12 Resepi Bihun Goreng Sedap & Petua Masak Bihun Goreng Lembut | Ramai yang gemarkan bihun goreng sebagai sarapan pagi atau makan malam. Menu bihun goreng juga amat popular disediakan untuk sebarang majlis. Ada yang panggil bihun dan ada yang panggil mee hoon, tak kisah panggil apapun janji ianya menu makanan yang sama. 

Bihun goreng ini boleh dikatakan antara menu yang selalu masak kerana ia sesuai untuk makan pagi, waktu minum petang dan makan malam. Boleh juga di masak dalam pelbagai cara. Selalunya resepi simple ringkas menjadi ikutan kerana ia mudah di buat, cepat di masak dan sedap di makan. Eh dah macam ayat iklan mee segeralah pulak. 

Resepi Bihun Goreng Sedap

Yang pasti, jika nak disenaraikan semua resepi untuk bihun goreng sedap ini memang banyak sangat. Ada resepi mee hoon goreng putih, resepi bihun goreng cina,  resepi bihun goreng mamak, resepi bihun goreng daging, resepi bihun goreng putih ikan bilis, resepi bihun goreng tomyam dam lain-lain. Tak lupa juga resepi bihun goreng kosong yang selalu kita sebut sebagai  resepi bihun goreng bodoh. 

Bagi sesiapa yang sedang mencari aneka resepi bihun goreng sedap yang mudah untuk di masak bersama petua masak bihun goreng lembut, di sini ada disertakan semuanya. Bolehlah cuba nanti ya. 

12 Resepi Cara Buat Bihun Goreng Sedap Yang Simple 

#1 - Resepi Mee Hoon Goreng Putih Singapore 

Sumber : Noor Ashikin Saerah Cookpad

Resepi Bihun Goreng Sedap


Bahan-bahan :

  • 1 bungkus (350g) bihun 
  • 1 biji bawang besar* 
  • 5-6 ulas bawang putih* 
  • 1 1/2 sdt lada hitam* 
  • 1 1/2 sdt serbuk lada putih* 
  • 1 keping dada ayam (potong kecil) 
  • 10 biji bebola ikan (belah 2) 
  • 12 ekor udang 
  • 1 batang lobak merah (potong memanjang) 
  • 1 mangkuk kecil bunga kubis (hiris) 
  • 1 mangkuk kecil kubis (hiris) 
  • Garam secukupnya 
  • Hiasan : Hirisan telur dadar dan Hirisan cili

Cara-cara : 

1. Rendam bihun dengan air paip sehingga lembut. Toskan & gunting supaya tidak terlalu panjang serta mudah untuk dimakan.

2. Kisar/ tumbuk bahan bertanda *.

3. Panaskan minyak masak, tumis bahan kisar/ tumbuk sehingga harum & hampir garing.

4. Masukkan ayam. Biarkan sehingga masak.

5. Masukkan pula bebola ikan & udang. Kacau rata.

6. Pada yang sama, masukkan bihun, lobak merah, bunga kubis & kubis.

7. Perasakan dengan garam secukupnya.Kacau rata. Tutup seketika supaya bihun lembut sepenuhnya. Masak sehingga bihun hampir kering & mula berkerak supaya tidak mudah basi.

8. Setelah bihun masak, taburkan dengan hirisan telur dadar & cili. Sedia untuk dihidangkan


#2 - Resepi Bihun Goreng Daging 

Sumber : Nunees Cookpad 

Resepi Bihun Goreng Sedap


Bahan-bahan :

200 gm bihun di rendam seketika bg lembut

Bahan Tumis :

  • 100 gram daging rebus di hiris nipis 
  • 4 sudu besar pes tumis 
  • 1 sudu besar kicap manis 
  • 2 sudu besar sos tomato 
  • 1 sudu besar sos tiram 
  • 1 sudu kecik garam 
  • 2 sudu besar gula 
  • 1 biji tomato potong dadu 
  • 2 senduk stok daging rebus 
  • 5 tangkai bayam brazil 
  • 1 tangkai daun sup daun bawang

Aksesori: 

  • 1 tangkai daun bawang daun sup 
  • 1 biji limau nipis 
  • 1 sudu besar lada jeruk 
  • 2 sudu besar bawang goreng

Cara-cara : 

1. Rendam bihun dalam 15minit supaya bihun menjadi lembut. Jangan rebus atau rendam bihun di dalam air panas kerana nanti bihun akan menjadi lembik dan hancur. 

