T & K Phone Station - Antara Kedai Handphone Murah Dan Terbaik di Tanah Merah, Kelantan | Zaman sekarang ni, boleh dikatakan hampir semua orang ada telefon bimbit (handphone) masing-masing. Dan di semua negeri bahkan di semua daerah dalam negara Malaysia ni ada kedai menjual handphone. Tak hanya kedai menjual handphone baru bahkan ada juga kedai telefon bimbit yang menawarkan servis beli handphone terpakai. 

Dalam artikel ni daku tak nak cerita tentang kedai beli handphone terpakai sebaliknya daku nak kongsikan tentang salah sebuah kedai jual telefon bimbit yang agak terbaik di Kelantan berdasarkan pengalaman daku sendiri sebagai pelanggannya. 

kedai telefon bimbit murah tanah merah kelantan

Nama kedai jual telefon bimbit ini adalah T & K PHONE STATION yang turut dikenali juga sebagai TnK Telekomunikasi

Dan pada hari daku datang sebagaimana yang diceritakan dalam artikel ni, waktu daku sampai tu dah hampir jam 6 petang, mujurlah kedai tak tutup lagi. Kiranya daku dan suami merupakan pelanggan terakhir pada hari tersebut. 

kedai telefon bimbit murah tanah merah kelantan
- kedai dah nak tutup tapi mereka masih sudi layan daku dan suami -

Lokasi kedai telefon bimbit T & Phone Station ini betul-betul di dalam bandar Tanah Merah Kelantan. Ianya terletak di Jalan Tasik (Jalan Tasek). Bagi yang masih blur, di mana lokasi Jalan Tasik ni? Ianya berada di barisan kedai yang berhadapan dengan pasaraya Ten Ten. Untuk lebih mudah, boleh lihat gambar kedai dan gambar arah tuju di bawah ini sebagai rujukan.

kedai telefon bimbit murah tanah merah kelantan
- rupa kedai -

kedai handphone murah terbaik di tanah merah kelantan
- peta lokasi -

5 Sebab Utama Mengapa Daku Suka Ke T & K Phone Station 

Kenapa daku cakap ianya antara salah satu kedai handphone terbaik di Kelantan ini? Di sini daku akan kongsikan sebab-sebabnya mengikut pengalaman daku sendiri. 

#1 - Banyak Handphone Model Terbaru Dari Pelbagai Jenama Ada Di Sini

Secara jujurnya, daku bukan seorang peminat tegar handphone yang sering tukar telefon bimbit selalu. Jadinya, daku tak sempat nak follow semua design telefon bimbit terkini. 

Daku hanya akan tukar ataupun beli handphone baru hanya apabila handphone yang sedang digunakan sudah rosak ataupun memang patut diganti untuk melancarkan lagi urusan kerja. Daku juga tak pentingkan jenama sebaliknya daku mencari telefon bimbit yang berbaloi dengan harga mampu milik. 

kedai telefon bimbit murah tanah merah kelantan

Sebagai contoh, telefon bimbit daku sekarang skrinnya sudah retak seribu. Bila menaip, lain yang daku taip lain pula yang muncul di skrin. Jadinya nak tak nak kenalah cari handphone baru. Eh, daku ni tak adalah sampai tahap telefon bimbit rosak hari ini, esoknya terus pergi beli. Tak! Hitung duit juga untuk beli (sedar diri.. hehe) 

Dan di sini ada banyak handphone model terbaru dari pelbagai jenama. Jika memang dah ada niat nak beli mana-mana handphone, terus sebut saja nama model. Tak kisahlah Huawei ke, Vivo ke, Samsung ke, Realme ke,.. InshaAllah semuanya ada di sini melainkan jika kebetulan sudah kehabisan stok. 

kedai telefon bimbit murah kelantan
- handphone lama yang dah pecah skrinnya '

#2 - Harga Yang Sangat Munasabah Dan Tak Cekik Darah 

Walaupun daku kurang mengikuti perkembangan telefon bimbit terkini tetapi daku dapat membeli handphone dengan harga yang sangat munasabah di kedai handphone T & Phone Station ini. Buktinya, harga yang mereka pamerkan memang mengikut harga semasa sebenar yang diwar-warkan tanpa ada unsur kenaikan harga tambahan. 

Sebelum mula kenal dengan kedai T & Phone Station ini dulu, setiap kali ingin dapatkan telefon bimbit baru (tak kisahlah untuk suami, anak, famili atau sebagainya), kami terpaksa masuk dari satu kedai ke satu kedai yang lain dan pernah melihat sendiri yang harga telefon bimbit tersebut adalah tidak sama.

kedai telefon bimbit murah tanah merah kelantan

Buktinya sewaktu daku ingin beli handphone lamaku dulu, harga di kedai pertama dengan kedai seterusnya yang daku masuk, untuk model handphone yang sama ada perbezaan sebanyak RM50. Hmmm.. agak banyak juga tu. 


