17 Resepi Kuih Talam Kukus Sedap Mudah Guna Sukatan Cawan | Kuih muih tradisional Melayu termasuk talam kukus antara yang menjadai pilihan ramai. Malah sekarang dah macam macam inovasi kuih talam. Di Malaysia saat ini ada pelbagai aneka resepi kuih talam. Kuih talam recipe ini ada yang mengikut resepi kuih talam kampung dan ada juga yang mengikut resepi kuih talam moden. 

Selain resepi kuih talam dengan rasa lemak manis, ada juga resipi-resipi untuk Kuih Talam Daging di Malaysia ni. Ini menunjukkan yang kuih talam ini boleh dimasak dengan pelbagai jenis bahan mengikut kreativiti dan selera pilihan masing-masing. Yang pasti, aneka resipi kuih talam ini ada yang mudah, sedap dan pastinya sangat popular hingga sering dijadikan menu untuk jamuan. 
Resepi Kuih Talam Kukus Sedap
Resepi Kuih Talam Kukus Yang Popular Dan Sedap


Dan di sini akan dikongsikan sebanyak 17 jenis resepi kuih talam yang boleh kita cuba buat menu minum petang bersama keluarga. Aneka resepi kuih talam kukus yang sedap, mudah dan popular yang  dikongsikan ini adalah :

Resepi Kuih Talam Ubi Kayu 
Resepi Kuih Talam Kastard Jagung 
Resepi Talam Koleh Kacang
Resepi Kuih Talam Gula Merah 
Resepi Kuih Talam Seri Muka Pulut Hitam 
Resepi Kuih Talam Seri Muka Pandan
Resepi Kuih Talam Suji 
Resepi Kuih Talam Keledek Ungu
Resepi Kuih Talam Cendol 
Resepi Kuih Talam Keladi
Resepi Kuih Talam Vanila Coklat 
Resepi Kuih Talam Permata Zamrud 
Resepi Kuih Talam Seri Muka Durian 
Resepi Kuih Talam Lapis 
Resepi Kuih Talam Lapis Labu Kuning 
Resepi Kuih Talam Lapis Batik 
Resepi Kuih Talam Roti Paun

#1 - TALAM UBI KAYU

Resepi Kuih Talam Kukus Sedap
Resepi Kuih Talam Kukus Yang Popular Dan Sedap

Bahan:

600 gm ubi kayu
1 biji kelapa parut
sedikit gula merah
sedikit gula pasir
1/2 cawan tepung gandum

Cara:

Ubi kayu diparut , diperah buang airnya.Kelapa diambil santan untuk membancuh adunan. 

Bancuh ubi dengan santan cair, gula merah dan gula putih, masukkan ke dalam loyang dan kukus.

Sementara itu, bancuh bahagian kepalanya iaitu dua cawan santan pekat, Campurkan sedikit tepung gandum dan garam. 

Apabila adunan ubi sudah masak, tuangkan adunan kelapa ke atasnya, kemudian kukus semula hingga masak.

#2 - Talam Kastard Jagung

Resepi Kuih Talam Kukus Sedap
Resepi Kuih Talam Kukus Yang Popular Dan Sedap

Bahan untuk lapisan bawah:

1 1/2 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung jagung
1/2 cawan tepung kastard
1 cawan gula
1 cawan jagung krim manis
3 1/2 cawan santan
sedikit perwarna kuning
sedikit garam

Cara menyediakan lapisan bawah:

Satukan ke semua jenis tepung dalam mangkuk. Masukkan sedikit garam,gula dan santan.

Gaul sebati dan tapiskan.Masukkan ke dlm periuk dan masak di atas api kecil sehingga naik wap. Masukkan jagung krim dan gaul lagi sehingga sebati.

Alaskan loyang dgn plastik dan sapukan sedikit minyak. Tuang adunan tadi dan kukus selama 20 minit.
Setiap 10 minit saya buka penutup kukus dan lapkan air yg terdapat di bwh penutup kukus. 

