125 Latihan Kawalan PENSEL, Buku Menarik Sesuai Dengan Usia Kasih Sufi 3 Tahun
125 Latihan Kawalan PENSEL, Buku Menarik Sesuai Dengan Usia Kasih Sufi 3 Tahun | Sebagai seorang ibu sudah tentu daku mahukan semua anak-anak mendapat tahap pendidikan yang bagus. Mudah cakap, ibubapa mana tak nak lihat anak-anak menjadi pandai kan? Sebolehnya mahu berikan pendidikan yang terbaik setahap yang mampu untuk semua anak-anak.
Jika anak-anak tak mampu berjaya selepas mencuba, itu tak mengapa. Sama sekali tak akan salahkan mereka, yang penting segala usaha telah dilakukan. Begitu juga dengan Kasih Sufi.
Melalui artikel ini daku akan kongsikan tentang pengalamanku sebagai seorang ibu dalam mendidik anak sejak usia mereka masih kecil termasuklah tentang buku 125 Latihan Kawalan PENSEL yang telah daku berikan pada Kasih Sufi baru-baru ini.
Ajar Kasih Bermula Dari Soft Toys Hingga Ke Video Pembelajaran di Youtube
Walaupun Kasih Sufi baru berusia 3 tahun (lahir pada 05.12.2017), namun daku dah mula pupuk rasa minat belajar semenjak Kasih masih bayi lagi. Buktinya semasa beliau masih kecil daku belikan Kasih soft book for baby. Walaupun Kasih tak mampu nak sebut tapi daku tetap tunjuk semua objek sambil menyebutnya satu persatu. Ini termasuklah perkenalkan ahli keluarga dan anggota badannya.
Setelah Kasih berusia 1 tahun lebih, daku mula ajar Kasih dengan menggunakan video pembelajaran awal kanak-kanak dari Youtube. Daku buka channel lagu nursery dan akan mula nyanyi bersama Kasih (macam di taska). Dalam masa yang sama daku tetap juga ajar Kasih doa ringkas harian semasa sedang melakukan sesuatu.
Sebagai contoh ketika makan (baca doa makan dulu), ketika nak tidur (baca doa tidur) dan sebagainya. Walaupun masih 'pelat', setidaknya Kasih mahu ikut sebut tatkala di minta berbuat demikian. Setelah usia Kasih menginjak 2 tahun, daku mulakan dengan alphabet termasuk nombor. Antara channel Youtube yang Kasih sudah biasa tengok dan suka hingga adalah ChuChu TV, Numberblocks dan Baby Bus.
Hasilnya sekarang alhamdullillah Kasih semakin kenal objek disekeliling dan juga benda-benda lain termasuk nama anggota tubuh, nama haiwan, nama makanan dan sebagainya.
Usia 3 Tahun, Kasih Perlu Diajar Cara Pegang Pensel Dengan Betul
Untuk meneruskan aktiviti pendidikan awal kanak-kanak, daku mula fikirkan apakah yang perlu daku buat untuk terus mengajar Kasih. Dengan usia Kasih yang sudah menginjak usia 3 tahun ini, daku sedar Kasih perlu terus di ajar dengan bahan pendidikan kanak-kanak yang sesuai dengan usianya pada masa ini.
Pucuk di cita ulam mendatang, tatkala blogger Siti Rohaida beritahu nak hadiahkan Kasih dengan buku sempena birthdaynya tak lama lagi, daku terus rasa excited. Lagipula buku yang Eda nak hadiahkan ini bukannya sembarangan. Buku yang dimaksudkan semestinya 125 Latihan Kawalan PENSEL.
Bukan main excited Kasih Sufi saat diberikan bungkusan parcel yang dihantar oleh aunty Eda padanya. Siap nak unboxing sendiri, tapi akhirnya kena minta tolong mama juga untuk buka bungkusan tu. =D
Disebabkan itu, ketika usia Kasih sudah menginjak 3 tahun ini, daku nekad untuk kembali kenalkan Kasih dengan cara pegang pensel menggunakan kaedah yang betul.
Saat Kasih sedang membelek buku ini helaian demi helaian secara sepintas lalu, daku terus tertarik pada bahagian biodata penulis untuk buku 125 Latihan Kawalan PENSEL.
Biodata Penulis : Dr Mahani Razali (Pakar Pendidikan Kanak-Kanak)
Biodata Dr Mahani Razali (Sumber Google)
Dr Mahani Razali merupakan seorang pensyarah kanak di Jabatan Pendidikan Awal Kanak-Kanak, Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjung Malim, Perak. Memperolehi Ijazah Kedoktoran dari University of Glasgow, UK dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak. Bidang kepakaran beliau ialah perkembangan sosial kanak-kanak, pengurusan tingkah laku kanak-kanak dan kemahiran berfikir kanak-kanak.
Beliau banyak melibatkan diri dalam perundingan, ceramah dan kursus yang berkaitan dengan pendidikan awal kanak-kanak. Beliau juga merupakan penulis kepada Psikologi Pendidikan: Pendekatan Kontemporari (2002), Psikologi Pendidikan : Satu Panduan (2004), Interaksi Sosial Awal Kanak-Kanak (2007) dan Perkembangan Sosial Emosi Kanak-kanak (2008).
