Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Tonton Drama Adellea Sofea Full Episode 1 Hingga Akhir

Tonton Drama Adellea Sofea Full Episode 1 Hingga Akhir | Tatkala melihat berita perkahwinan Mira Filzah baru-baru ini, terus teringat akan wataknya dalam Adellea Sofea. Adellea Sofea merupakan salah satu drama melayu yang telah daku tonton secara full episode 1 hingga akhir suatu ketika dulu. Drama lakonan Mira Filzah ini boleh dikatakan okay dan berjaya. 

Adellea Sofea merupakan sebuah siri drama televisyen romantik Malaysia tahun 2019 yang diarahkan oleh Shahrulezad Mohameddin. Ia dibintangi oleh Mira Filzah dan Ungku Ismail. Daku tonton drama ini sebenarnya disebabkan oleh Ungku Ismail sebab memang dah pernah lihat hasil lakonan beliau yang agak relaks dan tidak kekok sama sekali. Kadangkala tergelak juga dengan gaya 'sempoi dan lucu' yang dibawanya ketika berlakon. 

Tonton Drama Adellea Sofea Full Episode 1 Hingga Akhir


Adellea Sofea ini juga adalah sebuah drama bersiri sebanyak 28 episod yang ditayangkan di Slot Akasia TV3 bermula 6 Disember 2019 pada setiap hari Isnin hingga Jumaat, jam 7.00 hingga 8.00 malam.

Dan walau sudah lama drama Adellea Sofea ini ditayangkan, rupanya masih ada yang suka menontonnya kembali hingga tahap mencari dimanakah boleh membuat free download untuk drama Adellea Sofea ini. 

Jika nak tahu, drama Adellea Sofea ini boleh terus ditonton secara online melalui beberapa website dan ada juga di Youtubu. Nak lagi mudah boleh tonton pada video drama Adellea Sofea ini secara full dari episode 1 hingga akahir di penghujung artikel ini. 


Adellea Sofea Cast And Actress (Nama Pelakon & Watak)

Mira Filzah sebagai Sofea
Ungku Ismail Aziz sebagai Firdaus
Jasmine Suraya sebagai Suzie
Bella Dally sebagai Iliya
Fizo Omar sebagai Ikram
Josiah Hogan sebagai Karl
Cassia Iman sebagai Damia
Fazlina Ahmad Daud sebagai Dr Fauziah
Roy Azman sebagai Encik Izham
Uchee Fukada sebagai Rina
Kazar Saisi sebagai Aizi
Iman Zulkarnain sebagai Zahim
Sharisa Haris sebagai Jenab / Jamilah
Remy Maghrib sebagai Sham
Fadzly Fuad sebagai Fahmy

Adellea Sofea Sinopsis Penuh 

Sinopsis Adellea Sofea? Drama Adellea Sofea ini mengisahkan tentang wanita bernama Adellea Sofea, seorang  pensyarah berkelulusan Ijazah Sarjana yang amat selektif dalam memilih calon suami. Sofea yang mempunyai ramai pengikut di laman sosialnya sering memuat naik kata-kata hikmah dan video penuh motivasi dalam memberi panduan bagaimana untuk memilih pasangan yang baik buat wanita.

Dalam diam, Sofea sedang berkawan dengan Alif Firdhaus (Fir) yang dikenalinya di medium media sosial selama dua tahun. Sofea tertarik dengan Fir kerana Fir sering memuat naik videonya  bermain gitar dan seringkali juga dia tujukan video khas untuk Sofea. Hanya melalui kata-kata yang Firdhaus kongsikan dalam media sosial, Sofea menyimpulkan yang Firdhaus datang dari keluarga yang bahagia. Secara tak langsung, Sofea berpendapat yang Firdhaus adalah lelaki yang sempurna juga untuk menjadi suami.

Tonton Drama Adellea Sofea Full Episode 1 Hingga Akhir


Tanpa Sofea ketahui, Firdhaus menyimpan satu rahsia. Perkenalan dengan Dr. Fauziah (Fazlina Ahmad Daud) membawa Sofea ke rumah keluarga Firdhaus yang dikejutkan dengan kepulangan Firdhaus secara tiba-tiba. 

Sejak itu, perhubungan mereka semakin serius tetapi adik, Firdhaus iaitu Ilya (Bella Dally) tidak bersetuju. Ilya menyimpan dendam pada Fir, kerana ibu bapa lebih-lebih lagi Dr. Fauziah mereka sering menyebelahi abangnya berbanding dirinya. En Izham dan Ilya kurang senang kepulangan Firdhaus kerana ada rahsia di antara mereka. Firdhaus nyatakan hasrat untuk kahwin dengan Sofea.

