Tonton Drama Perempuan Tanpa Dosa Full Episode 1 Hingga Akhir | Selesai tonton drama full episode 1 hingga akhit untuk Ryan Aralyn di TV3, hati tertarik dengan drama Perempuan Tanpa Dosa yang bersiaran di slot MegaDrama Astro Ria. Salah satu sebab kenapa tertarik untuk menonton drama Perempuan Tanpa Dosa ini adalah pada jalan ceritanya yang bagiku sangat berkaitan dengan kehidupan masyarakat kita di akhir zaman ini. 

Mungkin juga kerana itu, jumlah penonton untuk drama Perempuan Tanpa Dosa ini semakin hari semakin meningkat hinggakan daku sendiri jadi berminat untuk mencari full episode dari episod 1 hingga akhir untuk drama Perempuan Tanpa Dosa ini. Berkat pencarian, berjayalah juga mendapat link-link untuk episode drama Perempuan Tanpa Dosa untuk ditonton secara online. 

Perempuan Tanpa Dosa Full Episode


Info dan Pelakon Drama Perempuan Tanpa Dosa 

Drama Perempuan Tanpa Dosa mempunyai sebanyak 28 episode dan drama terbaru ini merupakan sebuah drama adaptasi novel Perempuan Tanpa Dosa karya Fatinilam Sari Ahmad. Drama Perempuan Tanpa Dosa ini merupakan lakonan Kamal Adli dan Uqasha Senrose yang bagiku kedua-duanya memang berbakat dalam dunia lakonan. 

Antara barisan pelakon untuk nama watak yang dipegang adalah :

Kamal Adli sebagai Rizal
Uqasha Senrose sebagai Lily
Uyaina Arshad sebagai Usu Sakinah
Yusuf Bahrin sebagai Rahman 
Hilal Azman sebagai Datuk Majid
Shaza Bae sebagai Yaya
Zac Zaky sebagai Eddie
Azza Elite sebagai Kak Shah

Sinopsis Penuh Drama Perempuan Tanpa Dosa Lakonan Kamal Adli & Uqasha 

Sinopsis drama dan novel untuk drama Perempuan Tanpa Dosa ini hampir sama saja. Drama Perempuan Tanpa Dosa ini mengisahkan tentang seorang perempuan bernama Lily yang telah terlanjur dengan teman lelakinya Eddie dan mengandung. 

Bagi menutup malu, Datuk Majid terpaksa mengahwinkan anak tunggalnya, Lily dengan Rizal dan Rizal hanya akan melepaskan Lily sebaik saja Lily selamat melahirkan anak yang dikandungnya. Sebagai imbuhan, Rizal meminta sejumlah wang dan dengan wang tersebut dia membina hidup di kampung halamannya. Saat perasaan sayang dan kasih Lily pada Rizal mula bercambah, Eddie datang semula untuk merebut kasih Lily dan juga anak di dalam kandungan. 

Walaupun pada mula, Lily tekad memilih untuk terus bersama Rizal tetapi perasaannya menjadi berbelah bagi tatkala dia mengetahui akan hubungan Rizal dengan Usu Sakinah. Lalu dia pergi membawa diri dan anaknya pulang ke Kuala Lumpur. Menyedari keadaan Lily dan Rizal, Usu Sakinah telah menguburkan harapannya terhadap Rizal lalu merima pinangan Rahman. 

Tika ketiadaan Lily, Rizal benar-benar merasa kehilangan dan kerinduan dan menyedari bahawa dia telah mula menyayangi Lily dan cuba memujuk Lily kembali ke pangkuannya. Berjayakah Rizal? Kenalah tonton drama Perempuan Tanpa Dosa full episode 1 hingga akhir nanti.

Perempuan Tanpa Dosa Full Episode

Link Drama Perempuan Tanpa Dosa Full Episode 1 Hingga Akhir 


Link Drama Perempuan Tanpa Dosa : Episode 21 - 28 

Link Drama Perempuan Tanpa Dosa Episode 21
Link Drama Perempuan Tanpa Dosa Episode 22
Link Drama Perempuan Tanpa Dosa Episode 23
Link Drama Perempuan Tanpa Dosa Episode 24
Link Drama Perempuan Tanpa Dosa Episode 25
Link Drama Perempuan Tanpa Dosa Episode 26
Link Drama Perempuan Tanpa Dosa Episode 27
Link Drama Perempuan Tanpa Dosa Episode 28 - Akhir 


Perempuan Tanpa Dosa Full Episode

Link video untuk tonton drama Perempuan Tanpa Dosa full episode 1 hingga akhir ini dikongsikan dari Gempak dan group di twitter, jadi jika ada masalah untuk klik pada link-link di atas, boleh terus ke website Gempak.com dan search drama perempuan dosa untuk episode 1 hingga 28 di sana.

Benar-benar suka dengan drama melayu Malaysia, bolehlah sertai >> group FB Suka Drama Malaysia << untuk dapatkan link-link tontonan drama baru dan lama yang lain. 

Selamat menonton!!  









Terima kasih kerana membaca. Apa pendapat anda tentang artikel ini? Jemput komen di bawah.