Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Duit Koyak? Rosak? Kat Mana Nak Tukar? Ini Jawapannya

Duit Koyak? Rosak? Kat Mana Nak Tukar? Ini Jawapannya | Pernah tak kalian jumpa duit syiling cacat yang nombornya sama sekali tak kelihatan? Atau mungkin juga terkena duit koyak hingga nombor sirinya hilang entah ke mana. Itu belum di kira dengan duit lama yang entah bernilai lagi ataupun tidak.

Duit merupakan sekeping kertas yang sangat tinggi nilainya. Ianya menjadi sangat penting bagi semua kerana apa saja yang kita mahu mesti kena bayar dengan duit. Tapi bila terjumpa dengan duit rosak ini sudah tentu boleh bikin kita naik geram. 

Yang lebih menyedihkan apabila terkena duit begini memang rasa tak sedap hati kerana tidak semua peniaga atau cashier pasaraya yang sudi berurusan dengan duit sebegini. Seolah-olah duit ini tak laku lagi. Alasan mereka duit yang rosak atau cacat ini tidak diterima bank.

Kadangkala terlintas juga di fikiran, betul ke duit yang rosak atau catat begini tidak diterima bank? Atau jangan-jangan para peniaga sebenarnya berasa malas untuk ke bank bagi urusan penukaran duit yang rosak ini.

duit rosak tukar bank


Setahu aku, duit lama boleh tukar di bank negara jadi sudah tentulah duit yang rosak ini juga boleh di tukar di bank kan? Tak kisahlah Bank Negara atau bank biasa, janji namanya bank!

Untuk sebuah kepastian, aku cuba mencari jawapan berkaitan duit rosak tukar bank ini. Duit koyak atau money torn in english ini, benarkah boleh tukar di bank biasa? Dan rata-rata jawapan yang aku perolehi adalah 'boleh'.

Ini bererti, tidak kira sama ada nak gelar sebagai duit rosak, duit koyak, duit syiling cacat atau sebagainya, ya memang boleh tukar duit rosak ini di bank biasa. Walaubagaimanapun, sudah tentulah ia mempunyai prosedurnya yang tersendiri untuk kita ikuti.

Senarai Jenis Kerosakan Yang Berlaku Pada Duit Kertas 


Antara jenis-jenis wang kertas rosak yang boleh ditukarkan di bank.

  • Kotor / Lusuh 
    Kekotoran yang menyeluruh atau tompokan yang terdapat dipermukaan wang kertas.
  • Lembik 
    Lipatan berlebihan yang menyebabkan kerosakan pada struktur atau tekstur wang kertas.
  • Renyuk 
  • Lipatan secara rawak yang banyak meliputi keseluruhan wang kertas yang (Pengecutan menyebabkan keadaan visual wang kertas itu terjejas teruk (termasuk Wang Polimer) pengecutan wang polimer akibat terlalu terdedah kepada kepanasan).
  • Conteng 
  • Wang kertas yang mempunyai perkataan, tanda-tanda, simbol, lukisan yang dilakarkan di permukaan wang kertas dengan sengaja.
  • Luntur Warna 
  • Luntur warna pada sebahagian atau keseluruhan wang kertas seperti telah dibasuh atau terkena bahan kimia.
  • Koyak 
  • Wang kertas yang terkoyak sebarang saiz atau dari mana-mana hala yang melebihi saiz 5mm pada mana-mana bahagian wang kertas.
  • Berlubang 
    Wang kertas yang mempunyai sekurang-kurangnya satu lubang yang saiznya melebihi 5mm (lubang dawai kokot dan lubang jarum boleh diterima).
  • Ubah suai 
  • Bahagian-bahagian wang kertas yang sama dicantum semula dengan menggunakan pita perekat atau glu.
  • Lipatan bucu 
  • Lipatan bucu yang kekal dan tidak boleh dipulihkan, yang menyebabkan panjang atau lebar wang kertas tersebut berkurang melebihi 5mm.
  • Terbakar / Di makan Anai-anai
  • Kerosakan yang disebabkan terbakar atau dimakan anai-anai pada mana-mana bahagian yang melebihi saiz 5mm.
  • Cantuman Wang kertas
  • Wang kertas sama yang terpisah kepada beberapa bahagian dan hanya beberapa bahagian dicantumkan; atau beberapa bahagian daripada wang kertas yang berlainan yang dicantumkan.
  • Hilang ciri-ciri 
  • Salah satu atau lebih ciri keselamatan didapati hilang atau rosak apabila diperiksa secara manual (visual)


