Sedap Nikmati Menu Korea Jepun di Kafe Big Ball Tanah Merah Kelantan | What is the best restaurants in Kelantan? Jangan sesekali ditanya soalan ini kerana hakikatnya di Kelantan ini ada banyak restoran yang sedap dan best! Bukan saja untuk menu masakan tempatan Kelantan bahkan untuk makanan luar juga. Di Kelantan ni ada pelbagai restoran atau kafe untuk makanan tempatan dan juga makanan luar seperti makanan barat, makanan jepun, makanan korea dan sebagainya.

Bahkan untuk kawasan Bandar Tanah Merah tempat ku tinggal ini juga ada pelbagai jenis tempat makan yang best-best dan salah satunya adalah Big Ball Malaysia. Menariknya restoran Big Ball ini ia menyajikan makanan dengan citarasa Jepun, Korea dan juga Taiwan. So menu yang ada kat sini memang lain daripada yang lain. 

kafe korea jepun big ball tanah merah

Untuk cawangan Big Ball Tanah Merah ini ia baru saja di buka pada 23 Julai yang lalu sudah semestinya daku tak nak lepaskan peluang untuk merasainya sendiri bersama suami dan anak-anak. 

Lokasi kafe atau restoran comel dengan nama Big Ball ini terletak di dalam kawasan pusat perniagaan Humaira. Betul-betul dalam Bandar Tanah Merah. Untuk lebih mudah tahu, lokasi kafe Big Ball ini terletak tidak di deretan kedai yang berhadapan KFC. Untuk lebih jelas boleh rujuk pada peta lokasi di bawah ini.


Daku dan famili pergi pada hari pertama pembukaan dan sesampai saja di sana (sekitar jam 8.30pm), ramai orang sudah mula membanjiri Kafe Big Ball ini. Masakan tidak, kafe ini memang mempunyai peminatnya yang tersendiri ditambah pula dengan tawaran istimewa Buy 1 Free 1 untuk beverages (minuman) bersempena hari pembukaan tersebut. 

Maka penuh pelanggan pada masa tersebut. Mujurlah ramai yang beli secara take away so dapatlah daku dan suami tempat duduk dengan segera. 

Apa yang ku nampak, kedai ini bersih dan tempat duduknya juga selesa dengan konsep santai. Untuk take away boleh terus beratur manakala untuk yang dine in boleh duduk di meja masing-masing dan pelayan akan datang mengambil pesanan yang ingin dinikmati. 

kafe korea jepun big ball tanah merah

Apa yang membuatkan daku dan suami pening kepala, hmmmm... makanannya tu! Banyak betul menu yang sedap untuk di pilih! Memang rambang mata sangat-sangat! Ada noodle, ramen, nasi, corndog, dan bermacam jenis lagi. 

Kiranya kalau terasa nak menikmati menu makanan Korean Japanese dengan rasa sebenar seperti original, melangkah masuk ke kafe Big Ball adalah salah satu keputusan yang betul. Buktinya ada pelbagai menu yang menyelerakan sampai tak tahu nak makan menu yang mana satu.

Fikir punya fikir, disebabkan suami juga tidak seselera aku untuk menu sebegini, maka daku minta pihak Big Ball untuk rekomenkan kami beberapa menu yang best untuk dinikmati. Kami ke sini nak kata untuk makan kenyang betul tu tak juga sebabnya memang dah makan kat rumah, so boleh dikatakan seperti ingin pergi merasai dan menikmati suasana sebuah kafe yang baru di kawasan berhampiran kawasan tempat tinggal kami ini. 

kafe korea jepun big ball tanah merah

Selesai membuat pesanan, macam biasa terpaksa tunggu sekejap sementara makanan sedang disiapkan. Tempoh menunggu makanan tidaklah lambat mana. Layanan juga okay walaupun ini baru hari pertama mereka beroperasi di sini. 

Mungkin kerana ini adalah cawangan yang kedua jadi pihak Big Ball sudah tahu apa yang patut dilakukan untuk meraikan para pelanggan mereka. 

kafe korea jepun big ball tanah merah

Macam yang daku dah cakap tadi, suasana di sini agak selesa jadi Kasih dan anak-anakku dapat duduk dengan tenang sementara menanti makanan sampai. 

kafe korea jepun big ball tanah merah

Inilah antara menu makanan kami nikmati pada hari tersebut iaitu Japanese Unagi Rice Bowl, Taiwanese Oyster Noodles, Ramen dan juga Spicy Korean Chicken. Manakala untuk portionnya pula, sedang elok untuk makan seorang ke dua orang. 

kafe korea big ball tanah merah
 Japanese Unagi Rice Bowl

kafe korea big ball tanah merah
Taiwanese Oyster Noodles


kafe korea big ball tanah merah
Ramen

kafe korea big ball tanah merah
Spicy Korean Chicken

Sebaik saja makanan tiba di meja, daku mula perhatikan wajah anak-anak dan suami. Bukannya apa, takut tak kena dengan selera mereka. Untuk anak-anak yang dah besar daku tak risau mana tetapi untuk suami dan Kasih daku agak risau kerana mereka berdua ini agak cerewet soal makanan.