#3 - Mudah Faham Apa Yang Pelanggan Nak!

Akan tetapi, apabila daku datang ke kedai telefon bimbit T & Phone Station di Tanah Merah Kelantan ini, daku tak payah nak susah payah buat survey atau sebagainya di internet. Sebaliknya daku boleh terus ke kedai handphone T & Phone Station dan di sana para staff yang ada akan cuba membantu untuk memberikan info berdasarkan soalan yang daku tanya. Ku ulang sekali lagi, bantu beri info ya, bukannya paksa pelanggan untuk terus beli.

Apa yang membuatkan daku semakin suka dengan kedai telefon bimbit  T & Phone Station ini, daku tak perlu nak bercakap dengan ayat panjang lebar terang itu dan terang ini. Sebaliknya daku hanya perlu sebut apakah keutamaan yang daku cari pada sesebuah handphone. 

kedai telefon bimbit murah tanah merah kelantan
- SOP jaga jarak turut di beri perhatian -

Kemudian beritahu terus berapa bajet yang ada dan dengan sendirinya pihak  T & Phone Station akan syorkan telefon bimbit mana paling terbaik berdasarkan ciri utama dan harga yang daku dah tetapkan. 

Dalam masa yang sama staff T & Phone Station tersebut akan memberitahu ciri-ciri yang ada untuk telefon bimbit yang disyorkannya. Kemudian atas diri sendirilah sama ada rasa okay dengan telefon bimbit tersebut ataupun nak disyorkan dengan telefon bimbit yang seterusnya. 


#4 - Layanan Pekerja Yang Mesra Pelanggan  

Layanan pekerja (staff) di T & Phone Station ini juga sangat baik. Daku pernah bawa ibu mertuaku ke sini, walau mereka sama sekali tak tahu daku ni seorang blogger tetapi alhamdulillah layanan yang ibu mertuaku dapat sangat baik dan friendly. Buktinya walaupun ibu mertuaku memang tak reti bab handphone, tapi mereka tetap melayan dengan sabar. 

Mereka juga sudi bersembang dan mendengar ibu mertuaku bercerita tentang dirinya yang tak pandai bab handphone dari awal hingga akhir. Tangan buat kerja tapi interaksi dengan pelanggan tetap ada dengan wajah manis tersenyum. Kiranya, memang pandailah owner pilih dan latih para pekerjanya. 

kedai telefon bimbit murah tanah merah kelantan

#5 - Boss (Tokey Kedai) Juga Sangat Peramah Dan Sentiasa Sedia Membantu 

Tak hanya pekerjanya saja yang mesra pelanggan malah bossnya juga sangat peramah dengan wajah yang sering tersenyum. Setiap pekerja yang sedang melayan pelanggan akan turut diperhatikannya sambil cuba membantu melayan pelanggan bersama semua para pekerjanya. 

Suamiku sendiri kalau datang ke kedai T & Phone Station ini, dia boleh borak dengan boss T & Phone Station macam kawan. Almaklumlah, suami memang dah lama jadi pelanggan tetap kat sini berbanding dengan diri aku ni. Daku boleh jadi pelanggan tetap kedai telefon bimbit T & Phone Station ini pun, suami daku sendirilah yang tolong syorkan. Sebab katanya kedai ni memang baik layanan, mudah baso (kata orang Kelantan) dan tak cekik darah dari segi harga. 

kedai telefon bimbit murah tanah merah kelantan

So bila kasi test datang sini untuk kali pertama (waktu tu suami tak ikut sama), eh memang betul macam apa yang suami cakap. So kalau nak di kira memang dah banyak kali daku berurusan dengan kedai telefon bimbit T & K Phone Station ini. 

Kiranya kedai telefon bimbit  T & K Phone Station ini boleh dianggap sebagai kedai telefon no 1 di Kelantan yang daku suka saat ini. Jika dulu time nak beli handphone sampai ke kedai telefon bimbit di Kota Bharu daku pergi, itu belum di kira login masuk ke Shopee, semata-mata untuk survey harga kononnya tapi sekarang tidak lagi. 

Dek kerana itulah daku rasa berbaloi untuk tulis artikel ini bagi memberi info pada orang lain di luar sana. Manalah tahu, kot kot ada yang tengah mencari antara kedai handphone murah dan terbaik di Kelantan ni, bolehlah kalian cuba gunakan perkhidmatan dari pihak T & K Phone Station.

Pihak T & K Phone Station Turut Menjual Telefon Bimbit Secara Online

Meskipun lokasi kedai T & K Phone Station ini terletak di dalam bandar Tanah Merah Kelantan tetapi mereka turut menjual telefon bimbit secara online. Maksudnya satu Malaysia ni boleh beli telefon bimbit dari kedai T & K Phone Station di Kelantan ini. 

kedai telefon bimbit murah tanah merah kelantan

So pada sesiapa saja yang sedang mencari handphone bimbit murah dan terbaik, takut kalau order melalui Shopee di tipu oleh seller dan sebagainya, haaa boleh terus order dari kedai T & K Phone Station ini. Sah-sah dah tahu yang ini memang sebuah kedai handphone bukannya sekadar seorang seller yang tak tahu sama ada memang punyai kedai sendiri atau bagaimana. Almaklumlah, harga telefon bimbit ni bukannya murah oi! 

