Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

15 Resepi Sotong Yang Mudah Dan Sedap Untuk Pengemar Seafood

15 Resepi Sotong Yang Mudah Dan Sedap Untuk Pengemar Seafood | Bagi penggemar makanan laut terutama sotongresipi-resipi ini sangat menarik untuk dicuba. Lepas ni tak payah dah nak pening kepala mau masak menu apa, cuba je 15 resipi sotong yang ada di sini kerana resepi resipi ini bukan saja mudah untuk di buat malah sedap juga rasanya, InshaAllah. 

Walaupun terdapat pelbagai resepi masakan sotong yang menarik seperti sotong goreng, stim, bakar, phat phet, masak merah, sotong sumbat, sotong paprik dan sebagainya, namun banyak lagi sebenarnya resipi untuk sotong ini untuk kita cuba dalam kaedah masak yang lain. 

Resepi resipi sotong ini banyak yang mudah dan sedap dan kalau di Google cara masak sotong memang ada terlalu banyak jenis resipi-resipi untuk sotong yang boleh dicuba. Malas atau rajin je kata orang tua. 

Tak nak cakap banyak lagi, di sini ada 15 resipi sotong yang mudah disediakan dan sedap rasanya untuk kita sama-sama cuba. Bolehlah masak sotong untuk santapan bersama keluarga dan insan tersayang nanti. 



#1 - Sotong Goreng Tepung 


Sotong
3 senduk tepung jagung
1 senduk tepung ubi
sebiji telur 
garam secukup rasa
sedikit serbuk kunyit jika mahu

1. Bersihkan semua sotong dalam sebuah bekas dan pecahkan sebiji telur ke dalamnya

2. Letakkan secubit garam dan gaul rata

3. Satukan tepung jagung dan tepung ubi bersama sedikit garam dan sedikit serbuk kunyit

4. Gaulkan sotong sedikit demi sedikit dengan tepung hingga sekata

5. Panaskan minyak dan goreng tepung hingga garing dengan api yg sederhana. Ohya api jangan sesekali dikecilkan semasa memasak, Suhu minyak mesti maintain 

Credits : Sis Hawa Dot Com 

#2 - Sotong Masak Kicap






Bahan-Bahan 


3 - 4 ekor sotong
1 inci halia - dihiris @ diketuk 
3 biji bawang putih - dihiris @ diketuk
1 batang serai - diketuk
6 - 7 biji cili api - diketuk
1 biji bawang besar - potong bulat
1 cawan kicap manis @ lemak manis 
Garam
Cuka @ air asam jawa


Cara Memasak


1.  Bersihkan sotong dan dihiris mengikut cita rasa sendiri

2. Tumiskan halia, bawang putih, cili api & serai sehingga wangi

3. Masukkan kicap manis ke dalam tumisan tadi. Tunggu hingga mendidih.

4. Masukkan bawang yang dihiris dan sotong dan kacau.

5. Biarkan hingga bawang layu dan sotong masak.

6. Masukkan garam dan cuka (sedikit  sahaja)

Credits : Majalah Pa Ma


#3 - Sotong Sumbat Bersos





Bahan-Bahan 


 400g sotong - bersihkan 
Inti secukupnya
1 biji bawang besar - potong bulat


Bahan Inti


2 biji telur - dipukul sedikit
½  biji bawang besar - cincang
1 biji cili merah - cincang
1 sudu besar lobak merah - cincang 
2 helai daun bawang - cincang
garam dan lada putih secukup rasa


Bahan Kisar


5 biji  bawang merah
2 ulas bawang putih
½  inci kunyit
1 hiris lengkuas
1 batang serai - diracik


Bahan Sos


3 sudu besar cili kisar
2 sudu kecil - siap kisar 
½  sudu kecil jintan manis - siap kisar
½  sudu kecil jintan putih - siap kisar
2 sudu besar kicap soya 
1 keping asam gelugur 
Garam + gula secukup rasa 
Minyak untuk menumis 


Cara Memasak


1. Campurkan  telur bersama bawang,cili cincang, lada putih dan garam secukup rasa.
Goreng hancur (scramble) telur tadi.


2. Tutup api dan gaulkan lobak merah dan daun bawang. Sejukkan sebelum disumbat ke dalam perut sotong.


3. Sumbatkan inti ¾  penuh kedalam sotong, tutup dengan kepala sotong, cucuk dengan pencungkil gigi supaya tidak bergerak.


