat Roti Bun Lembut Seperti Kapas 


Bahan-bahan : 

500gm tepung gndum
1 sdk baking powder
11 gm yis kering (mauripan)
3/4 cawan gula halus-larutkan dalam setengah cawan air...(untuk lebih manis, letak 1cawan gula)
1 sdk shortening
2 biji kentang saiz sederhana - direbus dan dilenyek
1/2 biji telur
3 sudu besar marjerin @50gm
air secukupnya untuk menguli (agak-agak ye)

cara-cara : 

1 - masukkan tepung + baking powder dalam mangkuk, gaul bersama mauripan.. masukkan kentang gaul sedikit lagi dan seteruanya masukkan gula bersama air tadi. gaul sebati dan setelah itu masukkan telur.

2 - uli dan tambah air sedikit demi sedikit hingga mendapat adunan doh yang lembut.

3 - masukkan shortening dan marjerin, uli hingga lembut dan sebati serta licin.

4 - biarkan sekali ganda naik (dalam 1/2 jam macam tu). Tutup bekas atau balut kain kasi dapat haba.

5 - uli bulat-bulat dan masukkan ke dalam loyang yang telah disapu sedikit marjerin.

6 - tunggu naik lagi sekali ganda. (lebih kurang 20 minit ke 30 minit )

7 - sapukan telur yang setengah tadi ke atas roti.

8 - bakar pada suhu 160'c selama 20 minit atau bergntung pada oven masing-masing

9 - dah siap bakar sapu lagi butter ke atasnya ketika roti masih lagi panas.



Pada sesiapa yang sedang mencari resipi roti bun manis homemade, bolehlah ikut mencuba semua resepi yang ada kat sini. Tak kisahlah sama ada nak cuba resepi roti bun manis guna bread maker atau sebagainya, yang penting buat dengan penuh kasih sayang. 

Itulah dia 8 resepi pilihan untuk resepi roti bun manis homemade yang mudah dan sedap. Cara ringkas buat doh roti sendiri ni siapa saja boleh cuba follow dan buat. Terima kasih yang tidak terhingga kepada semua pemilik asal resepi. 








Terima kasih kerana membaca. Apa pendapat anda tentang artikel ini? Jemput komen di bawah.