5 Sebab Utama Kenapa Pilih & Beli SYM VF3i 185 Limited Edition | SYM VF3i Limited Edition 185cc merupakan sebuah motorsikal terbaru yang mula mendapat tempat di hati ramai pengguna motor dalam tahun 2020. With the 'LE' in the name standing for limited edition, the VF3i, as a production variant, will have a maximum of 5,000 units produced. 

Dalam erti kata lain, ianya agak special kerana MFORCE Bike Holdings Sdn Bhd melancarkan SYM VF3i LE (Limited Edition) sebagai model edisi terhad yang cuma dikeluarkan sebanyak 5000 unit saja dalam Malaysia. Secara tak langsung ini turut menjadi salah satu punca kenapa daku membuat keputusan untuk membeli dan menjadi pengguna SYM VF3I 185 LIMITED EDITION 2020 ini.

beli pandu SYM VF3i LE

Selain kerana ia limited edition dengan jumlah pengeluaran yang agak terhad, daku membuat keputusan untuk pilih beli dan guna motor Sym VF3i LE ini disebabkan beberapa sebab yang lain juga. Di sini akan daku senaraikan beberapa kelebihan motorsikal Sym VF3i LE ini sebagai panduan bagi sesiapa yang turut ingin mendapatkannya. 

Sebab Kenapa Pilih & Beli SYM VF3i 185 Limited Edition 

#1 - Warna, Grafik Sangat Trendy 

Saat pertama kali lihat rupa SYM VF3i 185 Limited Edition ini hatiku dah mula tertarik pada warna dan grafiknya yang tampak sangat trendy dan mengancam. Gabungan warna hitam dan hijau dengan tone yang sesuai membuatkan motor SYM VF3i 185 LE ni tampak sangat ranggi dan siap sedia untuk berada di atas jalan. 

Mungkin kerana ia didatangkan hanya dalam satu warna maka pihak yang berwajib benar-benar bertungkus lumus untuk melahirkan SYM VF3i 185 Limited Edition dalam gabungan warna yang paling terbaik!

#2 - Gaya Reka Bentuknya Yang Sangat Meletup!

Terus terang, daku sudah lihat banyak jenis motor di atas jalan tapi tidak ada satupun yang berjaya memikat hati ini tapi berbeza dengan keadaan pada ketika ini. Ternyata reka bentuk motorsikal SYM VF3i 185 Limited Edition ini tampak sangat unik dan meletup hingga boleh menyebabkan daku terus rasa jatuh hati.

Walaupun ia sedikit tinggi (kaki tak jejak terus di tanah tika duduk di atasnya), walaubagaimanapun ia ternyata sangat selesa untuk di pandu. Malah sangat ringan dan steady ketika sedang tunggang motor SYM VF3i 185 Limited Edition ini di atas jalan. Tika bawa pembonceng di belakang pun begitu juga. Tidaklah terlalu berat hingga sukar untuk di kawal ketika sedang membawanya. 

#3 - CC Tinggi Hingga 6 Gear 

185 CC, maunya tak laju. Apa yang lebih best dari gear 1 nak ke kelajuan yang lebih tinggi dengan gear seterusnya juga sangat cepat dan mudah. Kalau nak bawa untuk jalan jauh tu memang okay sangatlah! Dengan CC yang agak tinggi begini motor terasa lebih seronok untuk di pandu.

Berdasarkan apa yang daku faham CC tinggi ini menunjukkan enjinnya yang lebih mantap dan apabila enjinnya lebih mantap maka secara tak langsung ianya lebih lasak juga. 

beli pandu SYM VF3i LE

#4 - Tangki Minyak Yang Lebih Besar 

Tangki minyak lebih besar menandakan motor SYM VF3i 185 Limited Edition ini boleh ditunggang untuk jarak perjalanan yang lebih jauh. Daku ada juga melihat video mereka yang pernah travel jauh dengan motor SYM VF3i 185 Limited Edition ini, salah seorangnya Abang Bob YB melalui video Youtube channel beliau, dan kelihatan ianya memang sangat berbaloi. 