Tutup semula dan kukus lagi selama 10 minit.( untuk mengelakkan air bertakung di atas permukaan kuih )


Bahan untuk lapisan atas:
2 cwn santan pekat
1 cwn air pandan ( 3 helai daun pandan kisar bersama air dan jadikan 1 cwn jumlahnya )
1 cwn tepung gandum
2 sudu besar tepung jagung
1 sudu besar tepung ubi
2 biji telur
2 sudu besar gula pasir
secubit garam
Pewarna hijau/pandan

Cara menyediakan lapisan atas:

Masukkan kesemua bahan dalam sebuah mangkuk.Gaul sebati,nak mudah blend ke semuanya.
Masukkan adunan ke dalam periuk dan masak hingga naik wap,guna api kecil je.

Cakar2kan sedikit permukaan bawah tadi dan tuangkan adunan pandan ke atas lapisan jagung tadi dan kukus selama 20 minit.

Saya kukus 10 minit dan buka penutup kukus, lapkan air yg terdapat pada bawah penutup kukus dan kukus lagi selama 10 minit.( jumlahnya 20 minit juga kan ) 

#3 - Resepi Kuih Talam Koleh Kacang

Resepi Kuih Talam Kukus Sedap
Resepi Kuih Talam Kukus Yang Popular Dan Sedap

Bahan-bahan

Bahan A
-400gm gula merah
-100gm gula pasir
- 1 helai daun pandan
- 200gm air
*didihkan/ masakkan bahan2 di atas dan akan menghasilkan 600gm air gula

Bahan B
-300gm tepung kacang hijau
-1 tsp garam
-500 gm santan pekat
-900 gm air

Cara-caranya : 

1. Masak bahan-bahan A sehingga mendidih hingga gula hancur.Tapiskan menjadi 600gm (Jangan sampai air gula pekat)

2. Satukan bahan B, kacau hingga rata dan sebati dan tapiskan ke dalam periuk

3. Masukkan bahan A ke dalam bancuhan B, kacau di atas api sederhana besar selama 1/2 jam. Tuangkan 1 1/2 sudu besar minyak supaya berkilat dan ambil minyak tu (tahi minyak lagi sedap)

4. Adunan hendaklah dikacau seperti dodol bila dikaup-balikan tidak melekat di dalam kuali

5. Bila masak tuangkan ke dalam loyang yg telah dilapik plastic.Tabur tahi minyak ketika adunan masih panas supaya tahi minyak melekat di atas loyang bersize 10 x 10 x 1 1/2

Cara membuat tahi minyak

300 gm santan pekat + 1/8 tsp garam
- masak dgn api perlahan sehingga menjadi tahi minyak dan warna kekuningan.Tapis supaya tahi minyak tidak hitam

Kredit resepi ini kepada Cikgu Musinah Yusoff.

#4 - RESEPI KUIH TALAM GULA MERAH

Resepi Kuih Talam Kukus Sedap
Resepi Kuih Talam Kukus Yang Popular Dan Sedap

Bahan- bahan :

Bahagian bawah (Badan)
1 mug tepung beras
3/4 mug tepung gndum
3/4 mug gula
1/2 mug santan cair
1 sudu teh air kapur
3/4 mug air gula merah( kalau tak manis boleh tambah lagi)
2 1/2 cawan air
3 sudu makan tepung ubi

Campur semua bahan ni dan kacau sebati kemudian tapis. Seterusnya kacau atas api hingga naik wap dan tuang dalam loyang yang dilapik plastik.

Untuk bahagian Atas (Kepala) 
1 mug tepung beras
3/4 mug tepung gandum
1 mug santan pekat
2 1/2 mug air
Garam

Campur semua bahan dan kacau hingga sebati kemdudian tapis ke dalam periuk. 
Setelah itu kacau atas api hingga naik wap dan terus tuang atas bahagian badan tepung talam yang telah siap tadi.

sebelum tuang, cakar-cakar dulu badan tepung talam dengan garfu supaya bila aduan kepala dituang atas badan, ia akan melekat dengan elok setelah masak nanti.

kukus hingga masak lebih kurang selama 25 minit.

