Resepi Udang Goreng Crispy Guna Tepung Tempura Buatan Sendiri (Memang sedap, memang jimat!) | Resepi udang goreng tempura merupakan salah satu hidangan kegemaran anak-anak, bukan setakat anak je suka, daku dan suami pun ikut minat makan udang goreng tempura ni. Crispy! Rangup di luar dan lembut di dalam... maunya tak suka. Sedap tu.....

Resepi udang goreng tepung ni sebenarnya ada banyak versi. Antaraya resepi udang goreng nestum, resepi udang goreng tepung mayonis, resepi udang goreng tepung kfc, resepi udang goreng tepung bestari dan lain-lain lagi. 

resepi udang goreng tepung tempura
- resepi udang goreng tempura -

resepi udang goreng tepung tempura
- boleh buat guna tepung tempura buatan sendiri -

resepi udang goreng tepung tempura
- sedap dan jimat -


Tapi... pernah tak kalian alami.. bila mana anak minta menu udang goreng tepung rangup crispy tetapi dalam masa yang sama, tepung bestari atau apa jua tepung segera tempura yang ada kat rumah ni dah habis sehabis habisnya! Nak keluar ke pasaraya semata nak beli tepung segera untuk buat resepi udang goreng celup tepung ni memang rasa tak larat yang amat sangat.

Jadinya....... nak tak nak kenalah ikhtiar cara lain. 

resepi udang goreng tepung tempura
- mama baru je letak di pinggan, dia dah capai satu udang =D -

resepi udang goreng tepung tempura
- wajah puashati dapat udang goreng tepung idaman -


Nak dijadikan cerita pula, suatu masa dulu memang ada salah seorang rakan suami yang isterinya memang pandai masak (taukey restoran ikan bakar di Utara), share denganku cara untuk masak sotong goreng tepung style medan selera ikan bakar. So fikir punya fikir, terus dapat idea untuk buat tepung tempura rekaan sendiri. Dah la mudah, jimat pula tu!

Kalau tak percaya, boleh lihat sendiri pada gambar menu udang goreng tepung yang daku dah kongsikan di dalam artikel ini. Memang jelas dan nyata, rangup crispy di luar dengan tekstur lembut manis di dalam. 

Tak nak bebel panjang-panjang lagi, inilah dia bahan-bahannya (memang sangat simple dan mudah) : 
  • 1/2 kg udang saiz besar / sederhana
  • 1 1/2 senduk tepung jagung
  • 1/2 senduk tepung ubi kayu
  • 1 biji telur
  • sedikit lada sulah
  • sedikit garam
  • sedikt serbuk kunyit 
Nak tahu bagaimana untuk masak resepi udang goreng crispy dengan tepung tempura buatan sendiri ni? Boleh tonton video di bawah dan follow caranya langkah demi langkah.




Selamat mencuba dan bila dah selesai tonton nanti, jemput la Subscribe sebagai sokongan untuk saya terus share tips, petua dan resepi lain yang lebih banyak lagi nanti. Terima kasih =D 










Terima kasih kerana membaca. Apa pendapat anda tentang artikel ini? Jemput komen di bawah.