Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Tonton Drama Leon Zalika Full Episode 1 Hingga 30 (Akhir)

Tonton Drama Leon Zalika Full Episode 1 Hingga 30 (Akhir) | Dah tonton drama Leon Zalika atau belum? Jika belum bolehlah tonton drama Leon Zalika yang telah pernah bersiaran melalui channel TV Okey RTM ini secara online. Drama Leon Zalika telah menemui penonton pada bulan Ramadhan yang lalu dan drama sebanyak 30 episod ini dibintangi oleh Riena Diana dan Dini Schatzmann. Riena Diana merupakan pelakon wanita yang telah membintangi drama Kampung People. Alaaa yang bawa watak Lailer tu. 

Kat mana nak tonton drama Leon Zalika ini secara full episode dari episod 1 hingga akhir? Jangan risau, dipenghujung artikel ini akan disertakan link untuk semua episode secara penuh. Sebelum tu, daku kongsikan dulu info maklumat tentang Drama Leon Zalika termasuk senarai pelakon dan sinopsis penuh supaya boleh terasa lebih feel saat menonton drama Leon Zalika ini nanti.

Tonton Drama Leon Zalika Full Episode 1 Hingga Akhir
Tonton Drama Leon Zalika Full Episode 1 Hingga 30 (Akhir) 

Info Dan Sinopsis Drama Leon Zalika (TV Okey).

# Info Drama Leon Zalika 

Drama Leon Zalika merupakan drama bersiri terbitan Orangetreeproduction dengan 30 episode kesemuanya. Ia diarahkan oleh Shuhaimi Lua dan telah ditayangkan melalui Channel RTM. Selepas ditayangkan, ternyata episode demi episode untuk drama Leon Zalika ini telah berjaya mendapat sambutan penggemar drama melayu Malaysia dan hasilnya drama romantik ini pernah menjadi sebutan. Malah episode demi episode untuk drama Leon Zalika ini kembali di tonton online secara penuh. 

Tonton Drama Leon Zalika Full Episode 1 Hingga Akhir
pengarah Shuhaimi Lua di lokasi bersama-sama pelakon Leon Zalika


Siri arahan Shuhaimi Lua ini menonjolkan jalan cerita berbeza yang turut dibintangi oleh Mona Allen, Mathni Razak, Nadia Brian, Raja Ilya, Maria Farida, Mustapha Kamal, Sharmaine Farouk, Muntazar Ghani, Dazrin Kamarudin, Laila Nasir, Zaefrul Nordin, Sherry Al Jerry, Doria Rachel Jolly, dan Rashidah Jaafar.

Buat pertama kalinya pelakon Riena Diana dan Dini Schatzmann digandingkan untuk membintangi drama bersiri “Leon Zalika” ini dan ternyata gandingan mereka berdua kelihatan amat serasi sekali. 

# Pelakon Leon Zalika & Watak 

Dini Schatzmann sebagai Leon
Riena Diana sebagai Zalika 
Mona Allen sebagai Anita
Mathni Razak sebagai Firas 
Nadia Brian sebagai Dayana 
Raja Ilya sebagai Farha 
Maria Farida sebagai Datin Seri Yasmin 
Mustapha Kamal sebagai Datuk Seri Zakuan 
Sharmaine Farouk sebagai Puan Sofea
Muntazar Ghani sebagai Asyraf
Dazrin Kamarudin sebagai Fuad
Laila Nasir sebagai Yani
Zaefrul Nordin sebagai
Sherry Al Jerry sebagai Jane
Doria Rachel Jolly sebagai Jennifer

Tonton Drama Leon Zalika Full Episode 1 Hingga Akhir
Riena Diana dan Dini Schatzmann


# Sinopsis Drama Leon Zalika 

Drama Leon Zalika ini mengisahkan tentang seorang gadis bernama Zaliha, seorang jutawan yang hidup huru-hara tanpa panduan ilmu agama. Setelah putus cinta, Zalika kini telah tawar hati untuk bercinta lagi. Zalika sudah tidak mahu bercinta setelah patah hati akibat dikecewakan oleh lelaki Melayu dan lelaki dari negara Jerman. 

