12 Resepi Mee Berkuah Sedap Macam Makan Di Restoran | Hari ni nak share Resepi Mee Berkuah Mudah Yang Sedap. Jike singgah makan di mana-mana restoran atau kedai makan, kalau rasa macam tak nak makan nasi, mee berkuah adalah salah satu menu yang daku suka untuk order. Tapi nak buat pilihan antara semua jenis mee berkuah ini bukan satu tugas yang mudah. Sebabnya hampir semua jenis mee berkuah ni sedap-sedap belaka! 

Paling tak boleh tahan jika terjumpa kedai jual mee udang dan mee rebus yang best! Bayar lebih mahal pun sanggup untuk makan dengan puas bersama saiz udang yang besar-besar. 

Tapi, kalau asyik makan di kedai boleh kering poket juga nanti kan? Maka sebagai salah satu kaedah untuk makan sedap dengan cara yang lebih jimat adalah dengan cuba masak sendiri menu mee berkuah sedap macam makan di restoran ini di rumah. 

Resepi Mee Berkuah Sedap

12 Resepi Mee Berkuah Sedap Macam Makan Di Restoran 

Di sini akan dikongsikan aneka resepi mee berkuah yang sedap, simple dan mudah untuk masak homemade. Menu-menu ini merupakan jenis mee berkuah yang sering di buat pesanan untuk makan di kedai. 

#1 - Resepi Mee Hailam

Resepi Mee Berkuah Sedap

Mee hailam sedap ialah mee yang mempunyai kuah yang banyak. Amat jarang kita merasai mee hailam sedap nie kerana banyak kedai yang tidak menyediakannya. Saya pernah merasai mee hailam di salah sebuah kedai makan. Rasanya memang sedap lagipun penyediaannya adalah amat simple dan rasanya juga sedap.

Bahan-Bahannya:

1/2 kg. mee kuning
1/4 kg daging ayam dan daging lembu
10 ekor udang (saiz bergantung kepada anda)
3 ulas bawang putih *
3 ulas bawang merah *
1 sudu besar cili boh
1 ikat sawi hijau
1 potong kobis
1/2 batang lobak merah
1 bungkus ‘baby corn’
2 tangkai daun sup dan daun bawang
2 biji limau nipis
1 sudu tepung jagung (dibancuh dengan air)
Sos cili
Sos tomato
Kicap

* Ditumbuk terlebih dahulu

* Ayam dan daging direbus dahulu

Cara-Cara Membuatnya:

Pertama sekali anda tumiskan bawang putih dan merah sehingga benar masak dan naik bau wanginya.

Selepas itu masukkan cili boh dan kacau semuanya sehingga benar-benar masak. Kalau tak masak cilinya nanti sakit perut.

Kemudian masukkan udang, rebusan ayam dan daging.

Selepas itu anda masukkan pula ajinomoto, gula dan garam. ( sukatan mengikut citarasa anda)

Masukkan semua sayur lobak merah, kobis dan baby corn.

Kemudian anda masukkan mee.

Selepas itu masukkan sos tomato dan sos cili.

Masukkan pula tepung jagung dan kacau semuanya hingga serata.

Akhir sekali masukkan kicap mengikut citarasa anda (terlebih letak dikhuatiri masin)

Kacau semula hingga semuanya sebati dengan mee tersebut.

Setelah siap anda boleh menambah apa yang anda inginkan seperti bawang goreng, limau nipis atau sebagainya.

#2 - Resepi Mee Bandung

Resepi Mee Berkuah Sedap

Anggaran utk mee 1/2kg

Blend:
Bawang besar 2 biji
Bawang putih 2 ulas
Lada kering 10 tangkai (kurangkan kalau taknak pedas)
Udang kering 2 peket (yg rm1.50 tu)

Bahan lain:
Mee kuning 1/2kg
Kacang tanah segenggam (goreng & tumbuk)
Tepung gandum 2 sudu bancuh dgn air biar cair
Gula garam aji
Daging sotong udang (ikut suka)
Sayuran(sawi, carrot, tahu)
Daun sup
Bwg goreng
Telor

