Drama Tundukkan Playboy Itu Full Episode 1 Hingga Akhir | Drama Tundukkan Playboy Itu telah ramai yang tonton ketika ia bersiaran di televisyen suatu ketika dulu. Walaubagaimanapun, drama ini masih juga ditonton hingga sekarang kerana drama ini memang ada peminatnya yang tersendiri.
 
Siaran episode Tundukkan Playboy Itu merupakan sebuah siri televisyen drama romantik Malaysia yang pernah trending pada tahun 2016. Tayangan drama ini bersiaran di TV3 bermula pada 17 Februari 2016 hingga 7 April 2016 yang lalu bagi menggantikan drama Cinta Si Wedding Planner. Drama ini juga merupakan salah satu drama terakhir yang diarahkan oleh Keoi Khalid sebelum kematiannya pada 19 Mei 2016. 

Bagi yang terlepas atau mungkin mahu menonton drama Tundukkan Playboy Itu semula, di sini akan dikongsikan semua video dari episode 1 HINGGA episode 30 (akhir) secara FULL. 

Tundukkan Playboy Itu Full Episode

Sinopsis Penuh Drama Tundukkan Playboy Itu 

Bersiaran sebanyak 30 episod dan drama Tundukkan Playboy Itu mengisahkan tentang seorang pemuda bernama Harraz Naufal. 

Harraz Naufal, seorang jejaka kaya yang suka bermain cinta dan membuang masa dengan hiburan. Perangainya pula sukar difahami sama ada sebagai seorang majikan mahupun sebagai seorang anak. Adakalanya dia manja, adakalanya juga dia seorang yang panas baran. Sikapnya berubah-ubah dan sukar untuk difahami. Walau bagaimanapun dia seorang yang bertanggungjawab apabila menerajui syarikat selaku Ketua Pegawai Eksekutif Harraz Holding. Dia sentiasa tepat pada masa dan berusaha menjayakan syarikatnya.

Tan Sri Mukhriz (Ridzuan Hashim) dan Puan Sri Rosell (Maria Farida) sebagai ibu bapa Harraz yakin bahawa sudah tiba masanya untuk seseorang yang istimewa hadir dalam hidup Harraz bagi menundukkan sikap playboy anak lelakinya itu.

Tan Sri Mukhriz bertemu Suffian (Mahmud Ali Bashah) rakan lamanya. Di dalam pertemuan itu, Tan Sri Mukhriz bertemu Nurin Arissa, anak Suffian yang dirasakannya mempunyai sesuatu yang istimewa. Nurin yang baru tamat pengajian sarjana dalam bidang arkitek ditawarkan untuk bekerja di syarikat Harraz. Nurin yang memang menunggu peluang kerja bersedia untuk ditemuduga Harraz namun kecewa apabila Harraz meletakkan syarat untuk dia membuka tudung sebelum diterima bekerja atas alasan syarikatnya bertaraf antarabangsa. Nurin tetap dengan pendiriannya dan walau berat hati dia menolak syarat Harraz.

Tundukkan Playboy Itu Full Episode

Tan Sri Mukhriz yang cuba membela Nurin memaksa Harraz untuk menerima Nurin sebagai arkitek baru di syarikat mereka. Harraz terpaksa akur dan dalam masa yang sama makin marah pada ayahnya dan semakin membenci Nurin. Ada saja cubaan Harraz untuk menyusahkan Nurin di tempat kerja. Berbeza pula dengan Farhan (Alif Satar), sepupu Harraz. Dia bagaikan jatuh cinta pandang pertama apabila melihat Nurin. Hanya Farhan sahaja yang membantu Nurin dalam pekerjaannya sambil merahsiakan hubungan persaudaraannya bersama Harraz.

Semakin lama Nurin berkhidmat di syarikat itu, Harraz mula menyedari bahawa Nurin sememangnya pekerja yang cekap dan berkebolehan. Hati Harraz mula berubah namun dia tidak faham akan apa yang dialaminya kerana gadis bertudung sememangnya bukan citarasa Harraz.

Pada suatu hari, Nurin terpaksa membantu rakannya, Nashrain Lee (Ben Asri) seorang pereka fesyen yang kekurangan seorang model. Nurin memakai persalinan muslimah beserta niqab yang menutup sebahagian wajahnya. Majlis pertunjukkan fesyen itu turut dihadiri Harraz. Bagaikan magis, seiring Nurin melangkah ke pentas peragaan, Harraz terpaut dengan panahan mata Nurin tanpa menyedari bahawa itu sememangnya Nurin. Sejak dari itu, Harraz berusaha mengenali dan menjejaki model tersebut. Dalam waktu yang sama hubungan Nurin dan Harraz semakin akrab dan berita itu tidak disenangi Elfira (Mawar Rashid) yang memburu cinta Harraz.

Tundukkan Harraz? Mampukah Nurin? Dah akan tertundukkah Harraz hanya kerana Nurin?


Tonton Online Drama Tundukkan Playboy Itu Full Episode 1 Hingga Akhir 

Tundukkan Playboy Itu Full Episode 1


Tundukkan Playboy Itu Full Episode 2


Tundukkan Playboy Itu Full Episode 3


Tundukkan Playboy Itu Full Episode 4


Tundukkan Playboy Itu Full Episode 5


Tundukkan Playboy Itu Full Episode 6


Tundukkan Playboy Itu Full Episode 7


Tundukkan Playboy Itu Full Episode 8


Tundukkan Playboy Itu Full Episode 9


Tundukkan Playboy Itu Full Episode 10


Tundukkan Playboy Itu Full Episode 11


Tundukkan Playboy Itu Full Episode 12


Tundukkan Playboy Itu Full Episode 13


Tundukkan Playboy Itu Full Episode 14


Tundukkan Playboy Itu Full Episode 15


Tundukkan Playboy Itu Full Episode 16


Tundukkan Playboy Itu Full Episode 17


Tundukkan Playboy Itu Full Episode 18


Tundukkan Playboy Itu Full Episode 19


Tundukkan Playboy Itu Full Episode 20


Tundukkan Playboy Itu Full Episode 21


Tundukkan Playboy Itu Full Episode 22


Tundukkan Playboy Itu Full Episode 23


Tundukkan Playboy Itu Full Episode 24


Tundukkan Playboy Itu Full Episode 25


Tundukkan Playboy Itu Full Episode 26


Tundukkan Playboy Itu Full Episode 27


Tundukkan Playboy Itu Full Episode 28


Tundukkan Playboy Itu Full Episode 29


Tundukkan Playboy Itu Full Episode 30 - Akhir 



Itulah dia sebahagian dari info termasuk sinopis dan video penuh untuk drama Tundukkan Playboy Itu secara Full Episode dari 1 hingga 30 (Akhir). 

Benar-benar suka dengan drama melayu Malaysia, bolehlah sertai group FB Suka Drama Malaysia untuk dapatkan link-link tontonan drama baru dan lama yang lain. 


Selamat Menonton!! 








Terima kasih kerana membaca. Apa pendapat anda tentang artikel ini? Jemput komen di bawah.