Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Himpunan 15 Resepi Donut Gebu Sedap Mudah Buat Untuk Minum Petang

15 Resepi Donut Sedap Gebu Mudah Buat Untuk Minum Petang | Anak kat rumah ni cukup suka makan donut. Lagi-lagi kalau donut gebu dan lembut. Kadang geram je rasa bila beli donut tapi tak berapa gebu. Donut gebu ni ada juga yang memanggilnya sebagai donut kapas. Mungkin kerana ringan kot! Jadi daku pun cubalah mencari donut resepi yang boleh di cuba. Manalah tahu, kot-kot ada resepi donut gebu ala big apple ke. Yelah, lain orang lain cara masaknya kan. 

At least, boleh juga tahu tips-tips, cara dan bahan yang digunakan hingga donut ni boleh jadi gebu lembut dan sedap. Yang pasti, nak resepi donut gebu yang simple dan mudah nak buat.

Alhamdulillah, banyak juga resepi donut gebu yang ku jumpa. Dan hari ni nak kongsi 15 resipi buat donut yang gebu dan cantik kejadiannya untuk kita cuba sama-sama nanti. 

Resepi Donut Gebu Sedap Mudah Buat

#1 - Resepi Donut Ball Chezzy Leleh

Kredit: La' Dolce Resepi

Resepi Donut Gebu Sedap Mudah Buat

Bahan-bahan untuk buat resepi donut gebu ball cheezy leleh adalah : 

  • 1kg tepung gandum
  • 1 sudu tea baking powder
  • 1 peket mauripan
  • 500 ml air suam
  • 2 sudu tea susu pekat
  • 1 senduk majerin
  • 1 sudu tea garam
  • 24 keping cheese dibelah dua


Cara-cara untuk buat resepi donut gebu bentuk ball ini adalah :


1. Air, mauripan, garam dan susu disatukan dalam jug biarkan sehingga berbuih.

2. Ayak tepung bersama baking powder masukkan bahan A diatas, uli dalam 10minit masukn margerin uli lagi 10 minit.

3. Biarkan adunan 1/2 jam ditempat panas sehingga kembang naik.

4. Selepas setengah jam tumbuk adunan utk keluarkan angin, kepal-kepal doh agak-agak size setengah genggam kmudian masukkan cheese. Boleh terus goreng sehingga keperangan dan selepas itu tabur gula icing.


#2 - RESEPI DONAT menggunakan water roux

Resepi Donut Gebu Sedap Mudah Buat

Bahan resepi : 

  • 1 cwn air suam
  • 1sdb gula
  • 2 sdb susu pekat
  • 1sdb yis
  • Bancuh semua dan biar berbuih

Cara buat water roux :

  • 1/2 cawan air
  • Masak dan biar sejuk
  • 3 cawan tepung gandum
  • 2 sudu besar marjerin
  • 1sudu kecil baking powder
  • Gaul semua bahan

Cara untuk membuatnya :

1. Masukkan air yis dan water roux

2. Uli sampai jadi doh kemudian perap 30 minit.

3. Bentukkan dan biar 15 minit.

4. Goreng api sederhana. Siap! 

#3 - DONUT CHEESE N CHOCOLATE

Resepi Donut Gebu Sedap Mudah Buat

Bahan-bahannya : 

  • 1/2 kg tepung gandum
  • 1/2 peket yis segera
  • 2 sudu besar marjerin,
  • 1 sudu besar gula,
  • 2 sudu besar susu pekat,
  • 1 sudu kecil garam
  • segelas air suam.


Cara:

1. ambil setengah cawan air suam dan larutkan gula

2. Masukkan yis segera dan kacau sebati kemudian biarkan sampai yis mngembang dalam 20 minit.

3. Baki setengah cwn air suam tu larutkan 2 sudu besar ssu pekat tadi. masukkan 1 sudu kecil garam.

4. Masukkan tepung gandum dalam mangkuk yang sesuai. Masukkan 2 sudu besar magerin tadi dan ramas sampai sebati seperti serbuk roti.