Kredit: Akmar bibik maizatul via mahn

#5 - RESEPI KUIH TALAM SERIMUKA PULUT HITAM

Resepi Kuih Talam Kukus Sedap
Resepi Kuih Talam Kukus Yang Popular Dan Sedap


Lapisan Bawah :
3 cawan santan cair
1 cawan pulut hitam
1 cawan pulut putih
1 sudu teh garam

Caranya :
1. Rendam pulut hitam dan putih secara berasingan selama 3 jam.
2. Gaulkan semua bahan dan masukkan ke dalam loyang, kukus hingga masak.
3. Sapukan sedikit minyak di dalam loyang lain dan tekankan pulut yang telah masak tadi, kukus semula dan gariskan pulut dengan garfu (ini perlu supaya pulut bercantum dengan lekat nanti bila dah letak lapisan atas)

Lapisan Atas :
2 cawan santan pekat + jus pandan +sedikit kaler hijau - saya letak pewarna hijau + pandan emulco
4 sudu makan tepung gandum
2 sudu makan tepung kastard
3 sudu makan gula pasir
2 biji telur
1 sudu teh garam

Caranya :
1.Gaul rata semua bahan dan tapis.
2. Tuang perlahan2 ke dalam loyang pulut tadi.
3. Kukus selama 30 minit. Sejukkan dulu baru potong.

#6 - Resepi Kuih Talam Seri Muka Pandan

Resepi Kuih Talam Kukus Sedap
Resepi Kuih Talam Kukus Yang Popular Dan Sedap


Lapisan Bawah

Bahan-bahan:
2 cawan beras pulut( rendam 4 jam)
2 1/2 cawan santan sederhana pekat
1 sudu teh garam
2 sudu besar minyak masak


Cara-cara:
1. Panaskan kukusan sampai air mendidih.
2. Loyang lapik plastik.
3. Toskan pulut masukkan dlm loyang.
4. Campurkan santan, garam, minyak masak gaul dengan beras pulut tadi.
5. Ratakan dan kukus selama 20 minit.
6. Dah masak padatkan pulut.

Lapisan atas

Bahan-bahan:
2 cawan santan pekat
1 cawan tepung gandum
1 1/2 sudu besar tepung jagung
1 biji telor
1 cawan gula pasir
1/2 cawan air pandan
sedikit pewarna hijau

Cara-cara:
1. Campur semua bahan. Kacau dengan whisk sampai sebati.
2. Tapis dalam periuk.
3. Kacau atas dapur dengan api sederhana sampai agak2 pekat sikit.
4. Tuang atas pulut tadi dan kukus 20 minit.
5. Penutup kukusan ikat dengan kain supaya air tak menitik atas kuih.
6. Dah masak buka penutup dan biar atas api sekejap untuk keringkan permukaan kuih. 

#7 - RESEPI KUIH TALAM SUJI

Resepi Kuih Talam Kukus Sedap
Resepi Kuih Talam Kukus Yang Popular Dan Sedap

Bahan-bahan:

Lapis bawah:
1 1/2 cawan tepung suji
4 cawan santan cair
1 cawan gula pasir (atau secukup rasa)
sedikit garam
sedikit pewarna kuning

Lapis atas:
4 cawan santan pekat
1 cawan tepung gandum
2 sudu besar tepung kastad
2 sudu besar gula
1 cawan gula merah

Cara:
1. Masukkan semua bahan lapis bawah dalam periuk dan kacau atas api perlahan hingga agak pekat..
2. Masukkan dalam loyang dan ratakan. Kukus 15 – 20 minit
3. Adunkan semua bahan lapis atas.
4. Masakkan sekejap dan tuangkan atas lapis bawah.
5. Kukus lagi selama 20 minit.
6. Sejukkan dan potong. Hidangkan.

#8 - Resepi Kuih Talam Keledek Ungu

Resepi Kuih Talam
Resepi Kuih Talam Kukus Yang Popular Dan Sedap


Lapisan bawah

2 cawan santan pekat
1 cawan air
1 1/2 cwn tepung gandum
Sedikit garam
2-3 titis pewarna violet (ungu)

Kisar sebati dan tuang ke dlm loyang.
kukus selama 20 minit.

Lapisan atas

250g keledek (potong dadu) kukus sehingga masak
2 cwn santan
1 cwn air
1 1/2 cwn tepung gandum
1 cwn gula
Pasta keladi
Sedikit garam

Kisar sebati dan tuang atas lapisan bawah. Kukus selama 20 minit. 

