Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Drama Beri Sedikit Waktu Full Episode 1 Hingga Akhir

 Drama Beri Sedikit Waktu Full Episode 1 Hingga Akhir | Lepas satu, satu pula drama ditayangkan dSlot Samarinda TV3. Bagi peminat drama melayu Malaysia pastinya tak sabar untuk tonton drama terbaru di TV3 ini. Dan antara drama yang hangat ditonton adalah drama Beri Sedikit Waktu. Beri Sedikit Waktu merupakan sebuah siri drama televisyen Malaysia 2020 yang diterajui gandingan pelakon Aqasha dan Zara Zya. 

Drama Beri Sedikit Waktu ini telah bersiaran sejak 16 November 2020 dan sudah mula diupload untuk tontonan secara online juga. Oleh itu bagi yang tidak sempat untuk tonton LIVE drama Beri Sedikit Waktu setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam ini di TV3, bolehlah tonton terus secara online. Link-link untuk tonton online secara full episode 1 hingga akhir turut dikongsikan melalui artikel ini. Jumlah full tontonan semuanya adalah sebanyak 15 episode. 

Drama Beri Sedikit Waktu Full Episode 1 Hingga Akhir


Info Drama Beri Sedikit Waktu

Idea asal Beri Sedikit Waktu adalah dari Insheera Nordin dan drama Beri Sedikit Waktu ini ditulis skripnya oleh Sharifah Abu Saleem & Insheera Nordin sendiri. Nama Sharifah Abu Saleem ini memang sudah sinonim dengan drama yang penuh 'rasa'. 

Pastinya penonton akan terasa bagai berada di dalam drama tersebut. Dan drama Beri Sedikit Waktu ini diterbitkan oleh Suhan Movies & Trading hasil arahan Zamri Zakaria. Selalunya cerita drama yang diterbitkan oleh Suhan Movies & Trading memang bukan calang-calang. 

Agak lama juga tak tonton drama lakonan Zara Zya dan gandingannya bersama Aqasha, rasanya memang sesuai kerana kedua-duanya memang ada bakat dalam lakonan. Lagipula Zara Zya dan Aqasha memang sesuai dengan apa jua jenis drama. Lagi-lagi jika drama yang ada adegan berendam airmata. 

Nama Pelakon & Watak Drama Beri Sedikit Waktu

Ini adalah senarai nama pelakon berserta dengan nama watak untuk drama Beri Sedikit Waktu. Rata-rata pelakon yang terlibat membintangi drama beri sedikit waktu ini memang sudah ada nama yang agak besar dalam industri drama tempatan.

Drama Beri Sedikit Waktu Full Episode 1 Hingga Akhir

  • Aqasha sebagai Imran
  • Zara Zya sebagai Hananiah (Niya)
  • Shahz Jaszle sebagai Farhan
  • Atikah Suhaime sebagai Haryani
  • Laila Nasir sebagai Faridah 
  • Farisha Irwayu sebagai Sofia
  • Zetty Ludinsys sebagai Nora
  • Puteri Lofea sebagai Myra
  • Rayyan Nur Iman sebagai Lukman
  • Man Raja Lawak sebagai Nasir 
  • Ain Sofea sebagai Elley
  • Ummar Dzariff sebagai Imran 
  • Aryana Amani sebagai Sofea 

Sinopsis Penuh Drama Beri Sedikit Waktu 

Sebelum mula tonton online drama ini, jom kita baca dulu sinopsis penuh untuk drama Beri Sedikit Waktu ini. 

Drama Beri Sedikit Waktu mengisahkan tentang seorang lelaki bernama Farhan (lakonan Shahz Jaszle) yang telah menceraikan Hananiyah iaitu Niya (Zara Zya) dengan talak satu dan bertindak keluar dari rumah pada suatu hari yang tidak dijangka. Farhan hanya memberi alasan bahawa dia sudah tidak boleh hidup bersama dengan Niya. 

Drama Beri Sedikit Waktu Full Episode 1 Hingga Akhir

Mereka berdua berkahwin pada usia yang muda. Hasil perkahwinan mereka telah dikurniakan seorang anak lelaki yang kini sudah berumur 5 tahun, Luqman. 

Farhan pulang ke rumah ibunya, Puan Faridah dan memberitahu kisah yang tidak benar. Pelbagai rekaan cerita diberikan oleh Farhan terhadap ibunya tentang Niya. Seperti biasa, Puan Faridah percayakan kata-kata anak kesayangannya itu. Hakikatnya, Farhan sudah bernikah dengan Haryani (Atikah Suhaime).

Drama Beri Sedikit Waktu Full Episode 1 Hingga Akhir

Niya tidak mampu menerima kenyataan tersebut dan rasa tertekan selepas diceraikan. Kehidupannya menjadi kacau bilau. Niya dan Luqman telah hilang tempat berteduh apabila dia menerima notis rumah itu bakal dilelong. 

