Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Mekdi Sentiasa Di Hati, McDonald's Malaysia Bawa Papan Tanda Ikonik ke Seluruh Negara

Mekdi Sentiasa Di Hati, McDonald's Malaysia Bawa Papan Tanda Ikonik ke Seluruh Negara | There’s no place like Mekdi - bila sebut begini, terus terdetik di dalam hati, memang betul tidak ada tempat lain seperti Mekdi. Eh macam best pula bila sebut perkataan Mekdi kerana sebutan dalam bunyi Mekdi dalam ejaan bahasa Melayu memang nampak sangat ngam dengan jiwa rakyat Malaysia. Terasa dekat sangat di hati dan terima kasih Mekdi untuk itu. Kiranya McDonald’s memang peka tentang sebutan rakyat Malaysia terhadap mereka. 

Apa yang membuatkan ianya lebih gempak, McDonald’s Malaysia benar-benar telah meletakkan papan tanda dengan ejaan ‘Mekdi’ yang merupakan nama panggilan tempatan untuk ‘McD’ ini secara jelas di restoran McDonald's Putrajaya Drive-Thru pada 26 Ogos 2020 yang lalu. 

Tidak hanya itu, McDonald’s juga telah meletakkan papan tanda dengan ejaan Mekdi ini di 16 restoran terpilih dari pelbagai negeri di dalam negara kita ini, pada hari yang sama. Apa yang lebih menggembirakan, 16 restoran itu dipilih oleh rakyat Malaysia sendiri, yang diberi kuasa untuk memilih restoran McDonald’s yang mana mesti menunjukkan papan tanda Mekdi. 

Puan Hajjah Melati Abdul Hai, Naib Presiden dan Ketua Pegawai Pemasaran McDonald's Malaysia dan kru McDonald’s Malaysia di bawah papan tanda ikonik - ‘Mekdi’ yang telah dipaparkan pada sambutan secara rasmi yang diadakan di restoran McDonald’s Putrajaya Drive-Thru. Papan tanda ‘Mekdi’ ini juga telah ditampilkan di 16 restoran terpilih di pelbagai negeri di negara ini. 

Restoran-restoran yang tampil dengan papan tanda istimewa Mekdi ini adalah :

  1. McDonald’s Bukit Bintang

  2. McDonald’s Titiwangsa

  3. McDonald’s KLCC

  4. McDonald’s Putrajaya, Presint 2

  5. McDonald’s Kuala Selangor

  6. McDonald’s Greenlane, Penang

  7. McDonald’s Jln Gopeng, Ipoh, Perak

  8. McDonald’s Stulang Laut, Johor

  9. McDonald’s Kulai, Johor

  10. McDonald’s Kuala Pilah, Negeri Sembilan

  11. McDonald’s Taman Buaya, Malacca

  12. McDonald’s Teluk Cempedak, Pahang

  13. McDonald’s Kota Bahru, Kelantan

  14. McDonald’s Kuala Terengganu, Terengganu

  15. McDonald’s Kuching 1, Sarawak

  16. McDonald’s Api-Api, Kota Kinabalu, Sabah

Ini semua sempena Hari Merdeka dan Hari Malaysia dan secara tidak langsung, McDonald's Malaysia sekali lagi berjaya menunjukkan 'Malaysian-ness' dengan meletakkan papan tanda Mekdi di restoran terpilih ini di seluruh negara. 

Untuk pengetahuan, syarikat McDonald’s Malaysia ini juga meraikan ulangtahunnya yang ke-38 sejak mula membuka restoran McDonald's yang pertama di Bukit Bintang. Dah lama benar tu. Sama usia dengan diri ini. Maka tak hairanlah kenapa McDonald’s boleh  mengenali citarasa pencinta makanan tempatan di dalam negara kita ini. 

 Pengacara majlis, Nazrudin Habibur Rahman melakukan lintas langsung dengan Julie Tan, Perunding Operasi McDonald's Malaysia di McDonald's Bukit Bintang yang ikonik - restoran yang memperoleh undian tertinggi oleh rakyat Malaysia untuk mempamerkan papan tanda 'Mekdi' pada sempena sambutan Merdeka ini

Sempena sambutan Hari Merdeka dan Hari Malaysia, siapa sangka McDonald's Malaysia boleh tampil meraikan dengan nama 'Mekdi'. Sempena sambutan bulan kemerdekaan ini juga, McDonald's Malaysia membawa sentuhan baharu kepada Nasi Lemak McD yang popular. 