2. Tumis pes tumis dan tomato. Kemudian masukkan daging rebus dan kacau rata.

3. Perasakan dengan segala sos termasuk garam dan gula.

4. Pecahkan telur dan kacau sebati.

5. Kemudian masukkan bihun dan sedikit air kacau rata. Akhir sekali masukkan bayam brazil dan taburan daun sup daun bawang.


#3 - Bihun Goreng Putih Simple 

Sumber : Puan Muda Elin (Cookpad) 

Resepi Bihun Goreng Sedap

Bahan-bahan : 

  • 1 bungkus Bihun faiza
  • Daging (gaul dengan bawang putih dan lada hitam) 
  • 2 ulas Bawang putih 
  • Taugeh
  • Lobak merah 
  • Cili besar hijau

Cara-cara :

1. Panaskan kuali dan masukkan minyak..Goreng bawang putih sehingga naik bau.

2. Masukkan daging biarkan dalam 5 minit

3. Masukkan lobak merah dan bihun yang telah direndam. masak sehingga bihun lembut.

4. Perasakan bihun dengan garam dan gula secukup rasa. Dah siap taburkan cili besar hijau atau telur goreng mengikut citarasa sendiri.


#4 - Mee Hoon Goreng Azie Kitchen 

sumber : aziekitchen.com

Bahan Bahan:
  • 1 bungkus bihun - direndam hingga lembut & tos
  • 1 biji bawang besar - dihiris
  • 1 mangkuk sotong atau udang
  • 1 mangkuk karot - hiris memanjang
  • 1 mangkuk kubis
  • 3 sudu besar cili kisar
  • 3 sudu besar sos tiram
  • 3 sudu besar kicap lemak manis Jalen
  • Garam, gula dan serbuk perasa jika suka
  • Minyak masak

Bahan Tumbuk:
  • 3 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1/2 genggam ikan bilis - direndam
  • Bahan Hiasan:
  • Bawang goreng
  • Daun sup
  • Cili merah

Cara cara:

Panaskan minyak dan tumis hirisan bawang besar sehingga naik bau. Inilah yang akan menjadikan sambal mee hoon goreng kita menjadi lebih sedap.

Masukkan bahan tumbuk dan kacau rata sehingga naik bau. Masukkan pula cili kisar dan kacau rata. Kecilkan api dan masak sehingga cili benar benar masak dan garing.

Setelah cili garing, masukkan sedikit air, sos tiram, kicap, gula dan garam secukupnya. Masak sehingga sambal terbit minyak.

Setelah terbit minyak, masukkan karot dan sedikit air lagi untuk melembutkan karot. Agak agak karot lembut, bolehlah dimasukkan sotong dan kacau rata seketika sahaja kerana tidak mahu sotong terlalu masak ketika ini.

Kemudian masukkan mee hoon. Kacau rata sehingga mee hoon lembut. Jika mee hoon belum cukup lembut, masukkan air sedikit demi sedikit.

Akhir sekali, masukkan pula sayur kubis. Setelah sayur lembut, bolehlah tutup api. Tabur dengan bahan hiasan sebelum dihidangkan.

#5 - Resepi Bihun Goreng Tomyam 

Sumber : Nana Isya (Cookpad) 

Resepi Bihun Goreng Sedap

Bahan-bahan : 

  • 1 bungkus bihun 
  • 3 sudu besar tom yam 
  • 15 ekor udang 
  • 10 ekor sotong 
  • 5 batang anak jagung 
  • 1/2 kuntum bunga kubis 
  • 1/2 batang Carrot 
  • 2 keping daun limau purut 
  • 2 batang serai 
  • 3 sudu minyak masak 
  • 2 ulas bawang putih 
  • 3 biji bawang merah 
  • 1 sudu garam

Cara-cara :

1. Panaskan minyak. Tumiskan bawang merah dan bawang putih. Kemudian masukkan daun limau purut dan serai.

2. Masukkan pes tom yam. Kemudian masukkan udang dan sotong. Perisakan dengan garam.

3. Masukkan carrot, jagung dan bunga kubis. Masukkan bihun. Gaulkan sebati. Siap boleh hidangkan. Selamat mencuba.

#6 - Resipi Bihun Goreng Lambak (Untuk 30 orang makan)

Sumber : Hana Hana Cookpad 

Resepi Bihun Goreng Sedap

Resepi bihun goreng lambak yang mudah dan sedap ni untuk 30 orang makan lebih kurang. Jadi resipi bihun goreng ini sesuai di masak untuk majlis kecil, makan sekeluarga ramai-ramai dan sebagainya. 

