Puashati Sangat Dengan Amshar Optometrist - Kedai Cermin Mata Murah Jimat Terbaik di Tanah Merah Kelantan | Beberapa hari sebelum tiba Hari Raya Aidiladha, daku nekad untuk teman suami buat cermin mata. Ini kerana dia dah mula mengadu yang matanya dah agak kabur tiap kali ingin membaca sesuatu. Tahap teruknya tu, hinggakan SMS di handphonenya sendiri perlu daku atau anak-anak tolong bacakan. Hati isteri mana tak risau bila suami ada masalah begini secara tiba-tiba. 

Sebelum membuat keputusan untuk menempah cermin mata tersebut, sudah semestinya daku cuba mencari info sedaya yang termampu di internet. Daku teringin juga nak tahu apa sebenarnya yang menjadi punca sehingga suami menghadapi masalah ini. 

Dan antara jawapan yang ku perolehi, lazimnya masalah ini mempunyai kaitan dengan tekanan pada bola mata. Ada banyak masalah pada mata ini sebenarnya seperti masalah rabun, masalah silau dan lain-lain lagi.  


Rabun ini juga terbahagi kepada masalah rabun dekat dan juga masalah rabun jauh. Rabun jauh adalah satu kondisi masalah mata dimana imej dekat dapat dilihat dengan jelas tetapi imej akan menjadi kabur jika jika dilihat pada jarak jauh. 

Dan bila dikatakan berkenaan masalah rabun ini bermaksud ia disebabkan sama ada bebola mata itu terlalu panjang atau terlalu pendek. Bahkan ada diantara kita yang keliru antara gejala glaukoma dengan migrain dan masalah rabun. 

Menurut info yang daku baca itu juga, rupanya ramai yang menghadapi masalah penglihatan biarpun sudah beberapa kali menukarkan cermin mata atau membuat pemeriksaan mata terkini. 


Kedai Tempah Spek Mata Dikenali Sebagai Optometrist 


Apa itu optometrist? Optometri atau optometris merupakan kerjaya yang ada kaitan dengan sains kesihatan atau dalam bahasa lebih mudah yang ada kena mengena dengan kesihatan mata. 

Golongan ini diiktiraf sebagai “primary health care” di mana mereka boleh memeriksa, diagnosis dan bantu untuk apa-apa masalah berkaitan kesihatan mata ataupun penyakit mata. Kerana itu bidang optometris sering dikaitkan dengan rabun dan penghasilan spek mata. 

Memang Agak Mencabar Untuk Mencari Kedai Cermin Mata Yang Bagus

Maka bermulalah pencarianku demi untuk mendapatkan servis dari seorang optometrist. Terus terang agak mencabar juga kerana daku dan suami sama sekali tak ada pengalaman dalam proses untuk menempah spek untuk masalah rabun seperti yang sedang suami hadapi saat ini. 

Kedai cermin mata di Tanah Merah Kelantan ini memang banyak. Malah pelbagai tawaran ada di kebanyakan kedai cermin mata di sini. Ada yang menawarkan bingkai cermin mata terlajak murah, pemeriksaan mata percuma, diskaun promosi harga jimat dan sebagainya. 

Ada juga yang turut menawarkan aksesori cermin mata yang cantik-cantik, cermin Anti-BlueRay yang boleh melindungi cahaya biru dari skrin laptop dan sebagainya. Tetapi disebabkan suamiku seorang yang agak cerewet (lagi-lagi bila melibatkan mata), maka kami tidak mahu terus terpengaruh dengan tawaran sebegitu dalam mencari kedai cermin mata yang paling sesuai. 

Akhirnya Allah pertemukan kami dengan kedai spek Amshar Optometrist
kedai cermin mata murah terbaik tanah merah

5 Sebab Mengapa Kedai Spek Amshar Optometrist Berjaya Menawan Hati Kami 

#1 . Kedudukan Lokasinya Yang Sangat Mudah Untuk Dicari 

Amshar Optometrist terletak betul-betul di dalam bandar Tanah Merah Kelantan. Lokasi premisnya sebaris dengan KFC dan 7Eleven. Tepi Kedai Mesin Jahit Jukee. Sangat mudah untuk di cari dan ruang parkir di sini walaupun terhad tetapi masih ada tempat untuk parking. 