Cara : 

Tumis bahan blend, letak gula dan tumis sampai pecah minyak
Masuk daging dan kacang tanah
Masuk air dalam 1 jug
Dah didih masuk tepung bancuh tadi
Masuk segala seafood
Masuk sayur, daun sup dan bawang goreng
Last garam aji / sesedap rasa

Pecah telor sebijik2 jangan pecah ye 
Masuk mee yang dah dicuci
*Mee boleh jugak celur dulu lepas tu serve dlm mangkuk & curah kuah yg tgh panas tu

*Tepung tu utk pekatkan kuah, biasa guna tepung jagung..tapi kat rumah jarang ada tepung jagung kan so boleh je guna tepung gandum

*Gula biasa lebih sikit..ikut citarasa korang nak manis tahap mana. Dah siap bolehlah letak dlm mangkuk tabur bwg goreng dan daun sup

#3 - Resepi Mee Kari

Resepi Mee Berkuah Sedap


Bahan-Bahan:

1 bungkus mee kuning
1 kg kerang direbus dan diambil isi
2 bungkus rempah kari daging
3 sudu cili serbuk (kalau nak pedas)
isi ayam di potong kecil
kacang panjang
fish ball
fish cake
santan secukupnya
garam
serbuk perasa

Bahan Hiasan –

bawang goreng
taugeh di celur
daun bawang
daun sup
telur rebus
limau kasturi
cili merah atau hijau

Bahan Tumis –

3 biji bawang merah di mayang
3 ulas bawang putih di mayang
1 inci halia
daun kari
2 batang kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
5 kuntung bunga cengkih

Cara Memasak:


1. Tumiskan bahan tumisan sehingga kekuningan.

2. Masukkan rempah kari dan serbuk cili yang telah dibancuh dengan sedikit air. Masak hingga pecah minyak.

3. Kemudian, masukkan ayam dan kacau sebentar. Masukkan santan, tunggu sampai mendidih.

4. Masukkan pula fish cake, fish ball, kacang panjang dan isi kerang.

5. Perasakan dengan garam dan serbuk perasa, suaikan rasa. Bila dah masak hiaskan dengan bahan-bahan hiasan

#4 - Resepi Mee Udang 

Resepi Mee Berkuah Sedap

Bahan-Bahan:
mee kuning secukupnye
udang secukupnye
kepala udang(direbus utk jadikan stok)
*cili kering segenggam(ikot selera pedas masing2)
*bawang putih 3ulas
*halia sikit
*bawang merah 7-8 biji
*tomyam paste sesudu besar
*udang kering 2paket(paket rm1 tu ye)
sebiji kentang
sebiji keledek(sederhana besar shje)

hiasan:
daun bawang
bawang goreng
cili merah n hijau
telur rebus
limau nipis/kasturi

cara-Cara Penyediaan:

rebus kepala udang, dapatkan 1 mangkuk sederhana stok udang lalu ketepikan. 

rebus kentang dan keledek, blend halus dan ketepikan juga.

kisar semua bahan bertanda * , tumis hingga naik bau, masukkan stok udang dan masak lagi hingga mendidih

tambah garam dan gula sedikit, ajinamoto jika suka dan masuk keledek serta kentang yang telah diblend tadi. Boleh juga tambahkan air jika perlu.

Masak hingga mendidih kemudian udang dan perasakan lagi pada tahap yang sepatutnya mengikut citarasa sendiri. 

kredit: siti aisyah MAHN 

#5 - Resepi Mee Kung Fu

Resepi Mee Berkuah Sedap


Bahan-Bahan:
500gm mee kuning
4 biji telur gred A @ 5 biji gred B
1/3 sudu teh Knorr cukup rasa
Minyak untuk menggoreng

Cara Membuat:
1. Gaul semua bahan diatas.
2. Panaskan minyak dalam fry pan, Goreng mee diatas anggaran untuk seorang makan.
3. Goreng hingga kekuningan kedua belah permukaan. Buat sampai habis.
Kuah Mee Kung fu