Bahan-bahan : 

  • 3 peket bihun 
  • 1 ekor ayam potong kecil 
  • 2 ikat sawi (asingkan batang dan daun)
  • 1 mangkuk taugeh 
  • 2 peket bebola ikan 
  • 1 peket kek ikan 
  • 3 biji bawang besar 
  • 15 ulas bawang putih 
  • 20 tangkai cili kering 
  • 2 cawan sos cili 
  • 3 sdt garam 
  • 1 cawan minyak 
  • 1 ikat daun sup 
  • 2 biji cili besar merah

Cara-cara :
1. Rendam bihun selama 30 minit, basuh dan toskan

2. Tumiskan bahan kisar,bawang putih,bawang besar,cili dan ikan bilis. Masak hingga sebati elok dan garing sedikit kemudian masukkan sos cili dan 3 cawan air.

3. Masukkan ayam dan bebola. Biar ia masak renih dalam 15 minit kemudian masukkan batang sayur sawi

4. Masukkan bihun serta daun sayur sawi, kacau sebati hingga air kering. Kemudian barulah masukkan taugeh. 

5. Kacau dan balik balikkan juga bihun tersebut hingga semuanya sebati dan setelah rasa puashati boleh taburkan daun sup serta cili potong sebagai hiasan. 

#7 - Resepi Bihun Goreng Ayam 

Sumber : Mizzanem Cookpad

Resepi Bihun Goreng Sedap

Bahan-bahan :

  • 2 keping Mihun - rendam hingga lembut dan tos 
  • 1 biji telur Setengah keping dada ayam - potong kecil 
  • 1 biji bawang besar - kisar halus 
  • 3 ulas bawang putih - kisar halus 
  • 1/2 biji cili merah - kisar halus 
  • 1 sdb udang kering - rendam lembut dan kisar halus 
  • Sedikit lobak merah - potong jejari 
  • Sawi - potong kasar 
  • 1 sdb sos tiram 
  • 1 sdb sos cili 
  • 1 sdb kicap cair 
  • 1 sdb kicap pekat manis 
  • Sedikit sos ikan 
  • Sedikit lada sulah

Cara-cara :

1. Bihun direndam hingga lembut. Bahan yang lain disediakan. Telur digoreng hancur dan diketepikan

2. Panaskan minyak sedikit. Masukkan ayam. Biar sedikit masak. Masuk bahan kisar. Tambahkan sekali sos tiram dan sos cili. Kacau sebati

3. Masukkan lobak merah dan batang sawi. Biar lembut sekejap. Masuk mihun dan daun sawi. Kacau sebati. Tambahkan kicap dan lada sulah.

4. Gaul rata hingga semua sebati. Akhir sekali renjiskan sos ikan dan telur hancur. Gaul sekejap. Siap dihidang.


#8 - Resepi Bihun Goreng Putih Ikan Bilis 

Sumber : Noor Diana Cookpad 

Resepi Bihun Goreng Sedap

Bahan-bahan :

  • 1 paket mihun (direndam hingga lembut) 
  • 3 biji bawang merah 
  • 3 biji bawang putih 
  • 1 kiub ikan bilis 
  • 1 sdb udang kering 
  • 1 sdt lada hitam 
  • 2 biji telur Segenggam ikan bilis (dicuci dan digoreng terlebih dahulu) 
  • Segenggam sayur Pucuk/Cangkuk Manis (diramas halus) - boleh ganti dengan kangkung 
  • 2 sdb sos tiram 
  • Minyak untuk menumis 
  • Sedikit air 
  • Garam secukup rasa 

Cara-cara :

1. Mihun direndam sehingga lembut.

2. Tumbuk halus bawang merah, bawang putih dan udang kering.

3. Tumis bahan tumbuk sehingga wangi. Masukkan telur dan goreng hingga telur hancur. Masukkan sos tiram, kiub bilis dan sedikit air. Supaya tidak kering melekat di kuali.

4. Kemudian masukkan mihun, lada hitam dan sayur pucuk manis serta sedikit garam. Gaul dan goreng sehingga ramuan rata bersama mihun.

5. Dah siap taburkan ikan bilis yang telah digoreng terlebih dahulu tadi. Nak lagi sedap taburkan bawang goreng. Krap krup rasanya. Selamat mencuba!