#9 - RESEPI KUIH TALAM CENDOL

Resepi Kuih Talam Kukus Sedap
Resepi Kuih Talam Kukus Yang Popular Dan Sedap


Bahan-bahan:
30 gm agar tali
120 gm gula merah
200 gm gula pasir
500 ml santan agak pekat
1200 ml air
1 sudu kecil garam
2 cawan cendol
2 helai daun pandan

Cara-cara:
1. Rendam dahulu agar-agar dan kemudian masak dengan air ditambahkan daun pandan bagi larut. 
2. Masukkan gula putih, santan dan garam. Masakkan sekejap namun JANGAN bagi didih. Bahagikan 2 adunan.
3. Satu bahagian ditapis dan campurkan dengan cendol. Bahagian lain pula campurkan gula merah.
4. Tuangkan adunan cendol ke dalam loyang yang siap dilapik plastic dan kemudian bekukan.
5. Goreskan dengan garpu lapisan bawah itu dan kemudian tuangkan adunan gula merah dan kemudian bekukan. 
6. Terbalikkan sebelum dipotong mengikut saiz kegemaran.

#10 - Resepi Kuih Talam Keladi

Resepi Kuih Talam Kukus
Resepi Kuih Talam Kukus Yang Popular Dan Sedap

Lapisan Bawah

Bahan-bahan:
Bahan A
200 gm tepung beras
20 gm tepung ubi
1 1/2 sudu teh garam
300 ml santan pekat
700 ml air
Bahan B
200 gm keladi. Buang kulit, potong dadu kecil dan kukus dan timbang

Cara-cara:
1. Bancuh semua bahan A hingga rata dan tapis ke dalam periuk. Panaskan di atas api selama 2-3 minit.

2. Masukkan bahan B. Kemudian curahkan ke dalam loyang 10×10 yang diletakkan plastik. (letakkan sedikit minyak dan lapikkan plastic 14×14, menjadikan plastic melekat dengan cantik)

3. Kukus selama 25 minit.


Lapisan Atas

Bahan-bahan:
100 gm tepung gandum
1 sudu besar tepung beras
250 gm gula halus
4 biji telur grade A
200 ml santan pekat
400 ml air
Sedikit pewarna unggu
1/2 sudu garam

Cara-cara:

1. Satukan semua bahan ke dalam periuk dan kacau di atas api selama 2-3minit sebelum dituangkan ke atas lapisan bawah.

2. Jika ada air di atas lapisan bawah, lapkan terlebih dahulu dengan tisu dapur.

3. Kemudian goreskan permukaan bawah dengan garpu dan bolehlah dituan perlahan-lahan agar adunan tidak berbuih. Kukus selama 30 minit.

4. Resepi ini cukup-cukup dan sedang elok dengan loyang 10×10 itu. Jika kalau nak jual harganya adalah RM35 ke RM40.

#11 - Talam Vanila Coklat

Resepi Kuih Talam
Resepi Kuih Talam Kukus Yang Popular Dan Sedap

Bahan-Bahan- loyang 10x10x3 inci

Lapisan Bawah
1 1/2 cawan tepung beras
1/4 cawan tepung jagung
1/2 cawan tepung kastard
1 cawan gula
1 cawan santan pekat
2 1/2 cawan air
2 biji telur-pukul sikit
1 sudu kecil esen vanilla
secubit garam

Cara Menyediakan Lapisan Bawah
Satukan kesemua jenis tepung dlm mangkuk. Masukkan sedikit garam, gula, telur dan santan.

Gaul sebati dan tapiskan. Masukkan ke dlm periuk dan masak diatas api sederhana sehingga naik wap. Sentiasalah di kacau guna whisk supaya tak berketul

Alaskan loyang dngn plastik dan sapukan sedikit minyak. Tuang adunan tadi dan kukus selama 20 minit.

** Setiap 10 minit saya buka penutup kukus dan lapkan air yg terdapat di penutup kukus. Tutup semula dan kukus lagi selama 10 minit.(utk mengelakkan air bertakung di permukaan kuih)


Bahan Untuk Lapisan Atas
1 cawan santan pekat
2 cawan air
1 cawan tepung gandum
1/4 cawan tepung jagung
3 biji telur
1 cwn gula pasir
secubit garam
1 sudu besar serbuk koko- bancuh dngn 4 sudu besar air suam
1 sudu kecil coklat emulco


Cara Menyediakan Lapisan Atas

Masukkan kesemua bahan dalam mangkuk kecuali coklat emulco dan serbuk koko. Gaul sebati, nak mudah blend kesemuanya.