Bahan-Bahan:
7 ulas bawang putih diketuk
150gm isi ayam dipotong kecil
10 ekor udang dibuang kulit
3 ekor sotong dipotong bulat
2 sudu makan tepung jagung dibancuh dengan 1/2 cawan air suam
4 cawan air
3 sudu makan sos tiram
1 sudu teh serbuk lada sulah
5 batang baby corn dipotong memanjang
5 tangkai cili padi diketuk
carrot dipotong panjang & halus
hirisan brokoli
hirisan kobis bunga
garam secukup rasa
molassses brown sugar secukup rasa
minyak untuk menumis

Cara Membuat:
1. Panaskan minyak, tumis bawang putih hingga naik bau & keperangan.

2. Masukkan ayam, kacau hingga masak.

3. Masukkan udang & sotong, kacau hingga masak.

4. Masukkan air, garam, gula, sos tiram & perasa, biarkan hingga mendidih.

5. Masukkan semua sayur, cili padi, lada sulah & bancuhan tepung jagung. Kacau selama 2 minit & angkat.

6. Tuangkan kuah ke atas mee kungfu. Hiaskan dengan hirisan daun sup, daun bawang, bawang goreng & hirisan limau nipis. Sedia untuk dihidang


#6 - Resepi Mee Ladna

Resepi Mee Berkuah Sedap

Bahan-bahan : 

1 bungkus mee kuning
6 ekor udang sederhana besar
2 ekor sotong dipotong bulat
1 ketul dada ayam dipotong nipis
1 keping fish cake
5 biji fish balls dibelah dua

2 helai kobis cina
setangkai sawi
sedikit cauliflower
sedikit capsicum hijau dan merah dipotong dadu
(kalau tak ada, bubuh cili merah dihiris)
1 sudu teh lada putih
2 ulas bawang merah dihiris
1 ulas bawang putih dihiris
2 sudu besar tepung jagung dibancuh dengan sedikit air
2 cawan air
1 kiub stok ayam
2 sudu besar sos tiram

Cara membuatnya : 

Panaskan sedikit minyak di dalam kuali. Masukkan mee kuning dan sos tiram. Goreng sebentar sehingga sos sebati dengan mee. Angkat. dan masukkan ke dalam mangkuk.

Tambah sedikit minyak lagi di dalam kuali. Tumis bawang merah dan bawang putih. Bila naik bau, masukkan ayam. Goreng sebentar dan masukkan udang, sotong, fish balls dan fish cake.

Masukkan dua cawan air dan biarkan mendidih. Bubuh stok ayam dan lada putih. Masukkan pula sayur-sayuran dan tepung jagung. Rasakan garam.

Kalau kuah kurang pekat, tambah sedikit lagi tepung jagung. Kalau air terlalu sikit, tambah air. Ikut selera sendiri. Bila masak, curahkan ke atas mee di dalam mangkuk tadi.

Makan dengan kicap bercili atau cili jeruk atau makan begitu saja tapi mesti makan panas-panas. Kalau lambat makan, nanti mee menyerap kuah dan jadi lembek dan kembang. Tak sedap dah.

#7 - Resepi Mee Celup

Resepi Mee Berkuah Sedap

Bahan - Bahan

- mee kuning / bihun / kew teauw
- Lobak jeruk , ikan bilis goreng
- kangkung , sawi , bwg goreng
- kacang tanah tumbuk , limau nipis
- garam , gula , perasa
- bahan - bahan sup /fish ball
- daging (di hiris nipis)
- ayam (di potong dadu)
- perut lembu (ikut selera)

cara - cara

Sedia dan masakkan sup seperti biasa..rebuskan daging, ayam dan perut lembu bersama rempah sup.

Cara Menyediakan Mee

Ambik mee/ bihun/kew teauw, celupkan ke dlm sup panas..celupkan juga kangkung, sawi,fish ball ke dalm sup panas..dan letakkan mee dah sayur tadi ke dalam mangkuk. kemudian masukkan ayam, daging, dan perut lembu ke dalam mangkuk..

