Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Berbelanja di PG Mall Boleh Menang Nestle' Top Spender, Bestnya!

Berbelanja di PG Mall Boleh Menang Nestle' Top Spender, Bestnya! | NESTLE'. Siapa tak kenal memang tak tahulah. Daku sendiri membesar bersama dengan MILO , salah satu produk keluaran Nestle' sejak dari zaman kanak-kanak hingga ke alam dewasa ni. Bahkan anak-anakku sendiri sudah terbiasa dengan Milo dan produk-produk keluaran syarikat Nestle' yang lain. 

Nak beli barangan Nestle' secara online juga boleh. Salah satu tempat shopping online termudah adalah PG Mall yang sangat mudah dan cepat. PG Mall bukan saja menawarkan barangan dari dalam negara bahkan barangan dari luar negara juga. 

Pendek kata, semuanya ada di PG Mall dari barangan makanan seperti produk Nestle' sehinggalah kepada barangan keperluan rumah yang besar seperti perabot dan sebagainya. 

Terus terang, daku satu keluarga memang pengemar produk Nestle' seperti Milo, Nescafe Gold dan Kit Kat. Dengan produk keluaran Nestle' ini, ianya bukan saja dapat memberikan rasa puas selepas menikmatinya, bahkan dapat mengerat ikatan kekeluargaan juga. 

nestle top spender PG Mall

Bestnya bila dapat minum Milo atau Nescafe Gold beramai-ramai dengan suami dan anak-anak. Makin happy bila dapat makan Kit Kat dengan rasa coklat mewah tu. Beli sikit memang tak cukup!  

Apa yang lebih menguntungkan, dengan menjadi pengemar setia produk Nestle' ini, bukan saja dapat menikmati minuman dan makanan sedap semata-mata tetapi juga berpeluang untuk menang pelbagai hadiah melalui aktiviti yang ditawarkan. Dan yang terbaru sekali, hanya dengan beli Milo dalam packaging 'tin vantage' di website PG Mall dah boleh sertai kempen Nestle' Top Spender untuk memenangi pelbagai hadiah yang lumayan dan best-best!

Tengoklah rupa bentuk tin Milo limited edition koleksi vintage edisi 1950 dan edisi 1970 ini. Benar-benar dapat mengamit kenangan lama bersama ibu dan ayah semasa kecil dulu. Tanpa disangka, MILO benar-benar dapat bertahan untuk satu jangka masa yang sangat lama dan sehingga kini masih terus digemari oleh semua lapisan masyarakat baik kanak-kanak, dewasa mahupun warga emas. 

nestle top spender PG Mall


Kempen Nestle Top Spender Sedang Hangat di PG Mall 

Saat ini kempen Nestle Top Spender sedang hangat berjalan di PG Mall. Daku yakin pasti ramai dah kenal dengan nama besar PG Mall ini kan? 

Almaklumlah, di PG Mall ini ada banyak jenis barangan yang dijual. Barangan Nestle' sendiri ada banyak di sini dengan harga yang sangat berpatutan. Bukan saja dapat beli dan menang pelbagai hadiah menarik bahkan beli barang itu sendiri dah ada pelbagai hadiah sampingan sebagai 'bonus'. 

Sebagai contoh beli Kit Kat boleh dapat Minion Cooler Bag yang super cute secara Percuma dan jika beli Nescafe Gold Coffee Jar boleh pula dapat Sephora Gift Card Free bernilai RM20. 



Apa yang lebih membanggakan, PG Mall ini merupakan sebuah platform e-dagang Msia No.1 sejak ditubuhkan pada tahun 2017. Ia juga merupakan satu-satunya platform e-dagang tempatan di Malaysia yang telah disenaraikan sebagai salah satu laman web e-dagang pada kedudukan 3 tempat teratas oleh pihak Iprice (boleh lihat DI SINI). PGMall turut menerima semua jenis ewallet dan kaedah pembayaran yang lain. 

nestle top spender PG Mall

Join Nestle Top Spender Melalui PG Mall 

Caranya mudah saja. Apa yang perlu dilakukan hanyalah dengan berbelanja memberi MILO tin vintage di lamanweb PG Mall dan dengan setiap pembelian tersebut secara automatik sudah tersenarai sebagai salah seorang peserta untuk merebut hadiah yang menarik melalui kempen Nestle Top Spender ini. 

