Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Tonton Drama Ariana Rose Full Episode 1 Hingga Akhir

Tonton Drama Ariana Rose Full Episode 1 Hingga Akhir | Ariana Rose boleh dikatakan sebuah drama cool yang telah berjaya mendapat tempat di hati para peminat drama Malaysia suatu masa dulu. Malah hingga kini drama ini masih berjaya meninggalkan kesan hinggakan ada yang menontonnya kembali berulang kali. 

Ariana Rose ialah siri drama televisyen Malaysia 2013 adaptasi daripada novel. Tayang drama Ariana Rose di TV3 pada ketika itu bagi mengantikan slot tayangan selepas tamatnya drama Playby Itu Suami Aku. Siapa sangka, drama Ariana Rose yang berjaya menarik perhatian hingga ramai menontonnya secara full bermula dari episode 1 hinggalah ke episode yang terakhir. 

drama ariana rose full episode

Info Drama Ariana Rose 

Drama Ariana Rose merupakan sebuah drama adaptasi dari sebuah novel yang bertajuk The Wedding Breaker. Ia merupakan sebuah novel 2012 hasil karya salah seorang penulis novel Malaysia yang bernama Evelyn Rose. Novel ini diterbitkan buat julung kalinya pada November 2012 oleh Penerbitan Karya Seni.

Barisan Pelakon Utama & Wa Drama Ariana Rose (Cast)

Keith Foo (Tengku Adam Kamil) 
Nur Fathia (Ariana Rose) 
Arja Lee (Ramzul)
Nabila Huda (Liyana)
Syatilla Melvin (Sophie)
Harith (Hisyam Hamid)
Ziela Jalil (Datin Asra)
Tasha Shilla ( Tengku Juwita)

drama ariana rose full episode

Sinopsis Penuh Drama Ariana Rose - The Wedding Breaker 

Drama Ariana Rose atau The Wedding Breaker ini menceritakan tentang Ariana Rose yang berkawan baik dengan Tengku Juwita bersetuju untuk berlakon sebagai perempuan mengandung dan mengaku kandungan itu milik Tengku Adam Kamil tunang Tengku Juwita. 
Tujuan utama Tengku Juwita berbuat begitu kerana tidak mahu berkahwin dengan Tengku Adam Kamil kerana dia seorang kasanova terkenal . Perkahwinan ini juga diatur oleh keluarganya, Tengku Juwita tidak berani untuk membantah kerana Tengu Sidin terlalu garang. Kehadiran Ariana di hari pernikahan Tengku Juwita dan Tengku Adam Kamil telah menggembirakan Tengku Juwita kerana majlis itu batal tetapi tidak pada Tengku Adam Kamil. Selepas kejadian itu nama Tengku Adam Kamil menjadi bualan.

Lantaran kesanggupan Ariana menjadi drama queen dia turut menerima pembalasan atas perbuatannya. Tengku Adam Kamil telah mengupah penyiasat untuk menyiasat siapa Ariana. Pada awal pertemuan Tengku Adam hanya mahu Ariana mengaku kesalahannya tetapi disebabkan kedegilan Ariana memaksa Tengku Adam melakukan sesuatu luar jangkaan Ariana. Dalam terpaksa, setelah Tengku Adam meragut kesuciannya Ariana menceritakan apa yang berlaku. Selepas kejadian itu Ariana banyak melakukan kerja amal bagi melupakan sejarah hitam yang berlaku pada dirinya. 
Tidak disangka - sangka Sebenarnya Tengku Adam adalah penymbang besar bagi dana kebajikan . Dari situlah pertemuan demi pertemuan Ariana dan Tengku Adam bermula. Perasaan cemburu hadir bila Tengku Adam melihat Ariana rapat dengan rakan kerjanya Harith. Bila perasaan cemburu menguasai diri, Ariana hampir di nodai untuk kali kedua oleh Tengku Adam. Ariana semakin membenci Tengku Adam.

Atas nasihat Doktor Rosli merangkap kawan baik Tan Sri Mukhriz, Tan Sri Mukhriz melamar Ariana Rose tanpa pengetahuan Tengku Adam . Dan Keluarga Ariana menerima lamaran itu dengan hati terbuka. Setelah Ariana menerima pinangan dari keluarga Tengku Mukhriz , Tengku Adam merayu agar menerima dirinya. Setelah kecewa kerana gagal memujuk Ariana Tengku Adam pergi menunaikan umrah . 
Balik dari umrah baru dia sedar gadis yang dipinang oleh mummy dan Daddynya ialah Ariana Rose perempuan yang digilai separuh mati. Tengku Adam bersykur kerana doanya telah dimakbulkan oleh Allah. Tapi tidak pada Ariana masih tidak tahu siapa bakal suaminya dan selama ini Ariana tak kisah. Dia Redha pilihan keluarganya. Tengku Adam yang dulunya kasanova kini berubah menjadi seorang lelaki yang boleh mengimamkan keluarganya.