Masukkan bahan - bahan sup seperti lobak jeruk, kacang tanah tumbuk, ikan bilis goreng, bawang goreng,kicap cair, taugeh yang dicelur, serbuk lada sulah, lada jeruk, serbuk cili, daun sup & daun bawang..dan terakhir..perahkan asam limau beserta telur separuh masak


#8 - Resepi Mee Jawa

Resepi Mee Berkuah Sedap

Bahan untuk kuah :
1/2 kg keledek - direbus dan dikisar
5 biji bawang merah*
3 ulas bawang putih*
3 btg serai*
Sedikit halia*
Sedikit lengkuas*
100 gm udang kering* (Semua bahan*dikisar)
2 sudu besar cili kisar
3 sudu besar serbuk kari daging
Air rebusan daging secukupnya
Garam dan gula secukupnya

Cara Membuatnya:
Panaskan minyak kedalam periuk.
Tumis semua bahan yang dikisar hingga wangi.
Masukkan cili kisar dan serbuk kari dan kacau hingga naik minyak.
Masukkan air rebusan daging dan keledek yang dikisar.
Masukkan garam dan gula secukupnya.
Sedia dihidang.

Bahan yang lain:
1 kg mee kuning - dicelur
1/2 kg daging yg telah direbus dan dihiris
1 bungkus fishcake - di celur dan dihiris nipis ( saya tambah)
300 gm taugeh - dicelur
3 keping tauhu - dihiris nipis
Daun sup & daun bawang
Bawang goreng
Cili hijau / cili merah - dihiris
Telur rebus

#9 - Resepi Mee Sizzling

Resepi Mee Berkuah Sedap

Bahan-bahan:-
2 gulung yee mee
Daging ayam (dipotong kecil-kecil)
4 biji cendawan kering (direndam hingga kembang)
5 tangkai cili kering (dipotong-potong 1 inci)
3 inci halia (diketuk)
5 ulas bawang putih (dicincang)
5 batang Sawi(dipotong dan dicelur)
4 sb Kicap pekat - aku main tuang je..x kire bape sudu
4 sb Sos tiram - ni pun same
3 cawan air - klu nk kuah byk letak la lebih
2 bj Telur
1 sb tepung jagung
Serbuk Lada Hitam
Minyak secukupnya untuk menumis
Garam secukup rasa

Cara-cara:-
1. Panaskan minyak masukkan cili kering, halia dan bawang putih biarkan sehingga naik baunya.

2. Masukkan ayam biarkan beberapa minit dan masukkan lada hitam biarkan sebati.

3. Masukkan kicap pekat, sos tiram biarkan sebati selepas itu masukkan cendawan.

4. Masukkan air dan tepung jagung yang telah dibancuh dengan sedikit air, garam secukup rasa dan biarkan mendidih,kemudian tutup api.

5. Panaskan hot plate,masukkan yee mee, masukkan dahulu sedikit kuah tadi.

6. Akhir sekali pecahkan telur ke dalam masakan tadi biarkan sehingga masak.

7. Siramkan lebihan kuah, ke atas mee dan sawi yang telah dicelur.

#10 - Resepi Mee Hong Kong

Resepi Mee Berkuah
Bahan-Bahan:
200gm mi kuning
2 biji telur
80gm udang | dibuang kulit
80gm sotong | dihiris
2 ulas bawang putih | dicincang halus
3 sudu makan cili boh
2 sudu makan sos tiram
2 sudu makan sos cili
2 helai daun sup | dihiris
50gm sawi | dihiris
40gm kobis | dihiris
30gm kobis bunga | dihiris
40gm lobak merah | dihiris
50ml air
Garam secukup rasa

Cara Memasak:
1. Campurkan mi kuning bersama telur, gaul rata. Panaskan minyak dan goreng mi hingga garing. Angkat dan ketepikan.
2. Tumis bawang putih hingga wangi, masukkan cili boh dan kacau hingga pecah minyak.
3. Kemudian, masukkan sos tiram dan sos cili. Kacau sebentar.
4. Masukkan sotong dan udang, kacau sebentar. Masukkan pula daun sup, sawi, kobis, kobis bunga dan lobak merah.
5. Selepas itu, masukkan air dan biar didih sebentar.
6. Perasakan dengan garam secukup rasa. Tuang kuah pada mi yang telah digoreng dan sedia dinikmati.