5. Masukkan larutan susu tadi ke dalam tepung

6. Lepas 20 minit, bila yis dah mengembang, masukkan yis ke dalam tepung dan uli sampai tak melekat di tangan

7. Bila dh jadi doh, rehatkan doh dalam 30mnt dan seeloknya tutup dengan kain basah 

8. Lepas 30 minitm bila doh dah naik 2x ganda, tumbuk-tumbuk sedikit doh untuk keluarkan angin 

9. kemudian boleh uli sekejap dan canaikan doh 

10. Dah habis bentuk doh kita biarkan dlm 15-20 minit sampai naik kembang

11. terus goreng dan kalau boleh biar lebih dari 20 minit supaya tidak jatuh balik.

12.  untuk rasa yang lebih sedap boleh tambah mozzarella + cheddar cheese.Tapi kalau nak guna cheddar cheese saja pun okay

13. Untuk donut coklat masukkan 2 hingga 3 keping coklat beryls ke dalam adunan kemudian bulatkan adunan seperti kuih pau dan bolehlah digoreng hingga
 kekuningan.

#4 - DONUT GEBU TANPA ULI

BY Che Eda

resepi donut gebu

Bahan A
1 paket yis kering
2 sudu susu pekat
1 cawan air suam
2 sudu gula
- campurkan bahan ni dan biarkan kembang

Bahan B
4 cawan tepung gandum
2 sudu marjerin
2 sudu teh baking powder
1 sudu teh garam

Caranya : 

1 - ramaskan bahan B hingga jadi seperti serbuk roti.

2 - Kemudian campurkan campuran bahan A dan gaul rata.

3 - Biarkan selama lebih kurang 1 jam. Pastikan bekas ditutup ye

4 -Adunan memang lembik tapi jangan risau dan jangan pula ditambah tepung

5 - Lepas 1 jam tumbuk-tumbuk doh tadi untuk keluarkan angin. Kemudian ambil sedikit untuk dicanai dan terap. Biarkan selama 30 minit dan bolehlah digoreng sehingga kekuningan


#5 - DONUT KENTANG GEBU

Kredit resepi: Salwa othman

resepi donut gebu mudah buat


Bahan-bahan : 
1 kg tpung gandum
3 bji ubi kentang (rebus dan lenyek)
3 sudu makan marjerin
1 bungkus mauripan
3 sudu makan gula
1 cawan  air suam
Air

Cara-cara : 

1. Satukan Air suam bersama mauripan dan gula kemudian biar sampai kembang

2. Dalam bekas yang lain, lenyek ubi bersama marjerin, masukkan tepung gandum dan gaul sebati. 

3. Setelah mauripan sudah kembang, masukkannya ke dalam adunan tepun dan uli 

4. Sambil uli sambil masukkan air sedikit demi sedikit , terus uli sehingga doh tidak lagi lekat di tangan.

5. Canai dan boleh terap dengan acuan donut

#6 - Resepi Donut Lembut dan Gebu

resepi donut gebu


Bahan-bahan :

500gm tepung gandum (tepung High Protein pun boleh tapi donat warna putih)
210ml air suam
2 sudu marjerin
1 sudu teh garam
3 susu tepung (akak tukar 3 sudu susu pekat manis)
3 sudu besar gula (akak guna 1 1/2 sudu ajer)
1 bungkus mauripan (11gm)
sedikit air sejuk dalam peti sejuk (guna apabila adunan belum lembut)

Cara Menyediakannya :

1. Masukkan susu pekat dan gula dalam air suam dan kacau sebati baru masukkan mauripan.

2. Dalam mangkuk, masukkan tepung dan garam, buat lobang di tengahnya dan masukkan marjerin dan adun mesra semua bahan.

3. Tuang mauripan ke dalam adunan dan uli kesemuanya hingga menjadi doh.

4. Uli adunan hingga doh lembut, jika belum lembut masukkan air peti sejuk dan uli lagi.

5. Terap dengan acuan dengan menggunakan pengelek.

6. 5 minit kemudian donut akan kembang dan bolehlah di panaskan api dalam kuali.

7. Guna api yang kecil dan minyak yang agak banyak untuk tenggelamkan donut.

#7 - DONUT SAMBAL PEDAS KACANG TANAH

resepi donut gebu


Bahan-bahan :

Doh Donut

1kg tepung gandum
1 paket yis mauripan
1 biji telur gred B/C
4 sudu besar susu pekat
5 sudu besar minyak makan
1st bread softner (optional)
6 sudu besar gula
Sedikit garam
450ml air suam

Cara-caranya :

1. Pukul telur & susu sampai kembang. Tak perlu kembang sangat ...pukul bagi dia sekata.
letak dlm 3 sudu besar air suam. masukkan yis, tutup dan tunggu sampai naik dan berbuih. Seepas itu masukkan minyak masak  dan biarkan seketika.

