Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Drama Pink Smile - Tonton Penuh Episod 1 Hingga Akhir

 Drama Pink Smile - Tonton Penuh Episod 1 Hingga Akhir | Satu demi satu drama berjaya diterbitkan dan yang terbaru para peminat drama disajikan dengan drama bertajuk Pink Smile yang bersiaran di TV3. Drama Pink Smile ini ditayangkan melalui slot Lestari TV3 dan boleh juga di tonton secara online dari episode 1 hingga akhir nanti. 

Drama Pink Smile ini mempunyai sebanyak 20 episod dan merupakan terbitan Creative Skill Solution Sdn Bhd. Drama Pink Smile sebenarnya merupakan adaptasi novel karya Luna Adresia. dan yang menariknya, cerita ini mempunyai plot jalan cerita yang penuh dengan konflik suka dan duka yang agak mendebarkan. 


Info & Senarai Pelakon (Cast) Untuk Drama Pink Smile 

Drama Pink Smile ini menggandingkan Fattah Amin dan Sweet Qismina sebagai pelakon utama. Dan info yang lebih lanjut mengenai barisan pelakon drama Pink Smile adalah seperti yang di bawah.

Bilangan episod‎: ‎20 

Negara asal‎: ‎Malaysia 

Pengarah‎: ‎Hazreen Hakim; Ayie Mustafa 

Penulis Novel : Luna Adresia 

Penulis Skrip : Ayuni Zamani 

Produksi : Creative Skill Solution Sdn Bhd 

Saluran asal‎: ‎TV3


WATAK PELAKON

Fattah Amin sebagai Areeq (Kazreeq)
Sweet Qismina sebagai Luna
Intan Najuwa sebagai Rysa
Izzat Mushtaq sebagai Faiz (Ari)
Syafi Tee sebagai Iman (Akif)
Afifah Nasir sebagai Melati
Natasya Mahyan sebagai Myra
Esma Daniel sebagai Tuan Irsyad
Noniswara sebagai Puan Aminah
Iswan Ismail sebagai Syairy
Farhan Asri sebagai Epol

Sinopsis Drama Pink Smile 

Untuk sinopsis drama ini pula, Drama Pink Smile mengisahkan tentang kisah percintaan di antara Luna (lakonan Sweet Qismina), seorang gadis ceria yang mempunyai senyuman yang menawan. Senyumannya itu bertambah menawan dengan adanya pendakap gigi berwarna merah jambu sehingga menambat hati Areeq (lakonan Fattah Amin), seorang kartunis yang juga pengusaha Duncan Cafe.

Luna merupakan seorang yang bersifat pemalu tetapi mempunyai angan-angan yang tinggi. Angan-angannya seakan semakin hampir menjadi kenyataan semenjak bertemu dengan Areeq. Hampir setiap hari Luna bercerita dengan kakaknya, Myra tentang ketampanan jejaka impiannya, Areeq. 

Luna, si pencinta tegar tapi hanya mampu tengok dari jauh aje setiap kali dia ke Duncan CoffeeHouse. 

Dalam masa yang sama Areeq sudah tertarik dengan Luna kerana senyuman berharga Luna itu. Kehadiran Luna menjadi pencetus ilham untuk menu terbaru Duncan CoffeeHouse. Areeq juga telah mencipta sebuah menu yang dinamakan ‘Pink Smile’.

Luna, perempuan comel dengan braces merah jambu! Tanpa sedar si pencetus ilham turut mencetus fenomena luar biasa dalam hati. Tetapi, Areeq berasa was-was tentang kesihatan Luna kerana Luna sering pengsan apabila bertemu dengannya.  Areeq mula selidik kesihatan Luna dan pada masa yang sama, mengenali Luna dengan lebih rapat. 

Namun, kemunculan seorang pekerja baharu di kafe Areeq, Melati menjadikan kafe Areeq sedikit kalut. Melati juga mempunyai daya angan-angan yang tinggi, cuma beza Melati dan Luna adalah, Melati sanggup melakukan apa sahaja untuk jadikan impiannya sebuah kenyataan.

Dapatkah Luna memenangi hati Areeq sepenuhnya? Apakah benar Luna menghidapi penyakit yang serius? Kenalah tonton drama Pink Smile dari episode 1 hingga akhir untuk tahu jalan cerita dan kesudahannya. 

Tonton Online Drama Pink Smile Episode 1 - Hingga 20 (Akhir) 

Drama Pink Smile Episode 1 


Drama Pink Smile Episode 2


Drama Pink Smile Episode 3


Drama Pink Smile Episode 4


Drama Pink Smile Episode 5


Drama Pink Smile Episode 6


Drama Pink Smile Episode 7


Drama Pink Smile Episode 8 

Drama Pink Smile Episode 9

Drama Pink Smile Episode 10

Drama Pink Smile Episode 11


Drama Pink Smile Episode 12


Drama Pink Smile Episode 13


Drama Pink Smile Episode 14


Drama Pink Smile Episode 15




Drama Pink Smile Episode 16


Drama Pink Smile Episode 17


Drama Pink Smile Episode 18


Drama Pink Smile Episode 19


Drama Pink Smile Episode 20 - akhir



Itulah dia info mengenai drama Pink Smile berserta link untuk tonton full episode secara online dari episod 1. Dan link untuk tonton drama Pink Smile ini telah diupdate sehingga ke episode yang terakhir. 

Selamat menonton


Post a Comment for "Drama Pink Smile - Tonton Penuh Episod 1 Hingga Akhir "