Buktinya, pelanggan kini boleh mempunyai pilihan tambahan untuk dinikmati seperti Rendang Ayam serba baru dengan nasi lemak yang wangi, ikan bilis yang rangup, timun segar, dan telur goreng. Oops tak dilupakan semua ini akan disertakan dengan sambal pedas yang padu. 

Selain itu, pelanggan juga boleh memilih untuk menikmati hidangan Nasi Lemak McD dengan Spicy Chicken McDeluxe Cutlet atau Grilled Chicken Burger (GCB) Cutlet. 

McDonald's juga menyuntik citarasa tempatan kepada menu pencuci mulutnya dengan memperkenalkan McFlurry Cendol baharu, yang menampilkan keenakan Gula Melaka, cebisan kelapa, vanila berkrim cair, dan jeli Cendol. Pencuci mulut tempatan yang menarik seperti Pai Jagung dan ais krim berperisa Cendol juga turut dibawakan semula.

 Puan Hajjah Melati Abdul Hai, Naib Presiden dan Ketua Pegawai Pemasaran, McDonald's Malaysia dengan Encik Azman Mohammad, Pengurus Pemasaran Kanan, McDonald's Malaysia melancarkan Nasi Lemak McD yang kini dilengkapi dengan pilihan tambahan Rendang Ayam yang baru, Spicy Chicken McDeluxe Cutlet, atau Cutlet Grilled Chicken Burger (GCB).

Menurut Puan Hajjah Melati Abdul Hai, McDonald's Malaysia benar-benar ingin menjadi persis seperti seorang rakyat Malaysia dari segi makanan yang sedap, layanan mesra penuh senyuman dan santun serta pelbagai aspek baik lain yang boleh mencerminkan nilai ke-Malaysiaan itu sendiri. Disebabkan itu, McDonald’s amat bersyukur di atas tahap penerimaan rakyat Malaysia selama ini dan tak hairanlah kenapa McDonald’s Malaysia sanggup menukar papan tanda dari nama McDonald’s ke Mekdi khusus untuk seluruh rakyat Malaysia ini sendiri. 

"Dikenali sebagai Mekdi di kalangan rakyat Malaysia, jenama McDonald's terus berkembang seperti hari ini atas sokongan padu para pelanggan kami. Nama Mekdi mendapat sambutan hangat ketika pertama kali kami memperkenalkan papan tanda itu di restoran ikonik kami di Bukit Bintang tahun lalu, dan ini jelas menunjukkan bahawa Mekdi amat sinonim dengan rakyat Malaysia daripada segenap lapisan masyarakat. Jadi tahun ini, kami ingin memberi penghormatan kepada lebih ramai rakyat Malaysia di seluruh negara dengan menukarkan restoran McDonald's kegemaran mereka kepada Mekdi," kata Hajjah Melati Abdul Hai, Naib Presiden dan Ketua Pegawai Pemasaran McDonald's Malaysia.

McDonald's Malaysia - Jenama global terkenal berjiwa Malaysia

Menurut Hajjah Melati, McDonald's Malaysia berjiwa Malaysia, baik daripada makanan yang disajikan, sehinggalah kepada warga kerjanya, dan juga tanggung jawab sosial yang dilaksanakan.

"Kita sedang melalui suasana baharu yang belum pernah terjadi sebelum ini. Pandemik yang melanda ini telah menguji operasi perniagaan kami di pelbagai peringkat, dan kami berterima kasih kepada para pelanggan yang menyokong kami sepanjang tempoh mencabar ini. Kami juga berbangga dengan kru kami yang sentiasa peka dan memastikan prosedur operasi standard (SOP) keselamatan yang ketat dipatuhi di semua restoran McDonald's di seluruh negara. Ini jelas menunjukkan semangat #KitaBoleh yang didukung oleh masyarakat kita,” kata Hajjah Melati.