#9 - Resepi Bihun Goreng Bodoh @ Resepi Bihun Goreng Kosong 

Resepi bihun goreng bodoh atau apa saja resepi dengan nama bodoh ni bukannya bermaksud tuan empunya resepi atau orang yang ingin mencuba resepi ini bersifat kurang cerdik, Tak! Resepi dengan nama bodoh seperti bihun goreng bodoh ini sebenarnya untuk memberitahu bahawa resepi tersebut tidak perlukan banyak bahan dan cara memasaknya juga simple, cepat siap gitu! 

Untuk resepi begini ada yang sebut sebagai resepi bihun goreng bodoh dan ada yang sebut resepi goreng kosong. Jadi untuk resepi yang satu ini, kira bihun goreng bodoh la. 

Sumber : kualihelena

Resepi Bihun Goreng Sedap


Bahan-bahan :

  • 200 gram bihun, rendam hingga lembut dan toskan
  • sawi
  • taugeh
  • cili merah besar
Bahan Sos:
  • 2 sdm cili giling
  • 2 sdm sos tiram
  • 3 sdm kicap manis
  • 2 sdm cili sos
Bahan Kisar:
  • 3 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • segenggam ikan bilis, rendam dahulu

Cara-cara : 
1. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sehingga naik bau. Masukkan cili giling, kecilkan api dan masak sehingga cili benar benar masak dan garing.

2. Setelah itu masukkan sedikit air, sos tiram, cili sos, kicap, gula, garam dan seasoning. Masak sehingga sambal keluar minyak.

3. Masukkan carrot, udang, fishcake, fishball jika ada. Kemudian masukkan bihun jika bihun belum cukup lembut, masukkan air sedikit demi sedikit.

4. Akhir sekali, masukkan sawi dan taugeh. Kacau rata dan tutup api. Siap!


#10 - Resepi Bihun Goreng Cina 

Sumber : Tipah Tertipu Cookpad 

Resepi Bihun Goreng Sedap

Bahan-bahan : 

  • Bihun 
  • Ayam, udang, perap dengan lada sulah dan garam
  • Bawang merah 
  • Bawang putih 
  • Cili merah besar 
  • Cili padi ditumbuk 
  • Telur 
  • Gula 
  • Garam 
  • Tauhu potong kecik 
  • Bawang goreng - lagi banyak, lagi sedap 
  • Tomato - belah 4, tak nak letak pun tak apa 
  • Lada hitam - tumbuk

Cara-cara :
1. Tumis bahan tumbuk hingga wangi. Pecahkan telur. Biar telur keras sikit, baru kacau.

2. Masukkan bahan lauk, sos tiram.

3. Masukkan air dalam 2 cawan. Ikut berapa banyak bihun. Saya masak setengah paket.

4. Dah mendidih, masukkan gula, garam, tauhu,bihun.

5. Kacau hingga hampir masak dan airnya dah nak kering. Masukkan bawang goreng, tomato, lada hitam. Kacau lagi dan siap untuk dimakan. 

#11 - Bihun Goreng Basah Telur Goyang

Sumber : Zara Zahara Cookpad 

Resepi Bihun Goreng Sedap

Bahan-bahan :

1 genggam bihun yang di rendam dulu 1 genggam tauge 3 batang sawi 2 biji tauhu kering 2 biji fish ball Fish cake Sedikit isi ayam 3 biji cili padi (di hiris) 1 biji bawang merah (di hiris) 1 ulas bawang putih (di ketuk) 1 sudu besar cili boh 1 sudu besar kicap pekat 1 sudu besar sos tiram 1 sudu besar sos cili 1 sudu kecil garam 1 biji telor Setengah cawan air masak

Cara-cara :

1. Panaskan minyak, masukkan bawang merah, bawang putih, garam, isi ayam dan cili boh. Tumis 10 saat dengan api besar.

2. Masukkan setengah cawan air masak, fish ball, fish cake,tauhu kering, sos cili, sos tiram, kicap. Tunggu sampai mendidih, masukkan bihun,sawi,tauge dan cili padi. Kacau bagi rata.

3. Akhir sekali pecahkan telor, masa dah pecahkan telor, jangan kacau ya sebab nanti telor hancur. Biarkan dalam 20 saat dan tutup api gas. Siap untuk di hidangkan bihun goreng basah telor goyang dalam masa 5 minit je.

