Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Lirik Lagu Peluang Kedua Nabila Razali Viral, Ramai Kongsi Kisah Hingga Video Tontonan Cecah 11 Juta

Lirik Lagu Peluang Kedua Nabila Razali Viral, Ramai Kongsi Kisah Hingga Video Tontonan Cecah 11 Juta | Siapa sangka, nama Nabila Razali makin lama makin ada yang suka walaupun tak dinafikan masih ada segelintir yang macam kurang berminat dengan lagu dan cara nyanyian beliau. Biasalah tu, sebagai artis pasti ada yang orang suka dan pasti ada yang orang tak suka. 

Malah ada yang mengenali beliau disebabkan seorang pelakon berbanding seorang penyanyi. Cuma bagi aku ni, hmmmm rasanya lebih terima beliau sebagai penyampai lagu daripada penyampai lakonan. Tak tahulah kenapa. 

Tak kisahlah bab tu, cuma nak dikongsikan di sini, lirik lagu Peluang Kedua nyanyian Nabila Razali telah diterima ramai hinggakan ada yang menulis coretan kisah peribadi yang boleh dikaitkan dengan lagu tersebut. Dan buat masa ini, video tontonan untuk litik lagu Peluang Kedua nyanyian Nabila Razali ini telah mencecah ke angka 11 juta (hampir 12juta). 

lirik lagu Peluang Kedua Nabila Razali

Video lirik berkenaan menjadi tempat luahan perasaan para peminatnya dengan kisah yang pelbagai. Kiranya lagu Peluang Kedua ini benar-benar dapat memahami jiwa ramai orang yang pernah merasai erti sebuah peluang kedua itu sendiri. 

Peluang Kedua juga kalau tak silap telah dijadikan lagu OST untuk drama 7 Warna Pelangi yang turut dilakonkan oleh Nabila Razali sendiri sebagai salah seorang peneraju utamanya. 

Peluang Kedua sepatutnya dinyanyikan oleh pencipta lagu itu sendiri iaitu Hael Husaini.  "Maaf andai kau terluka. Maaf ku tak sengaja. Tanpa sedar sakitimu. Sesalku maaf. Kerna ku pun terluka. Pintaku hanya peluang kedua..." bait kata pada bahagian ini memang benar-benar terkesan pada ramai orang. 


Antara Kisah Berkaitan Peluang Kedua Yang Dikongsikan Pada Ruangan Komen Video 

lirik lagu Peluang Kedua Nabila Razali

lirik lagu Peluang Kedua Nabila Razali

Lirik Penuh Lagu Peluang Kedua - Nabila Razali 

Sepi
Menghukum diri kembali
Untuk mengalirkan air mata
Tanpa henti
Lagi
Sepi
Menghasut diri kembali
Untuk memikirkan tentang kita
Tanpa henti
Lagi
Dan tiada
Salah darimu mengingatkanku
Bila 'ku tak sempurna
Engkau bisikkan 'ku yang paling sempurna
Di matamu hanya aku
Maaf, andai kau terluka
Maaf, 'ku tak sengaja
Tanpa sedar
Sakitimu
Sesalku
Maaf, kerna aku pun terluka
Pintaku hanya
Peluang kedua
Rasa cinta
Darimu
Dan tiada
Salah darimu mengingatkanku
Bila 'ku tak sempurna
Engkau bisikkan 'ku yang paling sempurna
Di matamu hanya aku
Dan andai terbuka hatimu
'Ku di sini menunggu dan terus menunggu
Dirimu
Kembalilah, sayang
Kepadaku
Maaf, andai kau terluka
Maaf, 'ku tak sengaja
Tanpa sedar
Sakitimu
Sesalku
Maaf, kerna aku pun terluka
Pintaku hanya
Peluang kedua
Rasa cinta
Darimu

Rasa cinta
Rasa cinta
Darimu


Video Lagu Peluang Kedua Yang Semakin Viral 




Penyanyi Nabila Razali semestinya amat terkejut apabila mengetahui lirik video lagu Peluang Kedua yang dimuat naik di laman Youtube ini mendapat tontonan yang sebegitu rupa. 

Walaupun "Peluang "Peluang Kedua" ialah lagu yang dirakamkan dan dipersembahkan Nabila namun hasil usaha Hael Husaini sebagai pencipta lagu dan penulis lirik patut diberi perhatian. Ternyata Hael benar-benar berbakat dalam mengubah lagu yang boleh menyentuh jiwa ramai orang.

Post a Comment for "Lirik Lagu Peluang Kedua Nabila Razali Viral, Ramai Kongsi Kisah Hingga Video Tontonan Cecah 11 Juta "