Untuk Pencinta Makanan Di Sekitar Damansara, 7 Makanan Ini Boleh Dipertimbangkan
Damansara adalah antara salah satu bandar yang sedang berkembang dengan sangat pesat di negara kita ini. Di sinilah, ia menjadi tumpuan untuk bermacam pengankutan awam dan juga bermacam pejabat serta syarikat. Disebabkan itulah, semakin hari Damansara menjadi semakin maju dengan bermacam pembangunan dan juga peruahan mewah yang sering menjadi permintaan yang tinggi.
Selain terkenal dengan pembangunan yang semakin pesat, Damansara juga menjadi syurga makanan bagi pencinta makanan. Disebabkan permintaan makanan yang semakin tinggi, kebanyakkan kedai makan atau restoran mula menyediakan perkhidmatan food delivery bagi memudahkan para pelanggan mereka yang sibuk dan tidak mempunyai masa untuk membeli makanan supaya mereka dapat menikmati makanan kegemaran mereka dengan mudah.
Jom saya ceritakan makanan yang boleh anda pilih di
sekitar Damansara.
1. Nasi Lemak @ Village Park (Taman Desa)
Ini adalah antara sarapan pagi yang pasti akan di cari
setiap dari kita apabila bangun pagi. Bagi penggemar nasi lemak, sudah pastinya anda akan menjadikan nasi lemak sebagai makanan pilihan anda untuk sarapan
pagi. Anda. Jadi, bagi anda yang tinggal di Damansara dan sekitarnya, anda
perlu merasai keenakkan nasi lemak Village Park yang sememangnya sedap dan akan
mmebuatkan anda jatuh cinta apabila memakannya.
Alamat: 5,
Jalan SS 21/37, Damansara Utama, 47400 Petaling Jaya, Selangor
Jam: 6.30 Pagi hingga 7.30 PTG
Dibuka setiap
hari
Telefon: 03-7710 7860
2. Brother John Uptown Burger
Alamat: Jalan SS 21/39, Uptown Damansara, 47400, Petaling Jaya, Selangor
Waktu operasi: 4 petang hingga 5 pagi. Tutup pada hari Isnin.
3. MILKSHAKES @ Pâtissez
Mereka menawarkan makanan ringan dan bermacam perisa Milkshake yang patut anda
pilih. Jika anda tidak berkesempatan atau tidak mempunyai masa untuk ke
restoran ini, anda blh memilih food delivery untuk memesan menu yang anda suka.
Alamat: SK - 108, Tingkat 2, Pusat Beli-belah 1 Utama ,, Dataran Bandar Utama,
Bandar Utama, 47800 Petaling Jaya, Selangor
Waktu Operasi: 10 pagi hingga 10 malam. Dibuka setiap hari.
Telefon: 03-7732 7455
4. Gamelan @ Ara Damansara
Ditubuhkan pada tahun 2013, Gamelan adalah sebuah restoran yang menyediakan
masakan pantai timur yang sangat menyelerakan dan sudah pastinya memang kena
dengan citarasa pantai Timur
Alamat: B-G-05, Oasis Square, No, 2, Jalan PJU 1A / 7A, Ara Damansara, 47301
Petaling Jaya, Selangor
Waktu Operasi: 7 pagi hingga 6 petang. Tutup pada hari Ahad
Telefon: 03-7831 2434
Ohya disebabkan negara Malaysia kita ini berbilang kaum... maka di sini saya senaraikan sekali dua restoran yang sesuai untuk kaum-kaum lain juga.
5. Fried Chicken Chop @ Steven's Corner
Bagi anda yang menggemari masakan barat seperti Chicken Chop, anda patut mencuba steve coner ini. Apa yang istimewa tentang restoran ini? Selama lima belas tahun Steven's Corner si tubuhkan, ia menjadi tempat untuk para pengunjung yang mencari tempat makanan barat yang terbaik tetapi dengam harga yang berpatutan. Terletak di Uptown Damansara, tempat ini sering kali menjadi pilihan untuk mereka yang menggemari masakan barat.
Salah satu sebab kenapa ramai yamg memilih untuk makan di sini adalah kerana ayam yang di sajikan di bakar dengan cukup sempurna di tambah pula dengan sosnya yang enak sehingga menjilat jari
Alamat: 1095, Uptown Hawker Center, Jalan SS 21/39, Damansara Utama, 47400 Petaling Jaya, Selangor
Waktu operasi: 5.30 petang hingga 3 pagi.
6. A Pie Thing
Bagi anda yang mahu makan sesuatu yang ringan anda patut cuba restoran ini. Di A Pie Thing, mereka bukan sahaja menawarkan bermacam jenis pai yang sedap tetapi bermacam lagi menublain yang boleh anda pilih. Antaranya Chunky Steak, Pulled Lamb & Chilli Cheese, pai bayam, marshmallow dan bermacam lagi.Alamat: 128 G, Jalan SS 21/35, Damansara Utama, 47400 Petaling Jaya, Selangor
Waktu Operasi: 12 malam hingga 11
malam.
7. Restoran Thai @ Baan Rao
Alamat: No.8 & 10, Jalan BM 1/2, Taman Bukit Mayang Emas, 47301 Petaling Jaya, Selangor
Waktu Operasi: 12PM hingga 2.30 PM, 6.30PM hingga 10.30 PM.
Telefon: 03-7886 0016
Kesimpulanya, pada masa kini tidak sukar untuk anda merasai bermacam makanan kegemaran anda. Segalanya hanya di hujung jari sahaja. Apa yang perlu anda lakukan adalah dengan menggunakan servis food delivery yang disediakan oleh setiap restoran atau anda boleh menggunakan aplikasi Foodpanda.
Nak rasa nasi dagang Ganu dengan masakan Thai yang mengancam selera tu! Sedapnya!
ReplyDeletebagi info ini..boleh buat rujukan....terbaik!
ReplyDeletewww.oohsenyum.com
Wow, google translate! Village Park jadi Taman Desa, kemah!
ReplyDelete