4. Panaskan minyak dalam kuali dan tumiskan semua bahan kisar dan siap kisarr hingga naik bau dan sedikit garing 


5. Masukkan kicap, asam keping, garam dan gula secukup rasa. Biarkan kuah sedikit kering. Masukkan sotong, gaul sebati dan biarkan hingga sotong masak.


6. Taburkan bawang yang dipotong bulat sebelum matikan api. Hiaskan sebelum dihidang.


Credits : Majalah Pa Ma


#4 - Sotong Kam Heong






Bahan-Bahan 


12 ekor sotong bersaiz kecil. Bersihkan, potong bulat dan perap dengan 2 - 3 sudu besar tepung jagung.  
2 ulas bawang putih - dicincang kasar.
4 ulas bawang merah - dicincang kasar. 
6 tangkai cili padi di hiris.
2 sudu besar udang kering (rendam sebentar, toskan dan cincang)
1 sudu besar kari ikan 
3 pelepah daun kari 
1 sudu teh kicap cair 
1 sudu besar sos tiram - jika mahu 
2 - 3 sudu besar air


Cara Memasak


1. Panaskan kuali. Masukkan 6 sudu besar minyak masak dan goreng sotong yang di perap dengan tepung jagung. Goreng sebentar sahaja dalam 1 minit, angkat dan toskan. Bersihkan kuali tersebut.

2. Masukkan 2 sudu besar minyak masak, tumis bawang putih, bawang merah, cili padi dan daun kari hingga kekuningan.

3. Masukkan udang kering yang dicincang sambil dikacau hingga sebati dan berbau wangi.

4. Tuang serbuk kari, kicap cair dan sos tiram. Besarkan sedikit api dapur dan masukkan pula sotong sambil dikacau. Masukkan juga air hingga kuah sebati dengan sotong. Setelah masak sepenuhnya, matikan api dapur dan hidang sotong tersebut dengan nasi panas.


Credits : Majalah Pa Ma

# 5 - Sotong Paprik 




Bahan-Bahan

3-4 ekor sotong - bersihkan dan potong 
3 ulas bawang putih - diketuk
1 labu bawang besar - dihiris kasar 
2 batang serai - dihiris kasar
2 helai daun limau purut 
5 biji cili padi - diketuk
1 biji cili merah - dihiris serong 
Sedikit kubis, kacang buncis dan carrot 
Sedikit sos tomato, sos cili, sos  tiram dan sos ikan - sukatan agak2 saja
Garam sekiranya perlu 
Sedikit minyak untuk menumis 


Cara Memasak

Panaskan minyak, tumis bawang putih dan cili padi, kacau sekejap saja 

Masukkan sos cili, sos tomato, sos tiram sos ikan dan sotong. Masukkan sedikit air dan biar mendidih sekejap.

Masukkan serai, daun limau purut dan sayur-sayuran. Bila dah mendidih, masukkan sedikit garam.
Tutup api dan sedia dihidangkan. 

Credits : Majalah Pa Ma

#6 - Sotong Goreng Kunyit



Bahan-Bahan

½  kilo sotong - bersihkan dan toskan 
1 biji bawang besar - hiris nipis
3 ulas bawang putih - ketuk 
2 tangkai cili merah - hiris 
7 biji cili api atau ikut selera masing-masing - hiris
1 inci halia - hiris nipis
Sebatang serai - ketuk
1 keping asam keping 
½ biji tomato - potong 3 bahagian 
Serbuk kunyit 
Garam  


Cara Memasak

1. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bawang besar, bawang putih dan serai hingga kekuningan.

2. Masukkan asam keping, cili merah, cili api dan serbuk  kunyit. 

3. Masukkan sotong dan garam secukup rasa.

4. Sotong masak, masukkan tomato dan tutup api.

5. Sedia untuk dihidang

Credits : Bidadari.my

#7 - Sotong Kari (Ala Mamak)





1. Tumis bwg kecil, bwg putih, halba campur, daun kari

2. Masukkan ....( 1 pek kecil serbuk kari Babas + 1/2 pek kecil serbuk kari Adabi + air )...serbuk kunyit buh sikit dlm 1/2 sudu kecik.. Nak bg warna cantik n melekat kat jari.. Mcm kat kedai mamak tu.... Hahaa
...sampai pecah minyak

3. Masukkan sotong..

4. Perasakan dgn garam, aji dan perahan air asam jawa..

SIAP!

