Resepi Nasi Kukus Ayam Berempah Yang Lengkap - Sedap Macam Makan Kat Kedai | Nasi kukus ayam berempah merupakan salah satu menu kegemaran daku satu family. Kalau makan nasi kukus ayam berempah ni empat hari seminggu pun tak apa! Tapi mestilah nasi, ayam dan kuahnya tu sedap dan serasi. 

Disebabkan suka sangat makan, maka daku ambil keputusan untuk cuba buat sendiri. Manalah tahu kot kot menjadi. Dan dalam banyak-banyak resepi nasi kukus ayam goreng rempah yang daku jumpa, resipi nasi kukus ayam berempah di bawah ini agak menarik. Ini kerana ia lengkap dengan kuah dan sambal belacannya sekali. Lengkap gitu!

Resepi Nasi Kukus Ayam Berempah Yang Lengkap

So bagi sesiapa yang berminat dengan dengan resepi Nasi Kukus Ayam Berempah , bolelah cuba masak ikut full set resepi nasi kukus ayam berempah yang akan dikongsikan ini. 

Nanti bila dah masak resepi nasi kukus ayam berempah ini, bolehlah makan puas-puas dengan keluarga. Apalagi dengan kuah dan sambal yang boleh menambah cita rasa untuk makan dengan lebih rasa sedap.

Ohya, bila sebut tentang resepi NASI KUKUS (Steamed Rice) ini teringat pula pada nasi kukus kak wok. Kat Kelantan ni sendiri, banyak jugalah kedai yang menjual menu nasi kukus kak wok. Dan rasanya resepi Nasi Kukus Ayam Goreng Rempah ni macam lebih kurang je untuk resipi nasi kukus kak wok. Cuma lain orang lain citarasa jadi mungkin ada part mana-mana yang membezakannya.

Gambar nasi kukus ayam goreng berempah yang menyelerakan. 

Resepi Nasi Kukus Ayam Berempah
Sumber: Facebook/Wafie Nasi Kukus Ayam Goreng

Tak nak tulis lebih panjang, inilah dia resepi nasi kukus ayam goreng berempah full set dengan kuah dan sambal belacan untuk kita cuba masak bersama-sama. 

Resepi Nasi Kukus Ayam Goreng Berempah dan Kuah

A) Nasi Kukus

Bahan-Bahan

4 cawan beras
3 cawan air
2 helai daun pandan - simpul

Cara Memasak Nasi Kukus

#1: cuci bersih beras kemudian rendam sekejap dan toskan. selepas tu didihkan air dalam dalam pengukus dan masukan daun pandan simpul agar rasanya lebih sedap.
#2: kukus beras selama kurang lebih 25 menit atau samapi beras dah sepraruh masak. selepas itu keluarkan beras dari dalam pengukus dan rendam beras dengan air sehingga air rendaman menjadi sejuk (agar lebih cepat sejuk tukar selalu air rendaman )
#3: kukus kembali beras tadi selama 10 - 15 minit sahaja. selanjutnya, keluarkan beras dan gaul dengan air 3 cawan dan biar sampai air tersebut menyerap masuk ke dalam beras.
#4: kukus kembali hingga nasi masak selama 15 minit. dan nasi kukus dah siap sekarang kita memasak yang lain.

B) Ayam Goreng Berempah

Bahan Perap :

6 ketul ayam - perasakan dengan garam dan kunyit
1 sudu besar serbuk kari daging
1 sudu kecil serbuk jintan manis
1 sudu kecil paprika
1 sudu kecil serbuk ketumbar
1/2 sudu kecil serbuk jintan putih
sedikit oregano (xboh pun xpe)
minyak untuk menggoreng
Bahan Kisar
6 cm halia muda - kisar
4 ulas bawang merah - kisar
3 batang serai - kisar
3 ulas bawang putih - kisar

Cara Memasak Ayam Goreng Berempah

#1: gaul ayam dengan semua bahan perap tadi kecuali minya sahaja. selepas itu masukan bahan kisar dan gaul sebati
#2: perap ayam tadi selama 1 jam tapi lebih lama lagi sedap. kemudian goreng ayam perap dengan api sederhana.

C) Kuah Kari

Bahan-Bahan :

2 biji bawang besar
2 sudu besar cili kisar
2 tangkai daun kari
5 biji tomato
1 cm kunyit hidup
1 peket rempah kari
1 keping asam keping
potongan kecil ayam 1 mangkuk (boleh guna tulang ayam)
1 kuntum bunga lawang
stok daging ayam lebih kurang 2 liter
garam dan gula secukup rasa
minyak untuk menumis
1 batang kulit kayu manis

Cara Membuat Kuah Kari :

#1: kisar kunyi hidup, tomato, dan bawang besar menggunakan pengisar makanan dan campurkan sebagahagian hasil kisaran dengan kuah kari.
#2: panaskan minyak dalam periuk dan tumis bunga lawang, daun kari, dan kayu manis dan masukan campuran rempah kari dan masak hingga garing. selepas itu masukan cili kisar.
#3: masukan lebihan kisaran tomato dan bawang tadi dan masak hingga garing. kemudian masukan stok daging dan masak sehingga mendidih. masukan garam, gula, asam keping, dan ayam. masak sehingga mendidih dan sedikit pekat. terakhir perasakan secukupnya

D) Sambal Belacan

Bahan-Bahan :

4 biji bawang merah
3 biji cili merah
1 inci belacan
3 ulas bawang putih
garam dan gula secubit
perhan jus limau kasturi
setengah genggam ikan bilis
2 sudu minyak
10 biji cili padi

Cara Membuat Sambal Belacan

#1: belah cili padi menjadi 2 bahagian agar saat digoreng tidak meletup dan potong bawang
#2: panaskan minyak dalam kuali dan masukan ikan bilis, cili padi, dan bawang dan goreng selama 5 minit atau hingga layu je.
#3: angkat dan masukan dalam lesung. tambahkan dengan limau kasturi yang telah dipotong-potong, sedikit gula dan garam. selepas tu tumbuk semua bahan tadi di dalam lensung.
#4: Terakhir sekali, hidangkan sebagai pencicah ngan ulam-ulaman atau ngan ikan masin dan sayur bening.

Itulah dia bahan dan cara-cara untuk masak mengikut resepi nasi kukus ayam goreng berempah, kuah dan sambal belacan yang boleh kita cuba. Terima kasih banyak untuk tuan empunya resepi dan rasanya dengan berpandukan resipi ini, besar kemungkinan daku boleh buat sendiri Nasi Kukus Ayam Goreng Berempah ini di rumah nanti, InshaAllah. 

Semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat pada yang lain. 

Jom Masak! Selamat Mencuba! Selamat Menjamu Selera!

Credits : Khazanah Koleksi Resepi Blog 








Terima kasih kerana membaca. Apa pendapat anda tentang artikel ini? Jemput komen di bawah.