Tonton Drama Ariana Rose Full Episode 1 Hingga Akhir

Bagi yang belum pernah menonton atau rasa nak kembali menonton episode penuh drama Ariana Rose ini, boleh saksikan melalui link video di bawah untuk episode 1 hingga episode akhir.

Tonton Drama Ariana Rose Episode 1 

Tengku Adam duduk tidak jauh dari bakal isterinya Juwita dan dia menantikan dengan tenang detik untuk dinikahkan. Tengku Adam ternampak seorang perempuan yang cantik dan hamil masuk ke dalam ruang tamu rumah. 


Tonton Drama Ariana Rose Episode 2

Adam tidak lena tidur memikirkan siapakah perempuan yang cantik yang datang pada hari pernikahannya dengan dua pupunya Juwita itu. Hilmi, pengawal peribadinya dikerahkan untuk mencari maklumat perempuan misteri itu.


Tonton Drama Ariana Rose Episode 3

Ariana ketakutan tetapi dia tidak dapat berbuat apa-apa bila Tengku Adam arahkan Ariana masuk ke dalam Hummernya. Ariana sedar kini dia diculik dan macam macam kemungkinan bremain di fikirkannya. 



Tonton Drama Ariana Rose Episode 4

Masih di Cameron Highland, Ariana bermain dengan perasaan sendiri bagaimana dia boleh hamil sedangkan dia tidak pernah disentuh oleh lelaki. Adam pula sedang mengira2, siapa wanita yang ditidurinya 3 bulan lepas.



Tonton Drama Ariana Rose Episode 5

Ariana menangisi dan menyesali perbuatannya sendiri yang menyebabkan perkara ini terjadi kepadanya. Adam pula menyalahkan Ariana dan kata Adam, Ariana yang mulakan permainan ini. 



Tonton Drama Ariana Rose Episode 6

Ariana kini menumpukan tugasnya di pejabat terutamanya untuk persiapan Majlis Makan Malam Amal untuk Anak Yatim Dato; Seri Zahra. Pada masa lain pula, Adriana laukan aktiviti lain demi mengisi masa lapangnya.



Tonton Drama Ariana Rose Episode 7

Ariana terkejut dengan kehadiran Adam dan dia bertindak agresif untuk lindungi dirinya. Selepas berjaya selamatkan dirinya dari Adam, Ariana bermalam di rumah rakannya, Lailatul. 


Tonton Drama Ariana Rose Episode 8

Memang Ariana Rose. Perbualan Ariana Rose dengan Faizul membuatkan Adam rasa geram. Dia yang memang kaki betina tahu sangat cara lelaki nak mengayat perempuan.


Tonton Drama Ariana Rose Episode  9

Adam curi dengar perbualan Ariana dan ibunya dan bila Datin Asra tanyakan kalau2 yang jawab itu adalah boyfriendnya, Ariana nafikan. Malah Ariana jelaskan yang Adam adalah budak cacat akal yang baru mendaftar. Tersentap Adam. 



Tonton Drama Ariana Rose Episode 10

Ariana terpaksa akur bila Adam bawanya ke Ritz carlton. Ariana lagi rela ke sana dari pergi ke kondo Adam. Tetapi Ariana gabra jugaklah bila melihat makanan yang diorder oleh Adam. 



Tonton Drama Ariana Rose Episode 11

Adam kagum melihat semangat Ariana yang mahu selamatkan Linda. Sehabis kes di balaipolis, Hilmi dan Dolman diminta untuk lindungi Linda. Ariana rasa terhutang budi. pada masa yang sama,Adam buat perbandingan dengan dirinya yang sangat beruntung. 



Tonton Drama Ariana Rose Episode 12

Ariana memohon cuti kerana perlu pulang ke kampung pada hari Jumaat nanti. Harith pula mengajaknya untuk menghadirkan diri ke majlis makan malam amal pada hari rabu dan menawarkan diri untuk menjemput Ariana di rumahnya nanti.



Tonton Drama Ariana Rose Episode 13

Semasa menghadiri majlis makan malam yang diajak oleh harith, Harith telah perkenalkan Ariana sebagai datenya kepada Ramzul dan Liyana. Semasa di majlis tersebut barulah Ariana sedar yang dia adalah gadis pertama yang dibawa oleh Harith ke Majlis. 



Tonton Drama Ariana Rose Episode 14

Tengku Adam bagaikan hilang pertimbangan dan menuduh Ariana sebagai perempuan yang paling hina kerana menjadi perempuan Ramzul, perempuan Harith. 



Tonton Drama Ariana Rose Episode 15

Di airport, Encik Hussin risau bila melihat keadaan Ariana yang cedera dan melihatkan reaksi Ariana, Encik Hussin tahu yang Ariana bermasalah. Malah Ariana juga memaklumkan yang dia akan menetap di Kelantan selepas ini.