Dan dalam banyak-banyak handphone yang ada, sebagaimana yang daku cakap tadi, sesuai mengikut ciri yang pelanggan nak, maka daku disyorkan dengan telefon bimbit Vivo Y15 2020. Sebabnya daku perlukan telefon bimbit yang agak bagus untuk kamera yang berada di dalam lingkungan harga RM500 ke RM650 sahaja. Warrantynya pula adalah selama setahun. 

kedai telefon bimbit murah tanah merah kelantan

Vivo Y15 (Ysuku) - Nampak Menarik Dengan Camera Belakang Yang Sempoi

Model handphone Vivo ni ada banyak tau. Ada Y11, Y15, Y17 dan yang daku guna sekarang ni adalah Y15 ataupun lebih mudah dikenali dengan nama Vivo Ysuku. Harga untuk semua model semestinya adalah berbeza dengan kelebihannya yang tersendiri. 

Untuk Vivo Y15 (2020) ini ia menggunakan skrin 6.35-inci dihadapan, dilengkapi memori 4GB RAM, dan storan. Ia didatangkan dalam dua warna dan harganya pula adalah RM599. Dalam dua warna tu, daku pilih BLACK + RED. Untuk info yang lebih lanjut mengenai Vivo Y15 (Ysuku) ni , kalian boleh terus pergi ke website utama Vivo

kedai telefon bimbit murah tanah merah kelantan

Kenapa daku boleh terus setuju dengan jenama Vivo? Jawapannya kerana daku pernah terbaca melalui paper Metro yang Vivo kini telah berjaya menjadi jenama pengeluar telefon pintar kedua di Malaysia selepas mengalahkan pengilang telefon pintar utama China.

Mengikut laporan penghantaran telefon yang dilakukan Canalys baru-baru ini, vivo berjaya menguasai bahagian pasaran sebanyak 21 peratus di antara pemain pasaran utama pada suku pertama 2020 sekali gus menempatkannya di kedudukan kedua.

Canalys ni merupakan sebuah syarikat penganalisis data bebas dari Singapura dengan cawangan di seluruh dunia dan syarikat ni juga mengeluarkan laporan Smartphone Market Pulse mengenai penghantaran telefon pintar Malaysia dan pertumbuhan tahunan pada suku pertama 2020. Sebab tu, bila pihak T & K Phone Station syorkan jenama Vivo ketika daku sebut nak handphone yang bagus kameranya, daku terus say YES!

kedai telefon bimbit murah tanah merah kelantan

Bila dapatkan handphone baru ni, antara'benda' lain yang daku rasa perlu di beli sekali adalah memory card dan juga sim card. Sebab kebetulannya handphone lama daku tu walaupun skrinnya retak teruk tapi masih boleh berkhidmat, jadi kenalah beli sim baru juga. Kiranya sim baru akan masuk ke handphone lama dan sim lama akan digunakan dalam handphone baru. Harap-harap masa proses tukar sim nanti tak adalah sebarang maklumat yang hilang. 

Nak dijadikan rezeki, dapat pula casing percuma sebagai hadiah. Alhamdulillah, jimat sikit duit ni dari perlu beli casing telefon bimbit sendiri. 

kedai telefon bimbit murah tanah merah kelantan

Maka selamatlah sudah misi mengantikan handphone lama dengan handphone yang baru. Selama guna handphone Huawei tu dulu, alhamdulillah so far so good. Tahan lasak jugalah cuma apakan daya si Kasih terpecahkan skrin sampai mamanya ni nak buat kerja pun dah jadi susah. 

kedai telefon bimbit murah tanah merah kelantan

Nak Dapatkan Handphone Baru? Masih Tercari-Cari Seller Yang Okay di Tanah Merah Kelantan? Boleh Cuba Ke Kedai T & K Phone Station Ini!


Pada pihak T & K Phone Station pula, daku harap kalian semua dapat kekalkan prestasi ini. Semoga layanan akan kekal mesra macam sekarang pada semua pelanggan sampai bila-bila. Dan teruskan update handphone design terbaru di kedai kalian untuk memudahkan para pelanggan seperti kami. 

kedai telefon bimbit murah tanah merah kelantan


T & K PHONE STATION
Antara Kedai Handphone Murah Dan Terbaik di Tanah Merah, Kelantan 

Alamat : Jln Tasik, Tanah Merah, 17500 Tanah Merah, Kelantan 
Phone / Whatsapp : 016-933 3389










Terima kasih kerana membaca. Apa pendapat anda tentang artikel ini? Jemput komen di bawah.