Daku sendiri sudah isi motor SYM VF3i 185 Limited Edition dengan tangki bahan api 7 liter milik ku, masa tu minyak masih ada sikit lagi dan dengan sekali isian penuh tu semula, takde pun sampai RM20. Belas-belas je tapi memang boleh pergi jauh! 

#5 - Ada Pelbagai Ciri Keselamatan

Ada beberapa ciri selamat yang diterapkan pada motor SYM VF3i 185 Limited Edition ini. Salah satu daripadanya, SYM VF3i 185 LE 2020 dilancarkan dengan sistem brek ABS. Kehadiran sistem brek ABS (Anti-lock Braking System) untuk pemberhentian yang lebih selamat. Ini menjadikan model tersebut sebagai satu-satunya model moped di pasaran Malaysia ketika ini yang menawarkan sistem brek dengan ciri canggih ABS.

Pada bahagian masuk kuncinya pula boleh ditutup lubang kunci hanya dengan satu klik! Secara tak langsung ia menambahkan ciri-ciri keselamatan terhadap motor model SYM VF3i 185 LE (Limited Edition) 2020 yang terbaharu ini. Lagi-lagi untuk seseorang yang baru dapatkan motor pertama sepertiku ini. 

Untuk lebih selamat, daku gunakan juga lock alarm motorcycle yang diletakkan pada disc. Dengan lock yang ada bunyi alarm begini secara tak langsung menambahkan ciri-ciri keselamatan terhadap motor SYM VF3i 185 LE ini. 

beli pandu SYM VF3i LE

Harga Yang Agak Berbaloi 

Untuk harga SYM VF3i 185 LE yang dikeluarkan sebanyak 5,000 unit sahaja ini adalah sebanyak RM 9,338.00. Harga jualan RM9,338 ini masih tidak termasuk insurans. Jadi jika di hitung secara keseluruhan siap dengan perkara lain, boleh cecah dalam RM10K. Jika hutang atau dengan pembelian secara Aeon Credits mungkin lebih sikit kot!

Itulah dia antara sebab kenapa daku pilih dan buat keputusan untuk beli SYM VF3i 185 Limited Edition dalam tahun 2020 ini. Bagi yang sedang memikirkan apakah motor yang ingin di beli, bolehlah cuba-cuba fikirkan tentang motorsikal SYM VF3i 185 LE ini sekali. 

Jika rasa okay boleh dapatkan dan jika rasa kurang okay boleh je pilih mana-mana motor yang lain mengikut tahap keselesaan, budget dan minat masing-masing. 

Review Diri Sendiri Sebagai Pengguna SYM VF3i 185 LE 

Alhamdulillah, so far so good! Sebagai seorang pemilik wanita untuk SYM VF3i 185CC LE ini, memang rasa seronok dan selesa. Kawalan ketika pemanduan juga best! Dan macam yang daku kata tadi walaupun ia kelihatan sedikit tinggi berbanding dengan tinggi diriku sendiri tapi alhamdulillah daku boleh kawal dan pandu seperti ketika menunggang motor yang lain. Klac manualnya juga senang dan tidak sukar ketika sedang dipandu. 

Yang paling penting, gaya dan kelajuan motor ini memang sangat memikat hati! Walaubagaimanapun, kena ingat yang motor bukan untuk di bawa berluma dan hendaklah di pandu dengan penuh hati-hati demi keselamatan diri sendiri dan pengguna jalanraya yang lain khususnya. 

Semoga perkongsian ini sedikit sebanyak dapat membantu kalian yang sedang mencari info berkaitan motorsikal SYM VF3i 185 Limited Edition. So far daku guna alhamdulillah memang tak ada sebarang problem untuk sym vf3i ini dan moga-moga akan terus maintain okay begini hendaknya! Aamiin 








Terima kasih kerana membaca. Apa pendapat anda tentang artikel ini? Jemput komen di bawah.