Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Resepi Cara Masak Kuah Oden Yang Sedap, Mudah Dan Jimat

 Resepi Cara Masak Kuah Oden Yang Sedap, Mudah Dan Jimat | Pernah makan oden tak? Kalau tak pernah dan tak tahu apa itu oden, Oden merupakan sejenis makanan yang berasal dari negara matahari terbit. Oden ini juga bukan saja terkenal di Jepun tetapi juga di negara yang lain seperti Korea. Malah di Malaysia ini juga sudah ada pihak yang mula berniaga makanan dengan nama Oden ini. 

Rupa Oden seakan steamboat cuma untuk resepi sebenar oden mungkin agak sukar tetapi baru-baru ini, daku dah berjaya mendapatkan resepi masak oden steamboat seakan rasa original yang bukan saja mudah di buat malah sangat menjimatkan juga. Inilah antara rupa oden yang boleh di masak secara homemada. 

resepi oden mudah dan sedap
@credits Resepiana.com 

resepi oden mudah dan sedap

Resepi ini daku dapat dari sebuah group memasak di facebook dan alhamdulillah, berdasarkan dari komen dari mereka yang telah mencubanya, masing-masing cakap memang sedap dan berbaloi untuk dicuba. Jadi, alang-alang dah dapat resepi oden homemade mudah, ringkas dan sedap ni... 

InshaAllah daku akan cuba buat dalam masa yang terdekat. Tapi sebelum tu, kena save dulu resepi kat sini takut-takut nanti susah pula nak cari. Dalam masa yang sama, manalah tahu kalau ada di antara kalian yang minat nak cuba kan? Masak sendiri kat rumah ni boleh makan puas-puas tanpa rasa was-was kerana terjamin bersih dan halal. 

Kesedapan oden terletak pada kuahnya, jadi resepi kuah oden ini boleh menentukan tahap kesedapan menu oden secara keseluruhannya nanti. Tak nak tunggu lama, inilah dia resepi cara masak kuah oden yang sedap, mudah dan jimat dengan rasa macam original untuk kita semua cuba. Daku panggil resepi ini sebagai 'Resepi Oden Steamboat Original Adabi' kerana ia menggunakan bahan perencah Adabi yang sudah amat terkenal dan mudah beli dipasaraya tu. 

Resepi Kuah Oden Sedap 


resepi oden mudah dan sedap

resepi oden mudah dan sedap


Bahan-bahannya : 

2 paket perencah tomyam adabi.
2 paket perencah sup siam adabi.
1 paket perencah asam pedas adabi.
2 pcs kiub pati ayam.
Air 1.5 liter.
Gula 1 sudu.


Caranya : 


Masuk semua perencah biar mendididih dan boleh masuk kan semua bahan-bahan steamboat. 

Siap dan bolehlah makan panas-panas. Rasanya masam-masam manis pedas sekali makan susah nak berhenti. Kalau nak letak sayur seperti sawi cina, cendawan enoki, cendawan tiram dan lain-lain pun boleh. 


Selain daripada resepi oden steamboat original Adabi ini, ada juga resepi lain yang boleh dicuba seperti resepi oden Yatie Kitchen dan juga resepi oden Khairul Aming. Ohya, So pada sesiapa yang sedang mencari resepi oden steamboat original yang sedap, mudah dan jimat, bolehlah cuba resepi di atas tu.

Selamat mencuba! Selamat menjamu selera! 


Kredit : Cik Puan Akma

4 comments for "Resepi Cara Masak Kuah Oden Yang Sedap, Mudah Dan Jimat "

  1. mudahnya :) teringin pula nak makan , best makan panas panas

    ReplyDelete
  2. Pernah makan oden. Kawan-kawan bawa ke tempat kerja lengkap dengan periuknya sekali. Masaklah kami ramai2 waktu rehat dan makan sepuas-puasnya. Sedap!

    ReplyDelete
  3. meme sedap oden ni. sesuai dimakan semasa sambutan hari lahir anak...

    ReplyDelete
  4. Selalu beli pes tomyam yg dlm botol tu.. Tu lg sedap, xyah buh apa dh..

    ReplyDelete