Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Lunavie Anti Bacterial 3D Face Mask : Peneman Bagus Ketika Bercuti Dengan Anak Kecil

Lunavie Anti Bacterial 3D Face Mask : Peneman Bagus Ketika Bercuti Dengan Anak Kecil | Sebagaimana yang kita semua tahu, Malaysia tidak terkecuali dengan ujian yang didatangkan oleh Allah SWT dalam bentuk virus. Ya, siapa yang tidak tahu tentang virus corona yang telah melanda satu dunia ini! Namun, dalam masa yang sama daku sangat-sangat bersyukur menjadi salah seorang warganegara Malaysia kerana ternyata Malaysia mempunyai frontliner yang sangat bagus hingga mampu memberi harapan pada kita semua. 

Fasa demi fasa kita lalui, dan alhamdulillah akhirnya kita telah diberi kelonggaran untuk keluar dari rumah membuat aktiviti seharian seperti berkerja dan sebagainya. Hinggalah di beri juga keizinan untuk balik ke kampung dan bercuti di dalam negara. Tapi, sudah semestinya ia perlu dilakukan dengan penuh hati-hati dan perlu juga menitikberatkan isu keselamatan diri.

Tanggal 31 Ogos yang lalu, sempena cuti Kemerdekaan daku dan keluarga telah membuat keputusan untuk bercuti ke Terengganu. Sebenarnya plan untuk bercuti ni dah lama malah booking tempat tinggal juga sudah di buat sejak dari awal tahun lagi. Cuma, setelah corona melanda memang kami ada rasa berbelah bagi untuk pergi bercuti ataupun tidak. 

travel bersama anak kecil dengan Lunavie

Dalam masa yang sama, daku dan suami memang telah nekad untuk cancelkan segalanya seandainya masih perlu berada di rumah dalam bentuk PKP seperti dulu. Walaubagaimanapun nasib menyebelahi kami pabila 'Abah' (Perdana Menteri Malaysia) memberi lampu hijau dan boleh kembali melakukan aktiviti seperti dulu pada semua. 

Dalam hati rasa seronok untuk pergi bercuti tetapi dalam masa yang sama sebagai seorang ibu sudah tentu daku turut rasa takut! Ibu mana tak risau kalau virus yang berbahaya ini boleh jangkiti anak ketika percutian tersebut. Lagi-lagi ianya sama sekali tidak nampak di mata. 

Dup dap rasa dalam hati memikirkan akan risiko yang boleh berlaku. Wajah anak daku pandang seorang demi seorang dengan rasa yang penuh debaran!! 

Akhirnya, selepas berbincang dari hati ke hati dengan suami di tambah dengan rasa keterujaan yang sudah tak boleh dibendung oleh anak-anak, daku dan suami nekad untuk membawa mereka bercuti ke Terengganu. Mujurlah lokasinya tidak jauh mana sebab daku sendiri berada di Kelantan. 

Maka, demi untuk memberi tahap keselamatan yang lebih baik pada diri sendiri, anak dan suami maka daku melalukan persediaan yang lebih rapi untuk percutian kali ini. Antara yang daku telah lakukan adalah dengan mendapatkan produk barangan dari LUNAVIE


Apa Itu LUNAVIE? 

Bagi yang masih belum biasa dengan nama ini, Lunavie merupakan sebuah jenama (brand) untuk pelbagai produk yang berkaitan dengan ibu dan parenting seperti nursing bra, maternity pads, breastmilk storage bottles dan banyak lagi. 

Dan di kala kita semua sedang resah dengan adanya virus corona sekarang ini, Lunavie tampil dengan produk baru yang berguna dalam situasi sebegini seperti face mask yang tampil dengan design menarik serta ciri-ciri baik yang bagus untuk keselamatan si pemakai. Bahkan face mask ini turut ada DUA SAIZ untuk dewasa (ibubapa) dan juga kanak-kanak (si anak). 

mask lunavie

7 Sebab Utama Kenapa Patut Memilih Lunavie Anti Bacterial 3D Face Mask 

#1 - Mementingkan Ciri Keselamatan

Lunavie Anti Bacterial 3D Face Mask Jenama Lunavie dibuat dengan penuh hati-hati dengan mementingkan ciri-ciri antibakteria dan perlindungan tiga lapisan. Jadi, kita boleh pakai dengan rasa yakin sebagaimana ketika memakai mask berkualiti yang lain. 
 

Inilah bukti pengesahan ke atas Lunavie Anti Bacterial 3D Face Mask. 



#2 - Material Yang Bagus, Berkualiti Dan Mudah Dicuci 

Material untuk lapisan paling luar diperbuat dari jenis polyester yang kalis air. Lapisan tengahnya pula dari material non-woven fabric dan untuk lapisan yang paling dalam adalah dari fabrik jenis kapas yang lembut, tinggi daya serapan lembapan dan bersifat anti-bakteria.