duit rosak tukar bank


Senarai Jenis Kerosakan Yang Berlaku Pada Duit Syiling


Antara jenis-jenis kerosakkan pada duit syiling yang boleh ditukar di mana-mana cawangan bank.

  • Kakis 
    Sebahagian atau keseluruhan permukaan duit syiling rosak teruk atau terkakis secara kekal akibat tindak balas kimia.
  • Berlubang 
    Terdapat sekurang-kurangnya satu lubang yang ketara pada mana-mana permukaan duit syiling.
  • Kemek 
    Duit syiling yang kemek akibat ketukan, tetapi tidak relai.
  • Pecah 
    Duit syiling yang pecah kepada beberapa bahagian.
  • Potong 
    Duit syiling yang dipotong dengan menggunakan objek tajam seperti pisau atau gunting.
  • Terbakar 
    Kerosakan akibat terbakar yang menyebabkan rupa duit syiling berubah dan menjadi kusam.
  • Kotor 
    Perubahan pada warna duit syiling disebabkan haus, lusuh dan kotor, contohnya duit syiling berwarna hitam.
  • Syiling Ganjil 
    Rupa bentuk duit syiling yang ganjil berlaku semasa proses penempaan





Dan, jangan terkejut jika ada orang yang membuang duit yang rosak. Ini kerana bagi sesetengah orang, duit yang rosak ini sudah tidak ada nilai dan di kedai-kedai pun dah tak nak untuk terima.  Nak tak nak, simpan sajalah duit kertas rosak tu dekat rumah. 

Sebenarnya, duit rosak ini tidak bermakna nilainya automatik akan hilang begitu saja. Duit rosak masih ada nilainya dan kadangkala duit rosak dalam bentuk kertas boleh dapat dari mesin ATM bank itu sendiri. Boleh menangis kalau dapat duit kertas rosak dari mana-mana ATM. Lagi-lagi kalau duit tu memang nak guna urgent. 

PROSEDUR DAN GARIS PANDUAN PENILAIAN WANG KERTAS CACAT ATAU ROSAK DI BANK BIASA ATAU BANK NEGARA MALAYSIA 

Antara prosedur (langkah tukar duit rosak di bank biasa) itu adalah :

CIRI WANG KERTAS CACAT 

Wang kertas yang keadaan fizikalnya telah berubah, sama ada secara tidak sengaja dicemari dengan air, minyak, cat, dakwat atau bahan yang serupa atau kehilangan sebahagian atau beberapa bahagian daripadanya.

Ini tertakluk kepada bahagian atau bahagian-bahagian yang dikemukakan itu dapat dibuktikan tanpa sebarang keraguan yang munasabah bahawa bahagian atau bahagian-bahagian yang dikemukakan itu adalah pada asalnya sebahagian atau beberapa bahagian daripada satu helai wang kertas yang tunggal.

Terdapat tiga kategori nilai penebusan bagi wang kertas cacat seperti yang berikut :

(i) Nilai penuh 
hendaklah diberikan bagi sebarang keping wang kertas yang melebihi dua pertiga (2/3) daripada saiz wang kertas yang asal atau;

(ii) Nilai separuh 
hendaklah diberikan bagi sebarang keping wang kertas yang melebihi setengah (1/2) tetapi kurang dua pertiga (2/3) daripada saiz wang kertas yang asal atau;

(iii) Tiada nilai 
bagi sebarang keping wang kertas yang kurang setengah (1/2) daripada wang kertas yang asal.

duit rosak tukar bank

CIRI WANG KERTAS ROSAK 

 Wang kertas yang terdapat padanya perkataan, tanda-tanda, simbol, lukisan, karikatur sama ada ditulis atau ditanda di atas permukaannya secara sengaja.