2. Di dalam bekas yang lain, masukkan tepung gandum + gula + garam. Gaul sebati. Buat lubang di tengah-tengah adunan dan tuang campuran yis yang telah disediakan tadi.

3. Sekarang uli dan masukkan air sedikit demi sedikit sehingga mendapat adunan doh yang tak melekat di tangan. Adunan memang sedikit lembik dan jangan tambah tepung takut jadi keras. 

4. Biarkan dalam bekas selama 15 ke 20minit. Sebaiknya tutup guna kain lembab.

6.Keluarkan adunan yg dah naik 2 kali dan tumbuk-tumbuk adunan tersebut untuk keluarkan angin.

7. Sekarang bentukkan supaya menjadi bulat-bulat, tekan sedikit dan buat lubang di tengah. Atau boleh juga di canai dan terap guna acuan donat yang ada.

8. Biarkan 5 - 10 minit. Kemudian bolehlah digoreng guna api kecil sehingga kekuningan. 


Cara Buat Sambal Kacang

2 genggam Cili kering (tambah le kalsu nak pedas beradap telinga)
2biji Bawang merah
4 ulas Bawang putih
Sos cili
Kacang tanah (goreng dulu dan buang kulit) - tumbuk/kisar kasar
Gula
Garam
Serbuk cukup rasa
Air
Minyak masak


Cara-Cara Membuatnya : 

1.Goreng kacang tanah.buang kulit dan tumbuk kasar. Ketepikan.

2.kisar cili kering, Bawang putih, Bawang merah. Panaskan minyak dan tumis sampai kering garing dan pecah minyak.

3. Masukkan sos cili. Boleh tambah kalau nak lebih pedas.

4. Masukkan air dan agak-agak tengok nak pekat macam mana. Seterusnya masukkan gula dalam 6 sudu besar. Boleh kurangkan jika mahu.

5. Masukkan garam dan serbuk cukup rasa. Gaul sebati. Kalau agak pekat boleh tambah air sikit lagi.

6. Masukkan donut, matikan api dan gaul rata. Kemudian bolehlah di tabur dengan kacang tanah yang telah siap. 

#8 - Resepi Donut Mayonis

Kredit : Resepi Sheila Rusly

Bahan-Bahan:
330 gram tepung gandum
1 1\2 sudu besar mayonis
1 sudu besar susu tepung/skim milk
1 biji telur (dipukul sedikit mengunakan garpu)
140ml air suam
1 1\2 sudu besar marjerin
3 sudu besar gula
4 gram yis (1 1/2 sudu kecil)
Serbuk Gula (kisar gula sedikit)

Cara Membuatnya :

Kaedah 1. 

Jika mahu buat menggunakan Bread Maker (BM). Masukkan semua bahan dan ikut arahan menguli pada BM masing-masing dan tekan Start. Tunggu sampai siap di uli dan boleh terus ke langkah no. 4 di bawah.

Kaedah 2. 

Jika uli tangan, masukkan semua bahan doh dan uli hingga tidak melekat pada tangan. Tips untuk dapat doh yang lembut, ambil plastik bersih dah letakkkan doh di dalam plastik. Ramas-ramas beberapa minit, lebih kurang 5 hingga 10 minit. Keluarkan dan uli semula dalam bekas adunan, anda akan dapat doh yang lembut dan elastik.

3. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastik wrap dan biar doh naik dua kali ganda. Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin.

4. Bahagi doh pada bebola kecil dan rehatkan selama 6 hingga 8 minit. Kemudian bentukkan seperti donut, lubangkan tengahnya, biarkan naik dua kali ganda.

5. Goreng donut tadi sehingga kuning ke-emasan, gunakan api sederhana. Angkat dan salutkan dengan serbuk gula, sedia untuk dihidangkan.

#9 - Resepi Donut Nutella Dan Nestum

Kredit : Resepi Sheila Rusly


Bahan-bahan ( 20 - 25 biji )

3 cawan tepung gandum
1 cawan air suam kuku
2 sudu besar mentega
6 sudu besar gula pasir (boleh kurang bagi yang tak suka manis)
3 sudu besar susu pekat manis
1 paket yis (jenama mauripan)
1 biji telur

Cara-cara

1. Cairkan mentega dan ketepikan.

2. Gula dan susu disatukan di dalam air suam, kacau supaya gula larut. masukkan yis, kacau lagi. Biarkan selama 10 minit.