#12 - Resepi Bihun Goreng Kampung 

Sumber : Papamedia 

Resepi Bihun Goreng Sedap

Bahan Bahan:

  • 1 bungkus bihun – direndam hingga lembut & tos
  • 1 biji bawang besar – dihiris
  • 1 mangkuk sotong atau udang
  • 1 mangkuk karot – hiris memanjang
  • 1 mangkuk kubis
  • 3 sudu besar cili kisar
  • 3 sudu besar sos tiram
  • 3 sudu besar kicap lemak manis Jalen
  • Garam, gula dan serbuk perasa jika suka
  • Minyak masak

Bahan Tumbuk:

  • 3 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1/2 genggam ikan bilis – direndam

Bahan Hiasan:

  • Bawang goreng
  • Daun sup
  • Cili merah


Cara cara:

Panaskan minyak dan tumis hirisan bawang besar sehingga naik bau. Inilah yang akan menjadikan sambal bihun goreng kita menjadi lebih sedap.

Masukkan bahan tumbuk dan kacau rata sehingga naik bau. Masukkan pula cili kisar dan kacau rata. Kecilkan api dan masak sehingga cili benar benar masak dan garing.

Setelah cili garing, masukkan sedikit air, sos tiram, kicap, gula dan garam secukupnya. Masak sehingga sambal terbit minyak.

Setelah terbit minyak, masukkan karot dan sedikit air lagi untuk melembutkan karot. Agak agak karot lembut, bolehlah dimasukkan sotong dan kacau rata seketika sahaja kerana tidak mahu sotong terlalu masak ketika ini.

Kemudian masukkan bihun. Kacau rata sehingga bihun lembut. Jika bihun belum cukup lembut, masukkan air sedikit demi sedikit.

Akhir sekali, masukkan pula sayur kubis. Setelah sayur lembut, bolehlah tutup api. Tabur dengan bahan hiasan sebelum dihidangkan.

Petua Mudah Buat Bihun Goreng Sedap Dan Lembut 

Resipi bihun goreng, makanan yang simple dan sedap tapi masih ramai tak berani atau tak yakin untuk masak bihun goreng kerana takut rasanya menjadi tak sebati dan takut juga jika bihun yang digoreng itu menjadi keras. Sebenarnya ada petua untuk masak bihun goreng yang sedap dan lembut ini. Di sini dikongsikan petua tersebut dan semoga ianya dapat memberi manfaat bagaimana untuk masak bihun goreng sedap dan lembut, terutama untuk beginner yang baru nak belajar masak. 

Petua mudah untuk buat bihun goreng sedap dan lembut tersebut adalah : 

1. Rendam bihun bersama air biasa di dalam bekas yang besar (pastikan bihun terendam sepenuhnya)

2. Masa tengah menumis sambal atau sos untuk asas bihun goreng tersebut, pastikan masuk sekali dengan garam, gula dan bahan perasa lain yang ada. Rasa dulu semuanya sama ada sudah cukup masin manisnya. Terlebih kuat rasanya tak apa. Setelah itu baru masukkan bihun yang telah direndam.

3. Ketika masukkan bihun, masukkan juga sedikit air tapi jangan banyak sangat kerana bihun tadi sudah direndam dengan air. 

4. Ketika sedang masak bihun goreng, potong sedikit bihun yang sedang digoreng dengan sudip yang sedang digunakan. Tapi jangan potong banyak sangat takut nanti bihun tersebut menjadi hancur. 

Diri Sendiri Lebih Pandai Masak Mee Berbanding Bihun 


Bihun goreng sedap ini boleh dianggap tidak hanya bergantung pada bahan yang digunakan tetapi juga pada cara memasaknya. Daku sendiri, untuk masakan mi, lebih suka memasak mee berbanding bihun atau mee hoon. Kiranya lebih cekap masak mee berbanding bihun ni. 

Resepi bihun goreng paling sedap yang daku pernah makan sudah tentulah hasil dari air tangan emak tercinta. Walaupun mak hanya buat resepi bihun goreng bodoh je, tapi itulah yang sedap sekali. 

Okaylah, pada sesiapa yang berhajat nak masak atau buat resepi bihun goreng mudah dan simple, boleh try 12 koleksi resepi bihun goreng tadi. Resepi tersebut mudah untuk kita buat bersama dengan petua bagaimana untuk masak bihun goreng lembut. Ada masa bolehlah di cuba untuk nikmati bersama keluarga tersayang. Untuk semua tuan empunya resipi, terima kasih banyak-banyak diucapkan. 









Terima kasih kerana membaca. Apa pendapat anda tentang artikel ini? Jemput komen di bawah.