Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Hello Bong & Awake : 2 Produk Keluaran JoyMix Yang Best Dan Sesuai Untuk Tubuh Ini

Hello Bong & Awake : 2 Produk Keluaran JoyMix Yang Best Dan Sesuai Untuk Tubuh Ini | Menjadi seorang surirumah dengan jumlah anak yang ramai (aktif pula tu!) bukanlah satu kerja yang mudah. Kadangkala terasa bagai nak demam dan tak dinafikan otot di badan ni terasa lenguh dan longlai tatkala malam tiba. Letih... maunya tak letih!

Ditambah pula dengan cuaca sekarang yang agak tidak menentu. Kejap panas dan kejap hujan hinggakan badan terasa lesu dan kurang bermaya. Berada di rumah semasa Perintah Kawalan Pergerakan (MCO) dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (CMCO) baru-baru ini juga turut membuatkan diri rasa makin kurang bermaya. Itu tak dikira sewaktu bulan puasa lagi.

Walau kelihatan tinggal di rumah seperti ada banyak waktu rehat tetapi hakikatnya ia lebih dari itu. Duduk di rumah bukan hanya boleh makan, tidur, menonton televisyen, dan duduk goyang kaki saja semata-mata. Sebaliknya duduk di rumah ini perlu mengemas, memasak, membasuh, melayan kerenah anak-anak dan lain-lain lagi. Dek kerana sedar yang kesihatan adalah kunci utama untuk menjayakan segalanya maka selain dari mengamalkan gaya pemakanan yang sihat, daku turut berusaha mencari produk makanan tambahan yang sesuai dengan diri ini.

Lain orang lain cara penerimaannya dan begitu juga apabila bercerita tentang produk tambahan yang dimakan untuk tubuh masing-masing. Dan untuk diriku ini, antara produk yang pernah di cuba adalah produk keluaran JoyMix iaitu Hello-Bong dan juga Awake.


Untuk pengetahuan kalian juga, produk keluaran Joymix ini ada banyak sebenarnya. Sebagai contoh sebelum ini daku dah pernah gunakan Zerro, sejenis guna tiada kalori (zero calorie) yang sama sekali tak ubah seperti gula biasa rasanya tetapi tentulah lebih baik dengan fungsinya yang tersendiri.

Disebabkan itu, daku berani untuk mencuba lain-lain produk keluaran Joymix tetapi sebagaimana yang telah daku katakan tadi, lain orang lain tahap penerimaannya. Yang pasti, sepanjang daku menggunakan produk keluaran Joymix ini so far tidak ada sebarang masalah. Alhamdulillah.

Dan melalui entry ini, daku ingin kongsikan tentang Hello Bong dan juga Awake. Ke dua-duanya mempunyai kelebihannya yang tersendiri dan tak dinafikan ianya mudah untuk di makan dan mempunyai rasa yang agak sedap. Mudah cakap, boleh diterima anak tekak.

#1 - Hello Bong 


Apa itu JoyMix Hello Bong? Hello Bong adalah formulasi unik yang dibuat dari jeruk Halla-Bong dan Curcuminoids dari ekstrak kunyit. Halla-Bong adalah spesies oren tanpa biji khas yang ditanam terutamanya di Pulau Jeju di Korea. Mereka mempunyai jumlah Vitamin C yang tinggi dan sememangnya manis.

JoyMix Hello-Bong menggabungkan khasiat Halla-Bong dengan khasiat kesihatan kunyit untuk mewujudkan minuman serbuk oren yang sejuk dan menyegarkan. Kedua-dua bahan utama ini mempunyai banyak faedah untuk tubuh kita. Plus, JoyMix bukanlah satu jenama baru yang berada di pasaran Malaysia ini.

Antara kebaikan JoyMix Hello-Bong seperti: 


- Mengurangkan panas badan
- Menghilangkan nafas berbau
- Membantu meningkatkan imuniti
- Mengelakkan penyakit akibat radikal bebas
- Membantu badan pulih dengan segera daripada penyakit
- Mengurangkan keradangan sendi
- Melindungi hati
- Membantu mengelakkan penyakit kronik



Siapa yang Memerlukan JoyMix Hello Bong? 


1. Orang yang Mengetahui Kesihatan seperti saya yang ingin meningkatkan daya tahan tubuh dan kekal sihat boleh menggunakan JoyMix Hello Bong sebagai makanan tambahan.

2. Pesakit Arthritis kerana JoyMix Hello Bong mempunyai sifat anti-radang yang akan memberi kelegaan kepada pesakit osteoartritis atau rheumatoid arthritis.

3. Individu Aktif yang mengalami sakit otot kerana terlalu banyak bersenam atau aktiviti fizikal yang berlebihan akan mendapat manfaat daripada memakan JoyMix Hello Bong.

4. Untuk dikalangan mereka yang bukan beragama Islam, Hello Bong boleh membantu menghilangkan rasa mual dan tak sedap badan yang berterusan sehingga ke waktu pagi akibat mabuk.

