Resepi Corn Dog Mozzarella Mudah Sedap & Cara Buat Step By Step | Bila sebut tentang corn dog, anak-anak yang paling teruja sekali. Tak hanya anak-anak, daku sendiri suka dengan rasa corn dog cheese ini. Cuma nak membelinya tu, boleh tahan mahal juga harganya. Lagi-lagi kalau punya anak ramai macam daku kat rumah ni. Sekali beli mau terbang melayang berpuluh ringgit. Lagi-lagi kalau seorang nak makan lebih dari sebatang! Makanan sedaplah begitulah.

Oleh itu, salah satu cara untuk jimat adalah dengan membuat sendiri corn dog ini di rumah. Lebih jimat dan boleh makan dengan sepuas-puasnya. Lagi pula memang ada banyak resepi corn dog mozarella homemade ini yang dikongsikan. Nak dengan tak nak buat je! 

Antara resepi corn dog cheese yang daku jumpa melalui Google Search adalah resepi corn dog guna tepung bestari dan adabi, resepi corn dog guna yis, resepi corn god guna tepung roti, kentang dan lain-lain. 
Resepi Corn Dog Mozzarella

Daku turut melihat resepi corn dog yang di buat oleh khairul aming, che nom dan azlina ina. Tak dinafikan resepi corn dog yang mereka buat menarik juga. Tapi dalam banyak-banyak resepi corn dog yang ku jumpa, resepi corn dog cheese mozarella di bawah ini paling menarik perhatian. 

Resepi corn dog mozzarella ini dikongsikan oleh Yaya Bazli menerusi akaun group Facebook Masak Apa Hari Ni (MAHN) DI SINI. Dan apa yang membuatkan daku tertarik untuk mencuba resepi ini disebabkan bahan-bahannya. Melihat pada bahan yang diperlukan untuk resepi corn dog ini, eh taklah susah sangat pun! Beliau turut sertakan cara memasak resepi corn dog ini step by step guna video.

Bahan-bahan yang diperlukan untuk masak resepi corn dog mozarella ini adalah :
  • 1 cawan tepung gandum
  • 2 sk gula
  • 1 sk garam
  • 1 sk baking powder
  • susu segar (agak-agak untuk bancuhan)
  • 1 biji telur
  • mozzarella block
  • serbuk roti

Cara Memasak Resepi Corn Dog Cheese Mozarella

1. Potong keju mozzarella secara panjang-panjang, kemudian cucukkan separuh hotdog bersama mozeralla dengan menggunakan lidi (rujuk gambar)

resepi corn dog homemade

2. Selepas itu, bancuh semua bahan lain yang ada sehingga menjadi satu adunan pekat dan MESTI sejukkan dulu adunan tersebut sekurang-kurangnya  selama 15 ke 20minit di dalam peti sejuk sebelum proses berikutnya.


3. Selepas keluarkan adunan tadi di dalam peti sejuk, sekarang bolehlah dicelupkan mozzarella dan hotdog tadi di dalam adunan. Setelah itu salutkan dengan serbuk roti. 

Proses celup ke dalam adunan dan serbuk roti ini hendaklah dilakukan sebanyak 2X supaya cheese tersebut tidak keluar masa menggoreng.


4. Selesai proses itu semua, simpan sekejap di dalam peti pada bahagian freezer (lebih kurang 10 minit) dan setelah itu bolehlah mula menggoreng dengan api sederhana. 


5. Sudah siap, boleh diletakkan  sos cili, sos tomato, mustard atau mayonis mengikut kehendak selera masing-masing. 


Itulah dia resepi corn dog cheese mozarella secara home made yang boleh di cuba oleh sesiapa saja. Bagiku, resepi corn dog keju ini taklah sesusah mana dan bahan yang perlu disediakan pula tidaklah terlalu leceh.

Lepas ni bolehlah makan corndog cheese mozarella viral ni dengan famili. Lagi best bila makan keju yang di tarik tu susah nak putus! Hehe. Akhir kata, terima kasih banyak-banyak pada puan empunya resepi corn dog viral yang mudah dan nampak sedap ini.

Alhamdulillah sekarang dah tahu bagaimana untuk buat corndog step by step dan tak sabar rasanya untuk cuba buat sendiri di rumah nanti. Mesti anak-anak ikut terkejut bila melihat mama mereka dah pandai masak corndog sendiri di rumah.







Terima kasih kerana membaca. Apa pendapat anda tentang artikel ini? Jemput komen di bawah.