Apa yang lebih menariknya lagi, mask ini boleh dicuci dan diguna semula secara berulangkali. Jadi ianya bukan saja berkualiti tetapi juga menjimatkan dari perlu membeli mask pakai buang seperti sebelum ini. 

mask lunavie

#3 -  Senang Dan Seronok Untuk Dipakai Pada Bila-Bila Masa 

Tak dinafikan, kanak-kanak agak kurang selesa apabila dipakaikan dengan mask tapi tidak untuk mask Anti Bacterial 3D dari jenama Lunavie ini. Mungkin juga disebabkan fabrik yang selesa dan lembut, membuatkan kanak-kanak seperti Kasih ini sangat seronok dan tak sabar untuk memakainya setiap hari. Tak perlu nanti di suruh, Kasih sendiri akan ambil mask dan pakainya sendiri. 

mask lunavie

#4 - Boleh Adjust Saiz Ikut Kesesuaian Si Pemakai 

Ini lagi satu ciri yang bagiku patut ada untuk semua mask! Kita sedia maklum, lain orang lain bentuk wajahnya dan jika boleh adjust saiz begini memang sangat-sangat bagus! Tali yang digunakan untuk bahagian telinga ini juga turut diperbuat dari fabrik dan bersifat sangat lembut serta tidak menyakitkan. 

mask lunavie

mask lunavie

#5 - Design Yang Sangat Cantik Dan Tampak Comel 

Lihatlah perbezaan di antara mask Anti Bacterial 3D dengan mask biasa yang ada di pasaran. Ia bukan saja berbeza pada segi jenis material yang digunakan malahan juga pada design dan keselesaan. 

Lunavie Anti Bacterial 3D Face Mask kelihatan ada curve pada bahagian hidung dan ada juga ciri tepat pada bahagian jawline berbeza dengan mask biasa yang kelihatan sangat rapat dan agak ketat ke muka anak. Dengan ciri sebegini, secara tak langsung Lunavie Anti Bacterial 3D Face Mask memberi lebih ruang untuk bernafas berbanding mask biasa. 

mask lunavie

Mask yang dipakai oleh Kasih (kiri) untuk jenama Lunavie ternyata tampak lebih cantik dan comel berbanding dengan mask biasa yang di pakai oleh Awwal (kanan). 

#6 - Bersifat Free Size Yang Sedang Elok Dengan Bentuk Muka

Saiz untuk mask ini didatangkan khas sesuai dengan bentuk muka untuk dewasa dan juga kanak-kanak. Dan ukurannya pula benar-benar kena dengan bentuk wajah. Sebagai contoh, sebagaimana yang sedang Kasih pakai sekarang ini. Walaupun usianya baru hampir 3 tahun tetapi mask yang dipakainya nampak sangat sesuai dengan Kasih. 

#7 - Tahan Lasak Untuk Pelbagai Jenis Aktiviti 

Mask Anti Bacterial 3D Lunavie ini jugalah yang telah daku pakai semasa bercuti dengan famili baru-baru ini, dan walaupun cuaca ketika itu agak panas tetapi ternyata mask ini sangat mudah menyerap peluh. Secara tak langsung, tak adalah buka pakai mask ulangkali hanya kerana nak lap peluh kat muka macam dulu. Baik ketika sedang melakukan aktiviti lasak, jalan-jalan, memandu dan sebagainya, alhamdulillah okay. 

mask lunavie

mask lunavie

Rasa Sangat Happy Dengan Mask Lunavie Yang Selesa, Cantik, Murah dan Berbaloi 

Kanak-kanak tidak akan menipu. Ya! Itu memang betul! Lihatlah sendiri bagaimana reaksi Kasih dengan mask Anti Bacterial 3D dari jenama Lunavie yang sedang dipakainya. Kasih tampak sangat selesa dan seronok tanpa rasa rimas untuk membukanya. Malah Kasih juga tampak sangat aktif dan tidak ada masalah ketika bernafas walaupun sedang dipakaikan dengan mask. 

mask lunavie

Daku sendiri happy ketika sedang memakai mask Anti Bacterial 3D dari Lunavie ini. Ianya tidak hanya selesa dan cantik malah sesuai untuk di pakai pada bila-bila masa dan di mana saja. Sesuai untuk pemakaian saban hari ketika melakukan sebarang aktiviti di luar rumah juga. Sekali pakai, tak payah sibuk nak buka sebab memang lembut dan mudah untuk bernafas. 

Saat ini, anak sangat teruja untuk pakai mask ketika hendak ke sekolah. Siap saja pakai baju, ehh dah terus tanya "mama, mana mask?" Memang nampak dengan sangat ketara betapa terujanya anak nak ke sekolah dengan mask sebagai penutup mulut dan hidung. 

Harga untuk mask ini juga tidaklah mahal mana. Berbaloi dan mampu milik. Tambahan pula ia bersifat boleh dibasuh untuk pemakaian berulangkali. Jika kalian ikut rasa tertarik dan teringin untuk dapatkan mask Anti Bacterial 3D dari Lunavie ini untuk diri sendiri, famili dan anak-anak, bolehlah layari lamanweb utama Lunavie. 

Untuk urusan belian dan sebagainya, layari ;


1 comment for "Lunavie Anti Bacterial 3D Face Mask : Peneman Bagus Ketika Bercuti Dengan Anak Kecil"

  1. Whoaaaaa..bagusnyaaa ada mask camni...sekali untuk bebudak punya pun anti bakteriaaa...boleh try ushar la gituuu

    ReplyDelete