Perkara lain yang saya suka mengenai JoyMix Hello Bong adalah peknya yang sangat bersih, senang dibawa, dan senang dimakan. Terdapat 30 sachet dalam satu kotak, gunakan 1 sachet sehari dan 1 kotak sesuai untuk bekalan 1 bulan.

#2 - Awake 


Jika Hello Bong diperbuat hasil gabungan jeruk Halla-Bong dan Curcuminoids dari ekstrak kunyit, untuk Awake ini pula ianya dalah sejenis minuman serbuk semula jadi yang diperbuat daripada anggur secara keseluruhannya. Ini bermakna untuk anggur tersebut daripada isi, kulit dan bijinya ada di dalam Awake. 

Awake antara salah satu produk terbaru dari Joymix dan ia boleh dikatakan antara produk istimewa di pasaran yang terbuat dari buah anggur secara 100% sepenuhnya. Jika Hello Bong mampu membantu mengurangkan suhu badan yang panas, Awake ini pula mampu untuk membantu mereka yang aktif (seperti pelari contohnya) dalam meningkatkan fokus dan perhatian semasa latihan dan perlumbaan. 



Apakah Kelebihan Awake Ini?


Produk keluaran Joymix seperti Hello Bong dan Awake ini sememangnya sangat berkhasiat dan kaya dengan Vitamin C dan antioksidan. Tidak hanya itu, ia turut dapat membantu meningkatkan imuniti, mengurangi radikal bebas dan membantu menjaga tubuh pengguna untuk terus sihat.


Rasa Hello Bong Dan Awake Boleh Dikatakan Sedap!


Hello Bong mempunyai rasa seperti jus oren masam manis. Akan tetapi jangan ingat ia mempunyai pemanis kerana hakikatnya Hello Bong mengandungi Vitamin C yang tinggi dan tanpa gula.

Manakala untuk Awake pula, rasanya tak ubah seperti anggur sebenar dengan rasa manis dan sedikit masam. Bila di makan terasa sangat menyegarkan.

Bagaimana cara menggunakan JoyMix Hello Bong dan Awake ini? 


1. Buka sachet

2. Sedut atau hirup JoyMix Hello-Bong secara perlahan dari sachet atau tuangkan ke dalam mulut, sehingga cair.

3. Telan dan minum beberapa teg air selepas itu jika diperlukan.


Detail Produk Ada Tertera Pada Kotak Pembungkusan


Bagi kalian yang sangat berhati-hati dalam pengambilan makanan tambahan seperti ini, kalian boleh melihat info berkaitan Hello Bong dan Awake melalui website utama JoyMix terlebih dahulu. Info-info yang berkaitan ini juga ada tertera pada kotak pembungkusan dalam menerangkan bahan yang digunakan, jenis isi kandungan dan nutrisi, berat, tarikh luput dan lain-lain lagi.




Secara keseluruhan, daku memang suka dengan produk JoyMix Hello Bong dan Awkae ini kerana ianya bukan sangat boleh membantu dari segi penjagaan kesihatan bahkan dapat membantu memberikan tenaga dan sangat senang untuk dimakan dan di bawa ke mana-mana saja. Lagi pula harganya ternyata sangat-sangat berpatutan sekali.



Untuk korang yang suka makan pedas-pedas tu, nak sejukkan badan, boleh la makan Joymix Hello Bong supaya badan yang panas tu boleh terasa sejuk semula. Seperti yang telah diberitahu tadi, ianya bukan saja dapat menyejukkan badan malah dapat mengurangkan keletihan badan juga. Tak kisahlah sama ada untuk hari biasa ataupun di kala tiba bulan Ramadhan untuk berpuasa, jika badan rasa letih dan tak bermaya bolehlah cuba makan JoyMix Hello Bong dan Awake ini. 

Awake dan Hello Bong ini juga boleh dibancuh dan dimasukkan dalam peti untuk lebih rasa sedap. Best juga dapat minum minumana sejukkan badan yang sedap begini kan? Yang paling penting, suka untuk diingatkan sekali lagi yang tahap penerimaan setiap individu itu adalah tidak sama dan tak salah untuk mencubanya. 

Daku sendiri pada mulanya berasa was-was juga tetapi apabila sudah membaca segala info ditambah pula dengan bahan natural yang digunakan, termasuk pula dengan review rakan-rakan yang telah mengamalkannya.... maka tak salah untuk ikut mencuba. 

Kandungan: Hello Bong & Awake by JoyMix adalah 30 sachet x 3g setiap kotak 

Untuk info lanjut mengenai harga, cara pembelian dan pembayaran boleh terus layari melalui mana-mana link di bawah ini. 





Post a Comment for "Hello Bong & Awake : 2 Produk Keluaran JoyMix Yang Best Dan Sesuai Untuk Tubuh Ini "