Yang lebih daku suka, di sini ada banyak kedai yang lain jadi kalau kebetulan Kasih buat perangai dengan mudah daku boleh beli apa-apa jajan untuknya. Kedai kek dan roti pun tak jauh dari situ. Suasana dalam kedai juga sangat selesa dan mesra menerima kedatangan kanak-kanak. 
kedai cermin mata murah terbaik tanah merah
#2 - Mempunyai Pengalaman Yang Sudah Lama Dengan 4 Buah Cawangan 

Ini juga merupakan salah satu sebab mengapa daku menaruh kepercayaan terhadap Amshar Optometrist. Premis di Tanah Merah ini merupakan lokasi pertama mereka dan total keseluruhan, pihak Amshar Optometrist mempunyai empat cawangan kedai cermin mata di dalam Kelantan. Antara lokasi lain tersebut adalah di Pasir Puteh, Jeli dan juga Chiku 3. 

#3 - Kedai Muslim Milik Pengusaha Bumiputera Tempatan 

Pemilik Amshar Optometrist ini merupakan sepasang suami isteri berbangsa Melayu yang juga berasal dari Kelantan. Kiranya kesemua cawangan Amshar Optometrist dimiliki oleh pengusaha bumiputera tempatan sepenuhnya. Bagus juga bila dapat sokong pengusaha Muslim tempatan. 

#4 - Menawarkan Pemeriksaan Mata Percuma Untuk Setiap Tempahan Spek 

Sama dengan kedai cermin mata lain di Tanah Merah Kelantan ini, pihak Amshar Optometrist turut menawarkan pemeriksaan mata secara PERCUMA untuk setiap tempahan spek. Tidak hanya di cawangan Tanah Merah sahaja sebaliknya Amshar Optometrist menawarkan pemeriksaan mata percuma ini dikesemua cawangan kedai cermin mata mereka. Khidmat nasihat mengenai masalah penglihatan dan kesihatan mata turut diberikan. 

kedai cermin mata murah terbaik tanah merah
#5 - Mempunyai Banyak Testimoni Positif Dari Ramai Pelanggan 

Jika beli di Shopee akan baca review terlebih dulu, maka begitu juga untuk proses pemilihan kedai cermin mata ini. Dan seteleh melihat pada facebook pages mereka, ternyata ramai pelanggan berpuashati dengan servis yang diberikan oleh pihak Amshar Optometrist ini. 

Kedai cermin mata jimat di Tanah Merah antara yang diperkatakan. Ditambah pula dengan wajah manis para pelangggan, membuatkan daku dan suami tertarik untuk turut menjadi salah seorang pelanggan di kedai cermin mata Amshar Optometrist dalam bandar Tanah Merah ini. 

Sebahagian Dari Wajah Puashati Para Pelanggan Yang Dimaksudkan 

kedai cermin mata murah tanah merah
kedai cermin mata murah tanah merah

kedai cermin mata murah tanah merah

kedai cermin mata murah tanah merah
kedai cermin mata murah tanah merah
kedai cermin mata murah tanah merah

Pengalaman Membuat Tempahan Cermin Mata Pertama Yang Sangat Mudah Di Amshar Optometrist 

Tak nak tunggu lama-lama, kami terus ke Amshar Optometrist. Untuk suami yang sememangnya sama sekali belum pernah buat cermin mata ini, langkah pertama yang perlu dilakukan adalah proses check mata. Kaedah pertama untuk pemeriksaan ini dimulakan dengan auto refractometer

Apa itu auto refractometer? Menurut pembacaan, auto refractometer merupakan sejenis alat elektronik yang mengolah data hail pemeriksaan secara digital dengan menggunakan komputer. Alat ini memiliki dua fungsi pemeriksaan sesuai dengan namanya iaitu refrakto dan keratometer. 

kedai cermin mata murah tanah merah kelantan

Mesin ini bentuknya seperti komputer di tahun 1980-an dan ia akan memperlihatkan gambar tertentu sebagai contoh sebuah rumah ladang dihujung jalan ataupun sebuah kincir angin, belon udara dan sebagainya. Dan gambar ini akan berubah-ubah fokusnya. 