Kalau suka kari mamak ble la cuba masak sendri... Kat kedai kalu.. 1 ekor pun dia caj mahal ...10 kali pikir nak letak atas pinggan..

Kredit Resepi : ar yati via mahn


#8 - Resepi Sotong Masak Singgang




Bahan-bahan
- 10-13 ekor sotong
- 3 ulas bawang merah
- 3 ulas bawang putih
- 1 batang serai
- 2-3 biji cili hijau
- garam,gula dan pasti sedap knor secukup rasa

Cara-cara memasak

1. Bersihkan sotong. Buang dakwat hitam dan isi perutnya. Masukkan dalam periuk.

2. Hiris bawang merah + putih dan ketuk serai. Masukkan semuanya dalam periuk sotong. Masukkan juga cili hijau.

3. Masukkan air. Jangan banyak sangat, agak-agak tenggelam sotong. Masak hingga menggelegak. Tambah garam, gula dan pasti sedap knorr secukup rasa.


Credits : Resepi Ummi

#9 - Resepi Sotong Bakar



Bahan-bahan:

1 kg sotong

1 sudu besar serbuk kunyit
5 sudu besar sos tiram
2 sudu besar serbuk Kari Ikan / Daging
2 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos ikan

Cara-cara penyediaannya:

1. Campurkan semua bahan dan perap selama 1 jam.

2. Bakar diatas api yang sederhana sehingga warna menjadi keperangan (jangan bakar terlalu lama sebab nanti liat).

3. Siap dihidangkan.
Credit : Resepi Atok Misaii 


#10 - Resepi Sotong Sambal Nampla                



Sotong
Bwg putih ketuk
Serai ketuk
Nampla (fish sauce)
Cili kering kisar
Gula
Jus limau nipis

*Semua kuantiti agak2 je*

Tumis bwg putih & serai
Tumis cili kisar
Tunggu garing masuk nampla dan gula. Perah limau nipis.
Masuk sotong dan besarkan api.
Kacau goreng 2 minit. Siap.

Kredit resepi kepada Yuss Aisya via ‎Masak Apa Hari Ni.. (MAHN)

#11 - RESEPI SOTONG BAKAR CICAH AIR ASAM






Bahan-Bahan Sotong Bakar:
5 ekor sotong segar saiz sederhana
1 inci kunyit hidup (ditumbuk)
1 inci halia (ditumbuk)
2 ulas bawang putih (ditumbuk)
2 biji cili merah (ditumbuk)
Sedikit garam

Cara-Caranya.
1.Sotong disiang dan dibersihkan.Kelar sedikit sotong,kemudian lumurkan dengan bahan tumbuk dan letakkan sedikit garam.Perap selama 15 minit di atas para / di dalam penapis agar air sotong turun.(Tujuan sotong di tos diatas para/ di dalam penapis adalah untuk meminimakan kekotoran didalam oven atau diatas dapur gas)
2.Bakar sotong di dalam oven dengan menggunakan api atas bawah dengan suhu 180 darjah celsius selama 15 minit atau hingga sotong masak.Nak lagi senang bakar atas dapur gas dengan gunakan api yang paling kecil sehingga masak.(sentiasa perlu dibalikkan agar sotong masak sekata).Hidangkan dengan air asam

Bahan Air Asam:
1/2 biji bawang besar di potong dadu
sebiji tomato di potong dadu
3 biji cili padi dihiris nipis
1 inci belacan dibakar
2 cawan air asam jawa yang pekat
Sedikit garam dan gula

Cara-Caranya:
1.Hancurkan belacan di dalam air asam jawa.Kemudian masukkan bawang besar,tomato dan cili padi.Perasakan dengan garam dan gula.Siap dihidangkan dengan sotong bakar tadi.


#12 - Resepi Sotong Telur Masin


Bahan-bahan
2 ekor sotong - maz guna sotong besar
3 biji kuning telur masin
2 ulas bawang putih - cincang *
4-5 biji cili padi - potong halus *
1 tangkai daun kari *
2 sudu besar mentega - maz guna mentega tanpa garam/unsalted
1 biji telur - kocok dengan garfu
1 cawan tepung serbaguna/tepung gandum
1/2 sudu kecil baking powder
sedikit serbuk pati ayam - kurangkan jika guna mentega bergaram

Cara
1. Cuci sotong, buang semua kulit dan hiris, toskan biar kering sepenuhnya, jika perlu lap dengan tisu dapur.