Konsep #KitaBoleh diterapkan oleh McDonald's Malaysia di seluruh negara – bermula pada bulan Mac tahun ini – sebagai penghargaan kepada keberanian petugas barisan hadapan yang menjalankan tanggung jawab mereka ketika rakyat Malaysia tinggal di rumah semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Dengan lebih daripada 14,000 kakitangan di 300 restoran di seluruh negara, McDonald's Malaysia turut mengutamakan pengembangan bakat dan kemahiran tenaga kerjanya. Dengan perancangan untuk membuka 450 restoran menjelang tahun 2025, McDonald's Malaysia juga menetapkan sasaran untuk menambah seramai 10,000 tenaga kerja lagi.

"Matlamat kami bukan sekadar untuk membina reputasi kukuh dalam industri perkhidmatan makanan, tetapi juga sebagai sebuah syarikat yang memupuk bakat warga kerjanya dan membantu mereka membangunkan kerjaya yang bermakna. Kami berharap ini akan meningkatkan standard pembangunan modal insan di Malaysia,” tambah Hajjah Melati.

McDonald's Malaysia yang amat mementingkan kesejahteraan masyarakat menggalakkan semua restorannya di seluruh negara untuk memberi sumbangan kepada komuniti setempat dengan menganjurkan pelbagai inisiatif seperti sumbangan makanan kepada badan amal tempatan, sambutan Hari Guru dan juga bantuan kepada mangsa banjir. 

Melalui Persatuan Kebajikan Ronald McDonald (RMHC), McDonald's Malaysia menyokong program-program berkaitan pembangunan kesihatan dan kesejahteraan kanak-kanak dan keluarga mereka. Inisiatif lain yang didukung oleh McDonald’s termasuklah program ‘Kembali Ke Sekolah’, yang telah memanfaatkan seramai 53,000 kanak-kanak sekolah rendah miskin bandar sejak tahun 2017.

Nasi Lemak McD dengan Rendang Ayam dan Nasi Lemak McD dengan kepingan Spicy Chicken McDeluxe atau kepingan Grilled Chicken Burger (GCB) kini boleh didapati di semua restoran McDonald's Malaysia di seluruh negara. 

Set Nasi Lemak McD dengan seketul Rendang Ayam dan Teh Ais Limau berharga dari RM16.99, manakala set Nasi Lemak McD dengan kepingan Spicy Chicken McDeluxe atau kepingan Grilled Chicken Burger (GCB) berserta Teh Ais Limau berharga dari RM14.99.

Daku sendiri merupakan salah seorang penggemar setia McDonald’s sejak dulu hingga kini dan sejujurnya McDonald’s Malaysia yang berani menukar nama sempena Hari Merdeka sebagai salah satu jenama restoran khidmat segera ini patut diberi pujian kerana berani mengambil inisiatif untuk lebih dekat dengan jiwa rakyat Malaysia dengan menggunakan nama 'Mekdi'.

Menu-menunya yang menyelami selera rakyat Malaysia juga patut dipuji. Ianya ternyata benar-benar kena dengan citarasa diri daku juga. Suasana di dalam restoran mereka juga baik, bukan saja dari segi kebersihan bahkan dari segi layanan ramah mesra para pekerjanya yang penuh santun. Memang terserlah ciri Malaysia itu di Mekdi dan semoga McDonald’s akan terus berada di Malaysia. 

Tak sabar pula rasanya untuk ke cawangan yang terdekat, macam daku ni akan ke McDonald’s Kota Bharu. Bukan saja dapat menikmati menu nasi lemak McD tapi dapat juga bergambar dengan papan tanda ikonik ‘Mekdi’ ini. Bukan senang okay! Special sempena Hari Merdeka dan Hari Malaysia untuk tahun 2020 ini, tentu meriah! 

Kalian sendiri pun jom lah ke restoran McDonald’s yang terdekat untuk bergambar dengan papan tanda ‘Mekdi’ yang gempak ni, dan bila dah bergambar tu jangan lupa pula untuk share ke akaun sosial media masing-masing. Nak lebih happening letak sekali hashtag #Mekdi #McDonaldsMalaysia #NasiLemakMcD  

Untuk maklumat lebih lanjut mengenai tawaran menu McDonald’s yang menarik pada bulan Merdeka ini, sila layari www.mcdonalds.com.my

Post a Comment for "Mekdi Sentiasa Di Hati, McDonald's Malaysia Bawa Papan Tanda Ikonik ke Seluruh Negara"