Masukkan adunan ke dalam periuk dan masak hingga naik wap, guna api kecil je.

Cakarkan sedikit permukaan bawah tadi dan tuangkan adunan coklat ke atas lapisan vanilla tadi dan kukus selama 20 minit.

Boleh kukus 10 minit dan buka penutup kukus, lapkan air yg terdapat pada penutup kukus dan kukus lagi selama 10 minit.(jumlahnya 20 minit juga kan.)

Tips.
** Sekiranya terdapat sedikit air di permukaan kuih, sengetkan loyang sedikit dan buangkan air yang terdapat di permukaan kuih. guna sudu atau lapkan guna kitchen towel.
** Sejukkan kuih, kuih ni hendaklah betul-betul sejuk barulah cantik bila di potong.
** Gunakan pisau plastik untuk memotong apa2 jenis kuih talam atau kuih lapis

#12 - Resepi Kuih Talam Permata Zamrud


Resepi Kuih Talam Kukus
Resepi Kuih Talam Kukus Yang Popular Dan Sedap

Bahan-bahan untuk loyang 10 x10 x 3inci

250 gram sago besar pandan
(saya guna yang dah siap direbus, lalukan air paip dan toskan. Bahagikan kepada 2 bahagian sama banyak)

Bahan A
2 1/2 cawan tepung beras
1 1/2 cawan tepung ubi
1 cawan santan pekat KARA
3 cawan air
1/2 sudu kecil garam

Bahan B

1 1/2 cawan gula
1 1/2 cawan air
3 helai daun pandan- simpulkan

Bahan C
Pewarna hijau dan perisa pandan

Cara-cara
Masak bahan B hingga gula larut. Keluarkan daun pandan dan ketepikan dulu. Satukan semua bahan A, masukkan bahan B, gaul rata dan tapiskan

Bahagikan adunan kepada 2 bahagian sama banyak. Satu bahagian letak pewarna hijau dan perisa pandan. Bahagikan pada 2 bahagian lagi. Ketepikan dulu.

Satu bahagian lagi biarkan warna asal dan bahagikan pada 2 bahagian lagi. Ketepikan dulu.

Panaskan kukusan, sapu loyang dngn sedikit minyak, alas plastik dan sapu minyak lagi.

Tuang 1 bahagian dari adunan hijau, kukus selama 10 minit. Setelah siap, cakarkan sikit permukaannya dan tuangkan 1 bahagian adunan asal/putih dan taburkan separuh sago pandan.

Kukus lagi selama 10 minit. Sebelum tuang adunan, pastikan tiada air di permukaannya. Sekiranya ada, sengetkan loyang dan buangkan air guna sudu je / guna kitchen towel.

Tuangkan satu lagi adunan hijau dan kukus selama 10 minit.

Setelah siap, tuangkan lagi satu bahagian adunan asal/putih dan taburkan rata sago pandan.

Kukus selama 25 minit. Setelah siap angkat kuih dan sejukkan. Biarkan kuih betul-betul sejuk, barulah dipotong guna pisau plastik supaya nampak cantik.

Credits : Blog Yatiememories 

#13 - Resepi Kuih Talam Seri Muka Durian

Resepi Kuih Talam Kukus Sedap
Resepi Kuih Talam Kukus Yang Popular Dan Sedap

Lapisan Bawah


Bahan-bahan:
2 cawan pulut
2 1/2 cawan santan cair (1 santan kotak & 1 1/2 cawan air)
1 sudu kecil garam (dan tambah secubit lagi)
Sedikit minyak masak (kalau guna santan kotak)

Cara-cara:
1. Masukkan semua bahan dalam loyang dan kukuskan dalam 20 minit atau sehingga masak .
2. Minyakkan sikit loyang lain dan tekankan pulut yang telah masak tadi. Atau boleh juga menggunakan loyang yang sama.
3. Kukuskan semula dan tuangkan adunan bahagian atas.

Nota: santan perlu dikurangkan supaya pulut tidak terlalu lembut.