Dengan gambar tersebut, mata boleh menjadi relaks sambil mengfokus pada gambar yang sedang diperlihatkan. Maka mudahlah untuk mesin mengukur tahap ketajaman penglihatan mata si pelanggan. Setelah selesai maka keputusan yang keluar itu akan digunakan sebagai rujukan. 

kedai cermin mata murah tanah merah kelantan
kedai cermin mata murah tanah merah kelantan
Semasa ke proses seterusnya, Puan Sha selaku pemeriksa mata di Amshar Optometris menerangkan keputusan hasil permeriksaan mata suami tadi. Bagi yang sudah pernah pakai spek selalunya Puan Sha akan turut bertanyakan kehendak pelanggan tentang cermin mata bagaimana yang diinginkan. 

Kiranya, pihak Amshar Optometrist sentiasa mementingkan keselesaan dan kehendak pelanggan cuma jika dirasakan agak kurang sesuai maka pihak Amshar Optometrist akan cuba membantu dengan memberikan khidmat nasihat yang terbaik. 

Di Amshar Optometrist, proses pemeriksaan mata tidak hanya bergantung pada mesin auto refractometer tersebut semata-mata. Sebaliknya pemeriksaan secara manual turut dilakukan bagi memastikan cermin mata yang bakal di buat nanti benar-benar tepat dengan kehendak mata si pemakai. 

Untuk pemeriksaan secara manual ini, suamiku di minta untuk masuk ke sebuah bilik. Di dalam bilik tersebut, suamiku di minta untuk memakai satu bingkai cermin mata khas yang boleh ditambah dan dikurangkan kantanya bagi mencari tahap kesesuaian yang tepat. 

Kemudian, suamiku di minta untuk membaca abjad dalam pelbagai saiz yang tertera pada layar 'TV'. Tidak hanya itu suamiku juga di minta untuk membaca dari sebuah buku dengan tulisan ayat yang berlainan saiz. Ini semua demi untuk memastikan tahap penglihatan yang lebih tepat supaya tidak tersalah dalam proses penentuan tahap kanta nanti.  

Pada mulanya nampak suami agak kekok (mungkin kerana ini adalah pengalaman pertama) tapi disebabkan sikap ramah pelanggan yang diberikan oleh pihak Amshar Optometrist, perlahan demi perlahan suamiku nampak semakin tenang dan tersenyum. 

Yang pasti, tahap penglihatan suamiku benar-benar di uji di sini secara serius. Sejujurnya sudah tentulah daku suka kerana ia boleh membantu suamiku memiliki cermin mata pertamanya dengan cara yang betul berdasarkan tahap ketajaman penglihatannya sendiri.
kedai cermin mata murah tanah merah kelantankedai cermin mata murah tanah merah kelantan 
Alang-alang nak buat cermin mata, kenalah yang betul-betul tepat dan perlulah juga yang betul-betul ada kualiti. Tidaklah nanti, pakai cermin mata tetapi rasa pening kepala dan makin kabur. Sebabnya hanyalah kerana cermin mata yang di buat kurang tepat dengan tahap ketajaman penglihatan mata sendiri. 

Sambil mengubah tahap kanta untuk mata kiri dan kanan bagi mendapatkan tahap kesesuaian yang paling tepat, Puan Sha (pakar pemeriksa mata di sini) turut bertanyakan pelbagai soalan yang berkaitan dengan mata pada suami. 

Ini bagi memastikan suami akan berasa selesa dengan cermin mata yang akan disiapkan nanti. Daku sendiri menjadi ralit melihat Puan Sha melakukan kerjanya dengan menukar kanta pada bingkai cermin mata untuk urusan pemeriksaan yang dipakai suami itu. 

kedai cermin mata murah tanah merah kelantan
Tangan pantas buat kerja dan mulut pula turut bertanya itu dan ini apa yang patut. Tidak hanya setakat bertanya soalan sebaliknya turut memberi info berkaitan mata supaya suamiku mendapat lebih banyak pengetahuan mengenainya. 

