Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Tonton Drama MAID - Episode 1 Hingga 20 (Akhir)

 Tonton Drama MAID - Episode 1 Hingga 20 (Akhir) | M.A.I.D , walau dah lama bersiaran di kaca TV suatu masa dulu tapi baru kini berkesempatan untuk tonton. Bukannya apa, banyak sangat drama melayu Malaysia sampaikan ada yang dah tonton dan ada yang masih belum sempat nak tengok. 

Untuk drama MAID ini, pelakon yang diberi peranan sebagai teraju utamanya adalah Zul Ariffin dan juga Ayda Jebat. Dulu ia telah bersiaran pada setiap hari Isnin hingga Jumaat pada jam 10 malam di Astro Ria dan Astro Ria HD dan sekarang boleh ditonton M.A.I.D Full Episode secara atas talian (online) dari episode 1 hingga episode akhir. 

drama maid ep 1 hingga akhir

Bila ada link online, bolehlah tonton full episode dari awal sampai habis. Kalau tak, memang takde peluang untuk saksikan drama M.A.I.D ini. 

Untuk pengetahuan, drama M.A.I.D. ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia yang telah ditayangkan pada tahun 2015 arahan Michael Ang dan drama ini merupakan sebuah drama adaptasi dari novel tahun 2011 bertajuk yang sama (MAID) sebuah novel karya Suri Ryana.

drama maid ep 1 hingga akhir


Barisan Pelakon dan Watak untuk drama MAID 

Ayda jebat sebagai Noorul 
Zul Ariffin sebagai MR.F/Harris 
Nina Nadira Naharuddin sebagai Iman 
Tasha Shilla Razak sebagai Elisa 
Nina Juren sebagai Puan Sri Kirana 
Nina Nadira sebagai Zaura 
Eizlan Yusof sebagai Tan Sri Hamdan 
Hefny Sahad sebagai Haikal

Sinopsis Drama M.A.I.D 

Drama bersiri MAID ini mengisahkan tentang kehidupan seorang gadis bernama Noorul yang menjadi pembantu rumah di rumah mewah seorang lelaki kacak bernama Harris Tan Sri Hamdan, yang sangat cerewet sehinggakan Noorul mengelarkannya Mr.F (F jolokan untuk ‘fussy’). Noorul pernah bekerja di sebuah kilang tetapi telah ditutup dan menjadi penganggur seketika sebelum membuat keputusan untuk menjadi orang gaji.

Mr.F seorang yang tidak mesra alam, suka menengking dan suka memberi arahan dengan meningggalkan nota di serata rumahnya. Pada suatu hari Mr. F menyuruh Noorul memasak Nasi Beriyani untuknya, huru-hara dibuatnya apabila Noorul tidak pandai memasak melainkan masak nasi, air dan manggi. Disebabkan itu, Noorul nekad untuk belajar memasak dengan menghadiri kelas memasak Chef Aidil. Lama-kelamaan mereka mula mengenali, Noorul mula jatuh cinta dengan majikannya.

Fitnah yang melanda menyebabkan Noorul dan Mr. F terpaksa dinikahkan untuk menutup malu dan mahu menjaga reputasi perniagaan keluarga Tan Sri dan Puan Sri. Noorul yang memendam perasaan cintanya kepada Mr.F mula gusar bolehkah dia menerimnya sebagai isteri. Noorul mula berteka-teki sendiri tentang siapa dalang di dalam penyebaran fitnah ini. Adakah angkara Asyraf, yang sememangnya berdendam dengan Noorul? Atau pun, musuh perniagaan Tan Sri Hamdan?

Mampukah Noorul dan Mr. F melayari bahtera rumah tangga bersama? Bagaimana pula dengan Elisa yang sememangnya cintakan Mr. F? Apa pula yang akan terjadi apabila Nurina, bekas kekasih Mr. F pulang ke Malaysia untuk menagih kembali cinta daripada lelaki itu? Haikal pula, dapatkah menerima Noorul, orang yang dicintainya sebagai kakak ipar?


Tonton Drama MAID Episode Penuh - Ep 1 Hingga 20 (Akhir) 

Drama Maid Episode 1 


Drama Maid Episode 2


Drama Maid Episode 3 - Part 1


Drama Maid Episode 3 - Part 2


Drama Maid Episode 4 - Part 1


Drama Maid Episode 4 - Part 2


Drama Maid Episode 5 - Part 1


Drama Maid Episode 5 - Part 2


Drama Maid Episode 6 - Part 1 


Drama Maid Episode 6 - Part 2


Drama Maid Episode 7 - Part 1


Drama Maid Episode 7 - Part 2


Drama Maid Episode 8 - Part 1


Drama Maid Episode 8 - Part 2


Drama Maid Episode 9


Drama Maid Episode 10


Drama Maid Episode 11


Drama Maid Episode 12


Drama Maid Episode 13


Drama Maid Episode 14


Drama Maid Episode 15


Drama Maid Episode 16


Drama Maid Episode 17


Drama Maid Episode 18


Drama Maid Episode 19


Drama Maid Episode 20 - Akhir 



Itulah dia info, sinopsis penuh dan link video untuk tonton full episode bagi drama MAID dari ep 1 hingga akhir. Bagi yang suka dengan lakonan Zul Ariffin dan Ayda Jebat, bolehlah tonton drama MAID ini dari awal hingga habis. 

Selain dari link video di atas, boleh juga tonton drama MAID ini melalui website Kepala Bergetar dan Dailymotion. 

Suka Tonton Drama? Boleh join group FB Suka Drama Malaysia. Di sana ada pelbagai link episode penuh untuk tonton pelbagai drama baru dan lama. 

Selamat menonton! 


1 comment for "Tonton Drama MAID - Episode 1 Hingga 20 (Akhir) "

  1. belum pernah tengok pun..thanks. boleh masuk list menonton sambil lipat kain

    ReplyDelete