3. Pukul telur sedikit dan campurkan bersama mentega cair tadi.

4. Selepas 10 minit yis akan naik berbuih-buih, masukkan pula mentega yang dicampur telur tadi.kacau.

5. Masukkan campuran yis kedalam mangkuk yang berisi tepung gandum, gaul sebati dengan senduk kayu. biar adunan lagi selama 45 minit.

6. Banyakkan tepung ditangan supaya adunan tak melekat.(adunan memang agak lembik). ambil sedikit adunan, bulatkan dan leperkan atas papan pencanai. tekan acuan donut yg telah dicelup sedikit tepung.

7. Sediakan minyak untuk menggoreng. gunakan api sederhana. alih selalu supaya dapat warna yang sekata. setelah agak kekuningan bolehlah diangkat.

Bahan sapuan:


Nutella
Nestum

Belah donut sampai putus 2,sapu nutella seluruh belahan donut,tabur nestum,tutup donut kembali,sapu di atas permukaan donut dengan nutella dan tabur nestum sehingga merata.rasa donut yang terlazat dengan gabungan nutella dan nestum

#10 - RESEPI DONUT / BOMBOLONI

Kredit : fierah Zulaikha

Resepi Donut Gebu Sedap Mudah Buat

Uli tangan atau mixer

250 g tepung roti
30 g gula kastor
25 g shortening
10 g marjerin
1 bj kuning telur
5 g yis bncuh dulu ngn sedikit air suam.kcau.
50 ml susu segar
Secubit garam
3g bread improver (sy guna magic improver)
Atau apa2 pelembut.

Air ikut kelembutan doh masing2

Cara bancuh

Masukkan bahan Kering iaitu tepung ,gula,garam, marjerin, shortening, bread improver

Kemudian. Masukkan kuning telur, Susu Segar dan bancuhan yis.

Gaul dan tambah air untuk lembut kan doh tu hingga mendapat doh yang licin dan tak melekat di tangan.

Rehatkan doh selama 8 ke 10 minit kemudian canai doh dan tekap dengan acuan donut .

Susun dalam Loyang. Biarkan sekejap supaya doh kembang dan bolehlah digoreng guna api perlahan . Pastikan minyak betul-betul panas baru masukkan doh donut

Siap goreng salut dengan gula kastor atau snow powder

#11 - Resepi Donut Pandan Gebu

Perkongsian resepi by: Nur Saidatul Akhmal

Resepi Donut Gebu Sedap Mudah Buat



Bahan-bahannya:

5 cawan tepung high protein
1 sudu besar bread improver
1 sudu besar softener
1 sudu kecil garam
2 sudu besar susu pkt
2 sudu besar gula
1 paket yis(mauripan)
kalau donut pandan, perlukan juga 1 cawan air dan 1/2 cawan air pandan (ambil pati yang pekat)
1/2 cawan minyak masak @ minyak jagung
1 sudu kecil paste strawberry
1 sudu kcil pewarna hijau epal

Cara-cara membuatnya :

satukan semua bahan-bahan di atas kemudian uli sehingga menjadi doh yang licin dan tak melekat di tangan. 

picit-picit dan tekan-tekan juga doh semasa proses menguli supaya donut boleh menjadi lebih gebu setelah digoreng dan juga akan kekal lembut walau sudah sejuk. 

perap doh selama 30 min. Boleh juga letak dalam oven supaya lebih cepat kembang.

tumbuk0tumbuk doh utk keluarkn angin dan uli skit lagi kemudian bulat-bulatkan. 

Rehatkan doh yang telah siap dibulatkan dalam 10 minit lagi, tekan sedikit doh dan buat lubang ditengah 

biarkan 25 minit dan bila doh sudah kembang, bolehlah digoreng dengan api perlahan atau sederhana sehingga masak.

