Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Tonton Drama Suamiku Paling Sweet Full Episode 01 Hingga Akhir

 Tonton Drama Suamiku Paling Sweet Full Episode 01 Hingga Akhir | Suamiku Paling Sweet merupakan salah sebuah drama telah bersiaran di TV3 suatu ketika dulu. Suamiku Paling Sweet ini merupakan sebuah adaptasi drama dari novel dengan 40 Bab (kalau tak silap). Novel Suamiku Paling Sweet karya tulisan Anjell. Bab-bab novel Suamiku Paling Sweet ini juga ada dikongsikan secara online.

Suamiku Paling Sweet Full Episode

Bagi yang berminat untuk baca novel Suamiku Paling Sweet ini dari satu bab ke satu bab yang lain, bolehlah baca di wattpad ataupun secara terus di blog si penulis (Anjell). Tapi ia hanya dikongsikan dari Bab 1 hingga Bab 28 saja, kalau nak bacaan penuh kenalah beli sebuah novel secara terus untuk di baca. 

About Suamiku Paling Sweet ini juga, ia merupakan sebuah drama sweet romantic yang memaparkan tentang kisah percintaan dengan tontonan sebanyak 28 episode kesemuanya. Dan di dalam artikel ini akan dikongsikan link tontonan dari episode 1 hingga episode 28 (akhir). 

suamiku paling sweet ep 1 hingga akhir

Info Dan Sinopsis Penuh Suamiku Paling Sweet 


JUDUL : SUAMIKU PALING SWEET
EPISOD : 28 episod
TARIKH TAYANGAN : 13 Februari 2016
HARI / MASA : Isnin hingga Khamis, 6.58 petang
SIARAN : Slot Akasia TV3
SKRIP : Mufid Suhaimi
PENGARAH : Zul Huzaimy Marzuki
TERBITAN : Primeworks Studios



WATAK PELAKON

Mawar Rashid sebagai Qisya Iriz
Syafiq Kyle sebagai Izz Haikal
Nik Adam Mika sebagai Hafiey
Liza Abdullah sebagi Puan Fatimah
Natasya Mahyan sebagai Maya
Fazren Rafi sebagai Qairul
Aedy Ashraf sebagai Hakimi
Lia Natalia sebagai Deena
Fazlina Ahmad Daud sebagai Puan Sanisah
Manan sebagai Manaf
Amirul Faqeem sebagai Ikram
Khairul Bahri sebagai Khalid
Chomel Farhana sebagai Shuk
Remy Maghrib sebagai Danny
Elvina Mohamad sebagai Hanna
Aida Othman sebagai Hanum
Zulkifli Salleh sebagai Pak Tam 


SINOPSIS SUAMIKU PALING SWEET


Mengisahkan Qisya Iriz (Mawar Rashid), graduan universiti yang terpaksa menjadi pengasuh sementara Hafiey (Adik Nik Adam Mika), iaitu cucu kepada kawan ibunya, Puan Fathma (Liza Abdullah). Pengasuh-pengasuh sebelum ini memang tidak dapat bertahan dengan sikap nakal Hafiey itu. Qisya menerima cadangan ibunya kerana ia hanya untuk sementara waktu. Apabila Qisya yang keras kepala bertemu dengan Hafiey, memang akan berlakunya kekecohan.

Kedua-dua ibu bapa Hafiey telah meninggal dunia dalam suatu kemalangan. Disebabkan itu, Hafiey menganggap bapa saudaranya Izz Haikal (Syafiq Kyle) sebagai ayah kandungnya sendiri. Izz sanggup melakukan apa sahaja demi kebahagiaan Hafiey. Selepas bertemu dengan pengasuh Hafiey, hati Izz dan Qisya sering berdebar. Namun mereka tidak ambil peduli tentang maksud sebenar di sebalik debaran hati tersebut sehinggalah terjadi sebuah peristiwa yang mengubah nasib hidup mereka berdua.

Qisya dipaksa untuk menjadi isteri kepada Izz Haikal pada usia yang muda. Pelbagai emosi mula mengaburi hati Qisya. Dia terkejut, marah, dan benci. Qisya langsung tidak dapat menerima kenyataan yang dia bakal berkahwin. Malahan dia juga tidak bersedia untuk menjalankan tanggungjawab sebagai seorang ibu kepada Hafiey. Dia juga tertanya-tanya adakah ini merupakan perangkap Izz Haikal untuk bersama dengannya.

Qisya mula memberontak sehingga dia sanggup meninggalkan Izz Haikal dan Hafiey walaupun sudah bernikah. Izz berasa sedih tetapi dia memahami perasaan isterinya. Malahan, dia kerap memujuk dan memberikan ruang kepada Qisya untuk mencari ketenangan diri.

Izz tidak pernah berhenti memujuk isterinya. Akhirnya, Qisya lembut hati dan kembali ke pangkuan Izz dan Hafiey. Qisya telah meletakkan syarat bahawa tiada sesiapa pun akan mengungkit peristiwa dan sebab mereka berdua terpaksa berkahwin. Namun, peristiwa hitam yang tidak mahu diingati Qisya itu diungkit. Kali ini, Qisya nekad meninggalkan suaminya dan Hafiey walaupun dia sedang hamil. Adakah sangkaan Qisya bahawa perkahwinan ini ialah perangkap Izz itu adalah benar?

suamiku paling sweet ep 1 hingga akhir

Tonton Online Drama Suamiku Paling Sweet Full Episode

Drama Suamiku Paling Sweet Episode 1 

Drama Suamiku Paling Sweet Episode 2

Drama Suamiku Paling Sweet Episode 3

Drama Suamiku Paling Sweet Episode 4

Drama Suamiku Paling Sweet Episode 5

Drama Suamiku Paling Sweet Episode 6

Drama Suamiku Paling Sweet Episode 7

Drama Suamiku Paling Sweet Episode 8

Drama Suamiku Paling Sweet Episode 9

Drama Suamiku Paling Sweet Episode 10

Drama Suamiku Paling Sweet Episode 11

Drama Suamiku Paling Sweet Episode 12

Drama Suamiku Paling Sweet Episode 13

Drama Suamiku Paling Sweet Episode 14

Drama Suamiku Paling Sweet Episode 15

Drama Suamiku Paling Sweet Episode 16

Drama Suamiku Paling Sweet Episode 17

Drama Suamiku Paling Sweet Episode 18

Drama Suamiku Paling Sweet Episode 19

Drama Suamiku Paling Sweet Episode 20

Drama Suamiku Paling Sweet Episode 21

Drama Suamiku Paling Sweet Episode 22

Drama Suamiku Paling Sweet Episode 23

Drama Suamiku Paling Sweet Episode 24

Drama Suamiku Paling Sweet Episode 25

Drama Suamiku Paling Sweet Episode 26

Drama Suamiku Paling Sweet Episode 27

Drama Suamiku Paling Sweet Episode 28 - Akhir 


Itulah dia info mengenai novel dan drama Suamiku Paling Sweet yang boleh di baca dan di tonton secara online dari episode 1 hingga episode akhir. Bagi yang berminat bolehlah saksikan drama ini dan bagi yang lebih gemar membaca melalui novel, boleh cuba dapatkan di pasaran. 


Post a Comment for "Tonton Drama Suamiku Paling Sweet Full Episode 01 Hingga Akhir "