Niya juga dikejar oleh pemiutang kerana Farhan suka berhutang, berfoya-foya dan berlagak seperti orang kaya. Setelah puas mencari kerja, Niya berkenalan dengan Sofia (Farisha Irwayu), kakak kepada Imran (Aqasha). 

Sofia menawarkan pekerjaan sebagai pembantu rumah Imran dengan gaji lumayan dan kontrak selama tiga bulan. Niya terpaksa melayan kerenah Imran yang cerewet dan cepat marah. Oleh kerana tiada tempat tinggal, Niya dan anaknya tinggal di bilik stor belakang rumah Imran tanpa disedari majikannya. 

Drama Beri Sedikit Waktu Full Episode 1 Hingga Akhir

Imran merupakan pesakit OCPD (Obsessive Compulsive Personality Disorder) yang cenderung kepada ‘perfectionist’ dalam mengatur kehidupan. Sekiranya sesuatu yang dirancang olehnya tidak menjadi, Imran akan cepat marah, sensitif dan panik. 

Ditambah pula dengan pengalaman pahit yang melihat ibunya selalu dipukul oleh bapanya waktu kecil, ia menambahkan lagi kelainan sifat yang ada pada Imran. Selain panik, Imran juga selalu berasa takut dan terlalu bergantung kepada kakaknya, Sofia untuk menghilangkan perasaan ketakutan itu. 

Drama Beri Sedikit Waktu Full Episode 1 Hingga Akhir

Kini, Niya berubah menjadi lebih cekal, berjiwa kental, tabah dan tidak mudah mengalah. Sifatnya juga mula menyentuh perasaan Imran. Imran menolak cinta daripada Myra kerana dia sudah mula menyayangi Niya dan Luqman. Imran juga sedar penyakitnya adalah penghalang cintanya kepada Niya. Jadi, dia mengambil inisiatif untuk menjalani rawatan rapi. 

Tiba-tiba, Farhan kembali dan merayu Niya untuk rujuk semula demi kebaikan Luqman. Niya serba salah untuk memilih Farhan atau Imran. Farhan menunjuk kesungguhannya demi menyakinkan Niya bahawa dia telah insaf. Farhan meminta duit modal perniagaan hampir sejuta ringgit daripada Niya. Sebenarnya, Farhan berhutang keliling pinggang dan pemiutang tanpa henti mencarinya. 

Farhan juga memaksa ibunya, Puan Faridah menjual harta untuk membayar hutang-hutangnya. Namun, Farhan tidak pernah serik dan dia tidak membayar hutang dengan duit tersebut. Apakah yang bakal berlaku selepas ini? Bagaimana pula dengan kesudahan cinta Niya dan Imran? Adakah Niya akan menerima Imran dengan hati yang terbuka?


Drama Beri Sedikit Waktu Full Episode 1 Hingga Akhir

Tonton Drama Beri Sedikit Waktu Full Episode 1 Hingga Akhir 

Bila baca sinopsis drama Beri Sedikit Waktu ini ternyata cerita ini mempunyai story line (jalan cerita) yang agak menarik. Memang kena pun dengan tajuk beri sedikit waktu yang diletakkan. Tak sabar pula rasanya untuk tonton drama Beri Sedikit Waktu ini dari episode 1 hingga akhir. 

Di bawah ini link untuk tonton online drama beri sedikit waktu ini dari 1 episode ke 1 episode yang lain sampai habis. Terlepas tayangan di TV pun tak apa kerana boleh tonton online begini. 

Drama Beri Sedikit Waktu Episode 1

Drama Beri Sedikit Waktu Episode 2

Drama Beri Sedikit Waktu Episode 3

Drama Beri Sedikit Waktu Episode 4

Drama Beri Sedikit Waktu Episode 5

Drama Beri Sedikit Waktu Episode 6

Drama Beri Sedikit Waktu Episode 7

Drama Beri Sedikit Waktu Episode 8

Drama Beri Sedikit Waktu Episode 9

Drama Beri Sedikit Waktu Episode 10

Drama Beri Sedikit Waktu Episode 11

Drama Beri Sedikit Waktu Episode 12

Drama Beri Sedikit Waktu Episode 13


Drama Beri Sedikit Waktu Episode 14 - 16 (Akhir) : Coming Soon 

Drama Beri Sedikit Waktu Episode 14

Drama Beri Sedikit Waktu Episode 15 

Drama Beri Sedikit Waktu Episode 16 


Itulah dia serba sedikit info berserta dengan nama pelakon dan watak serta sinopsis penuh untuk drama Beri Sedikit Waktu ini. Semoga perkongsian link untuk tonton drama dari ep 1 hingga episod 15 ini dapat memudahkan sesiapa yang tak sempat nak tonton live di TV3. 

Suka Tonton Drama? Boleh join group FB Suka Drama Malaysia. Di sana ada pelbagai link episode penuh untuk tonton pelbagai drama baru dan lama. 

Selamat menonton! 


1 comment for "Drama Beri Sedikit Waktu Full Episode 1 Hingga Akhir "