Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

PKPB : Contoh Surat Kebenaran Rentas Daerah & Negeri Dari Majikan Untuk Berkerja

PKPB : Contoh Surat Kebenaran Rentas Daerah & Negeri Dari Majikan Untuk Berkerja | Bila mendapat berita Kelantan kena PKPB, terus timbul rasa resah pada suami. Daku tahu dia tengah pening kepala memikirkan bagaimana untuk keluar berkerja dalam keadaan PKPB ini. Tambahan pula lokasi kerjanya tak menentu berdasarkan projek yang perlu disiapkan mengikut arahan majikan. 

Mujurlah terlintas di fikiran tentang surat kebenaran rentas daerah dan negeri dari majikan untuk berkerja. Yelah, kan boleh rentas negeri dan daerah atas urusan kerja dengan syarat ada surat kebenaran dari majikan macam pemandu-pemandu lori tu. 

Contoh Surat Kebenaran Rentas Daerah & Negeri

Mujurlah pekerja-pekerja masih dibenarkan untuk merentas daerah atau negeri ni, kalau tak alamatnya suamiku terpaksa cuti tanpa gaji lagi seperti di awal PKP dulu. Susah juga tau bila suami tak dapat keluar berkerja, lagi-lagi perbelanjaan rumah kami agak tinggi dengan anak yang ramai ni. 

Suami pun terus call majikan dan alhamdulillah majikannya sendiri maklumkan boleh datang segera ke pejabat untuk dapatkan surat pelepasan berkerja untuk tujuan rentas daerah dan negeri ini. 

Saat lihat surat kebenaran untuk rentas daerah ketika PKPB ini, simple sangat je suratnya. Yang penting ada maklumat penting yang berkenaan dengan majikan tersebut. Apa yang lebih bagusnya, format Surat Kebenaran Majikan Untuk Rentas Daerah dan Negeri ini ada dikongsikan secara online. 

Di sini daku kongsikan sekali format Surat Kebenaran Majikan Untuk Rentas Daerah dan Negeri ini bagi memudahkan sesiapa yang sedang ingin mendapatkan surat kebenaran dari majikan untuk urusan kerja ini. 

Format Surat Pelepasan Bekerja dan Borang Permit Rentas Negeri (PDRM)

#1 - Contoh Surat Kebenaran Rentas Daerah & Negeri Dari Majikan Untuk Berkerja Semasa PKPB 


(Gunakan Letter Head Syarikat)

Nama :
No K/P :
Tarikh :

Kepada Pihak yang Berkenaan,
Tuan/Puan,

PERKARA : SURAT KEBENARAN PELEPASAN PERJALANAN KEPADA PEKERJA BERTUGAS DALAM TEMPOH PKPB COVID-19

Merujuk kepada perkara di atas adalah dengan ini pihak majikan mengesahkan bahawa penama di atas adalah pekerja syarikat kami yang bertugas di syarikat beralamat :
(_____Isikan alamat syarikat________)
2. Sehubungan dengan itu, pihak kami berharap jasa baik pihak pertugas Covid-19 untuk memberikan kebenaran dan pelepasan kepada pembawa surat ini untuk melaporkan diri bekerja bagi tempoh PKPB ini dilaksanakan.

3. Sekiranya terdapat sebarang kemusykilan atau pegesahan, sila hubungi pegawai kami dari Jabatan Sumber Manusia seperti senarai nama dibawah
Nama HR & Nombor Telefon :

Segala kerjasama dan perhatian daripada pihak tuan, terlebih dahulu diucapkan ribuan terima kasih.
Sekian.

Terima Kasih.
Yang Benar,

_______________________
(Cop & Nama Syarikat)
Nama :
Pengurus Bahagian Sumber Manusia

#2 - Muat Turun Borang Permit Rentas Daerah / Negeri PKPB (PDRM)

Ini pula rupa borang permit rentas daerah atau negeri semasa PKPB dari PDRM. Bagi sesiapa yang mempunyai urusan kecemasan dan perlu merentas negeri, boleh cetak dan isikan Permit Pergerakan Perintah Kawalan Bersyarat (PKPB) oleh PDRM di bawah ini. 
Contoh Surat Kebenaran Rentas Daerah & Negeri

Peniaga Boleh Mohon Surat Kebenaran Rentas Daerah & Negeri Di Balai Polis Terdekat 

Peniaga boleh juga mohon surat kebenaran keluar daerah atau rentas negeri ni kerana tidak memiliki surat kebenaran bekerja daripada majikan. Mana-mana pihak yang bekerja atau berniaga secara persendirian perlu memohon surat kebenaran di balai polis bagi proses pergerakan keluar daerah atau negeri ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB). 
Jika gagal berbuat demikian, kompaun RM1,000 boleh dikenakan kerana tidak memiliki surat kebenaran bekerja daripada majikan ini. 

Awas! Jangan Sesekali Salah Gunakan Surat Kebenaran Rentas Daerah & Negeri Ini 

Sebagai rakyat Malaysia kita semua kena saling peka dengan apa yang berlaku dan untuk contoh surat kebenaran rentas daerah dan negeri dari majikan untuk berkerja ini janganlah sesekali disalahgunakan. Manalah tahu, disebabkan ada surat kebenaran ini boleh pula pergi ke mana-mana tempat yang tidak ada kena mengena dengan pekerjaan yang sepatutnya.
PKPB ini bukan sengaja diadakan untuk menyusahkan rakyat sebaliknya ia bertujuan untuk membantu jaga keselamatan kita semua dengan lebih baik. Tidak kisahlah PKP di Kelantan, Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Sabah, Labuan atau di mana saja, setiap langkah SOP wajib dipatuhi. 
Semoga perkongsian contoh surat kebenaran berkerja dari majikan untuk urusan rentas daerah dan negeri ini dapat membantu sesiapa yang memerlukannya. Download gunakan contoh borang kebenaran dan download surat kebenaran permit rentas negeri PKPB di sini.

Sumber : https://harianpost.my/ 


7 comments for "PKPB : Contoh Surat Kebenaran Rentas Daerah & Negeri Dari Majikan Untuk Berkerja"

  1. Terbaik dan terima kasih atas perkongsian ini

    ReplyDelete
  2. Yang kerja kerajaan pun kena guna surat ni... Tapi dengan sokongan ketua jabatan... Kalau tak WFH je la kiter...

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh baru tau... terima kasih juga untuk info. maksudnya kerja kerajaan swasta sama2 leh guna.. alhamdulillah

      Delete
  3. semoga cepatlah habis PKP ni..haih

    ReplyDelete
  4. Kali ini, sistem pihak berkuasa lebih baik. Nak download surat rentas pun senang. Majikan pun dah tahu tindakan yang perlu dilakukan supaya kerja tak terhenti.

    ReplyDelete