Beliau juga terlibat dalam memberikan latihan kepada pendidik PERMATA NEGARA serta terlibat dalam Penyelidikan Program PERMATA NEGARA 2006-2011. Kini beliau banyak member ceramah berhubung dengan kemahiran berfikir dalam kalangan kanak-kanak.
Reaksi Kasih Sufi Saat Mula Melihat Buku 125 Latihan Kawalan PENSEL Buat Kali Pertama
Antara Ciri-Ciri & Kelebihan Buku 125 Latihan Kawalan PENSEL Yang Ku Suka
#1 - Saiz Yang Sesuai Dengan Anak
Buku ini bersaiz A4. Agak besar dan sesuai dengan anak-anak kerana gambar di dalamnya turut diprint dalam saiz yang kena dengan tahap penerimaan kanak-kanak di usia yang awal seperti Kasih Sufi.
#2 - Berharga RM20 Dengan 136 M/S
Mempunyai 136 Muka surat dengan harga RM20 untuk dibeli, bagiku ianya tidak mahal mana jika nak dibandingkan dengan isi kandungan dan tujaannya. Buku latihan kawalan pensel dibeli untuk latih anak-ank menulis dan pegang pensel, sememangnya sangat berguna untuk anak-anak seperti Kasih.
#3 - Penuh Dengan Pelbagai Latihan Yang Menarik
Latihan di dalam buku ini banyak menggunakan arahan mudah dengan cara latihan pegang pensel pada peringkat permulaan. Bermula dengan garisan panjang putus-putus, garisan lurus dan bengkang bengkok, seterusnya ada pula sambung titik dan lain-lain lagi. Susunan latihan kerja daku boleh nampak dengan jelas yang ianya diletakkan tahap demi tahap sesuai dengan tujuan untuk bantu melatih kawalan pegang pensel pada anak.
#4 - Berwarna Warni Dengan Gambar Yang Pelbagai
Isi kandungannya berwarna warni dengan gambar yang menarik. Sambil belajar pegang pensel boleh juga belajar kenal nama-nama objek di dalamnya. Ada hidupan laut, ada bunga, ada makanan, pelbagai karakter kartun dan bermacam-macam lagi.
Buku 125 Latihan Kawalan PENSEL Berjaya Menarik Perhatian Kasih Untuk Belajar
Nampaknya buku 125 Latihan Kawalan Pensel oleh Dr. Mahani ini benar-benar telah berjaya menari perhatian Kasih Sufi untuk belajar. Tak sabar pula rasanya untuk lihat Kasih boleh pegang pensil dengan betul. Bila dah mula pegang pensel dengan betul, dapatlah mula di ajar cara untuk menulis ABC dan nombor.
Bila melihat Kasih khusyuk dengan buku latihan yang sesuai dengan usia 3 tahunnya ini, secara tak langsung rasa berminat pula dengan buku-buku oleh Dr. Mahani Razali yang lain. Banyak juga buku yang dihasilkan oleh Dr. Mahani Razali ini sebenarnya.
Secara tak langsung daku amat berterima kasih pada Dr.Mahani Razali kerana menghasilkan buku latihan yang dinamakan aktiviti kawalan pensel bagi membantu anak anak dapat memegang pensil dengan betul ini. Terima kasih juga pada syarikat penerbitan yang telah menerbitkan buku ini dengan bahan yang berkualiti.
Video Kasih Sufi Belajar Bersama Mama Abah Dengan Buku 125 Latihan Kawalan Pensel
Boleh Juga Dapatkan Bunting Untuk Belajar Darab Dengan Harga RM8
Tidak hanya setakat buku latihan cara pegang pensel mengikut step dengan tajuk 125 Latihan Kawalan PENSEL ini saja yang Eda berikan, malah Eda tururt hadiahkan sekali bunting nombor untuk anak belajar aktiviti darab. Bunting ini bolehlah diberikan pada Muqri yang memang sangat suka untuk belajar matematik.
Kasih Sudah Mula Lakukan Aktiviti Untuk Belajar Pegang Pensel Sekarang
Akhir sekali tak lupa ucapan terima kasih yang amat amat sangat pada Siti Rohaida kerana sudi memberikan hadiah hari lahir dalam bentuk buku latihan sebegini pada Kasih. Patutlah di tanya umur Kasih berapa? Rupanya nak beri buku latihan memegang pensel untuk kanak-kanak begini pada Kasih.
Bagi sesiapa yang berminat untuk dapatkan buku latihan awal untuk kanak-kanak seusia 3 tahun seperti Kasih ini, bolehlah hubungi detail di bawah ini.
FACEBOOK : MY LITTO KIDS SHOP
WHATSAPP : 01127390866
alhamdulillah awa, seronok sangat tengok kasih minat dengan buku.Ramai ibubapa yang menganggap membeli bahan pendidikan awal kanak-kanak ni merugikan sebab anak masih tak pandai itu dan ini.Tanggapan tu salah sama sekali.Sebab bila kita sediakan bahan-bahan macam ni, secara tak langsung menimbulkan minat mereka sejak dari awal usia lagi..thanks awa
ReplyDeleteSeronok pulak tengok buku besar nie... Rasa macam nak beli jugak tapi belajar untuk diri sendiri.. hihihi bleh tak gitu.. Semoga Kasih terus dapat belajar dan berminat dengan buku-buku demi masa depannya.. Bak kata pepatah, melentur buluh biar dari rebungnya..
ReplyDelete