Setelah berkahwin, segalanya mula berubah apabila Sofea mendapat tahu Firdaus merupkan seorang penagih dadah. Rumahtangga yang bahagia mula berantakan.

Adellea Sofea Membawa Kisah Rumahtangga Isu Semasa 


Tatkala menonton drama Adellea Sofea ini secara full episode tanpa miss, daku akui drama ini memang ada kaitan dengan isu semasa bila mana memang benar ada ramai isteri di luar sana yang sedang berhadapan dengan suami yang mengambil dadah. Kelihatan dengan jelas bagaimana Adellea  Sofea yang berperanan sebagai seorang isteri, cuba untuk menerima suaminya dan cuba juga untuk berkorban apa yang boleh dalam menyembuhkan suaminya itu. 

Walaupun Adellea Sofea seorang yang terpelajar, tetapi dia turut ada rasa terkilan, sedih dan 'tidak tahu apa patut buat' pada sesuatu ketika. Sikap suami Adellea Sofea yang kelihatan agak sukar untuk berubah turut membuatkan Adellea Sofea rasa bagai mahu berputus asa. 

Tonton Drama Adellea Sofea Full Episode 1 Hingga Akhir


Kehadiran wanita lain yang sememangnya sudah tahu sikap suami Adellea Sofea itu tetapi tetap menaruh hati dan harapan turut membuatkan Adellea Sofea merasa makin merana. 

Berdasarkan jalan ceritanya, jelas dan nyata drama Adellea Sofea ini lain daripada yang lain. Kelihatan suaminya memang seorang yang penyayang dan benar-benar menyayanginya namun dadah mampu membuatkan rumahtangga mereka ke arah pecah belah. 

Walaupun drama Adellea Sofea ini kelihatan agak serius, tetapi ia turut ada faktor lucu dan romantik yang boleh membuatkan kita tersenyum dan ketawa. Bagi yang terlepas drama ini ketika tayangannya di TV, ingin tonton online? Boleh saksikan full episode 1 hingga akhir melalui video episode demi episode di bawah ini. 

Tonton Drama Melayu Adellea Sofea Online - Full Episode 1 Hingga Akhir 

Tonton Drama Adellea Sofea Episode 1

Tonton Drama Adellea Sofea Episode 2

Tonton Drama Adellea Sofea Episode 3

Tonton Drama Adellea Sofea Episode 4

Tonton Drama Adellea Sofea Episode 5

Tonton Drama Adellea Sofea Episode 6

Tonton Drama Adellea Sofea Episode 7

Tonton Drama Adellea Sofea Episode 8

Tonton Drama Adellea Sofea Episode 9

Tonton Drama Adellea Sofea Episode 10

Tonton Drama Adellea Sofea Episode 11

Tonton Drama Adellea Sofea Episode 12

Tonton Drama Adellea Sofea Episode 13

Tonton Drama Adellea Sofea Episode 14

Tonton Drama Adellea Sofea Episode 15

Tonton Drama Adellea Sofea Episode 16

Tonton Drama Adellea Sofea Episode 17

Tonton Drama Adellea Sofea Episode 18

Tonton Drama Adellea Sofea Episode 19

Tonton Drama Adellea Sofea Episode 20

Tonton Drama Adellea Sofea Episode 21

Tonton Drama Adellea Sofea Episode 22

Tonton Drama Adellea Sofea Episode 23

Tonton Drama Adellea Sofea Episode 24

Tonton Drama Adellea Sofea Episode 25

Tonton Drama Adellea Sofea Episode 26

Tonton Drama Adellea Sofea Episode 27

Tonton Drama Adellea Sofea Episode 28 - Akhir


Itulah dia serba sedikit info, nama pelakon dan watak berserta dengan sinopsis penuh dan link video full episode dari episod 1 hingga akhir. Menerusis video yang diberikan bolehlah tonton drama Adellea Sofea full episod dari episod 1 hingga akhir ini pada bila-bila masa. 

Ada masa terluang ketika dalam perintah berkurung ini, dari keluar ke mana-mana ada baiknya duduk dengan diam di rumah. Jika terasa bosan bolehlah tonton drama melayu online termasuk drama Adellea Sofea ini. 


Post a Comment for "Tonton Drama Adellea Sofea Full Episode 1 Hingga Akhir"