Tonton Drama Dekatkan Jarak Kita Full Episode 1 Hingga AkhirDekatkan Jarak Kita merupakan siri drama televisyen Malaysia tahun 2017 hingga mencapai tahap trending pada masa itu. Drama ini telah ditayangkan melalui TV3 dari tarikh 21 November 2017 hingga 25 Disember 2017 bagi menggantikan drama Andainya Takdir. Drama ini merupakan drama ketiga dan terakhir bagi tahun 2017. Drama Dekatkan Jarak Kita ini dibintangi oleh Syafiq Kyle dan Ayda Jebat sebagai teraju utama. 

Bagi yang telah pernah tonton tapi sudah lupa dan ingin menonton drama ini kembali secara full episode dari episode 1 hingga akhir, kalian boleh menyaksikannya semula secara online. Episode demi episode semuanya ada, boleh ditonton terus dari awal hingga akhir. 

Drama Dekatkan Jarak Kita Full Episode 1 Hingga Akhir

Adaptasi Dari Cerpen Dekatkan Jarak Kita 

Drama Dekatkan Jarak Kita ini sebenarnya di adaptasi dari sebuah cerpen. Hmmm agak berbeza sedikit kan. Selalunya cerita drama adaptasi dari novel tapi untuk Dekatkan Jarak Kita ini ia merupakan adaptasi dari cerpen yang jauh lebih pendek berbanding penceritaan di novel. Cerpen ini karya Syu Ariani dan drama Dekatkan Jarak Kita  ini mempunyai 15 episod kesemuanya.

Siapa sangka kan, hanya dari sebuah cerpen tulisan Syu Ariani yang tidak sepanjang novel, dapat di olah menjadi drama yang panjang dan padat. Ini turut menjadi salah satu keistimewaan untuk drama Dekatkan Jarak Kita kerana masing-masing tertarik dengan jalan ceritanya yang b
ertemakan kekeluargaan dan kasih sayang. 

Ohya, drama Dekatkan Jarak Kita ini turut dikenali sebagai drama bertajuk 'Tergantung Sepi' disebabkan oleh lagu OST dengan tajuk ini, nyanyian Haqiem Rusli. 

Dekatkan Jarak Kita Cast (Nama Pelakon & Watak)

Selain dari Syafiq Kyle dan Ayda Jebat, drama Dekatkan Jarak Kita ini turut dibantu oleh ramai pelakon lain yang juga tidak kurang hebatnya! Antara pelakon-pelakon yang telah diberi tanggungjawab untuk membawa watak yang diberikan untuk drama Dekatkan Jarak Kita ini adalah :

Ayda Jebat sebagai Alyssa / Sofea
Syafiq Kyle sebagai Tashriq
Azhan Rani sebagai Kamil
Catriona Ross sebagai Umi Khadijah
Wan Sharmila sebagai Riana
Nadia Brian sebagai Bella
Raja Hakim sebagai Arif
Riena Diana sebagai Sofea
Aishah Atan sebagai Zakiah
Ziyan Ibrahim sebagai Maksom

Drama Dekatkan Jarak Kita Menang 2 Kategori Dalam Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur 2018

Sempena Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur 2018, drama Dekatkan Jarak Kita ini telah berjaya memenangi 2 anugerah iaitu :

#1 - Pasangan Pilihan - Shafiq Kyle & Ayda Jebat

#2 - Drama Pilihan 

Tidak hanya itu, drama Dekatkan Jarak Kita ini telah berjaya menarik perhatian ramai sehingga berjaya tercalon dalam beberapa kategori yang lain seperti :

Aktor Pilihan - Shafiq Kyle (tercalon)

Aktres Pilihan - Ayda Jebat (tercalon)

Antagonis Pilihan - Azhan Rani (tercalon)

Pengarah Pilihan - Azman Yahya (tercalon)

Skrip Pilihan - PGR's Team (tercalon)

Lagu Pilihan - Tergantung Sepi , Haqiem Rusli (tercalon)

Drama Dekatkan Jarak Kita Full Episode 1 Hingga Akhir

Dekatkan Jarak Kita Sinopsis Penuh 

Drama Dekatkan Jarak Kita mengisahkan tentang sepasang kembar tidak seiras, Tashriq dan Sofiya yang tinggal bersama ibu mereka, Umi Khadijah setelah kematian ayah mereka akibat serangan sakit jantung. Kamil, sahabat lama keluarga itu muncul dalam kehidupan mereka dengan niat untuk membantu Umi Khadijah dalam menjalani kehidupannya. 