Yelah, dah namapun nak pakai cermin mata kan, jadil kenalah tahu serba sedikit tentang ni. Dan, bila melihat pihak team Amshar Optometrist bersungguh dan fokus semasa proses pemeriksaan mata begini, daku merasa sangat happy! Belum apa-apa sudah mula rasa berbaloi yang amat sangat! 

kedai cermin mata murah tanah merah kelantan

Banyak Pilihan Design Bingkai Cermin Mata Yang Cantik Dan Terkini 

Selesai urusan pemeriksaan, kami seterusnya di bawa ke bahagian tempat pameran cermin mata. Di sinilah suami akan memilih bingkai cermin mata yang disukainya. Untuk bingkai cermin mata di sini, ya Allah banyak betul pilihan yang ada. Dari design terkini sehinggalah kepada design popular sepanjang masa. Ada untuk dewasa dan ada juga untuk kanak-kanak. Harga juga ada pelbagai mengikut bajet masing-masing.

Satu demi satu cermin mata dikeluarkan untuk suami cuba. Pelbagai bentuk, pelbagai warna dan walaupun suami baru pertama kali nak buat cermin mata tetapi segalanya berjalan dengan mudah. Ini kerana pihak Amshar Optometrist sentiasa cuba membantu sedaya upaya yang boleh tatkala suami bertanyakan sebarang soalan kepada mereka.
Almaklumlah, tak ada pengalaman lagi kan? Memang tak tahu apa-apa langsung untuk urusan tempahan cermin mata sebegini. Syukur alhamdulillah staf Amshar Optometrist sangat ramah dan sentiasa melayan kami dengan penuh senyuman. 

Inilah antara koleksi bingkai cermin mata yang telah suamiku cuba pada hari tersebut. Memang lawa-lawa semuanya sampaikan daku sendiri rasa berkenan! Cantik betul!
kedai cermin mata murah tanah merah.png

Sambil menunggu suamiku memilih bingkai cermin mata yang disukainya, daku sempat berbual sekejap dengan Puan Sha. Dan menurut info yang diberikan, masalah mata ini juga selalunya akan berlaku dikalangan warga emas dan kanak-kanak. Dan tempahan cermin mata ini tidak hanya untuk mereka yang ada masalah rabun tetapi boleh juga di tempah oleh mereka yang ada masalah silau.

Masalah silau ni bukan saja kerana faktor alam seperti silau siang dan malam tu, tapi boleh juga disebabkan oleh komputer. Sebagai contoh daku sendiri, hari-hari terpaksa berada di depan laptop dan PC dan ini boleh mendatangkan masalah silau pada penglihatan mata. 

Yang pasti, setiap orang menginginkan tubuh badan yang sihat dan terhindar daripada segala penyakit yang berbahaya dan ini termasuklah pada bahagian mata. Sepatutnya kita ini perlu ambil tahu tentang mata. Perlu banyakkan bahan bacaan untuk tahu punca masalah mata, bagaimana masalah mata boleh terjadi dan sebagainya. Penjagaan mata juga perlu diberi perhatian.

Asyik bersembang, akhirnya suami panggil bagi meminta pendapat mengenai bingkai cermin mata yang sesuai untuknya. Namapun lelaki kan? Bila melibatkan soal pemilihan untuk perkara yang seperti ini, nak tak nak isteri juga tempat mereka meminta pendapat hehe.. 
kedai cermin mata murah terbaik tanah merah
kedai cermin mata murah terbaik tanah merah
Setelah termenung beberapa ketika, akhirnya daku cadangkan satu bingkai cermin mata yang daku rasakan sangat sesuai dengannya. Alhamdulillah, suami setuju dan pihak Amshar Optometrist pun membuka bil untuk urusan tempahan tersebut. Bagaimana rupanya? Kena tunggu tempahan ni siap dulu. 

Harga Tempahan Cermin Mata di Amshar Optometrist Teryata Murah Dan Berbaloi Dengan Pelbagai Promosi 

Apa yang mengejutkan, kami turut diberikan diskaun dengan penggunaan voucher sebanyak RM50 walaupun ini adalah pembelian kami yang pertama. Eh! Baru pertama kali nak beli terus dah dapat special price. Siapa tak terkejut! 