#11 - Resepi Mee Kuah Lada Hitam


Resepi Mee Berkuah Sedap


Bahan-Bahan:

500gm mi kuning
3 biji bawang merah | dicincang
1 ulas bawang putih
5 biji cili api
100gm ayam | dihiris nipis
6 ekor udang
20gm lobak merah
20gm kubis
20gm sawi
1 ½ sudu makan sos lada hitam
1 ½ sudu makan lada hitam
2 sudu makan ikan bilis | ditumbuk
100ml air
60ml cawan kicap manis
Minyak masak untuk menumis secukupnya

Cara Memasak:

1. Panaskan sedikit minyak masak di dalam kuali. Tumis bawang putih dan bawang merah sehingga wangi.

2. Kemudian masukkan cili api, ikan bilis, ayam dan udang. Kacau rata.

3. Masukkan lada hitam, sos lada hitam dan kicap manis. Kacau sebati.

4. Selepas itu masukkan air dan masak sehingga mendidih. Masukkan pula mi dan sayur-sayuran.

5. Perasakan dengan garam secukup rasa. Gaul rata dan angkat. Sedia dinikmati.


#12 - Resepi Mee Rebus Tulang


Resepi Mee Berkuah Sedap

Bahan-Bahan:

Bahan Untuk Sup/Kuah –

Tulang Lembu secukupnya
1 bungkus rempah sup bunjut
5 ulas bawang di hiris
1 halia – diketuk
1 inc kunyit – diketuk
1 inc lengkuas – diketuk
2 batang serai – diketuk
1 kiub daging
Garam secukup rasa

Bahan Rencah –

3 biji ubi keledek saiz sederhana – di rebus dan dikisar bersama air rebusan keledek tadi.
10 biji bawang kecil – dikisar
2 biji bawang besar – dikisar
5 ulas bawang putih – dikisar
1 inci halia – dikisar
1 inc kunyit hidup – dikisar
30 tangkai cili kering – dikisar
3 sudu besar rempah kari daging
3 sudu besar udang kering – direndam lembut dan dikisar
1 cawan air asam jawa
1 kiub daging
1 buku gula melaka
1 cawan santan
Garam dan gula secukup rasa

Cara Memasak:

Cara Memasak Sup/Kuah –

1. Masukkan semua bahan ke dalam periuk dengan air yang secukupnya untuk merebus daging.

2. Rebus tulang hingga daging empuk.

Cara Memasak Rencah –

1. Tumis bawang merah, bawang besar, bawang putih, halia, kunyit, dan cili kering hingga garing dan naik bau.

2. Masukkan rempah kari dan udang kering dan tumis lagi hingga jadi rencah. Masukkan keledek dan biarkan ia merenih.

3. Masukkan gula melaka, kiub daging, air asam jawa, garam dan gula secukup rasa. Kacau sebati dan biar kuah benar-benar masak.

4. Kemudian barulah masukkan sup tulang tadi. Hanya air rebusan tulang sahaja, bahan sup bunjut, serai halia lengkuas dan kunyit tadi jangan masukkan.

5. Akhir sekali masukkan tulang dan santan. Biar kuah masak sempurna dan sedikit pekat.

6. Boleh dihidangkan bersama mee bila sudah masak.


Itulah dia 12 resepi  mee berkuah sedap macam makan di restoran yang boleh kita cuba sama-sama. Bila lihat semua menu di atas tu, aduh,.. terus terasa lapar. Teringin pula nak makan bila dah tengok rupa semua menu yang telah siap di masak tu.

Untuk semua tuan empunya asal resepi, terima kasih di ucapkan. 









Terima kasih kerana membaca. Apa pendapat anda tentang artikel ini? Jemput komen di bawah.