#12 - RESEPI DONUT TANPA TELUR

Kredit resepi ini kepada aishah jauhara via masak apa hari ni

Resepi Donut Gebu Sedap Mudah Buat


Bahan A:
2 sudu besar gula
2 sudu besar susu pekat manis
1 paket yis
1 cawan air suam

Bahan B:
4 cawan tepung gandum
2 sudu besar marjerin
½ sudu kecil garam
2 sudu kecil tepung penaik

Cara-cara:
1) Satukan bahan² A, dan tinggalkan biar kembang dan buih naik lebih kurang 10 minit

2) Satukan bahan² B, ramaskan sampai jadi macam serbuk roti

3) Masukkan bahan A ke dalam adunan B, gaul dengan tangan sampai menjadi satu doh besar

4) Tutup bekas tersebut dengan kain lembab, dan biarkan selama 45 minit hingga sejam

5) Setelah direhatkan, tumbuk doh bagi keluar angin. Kemudian mula la mencanai ikut bentuk yang anda suka

6) Biarkan seketika supaya kembang sedikit dalam 10-20 minit

7) Sedia untuk digoreng ke dalam minyak yang banyak dan api yang sederhana. Goreng dan balik-balikkan sehingga bertukar warna keemasan 

Salutkan donut dengan gula halus / serbuk cinnamon / coklat / topping yang anda gemari, atau lubangkan bahagian dalam donut dan paipkan filling kegemaran anda

#13 - Resepi Donut Green Tea Ala Big Apple


Bahan kering
3 cawan tepung protein tinggi
2 cawan tepung gandum
1/2 cawan susu tepung
1/2 cawan gula kastor
1 sudu kecil garam
1/2 sudu kecil yis segera

Bahan penaik
1/8 cawan mentega
1/8 cawan marjerin
1 sudu besar liquid bread improver (jika tak ada, gantikan dengan serbuk penaik lain)

Bahan cecair
1 biji telur
3/4 cawan air sejuk (gunakan air sejuk sepenuhnya, bukan air suam supaya adunan naik sempurna)
80 gram krim putar (gunakan krim putar yang mempunyai rasa manis)
1 sudu kecil esen vanilla
1 sudu kecil perisa mentega

Bahan untuk toping
2 cawan gula halus
1 sudu kecil serbuk matcha green tea
1/4 cawan air masak

#14 - Resepi Donut Kampung Simple Terlajak Senang 

Kredits : Imah Akmal

Resepi Donut Gebu Sedap Mudah Buat


1/2 cawan air suam
1/2 paket mauripan
1 sudu gula
1 sudu susu pekat
(campurkan dan biar sampai yis kembang)

2 cawan tepung gandum
1 sudu marjerin
1 biji telur
Garam secubit 
(gaul sampai sebati semua ni, masukkan air yis tadi sikit-sikit, tak cukup tambah air suam, uli smpi doh tak lekat kat tangan, doh jangan keras, lembut je.. biarkan 40 minit atau sampai doh naik sekali ganda)

Bulatkan ikut size yang nak, biarkan naik sikit lagi, boleh lah digoreng. Pastikan minyak panas, dan api semasa menggoreng sedang-sedang saja.


#15 - Resepi Donut Gebu Montel

Kredit : Sanuja Nuja

Resepi Donut Gebu Sedap Mudah Buat


1kg tepung gandum 
200gm planta 
2sdb yis 
3sdb gula 
1sdk garam Air

Larutkan yis, gula dan air suam sampai berbuih kembang 

Satukan tepung dan planta.

Bila yis dah kembang adunkan sampai adunan licin. Tekap dengan acuan donut. 

Dan rehatkan sampai kembang 2 kali ganda 

Tip menggoreng : Masukkan donut dan cepat-cepat terbalikkan sebelum donut merekah.

Itulah dia antara resepi donut gebu yang sangat lembut. Resipi donut ini boleh dicuba jika mahukan donut gebu yang kekal maintain lembut tak keras walaupun dah sejuk. Buat mak-mak yang selalu buat donut tak jadi tu, tak gebu, keras dan sebagainya. Boleh cuba resipi yang dikongsikan ini.

Terima kasih yang tidak terhingga juga pada semua tuan empunya resepi donut gebu macam kapas yang mudah buat untuk minum petang ini. Jika masih juga sedang mencari aneka resepi donut gebu yang lain, mungkin boleh cuba resepi donut mat gebu, resepi donut gebu azlina ina, resepi donut gebu sukatan cawan azie kitchen dan sebagainya. 

Ohya, bagi yang sedang mencari resepi donut gebu tanpa yis, maaf di sini tak ada. 

Selamat mencuba!


Post a Comment for "Himpunan 15 Resepi Donut Gebu Sedap Mudah Buat Untuk Minum Petang "