Tapi tertanya apa yang ku bimbangkan itu, sama sekali meleset. Benar-benar tak sangka bila Kasih (anak bongsu) yang sangat cerewet bab makanan ini dengan mudah dapat menerima menu oyster noodle yang di hadapannya. Mula-mula cuma kasi test kuahnya saja kemudian dengan sendiri Kasih capai sudu dan mula makan dengan sendirinya. Jujur cakap, saat ini daku rasa sangat happy bila Kasih dapat menerima makanan dengan mudah berbanding hari-hari biasa.

kafe korea jepun big ball tanah merah

Suamiku juga ikut berselera dengan menu Ramen yang bagiku memang sedap! Kuahnya pekat dengan pelbagai rasa tetapi tidaklah terlalu pedas. Meenya pula sangat kenyal dan best untuk dikunyah. Sayangnya kami hanya order semangkuk saja jadi pakat berebutlah untuk habiskan ramen ni. Kombinasi untuk menu ramen ni memang perfect ditambah dengan rasa kemanisan udang yang agak besar di dalam mangkuk. 

kafe korea jepun big ball tanah merah

Kalau tak percaya, boleh lihat sendiri bagaimana anak-anakku saling makan bersama sehingga ke suapan yang terakhir. Nak kata lapar, sebelum keluar dari rumah tadi dah makan nasi tetapi boleh habis juga makanan yang ada kat sini. Kiranya apa yang ada di Kafe Big Ball ini memang sangat sesuai dengan selera satu keluarga dari kanak-kanak, remaja, dewasa hinggalah kepada warga emas. 

kafe korea jepun big ball tanah merah

Daku sempat juga jeling pada pelanggan lain yang berada di dalam kafe pada waktu tersebut. Masing-masing kelihatan berselera dengan menu yang di pesan. Nampak terliur juga dengan menu lain yang terhidang. Mau taknya, banyak sangat menu kat sini kalau nak merasa semuanya sekaligus. Mujurlah kafe ni tak jauh mana dari rumah so nanti bolehlah datang selalu. 

kafe korea jepun big ball tanah merah

Menu untuk minuman juga ada banyak. Dari minuman jenis jus sehinggalah kepada teh, kopi dan juga coklat. Rasanya cukup balance antara manis , lemak dan berkrim. Untuk harga rasanya berbaloi dengan saiz dan rasanya. 

kafe korea jepun big ball tanah merah

kafe korea jepun big ball tanah merah

Kami sendiri malam itu dapat nikmati dengan rasa puashati sebab semuanya sedap-sedap belaka!! Tengoklah pada mangkuk berisi makanan yang kami habiskan semuanya tanpa ada sebarang baki lebihan makanan. Daku yang sememangnya suka dengan menu Korea Japan memanglah nikmati sangat-sangat, tetapi yang daku amat tak sangka Kasih dan suamiku yang agak cerewet itu juga boleh nikmati dengan penuh berselera.

Anak-anak siap cakap, "Nanti kita datang makan sini lagi ya mama" 

kafe korea jepun big ball tanah merah

Berada di kafe ini, bukan saja suasana kedainya selesa dan santai malah bilik airnya juga sangat bersih dan praktikal. Mudah nak basuh tangan dan sebagainya. Bagi ibu yang datang makan bersama anak-anak seperti daku ni, of course daku suka bila ada toilet yang baik seperti ini. 

kafe korea jepun big ball tanah merah

Selesai makan boleh terus buat bayaran di kaunter. Jika rasa nak lihat para pekerja yang sedang sibuk siapkan pelbagai jenis minuman juga boleh. Apa yang buat daku tertarik pada pelbagai mesin membuat minuman yang ada. Macam-macam dan daku jadi tertanya juga, adakah ianya boleh buat minuman ala bingsu (ais kisar) dan ternyata rupanya boleh. Cuma kebetulan pada hari pertama tersebut mereka belum mula lagi operasi untuk menu yang satu itu. Almaklumlah, hari pertama memang busy kan. 

kafe korea jepun big ball tanah merah

Daku pun sempatlah jengah ke FB Pages milik Big Ball Kafe dan ternyata benar mereka memang ada menawarkan pelbagai menu Shaved Ice di kafe utama mereka yang terletak di Kota Bharu. Ini bermakna tidak lama lagi daku dengan mudah boleh makan pelbagai menus Shaved Ice yang sedap-sedap dengan mudah di Big Ball Kafe Tanah Merah.

Nampaknya hajat hati untuk nikmati bingsu ala Korea dan Jepun di Tanah Merah ini akan terlaksana. Apa salahnya kan? Jika dulu asyik nikmati ABC tempatan je, sesekali tukar selera ke Shaved Ice ala bingsu ni best juga! Bagi yang belum tahu rupa Shaved Ice ini, kalian boleh lihat antara menu yang ditawarkan oleh Big Ball untuk para pelanggannya ini.

kafe korea jepun big ball tanah merah

kafe korea jepun big ball tanah merah

Jadi untuk orang Tanah Merah, Machang, Pasir Puteh dan lain-lain kawasan sekitar yang teringin nak nikmati menu Korea, Jepun dan Taiwan, bolehlah terus datang berkunjung dan order di Kafe Big Ball Tanah Merah ini. Buat masa sekarang ianya beroperasi setiap hari bermula dari jam 12 tengahari hingga ke jam 10 malam dan sesiapa saja boleh nikmati menu yang ada secara beramai-ramai. 

Sedang mencari makanan viral di Tanah Merah? Nak tahu dimanakah lokasi Tanah Merah Kelantan food yang agak rare? Nak merasa bingsu di cafe Tanah Merah yang agak unik? Jemputlah singgah ke Big Ball Cafe hari ini. Selamat menjamu selera. 

Big Ball Cafe Tanah Merah
Jln Tasik, Tanah Merah, 17500 Tanah Merah, Kelantan










Terima kasih kerana membaca. Apa pendapat anda tentang artikel ini? Jemput komen di bawah.