Menurut staf Amshar Optometrist, voucher PERCUMA sebanyak RM50 boleh diperolehi hanya dengan cara LIKE FB Pages mereka. Dan pemberian voucher ini terus boleh diguna untuk pembelian pertama kali tak kira berapa harga untuk tempahan cermin mata tersebut. Hal ini telah dipamerkan di bahagian pintu masuk lagi cuma dan dan suami tak perasan (atau mungkin dah tengok lepas tu terlupa.. haha) 

kedai cermin mata murah terbaik tanah merah
kedai cermin mata murah terbaik tanah merah

Malah daku turut diberitahu, pada bulan 8 pihak Amshar Optometrist turut menawarkan promosi sempena sambutan Hari Kebangsaan dengan kempen 'Merdekakan Mata Anda'

Rupanya mereka memang menawarkan pelbagai tawaran hinggakan ada pemberian bingkai cermin mata Percuma mengikut terma dan syarat yang telah ditetapkan. Yang penting datang tanya dan jangan takut-takut kerana khidmat nasihat di sini sememangnya adalah percuma malah semua staffnya ramah-ramah belaka. 

Nak tahu lebih lanjut kena hubungi pihak Amshar Optometrist sendiri mengenai promosi-promosi semasa yang sedang berjalan. 

Nampaknya daku dan suami benar-benar tak salah buat pilihan dan buktinya dari awal kami melangkah masuk ke premis Amshar Optometrist hingga kini semuanya berjalan dengan lancar dengan rasa sangat berpuashati! 

Ohya, tempoh had masa untuk menyiapkan tempahan pula adalah sekitar 3 ke 5 hari. Ada juga hingga seminggu bergantung pada hari berkerja dan juga jenis cermin mata yang di tempah. 

Nak Tempah Cermin Mata Untuk Masalah Rabun, Silau Dan Sebagainya? Atau Mungkin Sedang Mencari Kacamata Stylo Yang Terkini? Boleh Cuba Melangkah Ke Amshar Optometrist Untuk Pilihan Yang Pelbagai!

Sepanjang berada di Amshar Optometrist, masa yang diperuntukkan tidaklah lama mana. Dari masa melangkah masuk sehingga masa ingin melangkah keluar, lebih kurang sekitar 30 minit saja. 

Ini untuk kami yang sama sekali belum pernah tempah cermin mata, jadi bagi yang sudah biasa pakai spek rasanya proses ini semua hanya sekitar 15 minit saja. Mati-mati ingatkan proses untuk tempah cermin mata ni lama. =D 

Mana nak cari kedai spek cermin mata yang berkualiti dan murah di Tanah Merah Kelantan? Amshar Optometrist adalah salah satu daripada tempatnya. Nak cermin mata untuk kegunaan apa, boleh kunjungi Amshar Optometrist untuk khidmat nasihat secara Percuma. Tanyalah sepuas-puas hati tentang masalah mata, tawaran promosi terbaru dan sebagainya. 

Untuk sesiapa yang nak pakai spek, nak tukar spek lama ke spek baru, baik kanak-kanak, dewasa hingga ke warga emas, di Amshar Optometrist ada segalanya yang kalian cari. 

Boleh kunjungi mana-maana cawangan Amshar Optometrist yang terdekat sama ada di Tanah Merah, Pasir Putih, Jeli atau Chiku 3. Yang pasti pihak Amshar Optometrist memang boleh buat cermin mata ikut mata si pemakai.
kedai cermin mata murah terbaik tanah merah
Syukur alhamdulillah, selesai sudah urusan tempahan cermin mata pertama untuk masalah rabun dekat buat suami. Ini merupakan salah satu pengalaman dan kenangan untuk kami berdua, maka daku simpan cerita ini di sini. 

Dalam masa yang sama, mana tahu kalau ada di antara kalian yang turut sedang mencari dimanakah kedai yang bagus, jimat dan murah untuk tempah cermin mata di Tanah Merah, bolehlah berkunjung ke Amshar Optometrist ini. Untuk info dan sebarang pertanyaan lanjut, boleh terus hubungi :

AMSHAR OPTOMETRIST 
Kedai Cermin Mata Murah Jimat Tanah Merah

NO 86, Jalan Taman Hiburan, Tanah Merah, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Cawangan #2 :
Lot 619, Bersebalahan Econjaya baru, Jalan Nara 16800 Pasir Putih, Malaysia

Cawangan #3 :
Lot 1149, Depan Pasar Jeli 17600 Kampung Jeli, Malaysia

Cawangan #4 : 
Jalan Klinik Chiku 3, Chiku 3, 18300 Gua Musang, Kelantan









Terima kasih kerana membaca. Apa pendapat anda tentang artikel ini? Jemput komen di bawah.