2. Panaskan kuning telur dalam microwave selama 6-7 saat atau bergantung pada microwave masing-masing, sejukkan sekejap kemudian tekan-tekan dengan garfu biar hancur berderai, ketepikan dulu.


3. Masukkan sotong dalam telur 1 biji tu, sebatikan tepung dengan serbuk penaik (tepung tu boleh masukkan dalam plastik bersih agar tepung tak bertabur), masukkan sotong dan goncang biar sotong bersalut dengan tepung sepenuhnya, biar tebal.


4. Panaskan minyak secukupnya, goreng sotong biar sedikit perang dikedua bahagian, angkat dan toskan.


5. Panaskan mentega dalam kuali bersih, masukkan bahan bertanda * dan masak sekejap biar mentega cair, kemudian masukkan telur masin tadi dan masak biar sedikit berbuih-buih sambil dikacau agar tidak berketul.


6. Perasa dengan sedikit serbuk pati ayam, masukkan sotong dan balik-balik biar sebati dengan telur dan kering sikit.


credit : https://ilhamdapur.blogspot.com/

#13 - Resepi Rendang Sotong



Bahan-bahan:
- Sotong
- Serai*
- Cili padi*
- Bawang merah*
- Bawang putih*
- Lengkuas*
- Kunyit hidup*
- Kerisik*
- Daun limau purut*
- Garam
- Gula
- Minyak
*bahan kisar
.
.
Cara-cara:
- Panaskan minyak dalam kuali. Tumis bahan kisar bersama santan. Biarkan memekat. Kacau sebati
- Masukkan sotong dan biarkan seketika. Masukkan daun limau purut yang dihiris kasar. Gaul lagi dan perasakan dengan garam dan gula secukup rasa
- Tutup api


Credits : Rasa.my


#14 - Resepi Sotong Masak Pedas


Bahan-bahan:

5 ekor sotong potong bulat

2 serai (hiris halus)
3 bawang merah (mayang halus)
2 bawang putih cincang
2 cm halia hiris halus
1 sudu lada kering kisar atau cili boh
3 helai daun limau purut (hiris halus)
1 sudu besar sos tiram
2 sudu besar sos cili
sedikit sos ikan
6 biji cili padi potong bulat

Cara-cara:

1. Tumis serai, bawang putih, bawang merah, halia dan cili potong.

2. Masukkan cili boh, sos tiram, sos cili dan sos ikan. Tambah air sikit dan masak sampai pekat.

3. Masukkan sotong, tunggu sotong masak.

4. Masukkan perasa, garam dan gula.

5. Akhir sekali masukkan daun limau purut, jangan masuk awal nanti pahit.


Credits : Myresepi.com

#15 - Resepi Sotong Stim Ala Thai



Bahan :

Sos

5 tangkai cili padi (ats masing)
4 Ulai Bawang Putih
3 Tangkai Akar Daun Ketumbar (dibersihkan sepenuhnya)
1 tbsp Gula
1 tbsp Sos ikan @ kicap sotong
3 biji Limau nipis (jus sahaja)
1/2 biji Limau nipis (isis dipotong dadu)
3 Tangkai daun Ketumbar dihiris halus

Sotong Steam

4 Ekor Sotong (saiz sederhana besar)
2 Batang Serai
1 Inci Halia
15 Helai daun Limau purut

Cara :

1. Stimkan sotong diatas semua bahan
2. Tumbuk cili padi, bawang putih, akar daun ketumbar sehingga hancur.
3. Campurkan dengan semua bahan yang lain.
4. Siramkan sos ke atas sotong yang telah di stim
5. Hidangkan


Credits : Nor Eimma Sedek‎

Itulah dia 15 cara bagaimana untuk memasak sotong dengan pelbagai jenis resepi yang mudah untuk di buat. Bagi yang sedang mencari resepi untuk sotong, selamat mencuba dan semoga ianya sesuai dengan citarasa. 

Dapatkan ilmu-ilmu bermanfaat dengan mudah di telegram:

Sis Hawa Dot Com 

Post a Comment for "15 Resepi Sotong Yang Mudah Dan Sedap Untuk Pengemar Seafood "