Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Tonton Drama Suri Hati Mr Pilot Full Episode 1 Hingga Akhir

Tonton Online Drama Suri Hati Mr Pilot Full Episode 1 Hingga Akhir | Sudah beberapa tahun berlalu tetapi watak Ejaz dan Warda lakonan Fattah Amin dan Neelofa di dalam drama Suri Hati MrPilot telah memberikan kesan yang agak mendalam di hati para pencinta drama melayu Malaysia hinggakan masih ramai yang terus menontonnya secara berulang kali. 

Drama Suri Hati Mr.Pilot ini telah muncul di kaca televisyen sekitar tahun 2016 yang lalu, kalau tak silap seiring dengan cerita Isteri Sepenuh Masa. Tapi tak mengapa kerana walau sudah beberapa tahun berlalu, episod-episod penuh untuk drama Suri Hati Mr Pilot ini masih boleh ditonton dari episod 1 hingga ke episod akhir secara online. 

Suri Hati Mr Pilot Full Episode

Bagi anda yang ingin menonton kembali episod-episod untuk drama Suri Hati Mr.Pilot ini, di sini akan dikongsikan info, sinopsis penuh, drama pelakon dan juga link tontonan untuk full episod dari awal hingga akhir. Ohya, drama Suri Hati Mr.Pilot ini turut ada sinambungannya untuk versi Raya juga. 

Info Suri Hati Mr Pilot 

Suri Hati MrPilot is a drama that aired in MegaDrama slot in Malaysia with 16 episode in total. Suri Hati MrPilot ketika itu merupakan sebuah drama yang ditayangkan di slot drama Isnin hingga Khamis pada jam 10 malam melalui saluran Astro Ria 104 dan Ria HD 123. Drama ini ialah adaptasi sebuah novel karya Dyla Dyna dengan judul yang sama terbitan Kaki Novel.  

Skrip untuk drama Suri Hati Mr.Pilot ini oleh Fairul Nizam Ablah dan Mamu Vies. Pengarahnya adalah Michael Ang dan Hadith Omar dan drama ini merupakan terbitan Cube Film Sdn Bhd. 

Dan dari awal hingga akhir, bermula dari episode 1, episode 2, episode 3, episode 4 dan episode 5, drama ini benar-benar mendapat sambutan yang sangat hangat hingga boleh dianggap trending! Buktinya penonton terus menunggu dan memberi sambutan tontonan yang ramai untuk episode 8 hinggalah ke minggu akhir untuk episode 15 dan episode 16. 

Suri Hati Mr Pilot Full Episode

Senarai Pelakon & Watak Drama Suri Hati Mr Pilot 

Drama Suri Hati Mr Pilot ini mengandingkan Neelofa dan Fattah Amin sebagai teraju utama dan ianya turut membawakan nama-nama besar pelakon lain untuk sama-sama menjayakannya. Antara nama pelakon-pelakon tersebut adalah :

Fattah Amin sebagai Ejaz Fakhri
Neelofa sebagai Warda Erina
Ben Amir sebagai Dr muslim
Azar Azmi sebagai Humaira
Nina Juren sebagai Puan Sri Nabiha
Aleza Shadan sebagai Datin Afifah
Eleena Sui sebagai Inara
Alvin Chong sebagai Johan
Fahad Iman sebagai Rafeeq
Adriana Adnan sebagai Jannah
Azhar Amir sebagai Tan Sri Khalid Al-Fattah
Mas Khan sebagai Daniel
Eina Azman sebagai Dr Khairina
Adrianna Qasmia sebagai Qisha

Sinopsis Penuh Suri Hati Mr Pilot 

Suri Hati Mr Pilot Full Episode

Suri Hati Mr Pilot mengisahkan tentang pertemuan antara Ejaz (Fattah Amin), Mr. Pilot dan Warda (Neelofa) yang membuka semula lembaran kisah dua tahun lalu. Peristiwa yang menyebabkan Warda dibuang keluarga atas kebodohan sendiri yang terlalu taksub dengan cinta Muslim. Getar yang hadir buat jiwa Warda dan Ejaz kalut sendiri. Ejaz diasak cemburu dengan kehadiran Daniel Sein yang turut menyimpan perasaan istimewa pada Warda. Akhirnya dia nekad untuk mengahwini Warda. 

Perkahwinan yang terbina mula menimbulkan bibit cinta di hati mereka. Namun tika bahagia berada di puncak, Muslim kembali menuntut cinta. Inara mula menyusun rencana. Ejaz mula diburu curiga. Hubungan yang retak menanti belah akhirnya runtuh saat satu kemalangan menimpa Ejaz dan meragut pergi semua impian dan cintanya buat Warda dan dunia penerbangan.

Tonton Drama Suri Hati Mr Pilot Full Episode 1 Hingga Akhir 

Tonton Drama Suri Hati Mr Pilot Episode 1 

Link Tonton Drama Suri Hati Mr Pilot Episode 2

Link Tonton Drama Suri Hati Mr Pilot Episode 3 (part 1)

Link Tonton Drama Suri Hati Mr Pilot Episode 3 (part 2)

Link Tonton Drama Suri Hati Mr Pilot Episode 4

Link Tonton Drama Suri Hati Mr Pilot Episode 5

Link Tonton Drama Suri Hati Mr Pilot Episode 6

Link Tonton Drama Suri Hati Mr Pilot Episode 7

Link Tonton Drama Suri Hati Mr Pilot Episode 8

Link Tonton Drama Suri Hati Mr Pilot Episode 9

Link Tonton Drama Suri Hati Mr Pilot Episode 10

Link Tonton Drama Suri Hati Mr Pilot Episode 11

Link Tonton Drama Suri Hati Mr Pilot Episode 12

Link Tonton Drama Suri Hati Mr Pilot Episode 13

Link Tonton Drama Suri Hati Mr Pilot Episode 14

Link Tonton Drama Suri Hati Mr Pilot Episode 15

Link Tonton Drama Suri Hati Mr Pilot Episode 16 - Akhir 

Tonton Drama Suri Hati Mr Pilot Raya - Special 


Itulah dia info, sinopsis penuh dan link-link untuk tontonan online untuk drama Suri Hati Mr.Pilot ini. Bagi yang sudah menonton dan ingin saksikannya kembali, atau mungkin sama sekali belum tonton drama ini sepenuhnya lagi, bolehlah tonton semula secara full episode dari episod 1 hingga akhir. 

Benar-benar suka dengan drama melayu Malaysia, bolehlah sertai group FB Suka Drama Malaysia untuk dapatkan link-link tontonan drama baru dan lama yang lain. 


Selamat Menonton!! 

2 comments for "Tonton Drama Suri Hati Mr Pilot Full Episode 1 Hingga Akhir "

  1. wow! macam best. tak tahu sama sebijik tak cerita macam dalam novel. novel tu best sangat

    ReplyDelete
  2. teringat pula kisah dorangπŸ˜… btw minat sgt neelofa nii

    ReplyDelete