 (i) Nilai penuh hendaklah diberikan bagi sebarang keping wang kertas yang mempunyai kerosakan kecil.

(ii) Tiada nilai bagi sebarang keping wang kertas yang rosak dengan sebarang cara yang nyata (iaitu, tanda yang dibuat di atas potret Yang DiPertuan Agong, tulisan yang menggambarkan slogan politik atau menggunakan wang kertas itu sebagai kad jemputan/pad tulis).

duit rosak tukar bank

3. KES-KES YANG MERAGUKAN 

Sebarang kes yang meragukan yang menyukarkan penilaian dibuat disebabkan wang kertas itu dalam keadaan yang sudah rosak (sebagai contoh, satu helai wang kertas yang terbakar dengan teruk atau kerosakan pada wang kertas yang sukar menentukan saiznya) hendaklah dirujuk pada Bank Negara Malaysia untuk penilaian.

Hukum Guna Duit Rosak Atau Koyak Yang Jumpa Di Jalan 

Soal untuk tukar duit rosak di bank biasa atau Bank Negara Malaysia kita dah tahu. Sekarang ni tentang hukum guna duit koyak pula. Guna duit kertas yang dah koyak pastu kita sambung balik memang ramai yang buat. Tapi sekarang ni, apakah hukum guna duit rosak atau koyak yang terjumpa di jalan? 

Bagi yang berminat untuk tahu hukum guna duit koyak yang terjumpa di jalan atau di mana-mana, kalian boleh dengar penerangannya dari Ustaz Azhar Idrus melalui video di bawah ini. 





Tak dinafikan, kadang bila kita nak beli barang menggunakan wang koyak dan bertampal ni pun rasa was-was; takut-takut pekedai atau cashier tak nak. 

Dan bagi diri ini, pernah dapat duit koyak atau tak sempurna dari seorang peniaga, dan bila nak guna kat kedai tu dengan duit yang sama, pekedai tu tak nak oiiii..... aduhai! Nasib badan betul...

Duit rosak nak tukar di mana? Jawapannya terang lagi bersuluh, boleh pergi ke mana-mana bank komersil biasa, tak kisah Maybank, CIMB atau sebagainya. Nak lebih mudah, ke mana-maan cawangan Bank Negara Malaysia dalam negara kita ini. 

Kalian sendiri macamana? Ada simpan duit kertas rosak dekat rumah? Jika ya, jangan dibuang! Berkemungkinan besar wang kertas rosak yang anda simpan masih lagi bernilai. 


Credits : Jabatan Pengurusan dan Operasi Matawang Bank Negara Malaysia & MalaysianCoin.com 


Dapatkan info bermanfaat dengan mudah di telegram

Jemput join  : 

7 comments for "Duit Koyak? Rosak? Kat Mana Nak Tukar? Ini Jawapannya "

  1. baru tahu boleh tukar rupanya

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pun baru tahu betul... mudah la lepas ni.. lega sikit

      Delete
  2. Baru ni husben akak kena. dia keluar duit dari ATM. lepas tu terus pi jumpa orang sebab mmg dah set nak beli barang kat orang tu. Masa bayar kat orang tu, tak perasan ada sekeping duit RM50, yang bhg tepi (hat berkilat) tu dah hilang. Selang beberapa hari, orang tu wasap husben akak bitau, duit tu duit palsu. Sabor je lah. Padahal duit tu baru keluar dari ATM kot. So malas nak banyak citer, haritu kitaorang pi amik balik duit yang dia kata palsu tu dgn dia. bagi duit yang elok tak ada cacat cela. Sebenarnya boleh je dia pi tukar duit tu kat bank sebab no siri ada, cuma bhg kilat tu dah tercabut. Tapi orang yang jual brg dgn husben akak tu malas benornya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama kes dgn sesetengah penjual.. diaorg malas nk tukar kat bank.. jadi terus cakap x nak leh terima.. aduhai. masak

      Delete
  3. betul mcm duit koyak tu..pi bank masih diterima..berpandu pada koyak yg bagaimana kan..mcm yg awa tnjuk tu..ada % dia..

    ReplyDelete