Antara kelebihannya adalah : 

• DISKAUN RM8 dengan perbelanjaan minimum RM80 

• Jadi 16 pemenang mingguan dan dapatkan baucar Grab + PG Mall bernilai RM50 

• Jadi 3 pemenang Bulanan dan memenangi baucar Grab + PG Mall bernilai RM100

Untuk buat pembelian, boleh layari link ini : https://pgmall.my/nestle-top-spender-august

nestle top spender PG Mall


Ohya, kempen Top Spender Nestlé di PG Mall ini bermula dari 1 Ogos 2020 hingga 31 Ogos 2020. Jadi kalau tak nak rugi, lekas-lekaslah kita sertai beramai-ramai. Mana tahu ada rezeki, hanya dengan buat pembelian MILO sudah boleh dapat shopping free dengan baucer Grab dan PG Mall yang banyak tu. Untung sangat-sangat! Bestnya! 

PG Mall Turut Menawarkan Kempen Shake The World 

Ini satu lagi kelebihan jika menjadikan PG Mall sebagai salah satu tempat kegemaran untuk shopping secara online. Demi para pelanggan yang setia, PG Mall turut mengadakan kempen Shake The World khusus untuk para pelanggan seperti kita. 

Beli barang boleh menang hadiah, boleh pula rebut tunai masuk ke C Wallet hanya dengan cara mengajak rakan, sedara, sepupu sepapat untuk shopping bersama-sama di PG Mall ini. Tawaran ini dibuka hanya untuk pembeli baru yang pertama kali membuat pendaftaran dan tawaran ini hanya terhad kepada 1 (Satu) penebusan dalam satu tempoh had masa. 

nestle top spender PG Mall

Caranya hanyalah dengan membuat goncangan 'Shake the world' pada telefon bimbit masing-masing sebanyak 2 kali sehari (sebelum dan selepas 12 pm), dan bolehlah dapat peluang untuk memiliki PG Mall C-Wallet dengan pelbagai baucer promo menarik lain untuk ditebus. 

Bagi sesiapa yang log masuk melalui alamat sesawang, ‘What's In The Box’ telah disediakan untuk tujuan yang sama seperti 'Shake The World' tadi. 

nestle top spender PG Mall

What's In The Box, terhad untuk 1 kali bukaan 'kotak' sehari dan janganlah lepaskan peluang yang sangat menguntungkan ini. Rugi tahap menangis kalau terlepas peluang ni!


nestle top spender PG Mall

Apa Tunggu Lagi, Jom Kita Serbu PG Mall Sekarang! 


Tak nak tunggu lama-lama sebab rezeki tu tak kenal sesiapa. Tak buat tak tahu jadi dari hanya melepaskan peluang depan mata begitu saja ada baiknya cepat-cepat ambil peluang. Lagipun bukannya susah! Hanya perlu beli barangan keperluan selalu guna menerusi lamanweb PG Mall , dah boleh dapat bermacam jenis hadiah, baucer dan sebagainya. 

Yang pasti, kena cepat-cepat dapatkan Milo Tin Vintage tu cepat sebabnya hadiah yang boleh dimenangi tu sangatlah best dan berbaloi! Kalau dapat ni, memang lompat sampai ke bintang. Yahoooo.... 

Jadi, dari kita terus membazir peluang dari membeli belah secara biasa, ada baiknya kita beli menerusi lamanweb PG Mall yang sangat mudah, cepat dan selamat ini. Jom kita beli sekarang! Mana tahu, kita benar-benar adalah pemenang yang bertuah tu! Lets Shop Together now at PG MALL.


 Website: https://pgmall.my/?Source=Blogger&BloggerID=443
Facebook: www.facebook.com/PGMallMalaysia
Instagram: www.instagram.com/pgmall.my/


#PGMall #onlineshopping #shopping #MalaysiaNo1ecommerceplatform #ecommerceplatform #Shopnow #Shoponline #Whatsinthebox #Shaketheworld #Nestletopspender #Nestle #Milo #Kitkat #Nescafe




Post a Comment for "Berbelanja di PG Mall Boleh Menang Nestle' Top Spender, Bestnya!"