Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Tonton Drama Dia Isteri Luar Biasa Full Episode 1 Hingga 26 (Akhir)

 Tonton Drama Dia Isteri Luar Biasa Full Episode 1 Hingga 26 (Akhir) | Nama Syukri Yahya memang sudah tidak asing lagi di kalangan penggemar drama melayu Malaysia. Tidak kira dengan siapa dia digandingkan, rata-rata menyukai cara lakonan beliau yang seringkali tampak bersahaja. Dan salah satu drama lakonan beliau yang pernah mendapat tempat di hati peminat adalah drama Dia Isteri Luar Biasa yang pernah ditayangkan melalui TV3 suatu masa dulu. 

Ramai peminat drama melayu Malaysia telah ikut tonton drama Dia Isteri Luar Biasa ini dari episod 1 hingga akhir. Malah ada yang kembali menonton full episode untuk drama ini episod demi episod dari ep 1 hingga 26 (akhir) secara online hingga kini. 

Mungkin ada yang sudah terlepas dari menonton drama ini dan bagi yang ingin tahu, di sini akan dikongsikan sinopsis penuh drama akasia Dia isteri luar biasa lakonan nur fathia dan syukri yahya bersama video drama bermula dari episod 1 hingga episod akhir

dia isteri luar biasa

Dia Isteri Luar Biasa Sinopsis Penuh 

Dia Isteri Luar Biasa mengisahkan tentang kisah cinta di antara Dewi dan Dr. Raden Amzar. Kehidupan Dewi Yusra (Nur Fathia) yang merupakan seorang feminisma yang memperjuangkan hak-hak wanita teraniaya, seperti wanita yang didera dan dipukul suami dan diceraikan. Ini adalah kerana, Dewi sendiri melihat ibunya didera dan dipukul oleh ayahnya ketika dia kecil.

 Ibunya kemudiannya diceraikan oleh ayah Dewi dengan talak tiga. Setelah kematian ibunya, Dewi telah mengembangkan perniagaan nasi ayam yang diasaskan oleh ibunya ke 25 cawangan lain di seluruh negara. Dewi mempunyai trauma terhadap hujan ribut dan bunyi petir, kerana dia sering teringat tentang ibunya yang diceraikan dalam keadaan begitu, pada masa dahulu. Disebabkan kisah silam hidupnya, Dewi sukar untuk mempercayai mana-mana lelaki. Dia percaya, dia boleh hidup tanpa cinta dari seorang lelaki dan dia men-stereotype bahawa semua lelaki adalah sama seperti ayahnya.

Dewi bagaimanapun, ingin mencari suami sementara, kerana dia mahu mendapatkan anak. Dewi pernah mencuba untuk mendapatkan perkhidmatan kaedah IVF dan GTF dari klinik pakar perbidanan untuk mendapatkan anak sendiri, namun ditolak kerana menyalahi undang-undang. Sahabat baiknya, Kamarul juga pernah menawarkan diri untuk menjadi suami sementara Dewi, tetapi Dewi tidak mempunyai perasaan kepadanya. Nina, anak kawan baiknya Eda sering menjadi peneman dirinya, dan Dewi menganggapnya seperti anaknya sendiri.


dia isteri luar biasa

Kehadiran Dr. Raden Amzar (Shukri Yahaya) dalam satu insiden lucu yang tidak disengajakan semasa mereka dalam penerbangan pulang ke Malaysia dari Heathrow, London, mengikat Dr. Raden Amzar untuk terus berada disisi Dewi. Disebabkan beg galas mereka yang tertukar ketika turun dari kapal terbang, Dewi bertemu semula dengan Dr. Raden Amzar. Dewi menjemputnya ke kedai nasi ayamnya dan menjamu Dr. Raden Amzar.

Seterusnya, Dewi merancang sesuatu agar Raden Amzar dapat menjadi suami semantaranya. Apa yang dirancang berjalan lancar. Dewi dan Raden Amzar ditangkap khalwat dan terpaksa menikah secara rahsia. Mereka bernikah di Lombok dan mereka merahsiakan perkahwinan tersebut daripada keluarga Raden Amzar. 

Apabila keluarga Raden Amzar mengetahui tentang pernikahan mereka, Ummi Raden Amzar tidak dapat menerima menantunya, yang tidak menutup aurat dengan sempurna. Walau bagaimanapun, persepsi Ummi kepada Dewi Yusra berubah setelah satu kejadian hujan ribut petir di rumahnya, yang menyebabkan Dewi Yusra memeluk Ummi dan Ummi menenangkan Dewi Yusra. 

Ummi kemudiannya menerima hakikat yang Dewi Yusra adalah jodoh yang telah ditetapkan oleh Allah swt untuk anak keduanya itu. Ummi juga terpegun dengan sifat Dewi Yusra yang baik hati dan sopan-santun, walaupun Dewi Yusra tidak menutup aurat dengan sempurna.

Walaupun Dewi menganggap semua lelaki sama seperti ayahnya, Dr. Raden Amzar sangat berbeza dari yang dia sangkakan. Dr. Raden Amzar mengangkat martabat wanita yang digelarnya isteri. Ini adalah kerana, Dr. Raden Amzar mempunyai ilmu agama yang tinggi dan dia tidak seperti typical lelaki-lelaki melayu yang beranggapan isteri perlu membuat semua kerja-kerja rumah dan melayan suami. 

