Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Blacc Pearl Cafe @ Old Klang Road Menyajikan Makanan Barat Sambil Bersantai - Perfect Place To Chill?

Baru-baru ni ternampak tentang satu nama restoran ni bila search tentang tempat makan di KL. Namanya adalah Blacc Pearl Cafe yang terletak di Old Klang Road. Terdetik di hati, eh nama ejaannya BLACC bukannya Black macam kebiasaan ejaan. Saat pertama lihat nama dah tersilap baca, mujur lihat dan baca semula. 


Namanya agak unik, jadi tergerak juga hati ni untuk tahu lebih lanjut dan dari apa yang di baca melalui perkongsian tersebut, kafe ini menyajikan makanan western yang pelbagai. Kafe yang dipanggil Blacc Pearl di Old Klang Road ini adalah tempat makan tengah hari untuk makanan Barat dalam suasana yang penuh santai. 


Sama ada menginginkan makanan Barat seperti burger atau makanan tempatan seperti Nasi Lemak, di kafe ini ada menyajikan pelbagai makanan yang diinginkan baik mengikut citarasa tempatan mahupun barat. Dua dalam satu gitu. Selain itu, melalui review yang di baca, set makan tengah hari mereka juga dikatakan sangat berpatutan. 



Di sini juga ada menu daging kambing untuk memenuhi kemahuan pelanggan mereka dan salah satu cara yang sering digunakan untuk makan lamb lamb adalah dengan sedikit sos lada hitam! Di Blacc Pearl, daging dimasak sehingga empuk dan digabungkan dengan sos lada ciptaan mereka sendiri. Hidangan ini disajikan dengan sayur-sayuran dan sayur tumis.



Untuk pencinta pasta, Carbonara dan Grilled Chicken adalah pilihan yang tepat dengan rasa penuh berkrim dan lembut. Akhir sekali, Blacc Burger juga ada dengan pelbagai pilihan dari Fried Chicken, Lamb Patty atau Fried Fish. 


Selain makanan, ada juga minuman yang menyegarkan seperti Mocha Mud Pie Milkshake, Vanilla KitKat Milkshake, dan Mango Lassi. Jika disenaraikan satu persatu semua menunya memang ada banyak. 



Penting!! Sebagai Muslim Wajib Baca Dulu Sebelum Terus Terjah 


Untuk menambah lagi pemahaman berkaitan restoran mahupun kafe yang menyediakan makanan barat seperti ini, elok kaji dan baca semula semua menu yang ditawarkan. 


Dan jika terbaca seperti ini. “Blacc Fried Chicken Burger with Bacon, Fried Egg, and Caramelised Onions” sila ambil tahu yang perkataan BACON itu adalah tidak sesuai dengan kita. Untuk non muslim (bukan Islam) saja boleh menikmatinya. 


Sebagai seorang Muslim, of course kita perlu ambil tahu dulu tentang mana-mana restoran yang ingin diterjah. Cari lebih banyak info selagi boleh untuk betul-betul puashati sebelum pergi dan nikmati. Lawati sekali media sosial untuk kafe atau restoran tersebut dari apa yang dilihat melalui laman facebook mereka, kelihatan ianya benar-benar tidak sesuai untuk muslim kerana antara foto yang dikongsikan sempena pembukaan di Facebook rasminya, kelihatan ada minuman keras di situ. 



Selaku seorang yang tidak ada sikap perkauman dan sebagai salah seorang rakyat Malaysia yang hidup dengan menerima kehadiran kaum yang lain TAPI sebagai seorang Muslim, bila ternampak ada foto berkaitan minuman keras seperti itu, pastinya terus ada rasa was-was. Jadi apabila ada keraguan dan was-was begini maka ada baiknya kita terus elak! 


Untuk mereka di kalangan Non Muslim, boleh nikmati hidangan western kegemaran masing-masing di Blacc Pearl Cafe @ Old Klang Road ini. 



Mahu Menu Western? Order Guna Foodpanda Lebih Senang! 


Blacc Pearl Cafe @ Old Klang Road boleh dipesan menunya melalui aplikasi Foodpanda dan bagi anda yang sedang mencari makanan western halal sepenuhnya, boleh saja pesan dan cari menu western food near me melalui Foodpanda ini juga. 



Melalui Foodpanda, baik Muslim mahupun Non Muslim (bukan Islam), kedua-duanya boleh pesan makanan yang diinginkan dengan cermat di sana. Check dulu status Halal dan pastikan jangan tersalah order ya. 


Dan untuk rakan pembaca blog yang lain (Malaysia ada berbilang kaum jadi jangan ada sikap perkauman okay), jika sedang mencari tempat untuk chat and chill, bolehlah cari kafe kegemaran masing-masing. 


Untuk semua pengusaha restoran dan kafe di Malaysia ini pula, pastikan ada status Halal dan Non Halal dengan jelas untuk elak sebarang kemusykilan dan salah faham untuk para pengemar makanan di Malaysia ini. 


2 comments for "Blacc Pearl Cafe @ Old Klang Road Menyajikan Makanan Barat Sambil Bersantai - Perfect Place To Chill? "