Walaubagaimanapun, Zalika yang telah tiada rasa untuk bercinta ini tetap bersetuju dengan pilihan ibu dan ayahnya selepas dipaksa untuk tetap menerima seorang lelaki kacukan berdarah campuran Melayu Inggeris untuk dijadikan calon suaminya. Lelaki itu bernama Leon.

Leon merupakan seorang pemuda yang aktif dengan kerja-kerja amal bersama NGO Islam di Perth, Australia. Leon telah lama menetap di London dan akhirnya dia berada Australia. 

Zalika yang sudah tidak mahu ambil kisah soal cinta, tanpa berfikir panjang terus saja menerima cadangan ibubapanya dan mereka terus dinikahkan tiga hari sebelum Ramadan. Bagi Zalika, Leon yang ada kacukan darah inggeris dan telah lama juga menetap di luar negara ini pastinya seorang yang berfikiran dan bersikap suka bersosial sepertinya. 

Namun ternyata, Zalika silap. Rupa-rupanya Leon seorang yang baik dengan didikan agama walaupun tinggal di kota London.

Kehadiran Dayana bekas kekasih Leon yang berjaya menjejaki alamat Leon di Kuala Lumpur telah mula mengeruhkan suasana. Dayana mula merancang sesuatu untuk mendapatkan semula Leon hingga membuatkan Zalika mula rasa tercabar.

Kekuatan drama Leon Zalika yang berjumlah 30 episode ini adalah pada plot jalan ceritanya. Drama ini ada elemen cinta, gembira, kecewa, marah, geram dan lain-lain lagi. Dengan menonton drama ini penonton akan dapat merasai kisah perjalanan Zalika yang ada kalanya suka dan adakalanya duka. Untuk tonton drama Leon Zalika 

Link Untuk Tonton Online Drama Leon Zalika Episode 1 Hingga 30 (Akhir) 

Link Tonton Drama Leon Zalika Episode 1
Link Tonton Drama Leon Zalika Episode 2
Link Tonton Drama Leon Zalika Episode 3
Link Tonton Drama Leon Zalika Episode 4
Link Tonton Drama Leon Zalika Episode 5
Link Tonton Drama Leon Zalika Episode 6
Link Tonton Drama Leon Zalika Episode 7
Link Tonton Drama Leon Zalika Episode 8
Link Tonton Drama Leon Zalika Episode 9
Link Tonton Drama Leon Zalika Episode 10
Link Tonton Drama Leon Zalika Episode 11
Link Tonton Drama Leon Zalika Episode 12
Link Tonton Drama Leon Zalika Episode 13
Link Tonton Drama Leon Zalika Episode 14
Link Tonton Drama Leon Zalika Episode 15
Link Tonton Drama Leon Zalika Episode 16
Link Tonton Drama Leon Zalika Episode 17
Link Tonton Drama Leon Zalika Episode 18
Link Tonton Drama Leon Zalika Episode 19
Link Tonton Drama Leon Zalika Episode 20
Link Tonton Drama Leon Zalika Episode 21
Link Tonton Drama Leon Zalika Episode 22
Link Tonton Drama Leon Zalika Episode 23
Link Tonton Drama Leon Zalika Episode 24
Link Tonton Drama Leon Zalika Episode 25
Link Tonton Drama Leon Zalika Episode 26
Link Tonton Drama Leon Zalika Episode 27
Link Tonton Drama Leon Zalika Episode 28
Link Tonton Drama Leon Zalika Episode 29
Link Tonton Drama Leon Zalika Episode 30 

Ternyata drama Leon Zalika ini sangat menarik untuk ditonton. Pelakon-pelakon wanita untuk drama Leon Zalika ini juga ramai yang sudah dikenali. Bagi yang belum pernah tonton bolehlah start layan secara online full episod 1 hingga akhir. 



Post a Comment for "Tonton Drama Leon Zalika Full Episode 1 Hingga 30 (Akhir) "