Dr. Raden Amzar sangat mencintai Dewi, walaupun Dewi cuma menikahinya untuk mendapatkan zuriat. Setelah beberapa lama bernikah, Dewi sudah sedikit-sedikit menyukai Dr. Raden Amzar, namun dia tidak mahu mengankui perasaannya.

Akhirnya Dewi disahkan mengandung, rancangan awal Dewi yang mahu meninggalkan Dr. Raden Amzar setelah mengandung gagal bila Dewi menerima alahan yang teruk. Dr. Raden Amzar sentiasa berada di sisi Dewi ketika isterinya dalam keadaan itu. Walaupun Dewi melayan Dr. Raden Amzar dengan kasar setelah dia mendapat tahu dia mengandung, Dr. Raden Amzar masih melayannya dengan baik. 

Dr. Raden Amzar mengupah salah seorang pelajarnya untuk menjaga Dewi ketika dia out-station. Dewi begitu merindukan Dr. Raden Amzar apabila lelaki itu tiada di sisinya. Cuma Dewi tidak mahu mengakui isi hatinya dan Dewi takut suaminya itu mungkin sama seperti ayahnya.

Pendek kata, Isteri luar biasa menyusuri hidup antara Dewi dan Dr Radin. Dari episod 1 hingga akhir, penonton disajikan dengan rasa suka, duka, geram, marah dan lain-lain lagi. Dan untuk pengetahuan, drama Dia Isteri Luar Biasa ini merupakan sebuah drama adaptasi daripada novel dengan tajuk yang sama (Dia Isteri Luar Biasa) karya Umie Nadzimah.

dia isteri luar biasa


Info Drama Dia Isteri Luar Biasa 

EPISOD : 26
TARIKH : 18 Mei 2015 (Isnin-Khamis)
SIARAN : Slot Akasia TV3
NOVELIS : Umie Nadzimah
PENGARAH : Jamal Khan (Khan Mancung)
TERBITAN : Pena Creative Pictures Sdn Bhd

Barisan Pelakon dan Watak (Cast)

Shukri Yahaya sebagai RadenAmzar
Nur Fathia Abdul Latiff sebagai Dewi Yusra
Keith Foo sebagai CikKem
Nonny Nadirah sebagai Eda 
Uqasha Senrose sebagai Dr Akma
Ardell Aryana sebagai Nora
Elizad Sharifuddin sebagai Kaklong Zaharah
Ziela Jalil sebagai Umi Sakinah
Syatilla Melvin sebagai Razita
Raja Farah sebagai Dr Adibah
Afiq Muiz sebagai Dr Rizwan
Leez Rosli sebagai Fatiha
Alexx Yanz sebagai Shahriman
Lia Asmizza sebagai Aisyah

Tonton Drama Dia Isteri Luar Biasa Full Episode 1 Hingga 26 (Akhir)

Bagi yang berhajat untuk tonton drama Dia Isteri Luar Biasa ini secara full dari episod 1 hingga Akhir, bolehlah tahu jalan cerita dari awal hingga penamat drama Dia Isteri Luar Biasa FULL EPISOD melalui video-video di bawah ini. 

Drama Dia Isteri Luar Biasa Episode 1


Drama Dia Isteri Luar Biasa Episode 2


Drama Dia Isteri Luar Biasa Episode 3


Drama Dia Isteri Luar Biasa Episode 4


Drama Dia Isteri Luar Biasa Episode 5


Drama Dia Isteri Luar Biasa Episode 6


Drama Dia Isteri Luar Biasa Episode 7


Drama Dia Isteri Luar Biasa Episode 8


Drama Dia Isteri Luar Biasa Episode 9


Drama Dia Isteri Luar Biasa Episode 10


Drama Dia Isteri Luar Biasa Episode 11


Drama Dia Isteri Luar Biasa Episode 12


Drama Dia Isteri Luar Biasa Episode 13


Drama Dia Isteri Luar Biasa Episode 14


Drama Dia Isteri Luar Biasa Episode 15


Drama Dia Isteri Luar Biasa Episode 16


Drama Dia Isteri Luar Biasa Episode 17


Drama Dia Isteri Luar Biasa Episode 18


Drama Dia Isteri Luar Biasa Episode 19


Drama Dia Isteri Luar Biasa Episode 20


Drama Dia Isteri Luar Biasa Episode 21


Drama Dia Isteri Luar Biasa Episode 22


Drama Dia Isteri Luar Biasa Episode 23


Drama Dia Isteri Luar Biasa Episode 24


Drama Dia Isteri Luar Biasa Episode 25


Drama Dia Isteri Luar Biasa Episod 26 (akhir) 



Itulah dia salah satu drama lakonan Shukri Yahya yang berjudul Dia Isteri Luar Biasa untuk ditonton oleh sesiapa yang suka dengan drama melayu dari Malayasia. Selain dari video di atas, boleh juga menonton secara online melalui website kepala bergetar. 

Suka Tonton Drama? Boleh join group FB Suka Drama Malaysia. Di sana ada pelbagai link episode penuh untuk tonton pelbagai drama baru dan lama.

Post a Comment for "Tonton Drama Dia Isteri Luar Biasa Full Episode 1 Hingga 26 (Akhir)"