Lapisan Atas 

Bahan-bahan:
4 cawan santan pekat (2 santan kotak & 2 cawan air)
1 cawan gula tebu/perang (saya guna gula kaster jer)
1 cawan durian
1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan  tepung jagung atau tepung kastad
1 sudu besar gula pasir
1 sudu kecil  garam
Pewarna kuning (jika suka)

Cara-cara:
1. Masukkan santan, gula, garam dan durian dalam blender dan kisarkan.
2. Masukkan bahan kisar ke dalam mangkuk.
3. Ayakkan tepung gandum dan tepung jagung atau tepung kastad ke dalam mangkuk santan.
4. Masukkan pewarna. Kacau rata.
5. Panaskan bahan lapisan bawah dalam kuali non-stik [jika ada] sebentar. Saya terus tuang atas lapisan pulut tanpa dipanaskan terlebih dahulu
6. Tuangkan adunan ke atas pulut dan kukus lagi selama 30 minit dengan api sederhana.
7. Bila telah masak, sejukkan betul betul [dalam 4 -5 jam] baru dipotong menggunakan pisau plastik dan dihidangkan.

#14 - Resepi Kuih Talam Lapis

Resepi Kuih Talam Kukus Sedap
Resepi Kuih Talam Kukus Yang Popular Dan Sedap


Bahan-bahan:
1½ cawan tepung gandum
2 sudu makan tepung beras
2 sudu makan tepung jagung
¾ cawan gula
4 cawan santan
Pewarna merah
½ sudu teh garam
Sedikit minyak (Bagi disapu pada loyang)

Cara-cara:
1. Gaulkan semua bahan kecuali pewarna dan minyak masak ke dalam mangkuk besar dan tapiskan.
2. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian.
3. Masukkan pewarna merah ke dalam 1 bahagian adunan dan biarkan warna asal (putih) dalam 1 bahagian lagi.
4. Panaskan air di dalam periuk kukusan dan sapukan minyak pada loyang bulat bersaiz 7 inci.
5. Masukkan 1 senduk adunan merah dan kukus selama 5 minit.
6. Lapiskan 1 senduk adunan asal (putih) dan kukus semula selama 5 minit.
7. Lapiskan adunan merah dan asal (putih) berselang-seli sehingga adunan habis.
8. Sejukkan dan potong. Sedia dihidangkan.

#15 - RESEPI KUIH TALAM LAPIS LABU KUNING


Resepi Kuih Talam Kukus Sedap
Resepi Kuih Talam Kukus Yang Popular Dan Sedap


Bahan A:
2 cawan air
1 1/4 cawan gula halus
1/2 sudu kecil garam
1 helai daun pandan, simpul

Bahan B:

2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung beras
1/4 cawan tepung jagung
2 1/2 cawan santan

Bahan C:
1/2 cwn santan pekat

Bahan D:
1 cawan labu, rebus dan haluskan

Masak bahan A hingga gula larut dan sejukkan, ketepikan dulu.
Dalam mangkuk lain satukan bahan B. Gaul rata dan masukkan bahan A.
Setelah sebati, tapiskan adunan dan bahagikan kepada 2 bahagian.
Satu bahagian di masukkan santan dan satu bahagian lagi masukkan labu.

Panaskan kukusan, alaskan plastik pada loyang.
Masukkan adunan labu dan kukus selama 10 minit.
Lapiskan pula adunan santan, kukus selama 7 minit.
Ulangi sehingga habis, setiap lapisan 7 minit dan lapisan terakhir 20-25 minit guna api sederhana supaya permukaan kuih licin dan cantik.

Biarkan kuih betul-betul sejuk barulah di potong menggunakan pisau plastik. Selamat mencuba and happy cooking!

Nota:
Kurangkan sukatan gula kepada 1 cawan, jika tak suka manis.

credits : casey kasmaini


#16 - Resepi Kuih Talam Lapis Batik

Resepi Kuih Talam Kukus Sedap
Resepi Kuih Talam Kukus Yang Popular Dan Sedap

Bahan­-bahan yang diperlukan :

500 gram tepung ubi
150 gram tepung gandum
400 gram gula pasir
8 cawan santan
1 sudu teh garam
Pewarna hijau, kuning dan lain ­lain
Cara membuatnya:

Panaskan kukusan.
Masukkan kesemua bahan kecuali pewarna ke dalammangkuk. Gaul rata dan tapis.
Sapu rata loyang dengan minyak.Tuang 4 cawan adunan ke dalam loyang dan renjiskan pewarna-pewarna pilhan engikut kesukaan. Kukus selama 3 minit.
Ulangi langkah 3 sehingga habis. Bila selesai kukus hingga masak.
Biarkan sejuk baru dipotong 

