Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Tonton Drama Love You Mr. Arrogant Full Episode 1 Hingga 26 (Akhir)

 Tonton Drama Love You Mr. Arrogant Full Episode 1 Hingga Akhir | Love You Mr. Arrogant, tajuk ala english gitu tapi sebenarnya ini adalah salah sebuah drama melayu Malaysia yang pernah trending di kalangan para penggemar drama melayu. 

Drama rantaian 26 episod ini menampilkan gandingan pelakon yang hebat dan drama You Mr Arrogant' ini telah bersiaran pada 25 September 2013 yang lalu tapi hingga kini masih ada yang kembali menonton drama Love You Mr Arrogant ini. 

Bagi yang telah menonton dan ingin kembali melihat drama Love You MrArrogant ini, jangan khuatir kerana drama ini memang boleh disaksikan full episode 1 hingga akhir secara online. Love You MrArrogant ditayangkan sebanyak 26 Episod kesemuanya


Love You Mr. Arrogant

Drama Love You Mr Arrogant boleh dikatakan sebagai salah satu drama favourite sepanjang masa dikalangan para pengemar drama melayu dari Malaysia. Jalan ceritanya yang tidak boring dan ada unsur sweet suka duka, telah membuatkan drama ini terus ditonton dari ep 1 hingga episode akhir. 
Tambahan pula, drama Love You Mr.Arrogant ini merupakan drama adaptasi dari sebuah novel sekitar tahun 2011 oleh penulis novel Malaysia, Aliesha Kirana. Novel itu memang telah mendapat tempat di hati para pembaca novel dan tak hairanlah mengapa drama ini dengan cepat boleh mengamit ramai penonton untuk menyaksikannya di kaca TV pada waktu itu. 

Bagi sesiapa yang belum menonton atau mungkin ingin kembali menonton drama Love You MrArrogant ini secara full episode dari ep 1 hingga akhir, di sini akan dikongsikan sekali video yang berkaitan episode demi episode. Sinopsis penuh Love You Mr. Arrogant juga ada bagi lebih memahami jalan ceritanya. 

love you mr arrogant.

Sinopsis Penuh Drama Love You Mr Arrogant

Inilah sinopsis love you Mr Arrogant. Drama bersiri Love You Mr Arrogant ini mengisahkan tentang Irham (Azlee Khairi) dan Zaara (Zara Zya) yang bertemu dalam satu kemalangan kecil yang tidak disengajakan. Keangkuhan Irham meminta Zaara membayar RM5000 sebagai ganti rugi. Ketika itu, Irham sedang buntu memikirkan cadangan emaknya, Puan Sri Maryam (Norish Karman) yang ingin menjodohkan dia dengan Sherry (Hanez Suraya) wanita yang tidak pernah dicintai. 

Beberapa hari mengenali Zaara, Irham kemudian menyatakan hasratnya untuk memperisterikan Zaara bagi mengelak dirinya dari berkahwin dengan Sherry dan memenuhi syarat ayahnya, Tan Sri Zahir. Jika Irham tidak berkahwin dalam masa terdekat, syarikat Irham Holdings akan jatuh ke tangan sepupunya, Hadry. Irham tidak mahu syarikat yang dibangunkan oleh keluarganya itu jatuh ke tangan orang lain dan dia sanggup melakukan apa sahaja demi mempertahankannya.

Zaara terkejut dengan permintaan Irham. Malah, Irham sanggup menghubungi ibu bapa Zaara dan membuat pengakuan yang kononnya dia dan Zaara sedang bercinta dan dia ingin menghantar rombongan meminang Zaara. Perbuatan Irham itu membuatkan Zaara berasa terhina kerana baginya Irham sengaja menggunakan alasan perkahwinan itu sebagai tanda Zaara membayar ganti rugi hutang kemalangan tempoh hari.

Akhirnya, Zaara rela menerima kehendak Ilahi demi menjaga maruah keluarga meskipun tiada perasaan cinta terhadap lelaki asing dalam hidupnya itu. Namun Zaara tidak menyangka bahawa keputusannya itu membuatkan hidupnya kacau-bilau dengan perangai ego Irham. Malam pertama sahaja dia sudah diuji apabila Irham tidak membenarkan Zaara tidur sekatil dengannya. Malah Zaara juga terpaksa akur berdepan dengan layanan kurang mesra dari keluarga Irham.

Tanpa disedari, Zaara mula menyintai suaminya dalam diam. Walaupun Irham nampak kasar dan sombong tetapi Zaraa dapat merasakan Irham mula mengambil berat tentang dirinya serta sangat melindunginya dari disakiti oleh Puan Sri Maryam dan Sherry.

Di saat pasangan itu mula mengecapi kebahagiaan, hubungan mereka diuji dengan kehadiran orang ketiga di mana Faisal, rakan sepejabat Zaara yang psiko dan menggilai Zaara sanggup menggunakan tipu helah jahat demi mendapatkan Zaara. Malah, Hadry juga mula sukakan Zaara dan sentiasa berusaha mendekatinya. Ini membuatkan Irham cemburu dan dihimpit dengan tekanan untuk mempertahankan rumah tangganya.

Malah, Irham juga mendapat berita tentang Puan Sri Maryam yang disahkan mengalami masalah jantung yang agak teruk. Puan Sri Maryam meminta Irham agar menunaikan hajatnya dengan mengahwini Sherry. Mengenangkan kesihatan Puan Sri Maryam yang semakin tenat itu membuatkan Zaara mengizinkan Irham untuk berkahwin dengan Sherry. Irham tersepit dengan keadaan yang menghimpit dirinya.


Love You Mr. Arrogant Episod 1



Love You Mr. Arrogant Episod 2



Love You Mr. Arrogant Episod 3



Love You Mr. Arrogant Episod 4



Love You Mr. Arrogant Episod 5



Love You Mr. Arrogant Episod 6



Love You Mr. Arrogant Episod 7



Love You Mr. Arrogant Episod 8



Love You Mr. Arrogant Episod 9



Love You Mr. Arrogant Episod 10



Love You Mr. Arrogant Episod 11



Love You Mr. Arrogant Episod 12



Love You Mr. Arrogant Episod 13



Love You Mr. Arrogant Episod 14



Love You Mr. Arrogant Episod 15



Love You Mr. Arrogant Episod 16



Love You Mr. Arrogant Episod 17



Love You Mr. Arrogant Episod 18



Love You Mr. Arrogant Episod 19



Love You Mr. Arrogant Episod 20



Love You Mr. Arrogant Episod 21



Love You Mr. Arrogant Episod 22



Love You Mr. Arrogant Episod 23



Love You Mr. Arrogant Episod 24 


Love You Mr. Arrogant Episod 25 

Love You Mr. Arrogant Episod 26 - Akhir 



Itulah dia info, sinopsis penuh dan link tonton video untuk drama Love You Mr Arrogant secara full dari episode 1 hingga akhir. Bagi yang suka untuk menonton drama dengan gandingan Zara Zya dan Azlee Khairi selaku pelakon utama drama ini, bolehlah menontonnya dari episode 1 hingga akhir dan jangan lupa untuk tonton Love You Mr Arrogant Raya sekali.  

Suka Tonton Drama? Boleh join group FB Suka Drama Malaysia. Di sana ada pelbagai link episode penuh untuk tonton pelbagai drama baru dan lama. 

Selamat menonton! 

Post a Comment for "Tonton Drama Love You Mr. Arrogant Full Episode 1 Hingga 26 (Akhir)"