Tidak lama setelah kemunculannya itu, Umi Khadijah dan Kamil berkahwin. Walau bagaimanapun, Umi Khadijah tidak mengetahui bahawa Kamil mempunyai agendanya yang tersendiri iaitu untuk merampas harta Umi Khadijah kerana Kamil sebenarnya telah muflis. Demi mengukuhkan asas agendanya, Kamil menghasut Tashriq untuk menyebelahinya dan membenci kembarnya Sofiya kerana sebahagian daripada perancangannya adalah untuk menyingkirkan Sofiya. 

Suatu hari, Kamil membawa keluarganya berkhemah di sebuah tempat peranginan yang baru dibuka. Namun ketika mereka berkhemah itu, Sofiya didapati hilang dan ini merisaukan Umi Khadijah kerana Sofiya sedang menghidap penyakit leukemia. Masa berlalu, sehingga Umi Khadijah terpaksa akur bahawa anak perempuannya telah hilang dan menganggapnya telah meninggal dunia. 

Setelah beberapa hari berlalu semenjak kehilangan Sofiya, sepasang suami isteri, En. Kifli dan Pn. Zainab telah menemui Sofiya dalam keadaan tidak sedarkan diri berhampiran kawasan perkhemahannya. Mereka telah mengambilnya sebagai anak angkat kerana Sofiya enggan pulang ke keluarga kandungnya. Tambahan pula, En. Kifli dan Pn. Zainab mampu mengawal leukemia Sofiya dengan perubatan kampung dan anak mereka Allysa tidak lagi keseorangan. 

Sofiya dan Allysa semakin akrab, namun menjadi renggang pada tahun akhir universiti mereka kerana kedua-dua Sofea dan Allysa memendam perasaan yang sama terhadap rakan sekelas Sofiya, Arif. Nasib tidak menyebelahi Sofiya kerana Arif memilih Allysa dan bakal mendirikan rumah tangga. Kerana terlalu kecawa, Sofiya memilih untuk hidup bersendirian dan mengabaikan kesihatannya. 

Ekoran daripada tindakan Sofiya itu, penyakit leukemianya merebak dengan cepat dan mengganggu sistem-sistem yang lain dalam badannya dan akhirnya Sofiya meninggal dunia. Sofiya juga telah meninggalkan Alyssa sebuah kotak berisi rambut, kuku dan ujian DNA miliknya dan mengamanahkan Alyssa untuk mencari keluarga kandungnya dan menyamar sebagai Sofiya untuk memperbetulkan keadaan keluarga kandungnya di Kuala Lumpur. 

Drama Dekatkan Jarak Kita Full Episode 1 Hingga Akhir

Allysa yang berasa bersalah bersetuju dengan cadangan itu, rahsia tersebut hanya di ketahui oleh En. Kifli, Pn. Zainab dan Allysa. Berjayakah Allysa menegakkan keadilan dalam keluarga Umi Khadijah? Mampukah rahsia Allysa bertahan daripada pengetahuan Tashriq dan Kamil?

Itulah dia sinopsis untuk drama Dekatkan Jarak Kita yang sememangnya menarik untuk ditonton. Penuh suspen juga dan boleh bikin kita menangis, ketawa dan berdebar di sepanjang jalan penceritaannya. Untuk menonton, boleh saksikan menerusi video-video di bawah ini dari secara full dari episode 1 hingga 15 (akhir). 

Drama Dekatkan Jarak Kita Full Episode 1 Hingga 15 (Akhir)

Drama Dekatkan Jarak Kita Episode 1

Drama Dekatkan Jarak Kita Episode 2

Drama Dekatkan Jarak Kita Episode 3

Drama Dekatkan Jarak Kita Episode 4

Drama Dekatkan Jarak Kita Episode 5

Drama Dekatkan Jarak Kita Episode 6

Drama Dekatkan Jarak Kita Episode 7

Drama Dekatkan Jarak Kita Episode 8

Drama Dekatkan Jarak Kita Episode 9

Drama Dekatkan Jarak Kita Episode 10

Drama Dekatkan Jarak Kita Episode 11

Drama Dekatkan Jarak Kita Episode 12

Drama Dekatkan Jarak Kita Episode 13

Drama Dekatkan Jarak Kita Episode 14

Drama Dekatkan Jarak Kita Episode 15


Itulah dia info, senarai pelakon, sinopsis dan video full dari episode 1 hingga akhir untuk drama Dekatkan Jarak Kita. Bagi yang ingin menontonnya kembali, selamat menonton untuk semua episode penuh yang telah dikongsikan di sini. 

Benar-benar suka dengan drama melayu Malaysia, bolehlah sertai group FB Suka Drama Malaysia untuk dapatkan link-link tontonan drama baru dan lama yang lain. 


Selamat Menonton!! 









Terima kasih kerana membaca. Apa pendapat anda tentang artikel ini? Jemput komen di bawah.