Tonton Drama Ariana Rose Episode 16

Tengku Mukhriz yang memang dah tahu galak sakat tengku Adam, “Iya, dengan Roselah ni”. Sebaliknya Tengku Adam jelaskan yang Ariana rose adalah anak kepada seorang peniaga pasar malam dan Ariana juga adalah seorang kerani biasa, 



Tonton Drama Ariana Rose Episode 17

Selesai majlis, Ariana berkenalan dengan keluarga tunangnya. Dia gembira kerana mereka baik. Bakal ibu mertuanya pula mahu Ariana panggilnya mummy sahaja. 



Tonton Drama Ariana Rose Episode 18

Tengku Adam cuba pancing maklumat daripada Hidayu dan daripada itu tahulah dia yang Ariana ada 2 number. Bagaimanapun, dari pancingannya itu juga Tengku Adam dapat korek yang Ariana baru sahaja bertunang.



Tonton Drama Ariana Rose Episode 19

Ariana ke pejabat untuk serahkan dokumen kepada pihak pengurusan. Ramai rakan terkejut melihat perubahan Ariana dan tetapi Ariana maklumkan yang dia sudha memilih untuk berhijrah dan membuat persediaan untuk berkahwin. 


Tonton Drama Ariana Rose Episode 20

Thoriq nasihati tengku Adam supaya bertaubat dan beritahu rakannya supaya pergi ke Mekah. Tengku Adam bersetuju dan dia juga tidak mahu buat Ariana bencinya dengan ugutan lagi. Tanpa banyak fikir, Tengku Adam bersetuju. 


Tonton Drama Ariana Rose Episode 21

Tengku Adam beritahu keluarganya yang dia akan sampai ke Malaysia dalam masa 20 hari lagi kerana dia mahu sucikan dirinya sebelum masuk kea lam rumahtangga. Pada masa itulah Puan Sri Lisdania risaukan kalau-kalau Adam benar benar tidak mahu kahwin. 



Tonton Drama Ariana Rose Episode 22

Pagi esoknya, Tengku Adam sudah bersiap untuk pergi kerja. ketika menuruni tangga, Tengku Adam tersentak bila melihat gambar yang tergantung di dinding. Dia kenal wanita yang dikelilingi oleh ayah dan ibunya..Ariana Rose. 



Tonton Drama Ariana Rose Episode 23

Selepas perolehi number Adam Mukhriz, Ariana beranikan diri untuk hubungi tunangnya itu. Tengku Adam terkejut bila terima panggilan dari Kelantan dan orang yang hubunginya tidak panggilnya dengan gelaran Datuk atau Tengku.



Tonton Drama Ariana Rose Episode 24

Ariana semakin berdebar menunggu hari pernikahannya tetapi pada masa yang sama dia semakin kerap pula bermimpi Tengku Adam Kamil. Ariana tidak tahu apakah maksudnya dan dia kerap menunaikan solat tahajud dan istikharah.



Tonton Drama Ariana Rose Episode 25

Hari pernikahan Ariana berdebar kerana pada malam ini dia akan menjadi isteri kepada Adam Mukhriz. Siapapun Adam Mukhriz, Ariana redha kerana dia sudah jatuh cinta dengan bakal suaminya itu semasa mereka berbual di telefon lagi. 



Tonton Drama Ariana Rose Episode 26

Ariana dan tengku Adam menghadiri majlis resepsi yang telah dirancang rapi semenjak 3 bulan lepas.Selepas acara potong kek, tengku Adam dan Ariana turun untuk bersalaman dengan para tetamu. Tetapi ketika mereka sedang bersalaman itu



Tonton Drama Ariana Rose Episode 27

Selepas Adam pergi ke pejabat, Ariana teringat yang dia masih ada barang barang di kondonya. Oleh kerana keretanya ada di kondo, Arian minta tolong Pak mat untuk hantarkan dia ke sana. 

Tonton Drama Ariana Rose Episode 28 - Akhir 

Ariana Dan Tengku Adam kini berbulan madu di Bath dan Tengku Adam mahu Ariana mengenalinya dan menerimanya seadanya. Bagaimanapun ketika mereka di London, Samuel telah datang menemui Tengku Adam kerana Samuel ada berita.


Itulah dia synopsis penuh berserta link video untuk tonton semua episode bagi drama Ariana Rose dari episode 1 hingga episod terakhir. Yang ingin tonton dengan Eng Sub saya tak pasti. Mungkin ada melalui Daily Motion dan Dramacool juga. Boleh cuba cari nanti ya. 
Suka Tonton Drama? Boleh join group FB Suka Drama Malaysia. Di sana ada pelbagai link episode penuh untuk tonton pelbagai drama baru dan lama. 
Selamat menonton. 

[ Credits Sinopsis to Nor Azliana's World ] 

Post a Comment for "Tonton Drama Ariana Rose Full Episode 1 Hingga Akhir "