#17 - Resepi Kuih Talam Roti Paun 


Resepi Kuih Talam
Resepi Kuih Talam Kukus Yang Popular Dan Sedap


Lapisan Bawah
4 keping roti Butterscotch ~ resepi asal roti putih
3 keping roti Choco Raisin ~ resepi asal roti putih
1 biji telur
1/4 cwn gula halus
Secubit garam
100 ml santan pekat
125 ml air
1/4 sk vanilla essence

Panaskan kukusan. Sediakan loyang bulat berukuran 8 inc (Saya guna dua loyang yang loaf yang kecil)
Oleskan minyak makan pada loyang dan lapik dasar loyang dengan plastik. dan Oleskan juga minyak pada plastik.

Roti dipotong kecil atau di carik-carik. Ketepikan
Satukan semua bahan-bahan dan kacau dengan whisker hinga sebati kemudian Masukkan roti tadi dalam adunan dan rendam roti selama 30 minit atau sehingga roti lembut dan adunan telah meresap ke dalam roti.

Tuangkan adunan dalam loyang dan Tutup loyang dengan aluminium foil atau balut tutup kukusan dengan kain (utk mengelakkan air menitis atas kuih

Kukus adunan selama 25 minit dan Sementara menunggu adunan masak kita sediakan lapisan tengah

Lapisan tengah
1/4 cwn tepung gandum
1/4 cwn gula halus
Secubit garam
1 biji telur
100 ml santan pekat
100 ml air
sedikit pewarna hijau
sedikit perisa pandan

Satukan semua bahan-bahan dan dengan menggunakan whisker kacau adunan hingga sebati
Tapiskan adunan kedalam periuk dan masak dengan menggunakan api yang kecil
Sentiasa mengacau adunan hingga naik wap
~ adunan jangan terlalu pekat dan jangan terlalu cair kepekatan anggaran susu pekat sahaja
Tutup api

Apabila lapisan bawah sudah masak, keluarkan dari kukus. Lap jika ada air pada permukaan kuih dan Cakar permukaan kuih dengan garfu. Kemudian tuangkan adunan lapisan tengah

Tutup semula dengan aluminium foil dan kukus selama 25 minit lagi. Sementara menunggu lapisan tengah masak, kita sediakan lapisan atas pula.

Lapisan atas
1/4 cwn tepung kastard
1/4 cwn gula halus
Secubit garam
1/8 sk vanilla essence
2 biji telur
100 ml santan pekat
100 ml air
sedikit pewarna kuning atau oren ~ tak letak pun takpe

Satukan semua bahan-bahan dan dengan menggunakan whisker kacau adunan hingga sebati
Tapiskan adunan kedalam periuk dan masak dengan menggunakan api yang kecil. Sentiasa mengacau adunan hingga naik wap

~ Adunan jangan terlalu pekat dan jangan terlalu cair kepekatan anggaran susu pekat sahaja
Tutup api

Apabila lapisan tengah sudah masak, keluarkan dari kukus. Lap jika ada air pada permukaan kuih dan Cakar permukaan kuih dengan garfu. Kemudian tuangkan adunan lapisan atas

Tutup semula dengan aluminium foil dan kukus selama 30 minit atau sehingga talam masak dengan sempurna

~ Jika tidak tutup permukaan loyang atau tidak balut tutup kukus dengan kain, lap tutup kukus setiap 5 minit untuk menghasilkan permukaan kuih yang kelihatan licin dan rata

Setelah kuih masak sejukkan hingga benar-benar sejuk barulah di keluarkan dari loyang
Potong talam dengan menggunakan pisau plastik yang di oleskan dengan sedikit minyak makan, ini untuk mendapatkan potongan talam yang cantik

Sumber rujukan resepi: Azlita masam manis

Itulah dia aneka resepi kuih talam kampung (tradisional) dan moden yang boleh kita cuba. Kuih talam recipe ini ada banyak lagi sebenarnya, dan jika mahu resepi kuih talam yang lain, bolehlah di Google. Dalam banyak-banyak aneka resepi kuih talam ini, resepi kuih talam keladi sukatan cawan merupakan salah satu resipi yang daku suka. 

Okaylah, selamat mencuba!