Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Resipi Kari Ketam Nenas Utara Cara Paling Mudah (Tanpa Minyak)

Resipi Kari Ketam Nenas Utara Cara Paling Mudah | Baru-baru ni masa pergi beli barang basah, ternampak ketam yang masih fresh. Terus terdetik untuk masak kari ketam dengan nenas. Lagipun dah lama juga tak makan ketam ni. Daku memang hantu seafood, jadi bila terlintas idea nak masak ketam dengan nenas mulalah membayangkan betapa sedapnya makan dengan nasi panas. Lagi-lagi dengan kuah kari ketam yang pekat dan sedap. 

Mengimbas kembali kenangan lama untuk resepi kari ketam nenas ini, daku belajar masak 'gulai ketam' (orang utara sebut sebagai gulai berbanding kari) daripada ibuku sendiri. Kebetulan daku memang berasal dari Utara jadi resepi ini memang kenalah di sebut sebagai resepi kari ketam utara. 

Resipi Kari Ketam Nenas Utara Cara Paling Mudah

Mungkin ada yang akan cakap, resepi kari ketam tumis darat lebih sedap. Ya, tak dinafikan resepi orang lain sedap-sedap belaka. Contohnya resepi kari ketam Azie Kicthen, resepi gulai ketam nenas tumis darat Rizalman dan lain-lain lagi. 

Cuma, cara yang ibuku ajar untuk masak kari ketam ini sangat simple! Rasanya boleh dikatakan resepi kari atau gulai ketam ini yang paling mudah! Tak guna banyak bahan tapi rasanya tetap umph! Dan.... rasanya rata-rata orang Utara memang masak gulai ketam nenas begini (mengikut pemerhatianku yang dah hampir 40 tahun menjadi orang utara). 

Resipi Gulai Ketam Nenas Utara Cara Paling Mudah 

Resipi Kari Ketam Nenas Utara Cara Paling Mudah

Inilah bahan-bahan yang diperlukan untuk masak kari ketam nenas style utara dengan cara yang paling mudah! Dan ia sama sekali tak menggunakan minyak. 

Bahan-bahan : 

  • 6 ekor ketam saiz sederhana (potong 4) 
  • 1 biji nenas saiz kecil (potong kecil)
  • 1 bungkus serbuk kari ikan kering (lebih sedap jika guna cap O, kalau tak ada guna cap Adabi pun okay)
  • 5 ulas bawang merah ditumbuk 
  • 1 kotak santan pekat 
  • garam dan gula secukup rasa
  • sedikit daun kari (jika suka)
  • air

Itu je bahan-bahannya. Kan dah kata tak guna banyak bahan pun untuk masak gulai ketam bersama nenas style utara yang ibuku ajar ni. Cara untuk memasaknya sangat-sangat mudah! Even yang jarang masuk dapur pun boleh buat. 

Cara-caranya :


1. Masukkan ketam yang telah dipotong dan dibersihkan ke dalam periuk atau kuali besar. Periuk atau kuali ini pula letakkan di atas dapur TAPI jangan dibuka lagi apinya. 

2. Sekarang masukkan bawang dan nenas yang telah dipotong ke dalam periuk tersebut bersama serbuk kari ikan kering tadi. Serbuk kari ikan kering ni seeloknya dibancuh dulu dengan sedikit air.

3. Seterusnya masukkan sedikit santan dan air para setakat menutup ketam di dalam periuk tersebut. Sudah siap boleh buka api tahap sederhana. 

4. Setelah semuanya mula mendidih, masukkan lebihan santan yang ada bersama daun kari. Perisakan dengan garam dan gula. Jika mahu kuat yang lebih pekat boleh lebihkan santan. 

5. Siap dan inilah hasilnya. 

Resipi Kari Ketam Nenas Utara Cara Paling Mudah

Ketam ini selain daripada masak kari, sedap juga jika dibuat masak lemak kuning. Tapi daku lebih sukakan ketam masak kari bersama nenas kerana rasanya lebih fresh dan sedap jika dimakan tanpa nasi juga. 

Bagi yang sedang mencari resepi kari ketam bersama nenas dengan cara yang amat mudah, bolehlah cuba resepi yang telah daku kongsikan tadi. Resepi ni boleh dianggap sebagai cara masak untuk mereka yang baru nak mula belajar sebabnya resepi ini ibuku ajar saat daku mula langkah ke dapur dulu. Tapi disebabkan rasanya sedap dan penyediaan juga mudah, maka hingga ke hari ini daku kekal masak kari ketam bersama nenas cari begini. 

Resepi sedap kari ketam yang lain juga ada dan bergantunglah pada diri masing-masing nak masak bagaimana, yang penting ianya sedap di makan bersama keluarga. Saat memasak kari ketam nanas utara ini di rumah, sambil masak dah terus rasa nak makan cepat-cepat. 

Ohya, jika nak juga masak gulai ketam nenas utara cara tumis darat, masih boleh masak kari ketam dengan cara di atas, kemudian bolehlah dimasakkan bahan tumis darat dan masukkan ke dalam kari yang telah siap setelah kari itu masak sepenuhnya.

Tumis darat ini bermaksud bahan tumis seperti bawang merah, bawang putih, daun kari, dan halba campur digoreng berasingan dalam minyak, akhirnya bahan tersebut bersama minyak itu dimasukkan ke dalam kari. Atas individu masing-masing mengikut selera sendiri. 

Resipi Kari Ketam Nenas Utara Cara Paling Mudah

Itulah dia resepi gulai atau kari ketam bersama nenas utara style dengan kaedah yang paling mudah untuk di cuba. Moga resepi ini bermanfaat dan lepas ni bila terjumpa ketam di pasar bolehlah beli untuk masak sendiri di rumah. Lebih jimat kot! Kalau makan lauk kari ketam nenas ni di kedai, hmmm boleh tahan juga harganya. 

Untuk resepi gulai ketam pantai timur (Kelantan dan Terengganu) daku tak pasti. Sebabnya walaupun daku berkahwin dengan orang Kelantan tapi dari dulu hingga kini daku masak dengan cara yang di atas. Dan alhamdulillah suamiku makan dengan penuh selera. Agaknya sebab rasa lebih kurang sama je kot. Yang penting sedap! 

Selamat mencuba.... 

3 comments for "Resipi Kari Ketam Nenas Utara Cara Paling Mudah (Tanpa Minyak)"

  1. mm nampak sedap.. lama x makan ketam..teringin pulak bila tengok gambar 😍

    ReplyDelete
  2. Tak pernah lagi masak lemak ketam campur nenas..nanti nak cuba la...

    ReplyDelete
  3. Biasanya masak gunakan tak banyak bahan itulah yang sangat sedap.

    ReplyDelete